Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Warga emas jolok jari 'bersalut air mani' hingga mengandung dibebaskan

Posted: 15 May 2015 01:01 AM PDT

KECOH jadinya apabila Mahkamah Rayuan Kuching, Sarawak baru-baru ini memutuskan seorang tertuduh kes rogol bawah umur, Bunya Jalong dibebaskan atas alasan tiada bukti berlaku penetrasi zakar.

Tertuduh, 60 tahun dibebaskan daripada hukuman asalnya selepas mahkamah rayuan mendapati empat sabitan kes rogolnya 'tidak kukuh', Khamis minggu lalu.

Berikutan itu, ramai yang mempertikaikan keputusan tersebut yang membuktikan undang-undang sivil kini tidak mampu membela mangsa.

Menurut rekod siasatan, Bunya didapati bersalah merogol gadis berusia 14 tahun pada Mei, Jun, Julai dan Ogos 2011 di sebuah hotel di Sibu.

Jenayah seksual yang dilakukan tertuduh mengakibatkan mangsa mengandung dan melahirkan anak di Hospital Sibu pada 5 Februari 2012.

Bunya bagaimanapun dibebaskan oleh mahkamah rayuan atas alasan dia hanya memasukkan jarinya yang berlumur air mani ke dalam faraj mangsa dan bukan melalui penetrasi zakar.

Ini kerana undang-undang sivil di Malaysia menyatakan penetrasi jari dan benda asing tidak dianggap rogol meskipun ujian DNA membuktikan anak yang dilahirkan mangsa adalah darah daging Bunya.

Kes ini turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri yang berpendapat undang-undang seksual perlu dipinda segera bagi mengikut perkembangan masyarakat masa kini.

Nancy juga berharap agar agensi-agensi berkaitan mengkaji semula peruntukan undang-undang termasuk mengklasifikasikan semula pengertian rogol dan juga bahan lucah termasuk pornografi kanak-kanak.

"Sekiranya agensi gagal untuk menyelaras, ramai orang dewasa yang tidak bertanggungjawab akan berjaya melepaskan diri dengan menggunakan kelemahan dalam undang-undang.

"Secara peribadi, saya berasa sangat sedih apabila mendengar keputusan mahkamah yang membebaskan perogol yang merogol mangsa bawah umur. Sudah tiba masanya tindakan pindaan dibuat," katanya.

Gambar Bunya yang dirakam selepas selesai keputusan perbicaraan dibacakan oleh mahkamah turut mendapat perhatian ramai.

Raut wajah Bunya yang tersenyum riang kegembiraan seolah-olah meraikan kemenangannya sedikit sebanyak menimbulkan kejengkelan.

– MYNEWSHUB.CC

Gadis 17 tahun diperkosa 'spiderman' di Marang

Posted: 15 May 2015 12:01 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Seorang remaja wanita tidak menyangka keputusannya berehat di rumah bersendirian pada waktu tengah hari turut tidak selamat apabila dirogol seorang lelaki bertopeng ala-ala 'spiderman', di kediamannya di Kampung Bukit Guntung, Marang, Rabu lalu.

Dalam kejadian lebih kurang jam 12 tengah hari itu, mangsa berusia 17 tahun dikatakan sedang lena tidur di dalam bilik sebelum dikejutkan dengan kehadiran lembaga bertopeng tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, suspek bukan sahaja bertopeng, malah turut memakai sarung tangan itu terus bertindak menekup mulut sebaik menyedari mangsa tersedar daripada tidurnya.

"Suspek menekup mulut mangsa bagi mengelak dia menjerit, bagaimanapun dengan kudrat yang ada, mangsa cuba melawan untuk menyelamatkan dirinya.

"Namun, ketika itu juga suspek bertindak keluarkan pisau lipat lalu diacukan ke arah mangsa sebagai ugutan sekiranya mangsa masih berdegil mahu melawan sebelum merogolnya," katanya di pejabatnya, semalam.

Wan Abd Aziz berkata, selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, suspek terus melarikan diri meninggalkan mangsa bersendirian menerusi pintu utama rumah.

Jelasnya, mangsa yang ditinggalkan itu terus cuba hubungi ibunya yang ketika itu di tempat kerja, namun gagal sebelum mengambil keputusan menghubungi rakan baiknya dan seterusnya membuat laporan polis.

"Siasatan awal mendapati tiada tanda kediaman mangsa dipecah masuk suspek, namun siasatan akan diteruskan bagi mengenal pasti identiti serta bagaimana cara suspek menceroboh masuk rumah mangsa.

"Mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan n susulan," katanya.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh sehingga 20 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

- Sinar Harian

Cuba rogol isteri rakan baik sendiri

Posted: 14 May 2015 11:03 PM PDT

KUALA TERENGGANU - 'Kawan makan kawan' itulah istilah tepat ditujukan kepada seorang lelaki yang tergamak ambil kesempatan dengan cuba merogol isteri rakan baiknya semasa lelaki itu tiada di rumah, dalam kejadian di Paka, Dungun, Selasa lalu.

Dalam kejadian lebih kurang jam 1 pagi itu, mangsa, 19, hanya tinggal berdua bersama anak lelakinya yang baru berusia tujuh bulan apabila suaminya yang bekerja sebagai buruh dikatakan tiada di rumah kerana terpaksa menjalankan kerja luar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, sebelum kejadian, mangsa yang dikatakan sedang tidur itu dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu rumahnya beberapa kali.

"Sebaik membuka pintu itu, mangsa terkejut melihat suspek yang dikenali itu berdiri di hadapan pintu lalu suspek bertindak menolak mangsa sehingga terjatuh sebelum meluru masuk ke dalam rumah.

"Setelah itu, suspek terus mengunci pintu rumah sebelum mencabul mangsa dan dipercayai cuba untuk merogolnya," katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Wan Abd Aziz berkata, terkejut dengan perbuatan itu, mangsa melawan, namun suspek yang juga rakan baik kepada suaminya itu bertindak mencekik lehernya sambil mengacukan sebilah pisau ke arah mukanya.

"Suspek turut ugut akan bunuh mangsa sekiranya memaklumkan kejadian ini kepada suaminya itu sambil cuba hendak mencederakan mangsa dengan pisau di tangannya.

"Bagaimanapun, mangsa nekad melawan selamatkan diri serta maruahnya dan menyebabkan suspek melarikan diri," katanya.

Jelas Wan Abd Aziz, pada keesokan harinya, sebaik sahaja suaminya pulang, mangsa terus ceritakan kejadian itu menyebabkan suaminya bengang sebelum mengambil keputusan mengajak mangsa mencari suspek.

"Namun, setibanya mereka di lokasi yang sememangnya menjadi tempat suspek melepak, suspek terus mengambil sebatang kayu lalu bertindak memukul suami mangsa, namun dia sempat menyelamatkan diri.

"Tidak puas hati dengan tindakan suspek, suami mangsa terus membuat laporan di Balai Polis Paka untuk tindakan susulan," katanya.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710