Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Dialog Dewasa Kritik Berasa

$
0
0

Dialog Dewasa Kritik Berasa


1MDB: APA YANG TERSIRAT?

Posted: 14 May 2015 05:21 PM PDT


1. Belum sampai 6 bulan, 1MDB tiba-tiba menjadi hantu. Sebelum ini, tidak ramai rakyat Malaysia tahu berkaitan syarikat itu, walaupun telah wujud sejak Januari 2009, beberapa bulan sebelum Dato Seri Najib Razak dilantik sebagai Perdana Menteri.

2. Hujung tahu lalu, tiba-tiba sahaja syarikat pembangunan strategik itu menjadi tajuk berita, apabila satu portal yang didaftar di UK - Sarawak Reports (SR)menjadikannya isu. Kemudian, digunakan oleh pembangkang terutama oleh Tony Pua dan Rafizi Ramli.

3. Pokok pangkal, penyebab syarikat itu menjadi sensasi, apabila terlambat mengemukan laporan kepada bursa malaysia dan isu terlambatnya membayar hutang.

4. Oleh kerana isu disiarkan oleh Sarawak Report dan akhirnya menjadi berita antarabangsa, maka kemudian menjadi tajuk-tajuk utama portal-portal pembangang dan blog-blog pembangkang.

5. Sarawak Report mengetengahkan laporan kerjasama antara syarikat itu dengan PetroSaudi International (PSI), dengan berbagai laporan, seolah-olah berlaku penyelewengan berkaitan kerjasama tersebut.

6. Dengan keluarnya laporan tersebut, pada mulanya Perdana Menteri yang juga penasihat kepada 1MDB menafikan semua laporan Sarawak Reports tersebut.

7. Oleh kerana laporan-laporan Sarawak reports tersebut, selain ditokok tambah oleh pemimpin pembangkang, kemudian, mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir, juga memberi kritikan berkaitan syarikat itu, akhirnya isu 1MDB bukan sahaja menjadi toksik malah menjelma sebagai hantu yang menakutkan.

8. Berbagai pendedahan dirungkai, termasuk jumlah hutang terbaru yang berjumlah RM42 bilion, kemudian dibandingkan dengan aset syarikat itu bernilai RM58 bilion.

9. Keadaan yang menyelubungi syarikat itu, apabila timbulnya masalah membayar hutang, sehingga terpaksa meminjam daripada pihak ketiga sejumlah RM2bilion, permintaan suntikan modal daripada kerajaan yang berjumlah RM950 bilion, semata-mata untuk membayar hutang tertangguh sehinga Januari 2015.

10. Ekoran berbagai dakwaan, sehingga menjadikan syarikat itu sebagai hantu yang menakutkan, Perdana Menteri pada awal April meminta Ketua Audit Negara untuk mengaudit syarikat tersebut, dan kemudiannya laporan audit itu diserahkan kepada Jawatan kuasa-kuasa Kira-Kira Dewan Rakyat (PAC). Perdana Menteri juga menyatakan, jika sebarang salah laku berlaku, kerajaan tidak akan melindungi siapa-siapa.

11. Walaupun arahan mengaudit syarikat tersebut telah diberikan, namun rakyat Malaysia, tidak sabar-sabar menunggunya, malahan dimarakkan oleh desakan Tun Dr Mahathir yang bertali arus, agar dengan segera Perdana Menteri menjawab semua persoalan yang ditimbulkan.

12. Oleh kerana, desakan dan syarikat itu telah menjadi hantu yang menakutkan, sehingga memberi impak kepada perekonomian negara, malah ada yang mendakwa kemelut syarikat tersebut penyebab kepada jatuhnya nilai ringgit.

13. Cuba kita perhatikan, permulaan kepada penyebab 1MDB menjelma sebagai hantu, apabila Sarawak Reports membuat laporan yang membabitkan PSI dan 1MDB, kononnya sejumlah wang yang disalurkan kepada PSI oleh 1MDB sebagai obligasi kepada kerjasama, kononnya dialihkan kepada satu akaun yang dikawal oleh jutawan kontraversi Jho Low.

14. Cuba perhatikan tiga isu utama yang menjadi kemelut kepada 1MDB. Pertama- USD700juta yang kononnya dirompak Jho Low, kedua- Jho Low merupakan pemain dibelakang layar urusniga PSI dan 1MDB dan ketiga- 1MDB berbohong berkaitan wang yang disimpan di sebuah akaun di Singapura.

15. Sebelum membuat apa-apa kesimpulan atau anggapan buruk berkaitan 1MDB, elok kita melihat atau memeriksa, dokumen-dokumen yang disiarkan oleh Sarawak reports (di mana menurut portal tersebut, beribu-ribu lagi dokumen dalam simpanan portal), walaupun portal itu tidak pernah memberitahu sumber-sumber kepada dokumen-dokumen tersebut dan bagaimana dokumen-dokumen tersebut diperolehi. Sarawak Reports dikuasai oleh Rewcastle-Brown.

16. Bertolak belakang kepada laporan Sarawak reports tersebut, PSI telah membuat laporan kepada London police Action Fraud Unit at the National Fraud and Cyber Crime Reporting Centre kerana mendakwa server syarikat itu diceroboh.

17. Dakwaan PSI, bahawa server syarikat itu diceroboh, seolah-olah benar, apabila meneliti dokumen-dokumen yang disiarkan oleh Sarawak Reports (SR) seolah-olah berasal daripada PSI, atas sebab dokumen-dokumen tersebut merupakan dokumen asli. Oleh kerana urusniaga antara PSI dan 1MDB sungguh rumit, tidak perlulah mengetahui lebih detail berkaitan urusniaga itu, apa yang mustahak, adalah isu utama, iaitu, wang USD700juta, apakah benar wang tersebut dimasukkan ke akaun Jho Low di Swiss?

18. Mari periksa urusniaga antara PSI dan 1MDB. Mengikut TOA (Terma Perjanjian) 1MDB perlu menyalurkan dana tunai USD1bilion1. 1MDB menyalurkan tunai USD 700 juta kepada PSI, namun menurut SR, wang tersebut disalurkan akaun syarikat Good Star yang dikawal Jho Low. Bukti yang digunakan, sekali lagi SR satu surat kononnya daripada CEO PSI-Tarek Obaid. yang meminta agar wang tunai tersebut dimasukkan ke dalam satu akaun 11116073 di RBS Coutts Bank Ltd Zurich, Switzerland.

19. Menurut SR akaun tersebut bukan milik PSI, akan tetapi Good Star Ltd. Untuk membuktikan bahawa akaun tersebut kepunyaan Good Star, SR menyertakan tiga bukti- pertama email daripada Patrick Mahony kepada Tarek Obaid, dimana menurut surat tersebut, akaun tersebut kepunyaan Good Star Ltd.

Bukti kedua yang disertakan oleh SR bahawa Good Star Ltd beralamat PO Box 1239, Offshore Investment Centre, Mahe, Seychelles, di mana Seet Li Lun ada CIO, dan merupakan orang kanan Jho Low.

Bukti ketiga- SR mengepilkan email kononya berasal daripada CEO 1MDB Sharol Halmi yang telah mengarahkan pegawai Deutsche Bank Malaysia untuk menyalurkan dana tersebut kepada akaun yang dimaksudkan dengan alamat yang sama seperti bukti kedua.

20. Dengan merangkai tiga bukti tersebut, SR mendakwa Jho low menggunakan Good star Ltd untuk memesong USD700juta urusniaga 1MDB-PSI.

Analisis bukti #1- Bukti yang disertakan SR, seolah-olah asal atau asli, kerana ianya dicetak pada "letterhead" PSI yang ada tandatangan Tarek Obaid, di mana isi surat, tarikh, alamat dan tandatangan serupa salian asli. Dalam surat itu juga, dinyatakan wang USD700 dibayar kepada PSI dengan akaun, alamat yang sama dengan Good Star Ltd. Persoalnya, syarikat mana pemilik akaun tersebut? kerana mempunyai nombor yang sama, alamat yang sama dan bank yang sama.TIDAK mungkin, dua syarikat mempunyai akaun yang sama!!!.

Mari lihat, bagaimana SR menghubungkan akaun tersebut kepada Good Star Ltd. Amati bukti ke-2, Email Patrick Mahony kepada Tarek Obaid, di mana nombor akaun tersebut seolah-olah kepunyaan Good Star Ltd, akan tetapi email tersebut macam dipalsukan, kerana ianya seperti ditaip semula semacam berbentuk memo, selain "font" abjad yang berbeza, format juga berbeza,. selain tarikh. Email tersebut sangat mencurigakan. 

Bukti ke-3, semacam ditaip semula dimana alamat dan nombor akaun seolah kepunyaan Good Star Ltd.

Bukti ke-4 seolah-olah Sharol Halmi mengarahkan Deutsche Bank juga mencurigakan. Email tersebut mencurigakan, dan besar kemungkinan berlaku rekayasa dan pemalsuan. Dalam email tersebut tidak menunjukkan masa (GMT-4) yang menunjukkan Time Zone bahagian Timur Amerika yang juga termasuk wilayah timur caribbean (lokasi kewangan pesisir pantai). Email itu tersebut, berformat seperti berasal daripada format handphone blackBerry, dan berbeza dengan sekian banyak email yang biasa dilapor oleh SR. yang ada kaitan dengan Sharol.

21. Memandangkan beribu pejabat di Kuala Lumpur, janggal bagi CEO 1MDB menggunakan time zone pantai timur Amerika termasuk kepulauan Caribbean? Untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku, didapati alamat yang digunakan pada email yang dikepilkan SR, iatu POBOX 1239, Offshore investment Centre, Mahe, Seychelles " ialah alamat sebenar PSI. kerana dicetak dikaki "letterhead" PSI, di sini lah boleh disimpulkan bahawa SR menipu, kerana hanya menyertakan letterhead PSI, tanpa catatan kaki (catatan kaki dipadam). Letterhead PSI dengan mudah dibuktikan melalui surat-surat yang dikeluarkan syarikat itu pada tahun 2010 semasa membeli saham UBG dan hingga kini boleh diperolehi melalui sesawang internet.

22. Apa yang menarik tidak berlakunya perpindahan USD700juta daripada akaun JV antara 1MDB dan PSI ke akaun Good Star Ltd. Apa yang berlaku adalah tindakan menipu yang sistematik untuk memburukan 1MDB. Apa kah Jho Low adalah dalang dibelakang JV PSI-1MDB? menurut SR, Jho Low adalah dalang utama. Menurut SR, orang kanan Jho Low Seet Li Lin adalah orang yang mengatur semua perancangan dalam PSI, tanpa pengetahuan 1MDB. Menurut SR, 1MDB hanya terlibat, apabila semua urusniaga selesai, dan 1MDB hanya diminta tandatangan pada perjanjian. Untuk membukti itu, SR mengemukan berbagai bukti email yang membabitkan Seet, Jho Low, Sharol dan Patrick Mahony.

23. Apabila meneliti semua email kononya daripada Jho low dan Seet yang mengguankan akaun gmail, amat meragukan, kerana tidak masuk akal menjalankan transaksi ratusan juta menggunakan email yang tidak selamat (insecure gmail accounts), kerana semua email itu menggunakan perkhidmatan telepon bimbit blackBerry. Adalah tidak masuk akal seorang billioner menggunakan BB dengan email yang mudah dipintas seperti gmail. Juga, time zone yang tertera pada email yang dikepilkan SR menunjukkan timezone yang berbeza, iaitu GMT+2 dan GMT+0, dimana email tersebut dihantar di kawasan Eropa, perbezaan timezone ini juga menimbulkan tanda tanya besar.

24. Sebagai tambahan email-email tersebut dihantar menggunakan T-Mobile, sedangkan hanya tahun 2009 perkhidmatan tersebut beroperasi di UK, German, Amerika dan beberapa negara Eropa, manakala perkhidmatan tersebut belum beroperasi di Asia. Oleh kerana Jho low dan Seet beroperasi di Hongkong, adalah mustahil mereka menggunakan perkhidmatan tersebut.

25. Didapati juga berlakunya penipuan, apabila Patrick menghantar email kepada dirinya. 

26. Berasas kepada analisa, adalah didapati email-email yang kononnya daripada PSI, sebenarnya direkayasa dan dipalsukan.

27. Benarkah 1MDB menipu berkaitan akaun di Singapura? . Menurut SR, 1MDB mengemukakan penyata akaun palsu pada sebuah bank di singapura-BSI Bank Ltd Singapore dan kononya satu laporan diberikan oleh bank tersebut ke pihak berkuasa Singapura. Dakwaan ini, sebenarnya tidak masuk akal, kerana sebagai bank niaga, BSI sangat ketat berhubungan dengan profile pelanggannya.

28. BSI merupakan private bank dan salah satu keistimewaannya adalah kerahsian. Tidak mungkin, sebuah bank seperti BSI dengan mudah mengemukan penyata akaun pelanggannya, tanpa perintah mahkamah, lagi pun pihak Malaysia tiada locus standi untuk meminta bank tersebut mengeluarkan penyata akaun, walaupun pelanggannya adalah syarikat Malaysia. Berasaskan kepada keadaan ini, dakwaan SR tersebut, sebenarnya hanya dakwaan dan tidak berasas.

29. Adalah jelas, keseluruhan laporan SR berkaitan 1MDB, sebenarnya satu rekayasa yang tersusun untuk menjadikan 1MDB sebagai HANTU, khususnya kepada Perdana Menteri- DS Najib Tun Razak.

30. Sungguh malang, ada rakyat Malaysia termasuk Tun Dr Mahathir termakan pemalsuan yang sistematik yang dilakukan SR. Sungguh pelik, bagaimana Tun boleh percaya SR, sedangkan sebelum ini, beliau mengutuk protal itu sebagai portal sampah.


Pesan kami sempena hari Jumaat ini agar kita bersihkan diri jernihkan jiwa dengan memperbanyakkan zikir dan istighfar. Jangan diri dirosakkan oleh fitnah-fitnah yang melata. Ingatlah Firman Allah;

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu". (Hujurat 6)

Kita serahkan pada Allah segala kekusutan yang timbul akibat sesuatu masalah. Ingatlah;

"Maka (teguhkan kepercayaanmu) sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan, Bahawa sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), dan kepada Tuhanmu jualah hendaklah engkau memohon (apa yang engkau suka dan inginkan)". (Al Insyirah 5-8)

Wallahualam...kepada Allah jua kita serahkan.

TABUNG HAJI: PUAK RAKUS NAK KELUARKAN DUIT SIMPANAN...YA BAGUS TERUSKAN...BRAVO

Posted: 14 May 2015 04:51 AM PDT


Aku sokong 1000% puak-puak bangang ni keluarkan semua duit deposit yang ada dalam akaun Tabung Haji mereka. 

Kalau boleh ajak semua sekali penyokong mereka dan juga sesiapa yang percaya pada dakyah kununnya Tabung Haji ada skandal atau hilang keyakinan pada Tabung Haji silalah keluarkan semua pitih-pitih hok mu ada lo nie.

Abe, Kakok,  Mek mu keluarkan semuo pitih mu. Tak dok siapa yang larang. 

Berapa banyak pung pitih mu Abe kat dalam Tabung Haji tuh?

Pakat keluar rame-rame weh. Senang kami yang sedang beratur panjang tunggu giliran pergi haji tahun ni dapat potong giliran.

Yang baru mendaftar hendak pergi menunaikan fardhu haji pun boleh potong giliran, nama naik lagi atas. 


Duit keluar dividen dan bonus tahun ni melepas weh...hok mung ganggu tempoh matang pelaburan tu weh...bengong benar. 

Abe dan Mek raso lepah ni Abe Mek semuo dah keluar pitih Tabung Haji Abe Mek nak simpan mano? 

Ooo mungkin boleh simpan di Koperasi Kohilal. Dijamin dividen 50% setahun. Nok bersih lagi pitih Tabung Haji nu Abe dan Mek boleh bayar zakat dan sedekah pada Tabung Milo.

Dok pun masuk dalam supik.


Dok percaya Tabung Haji mung boleh buak pakej haji dan umrah sendiri. Kalau mahal minta Kohilal bagi subsidi.

Gapo bengong weh...Duit Kohilal yang didakwa lesap sebanyak RM45 juta dulu pun masih gagal dijawab oleh pimpinan PAS. 

Itupun pemimpin PAS, Mahfuz Bean Omar teringin kemaruk nak ambil alih kepimpinan Tabung Haji. 

Jaga Tabung Memali pun boleh lesap, ni nak bagi amanah jaga Tabung Haji? Parok weh!


Link berkaitan;

http://mymassa.blogspot.com/2015/05/tabung-haji-bila-pencacai-jadi-semakin.html

TRX 1MDB: SYARIKAT ASING BEREBUT...KITA SERABUT MAMPU TENGOK JER LAA...

Posted: 14 May 2015 12:00 AM PDT


Bila Tabung Haji nak beli hartanah di TRX ramai yang melenting kononnya ia guna dana awam, dana rakyat...

Kununnya Tabung Haji akan bankrap bila beli hartanah di segi tiga emas Kuala Lumpur. 

Kununnya berlaku 'penyelewengan' sebab wang rakyat yang dikumpul dengan 'air mata rakyat' akan digunakan untuk menyelamatkan sebuah 'syarikat kroni'...

Kununnya lagi Tabung Haji adalah milik rakyat bukan milik Najib maka ia tidak boleh digunakan untuk berurusniaga dengan 1MDB...bla...bla...bla...pot...pet...pot...pet...

Walhal 1MDB adalah milik kerajaan Malaysia...wang mengalir pun dalam Malaysia. Projek 1MDB pun dijalankan untuk rakyat. Jika ia berhutang sekalipun bila projek dah siap duit akan dapat balik.

TRX lebih diyakini syarikat asing; Mulia Group Indonesia

Syarikat konglomerat Indonesia; Mulia Group yang pastinya milik asing dan bukan Islam bersetuju membeli plot tanah di TRX yang lebih mahal berkali ganda dengan harga yang diberi pada Tabung Haji.

RM665 juta tuuhhh mereka sanggup melabur berbanding hanya RM188.5 juta jer yang hendak dilabur Tabung Haji.

Aset Tabung Haji sekarang ni pun dah berbilion ringgit di dalam dan luar negara. Kalau setakat RM188.5 juta tak kan Tabung Haji nak bankrap? 

Tabung Haji beli aset di TRX, mereka akan dapat aset bangunan pejabat bukan beli benda kosong...Dah siap nanti harganya akan melambung, boleh disewakan pejabat dan service apartment tu...

Duit dapat boleh mensubsidikan jemaah haji, boleh bagi bonus, dividen, faedah, zakat dan buat CSR.

Kalau Tabung Haji tak nak mereka boleh jualkan tanah di TRX itu. Itulah pelaburan namanya...

Kalau nak duit banyak lagi berkepok-kepok supaya rakyat boleh tidur atas duit dan dapat makan subsidi bertahun-tahun dengan harga murah boleh jer jual bangunan Tabung Haji di Jalan Ampang tu kan?

Tapi adakah langkah itu bijak?

Disebabkan dengki memanjang kita terlepas peluang... Baguskan syarikat asing beli hartanah yang sepatutnya jadi milik negara...?

Tak pa la kerajaan boleh kutip cukai pada Mulia Group nanti... 

Bukan nak marah Mulia Group beli, bagus kerana orang asing lebih percaya pada potensi pembangunan negara berbanding kita.

Mulia Group syarikat yang cukup disegani di Indonesia dengan projek hartanah berprestij tinggi membina banyak gedung ternama termasuk kompleks beli-belah terbesar di rantau Asia Tenggara; Taman Anggrek Mall, Wisma Mulia 1 dan 2 serta Five Pillars Office Park, Lippo Life Building, Kuningan Tower, BRI II, Hotel Mulia dan Mulia Center.

Mulia Group dikagumi dengan tujuh menara pejabat ikon di ibu kota Indonesia itu antaranya Wisma Mulia, bangunan pertama di Asia dan kedua di dunia menerima anugerah berlian 5 bintang bertaraf antarabangsa.

Ironinya, pemilik syarikat yang ditubuhkan sejak 1970 itu bukanlah dimiliki oleh syarikat Muslim, Eka Tjandranegara atau nama Cinanya, Tjan Kok Hui dan termasuk dalam senarai orang terkaya di Indonesia, yang pastinya dikuasai bukan Muslim.

Eka Tjandranegara: Bos Mulia Group yang memiliki kekayaan USS1.7 bilion (RM6.13 bilion) kekayaan dan diiktiraf sebagai individu ke 17 terkaya di Indonesia. Dia yakin dengan TRX -1MDB berbanding orang kita...

Bersama tiga saudaranya; Tjandra Kusuma (Tjan Boen Hwa), Gunawan Tjandra (Tjan Kok Kwang) dan Djoko Tjandra (Tjan Kok Hwa), Mulia Group pada asalnya perusahaan pembuatan seramik, logam dan kaca lebih 40 tahun lalu.

Ia kemudian berkembang pesat hingga mampu dieksport ke 50 negara sebelum menyertai Bursa Efek Indonesia pada awal 1994 dan akhirnya terlibat aktif dalam projek pembangunan hartanah termasuk pejabat dan hotel.

Hari ini, Mulia Group berjaya melebarkan sayap di Malaysia, projek hartanah yang pertama di luar negara ketika umat Islam di negara ini pula lebih sibuk 'bising' isu pembelian tanah kontroversi TRX oleh TH Properties Sdn. Bhd.

Sekali lagi, sebenarnya kita lebih rela membiarkan orang asing berebut-rebut beli tanah 'emas' di ibu kota Kuala Lumpur sedang kita suka bertelagah sesama sendiri akhirnya melihat hasil bumi mengalir ke tangan yang lain.

Ya nanti boleh nyanyi dan nangis lagi...semuanya sudah tinggal kenangan akibat dengki khianat semuanya terlepas...

Analogi beli rumah

Kita guna sebuah analogi mudah, kisah seorang suami nak beli rumah Semi D dengan harga RM400,000.00 di tengah-tengah bandar untuk keluarganya. 

Buat pinjaman dalam tempoh 30 tahun nilainya akan jadi RM1.3 juta. 

Berita nak beli rumah sampai ke pengetahuan keluarga Pak Long dan Mak Long di kampung yang terkenal jumud, dengki dan sifat kepohnya.

Dia pulak lebih-lebih telefon dan datang hasut bini, mak bapak dan mertua si suami isteri kononnya dengan harga RM400,000.00 tu dah boleh buat istana mewah di tanah kampung, siap jakuzi, SPA dan kolam renang...


Dia hasut anak bini dan keluarga mertua si suami kununnya si suami buat pinjaman bank mahal dan anak bini akan kena tanggung segala hutang si suami jadi mereka tak boleh hidup mewah, nanti anak bini tak cukup makan...   

Dia hasut lagi bini dan saudara maranya kununnya apa akan jadi jika si suami mati sebelum tahun ke 30 perjanjian dah tentu rumah itu akan tergadai...sapa nak bela anak bini? 

Kalau tak ada duit nak bayar mungkin barang kemas, kereta, perabot pun kena gadai.

Akhirnya nanti kena halau oleh bank, rumah kena gadai...mana nak lari???

Si isteri dan anak-anak terpaksa hidup gelandangan dan akan menyusahkan keluarga Pak Long dan Mak Long di kampung. 

Pak Long sekeluarga memang tak sanggup nak tumpangkan anak bini si arwah suami nanti. Lagi sumpah seranah adalah...

Dah tentu semua dosa akan dihempuk pada si arwah suami...kununnya dia akan menderita diseksa dalam kubur kerana aniaya si isteri dan anak-anak.

Ringkasnya, Pak Long dan Mak Long sebenarnya cemburu pada keluarga si suami yang lebih berjaya berbanding anak-anaknya yang serba tak menjadi hidupnya. 

Pak Long dan Mak Long juga sebenarnya ada hati nak rebut harta peninggalan si suami kununnya si suami ada pertalian darah dengan keluarga Pak Long dan Mak Long. Jadi harta perlu difaraid bersama. 

Walhal keluarga si isteri tahu Pak Long dan Mak Long ni cakap jer pandai tapi buat bisnes serba tak menjadi sebab nak untung cepat akhirnya rugi namun ada hati nak jaga harta milik keluarganya.

Si suami sebenarnya dah tahu perangai dan hati perut keluarga Pak Long dan Mak Long ni.

Dia amat profesional dan tahu risiko membeli rumah jadi dia buat pinjaman yang menginsurankan rumah tersebut.

Dia tahu selagi dia bekerja dan bergaji dia mampu bayar...jadi apa masalahnya?

Jika dia mati sebelum habis bayar maka automatik rumah tersebut akan jadi milik isteri dan anak-anaknya. Itu sudah ada dalam perjanjian jual beli dengan pihak bank.

Lagi pun jika dia mati duit insuran hayat, insuran perubatan serta pampasan boleh tanggung hidup anak bininya. Wang pelaburan, KWSP pun ada, boleh dituntut dari Amanah Raya.

Duit simpanannya pun disimpan ke dalam bank yang terjamin kukuh dan wang tersebut diinsurankan oleh PIDM jika banknya bankrap maka sesen pun wang simpanannya tak terjejas. 

Jika dia nak jual rumah itu di masa hadapan sudah pasti dia akan dapat untung. Jika dia nak sewakan pada orang pun akan dapat untung. Duit sewa bulanan tu boleh guna bayar hutang bank. 

Tapi lebih untung lagi jika si suami dah ada duit RM400,000.00 dalam tangan, dia boleh beli cash rumah yang strategik lokasinya di tengah-tengah bandar itu.

Rumahnya itu akan jadi aset keluarganya dan bolehlah jadi kebanggaan sanak saudara termasuk keluarga Pak Long untuk sekali sekala datang bertandang di rumahnya. 

Bukan senang nak dapat rumah yang strategik sekarang ni. Harga semakin meningkat tidak seperti kenderaan second hand akan jatuh harga.

Tapi Pak Long sekeluarga yang jumud terus menjadi penghasut keluarganya. Semua tak boleh kerana kalau dia dan keluarganya tak dapat maka orang lain pun tak boleh dapat.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>