Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Foto) Malam berinai, lurah dada Lana Nordin pula jadi tumpuan

Posted: 14 May 2015 08:36 AM PDT

Bakal melangsungkan perkahwinan pada hari esok, Lana Nodin dan bakal suaminya, David McKenzie malam ini sedang melangsungkan majlis berinai yang diadakan di hotel Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan.

Dalam majlis yang diadakan cukup meriah bertemakan bertemakan Puteri Gunung Ledang tersebut, Lana kelihatan sungguh cantik sekali dan David juga tidak kurang kacaknya. Terserlah seri pengantin masing-masing.

Selepas persandingan nanti, pasangan itu dikhabarkan akan ke Manila untuk kem bola tampar yang disertai David McKienzie sebelum ke Amerika Syarikat untuk berbulan madu.

Apa yang menarik, selepas foto Lana dimuat naik ke laman Instagram dan juga beberapa laman hiburan FB, yang menjadi tumpuan adalah lurah dada beliau pada sekeping gambar dikongsikan.

Haisshh..macam-macam lah peminat zaman sekarang ni...

Apa pun semoga segala persiapan untuk hari esok akan berjalan dengan lancar dan kami kongsikan dengan anda beberapa keping gambar untuk tatapan bersama. Enjoice!







Seks di balkoni secara terbuka di Bangsar perkara biasa

Posted: 14 May 2015 06:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan pembersihan di pangsapuri Bangsar Selatan di mana beberapa aksi 'balkoni seks' difilemkan baru-baru ini mengatakan bahawa ia adalah perkara biasa bagi pasangan untuk melakukan hubungan seks secara terbuka.

Kakitangan tanpa nama berkata apartmen sebahagian besarnya diduduki oleh orang asing yang "sentiasa melakukannya di tempat terbuka dan untuk semua orang untuk melihat".

Pekerja pembersihan itu telah sejak itu berhenti kerja selepas terlalu banyak pasangan melakukannya seperti arnab di kolam renang pada hujung minggu dan lewat malam.

"Ia menjijikkan kerana saya perlu membersihkannya selepas itu," katanya yang dipetik oleh The Star Online sebagai berkata.

Pasangan itu dirakam aksinya oleh pembikin filem yang berdedikasi yang ingin meluahkan rasa meluat di perbuatan itu.

Pembikin filem itu bagaimanapun juga melakukan kesalahan selepas polis berkata beliau memiliki dan mengedar bahan lucah. – Grafik Free Malaysia Today

Mengapa seks di balkoni itu satu kesalahan?

Posted: 13 May 2015 06:01 PM PDT

SUSULAN penyebaran gambar aksi pasangan mengadakan hubungan seks di balkoni kediaman mereka yang dipercayai terletak di Bangsar South, bekas presiden Majlis Peguam, Yeo Yang Poh berkata perbuatan itu adalah salah di sisi undang-undang.

Selamba Lakukan Seks Di Balkoni Pada Siang Hari Di Bangsar!

Walaupun mereka melakukan hubungan seks di balkoni rumah sendiri namun ianya dianggap salah sekiranya perbuatan mereka dilihat oleh orang ramai.

Memetik laporan The Rakyat Post Yeo berkata, "Tindakan itu menyalahi undang-undang iaitu berkelakuan tidak sopan termasuk berbogel.

"Jika mengadakan hubungan seks di dalam bilik ianya tidak salah tetapi sekiranya dilakukan sehingga dapat dilihat orang ramai, ianya salah kerana menganggu keadaan serta salah dari segi moral.

"Walaupun balkoni rumah adalah tempat peribadi tetapi ianya tidak boleh digunakan untuk perbuatan tidak sopan."

Mengenai individu yang merakam perlakuan pasangan itu pula, Yeo mengatakan itu bukan satu kesalahan jenayah sebaliknya rakaman dan gambar tersebut boleh digunakan sebagai bahan bukti.

– MYNEWSHUB.CC

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>