PEJUANG BANGSA |
HENTIKAN KEMPEN BERSANDARKAN FITNAH, PERTAHANKAN INSTITUSI TABUNG HAJI Posted: 15 May 2015 08:40 AM PDT PERTAHANKAN INSTITUSI TABUNG HAJI Hentikanlah kempen sia2 untuk keluarkan wang deposit daripada Tabung Haji. Fikir secara rasional di samping harus ada rasa tanggungjawab utk pertahankan institusi milik orang Islam iaitu kita semua. Ada beberapa isu perlu difahami sebelum buat apa2 keputusan yang tidak bijak: 1. Semua duit deposit dijamin oleh kerajaan. Jadi tak perlu bimbang kononnya duit kita lesap bila Tabung Haji rugi (kalaupun betul dakwaan rugi) 2. Lagipun Tabung Haji mempunyai dana sebanyak RM56 Billion atau RM56,000 juta. Pelaburan Tabung Haji dibuat berdasarkan strategi "alokasi aset" yg telah diluluskan terlebih dahulu oleh Lembaga Pengarah. Daripada jumlah ini alokasi atau peruntukan untuk sektor pelaburan hartanah adalah 15-20 peratus atau kira2 RM11 billion. 3. Sejak 10 tahun dulu, Tabung Haji tidak pernah gagal bahkan trend menaik dari tahun ke tahun dalam pemberian bonus dan dividen yang tinggi. Kadar dividen Tabung Haji adalah lebih tinggi berbanding dengan mana2 tawaran pelaburan di mana2 institusi perbankan Islam dan patuh Syariah. Bahkan risiko pelaburan amat rendah (atau hampir tiada lantaran jaminan yg diberikan kerajaan) berbanding mana2 dana amanah yg lain. Tahun lepas shj 8.5 peratus bonus (6.25% bonus tahunan dan 2% bonus haji) diagihkan pada setiap pendeposit selepas ditolak zakat. Maknanya tidak perlu lagi bimbang soal tanggunjawab zakat kerana telah dibayar bagi pihak pendeposit. 4. Pelaburan atau pembelian hartanah yang dibuat oleh Tabung Haji hanya dalam hartanah yang patuh syariah dan mampu menjana pulangan (yield) tidak kurang 6%. Dalam kes pelaburan Tun Razak Exchange, pelaburan dijangkakan memperolehi pulangan tahunan antara 8-9.5% iaitu bersamaan keuntungan secara kasar kira2 RM180 juta setahun berbanding kos pembelian tanah yang dibeli pada harga RM170 juta. 5. Harus rasional bahawa yang didakwa bermasalah adalah 1MDB bukannya aset hartanah yang dijualnya. Analogi mudah bila kita beli rumah di kawasan strategik yang kita tahu harganya akan naik tinggi selepas beberapa bulan atau tahun, apakah kita beli kerana rumah itu atau kerana penjual rumah. 5. Tabung Haji perlu meneruskan aktiviti pelaburannya kerana dua sebab: Pertama: Untuk terus bagi pulangan dividen yg tinggi pada pendeposit khususnya yang melibatkan pendeposit yang simpan duit di Tabung Haji bagi tujuan pelaburan kerana sudah menunaikan haji. Menurut Tabung Haji mereka dalam kategori ini adalah yang paling ramai iaitu 8.1 juta pendeposit dengan jumlah dana RM32 billion. Kena juga ingat 2014 keuntungan drp pelaburan adalah RM3.2 billion. Kedua: Untuk terus memberi subsidi pada jemaah haji yang hanya memerlukan mereka bayar RM9980 berbanding kos sebenar haji RM17270 bagi setiap orang. Ini bermakna Tabung Haji subsidi RM7290 setiap orang atau berjumlah RM120 juta bagi tahun 2015.. Justeru hentikanlah kempen2 sebegini yang hanya akan menjatuhkan institusi Islam dan Melayu. Jangan hanya mudah percaya pada maklumat2 yang bersifat andaian bahkan fitnah terutamanya di zaman media sosial yg penuh dengan tohmah dan fitnah. Amalkan prinsip'tabayyun' atau buat penilaian atau siasatan terperinci satu2 maklumat yang datang sebagaimana saranan Allah dalam surah Al-Hujurat sebelum bertindak mahupun menyebarkan dakyah. Berhujahlah atas dasar ilmu dan iman bukannya sentimen dan semangat retorik. Jangan pula nanti kita diibaratkan "menang sorak kampung tergadai". Dr Asyraf Wajdi Dasuki |
MALAYSIA AMBIL PERHATIAN SERIUS SITUASI BOAT PEOPLE PELARIAN ROHINGYA Posted: 15 May 2015 08:09 AM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional Tan Sri Shahrir Samad dan Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun pada Jumaat bersatu suara melahirkan kebimbangan terhadap masalah 'boat people' atau kumpulan pendatang dari Rohingya dan Bangladesh. Ribuan mereka kini berada di di atas puluhan bot di tengah-tengah Laut Andaman selepas gagal mendarat di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Mereka dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dan mangsa kekejaman junta tentera Myammar dan pelarian ekonomi dari Bangladesh. Najib memberi jaminan Malaysia sedang "mengambil langkah sewajarnya untuk menguruskan krisis kemanusiaan itu". "Ini adalah isu melibatkan kepentingan antarabangsa dan serantau. "Kita sedang berhubung dengan semua pihak berkenaan, yang kita sampaikan hasrat kita agar satu penyelesaian kepada krisis ini ditemukan," kata perdana menteri dalam kenyataan. Menurutnya, Majlis Keselamatan Negara dan Wisma Putra sedang menguruskan perkara itu. "Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk pemerdagangan manusia. Sesiapa yang didapati melakukan kezaliman ini dan melanggar undang-undang kita akan dipertanggungjawabkan," kata Najib. Awal minggu ini, lebih 1,000 warga Bangladesh dan etnik Rohingya dari Myanmar tiba dengan beberapa buah bot di Langkawi selepas mereka mendakwa ditinggalkan oleh pihak yang menyeludup mereka. Sementara itu, Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahril Samad berkata BNBBC mengesyorkan supaya Malaysia, Indonesia dan Thailand mengambil langkah segera dibawah naungan UNHCR utk mengujudkan sebuah penempatan sementara untuk pelarian Rohingya sambil menunggu penyelesaian oleh kerajaan Myanmar. "Penempatan sementara ini adalah bertujuan mengelakkan berlakunya satu tragedi kemanusiaan terhadap mereka apabila dipaksa balik ke laut," katanya. Menurut beliau, Malaysia pernah berdepan dengan perkara yang sama semasa era "boat people" pelarian Vietnam. "Ketika itu juga Malaysia menunjukkan kepada dunia betapa tinggi prinsip Malaysia dalam soal kemanusiaan walaupun negara-negara jiran mengusir bot-bot mereka dari perairan wilayah masing-masing," ujarnya. Malaysia pernah menempatkan pelarian perang Vietnam di sebuah pulau di Terengganu, iaitu Pulau Bidong sebagai penempatan sementara pelarian sebelum pergi ke negara ketiga atau menunggu perang tamat untuk pulang ke negara asal. Jelas Shahrir, dari segi pembiayaan dan bantuan, adalah diharapkan PBB, ASEAN dan OIC akan sama-sama membantu. Dalam pada itu, Pemuda UMNO melihat situasi "boat people" ini dengan penuh kebimbangan terhadap keadaan yang dihadapi oleh 8,000 rakyat Rohingya dan pelarian Bangladesh yang masih terkandas di laut tanpa makanan dan air. "Tindakan dan penganiayaan kerajaan Myanmar terhadap rakyat Rohingya tidak lagi menjadi perkara domestik tetapi ianya diletakkan sebagai krisis kemanusiaan serantau yang perlukan tindakan segera oleh komuniti ASEAN," kata Naib Ketuanya Khairul Azwan Harun. Jelas nya, Malaysia sebagai pengerusi ASEAN perlu mengadakan mesyuarat tergempar dan membuat tuntutan bahawa kerajaan Myanmar menghentikan diskriminasi terhadap rakyat Rohingya dimana hampir 1 juta Rohingya telah dinafikan kewarganegaraan, kebebasan untuk bersuara, akses kepada pendidikan dan faedah lain di Myanmar lantas membawa kepada penghijrahan tersebut. "Pemuda UMNO akan menyertai beberapa organisasi dan individu untuk menghantar apa sahaja bantuan yang perlu bagi pelarian terkandas, termasuk air minuman yang bersih dan makanan dalam tin bagi membantu merekabyang sedang di dalam keadaan terdesak. "Memandangkan ini adalah isu serantau, Pemuda UMNO juga akan menulis kepada semua pemimpin muda seluruh negara dibawah naungan ASEAN bagi mengambil pendirian yang lebih proaktif dalam membantu nasib pelarian Rohingya. Ini adalah masa untuk bertindak, bukan hanya untuk untuk berbincang, dan hanya tindakan serantau dapat menangani krisis serantau ini,"katanya. Kebanjiran pelarian itu ekoran operasi besar-besaran pihak berkuasa Thailand terhadap jenayah pemerdagangan manusia, menyebabkan mereka yang terlibat jenayah itu mengabaikan pelarian yang diperdagangkan. Ia susulan penemuan 33 mayat dipercayai pelarian Myanmar dan Bangladesh, yang ditanam berdekatan sempadan Thailand-Malaysia.-15/5/2015 |
You are subscribed to email updates from GENERASI PEJUANG BANGSA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |