BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- Pegawai polis lakukan persetubuhan luar tabii
- Jijik: Pasangan remaja rakam aksi berkucupan dalam kereta
- (Foto) Pasangan Kekasih Kantoi ‘Projek’ Dalam Semak
- Sekolah paksa pelajar Muslim rasa babi
Pegawai polis lakukan persetubuhan luar tabii Posted: 12 May 2015 09:33 PM PDT BUTTERWORTH: Tiga anggota polis dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas didapati bersalah merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang wanita warga Indonesia pada November 2012. Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah (prima facie) terhadap ketiga-tiga tertuduh iaitu Nik Sin Mat Lazim, 36, Remy Anak Dana, 28, dan Syahiran Romli, 24. Ketiga-tiga mereka bagaimanapun hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun setiap seorang apabila hukuman itu berjalan serentak. Ketika menjatuhkan hukuman, Meor Sulaiman berkata, sebagai penjawat awam, ketiga-tiga tertuduh sepatutnya memastikan keselamatan orang ramai, tetapi mereka menyalah guna kuasa dan mengambil kesempatan merogol wanita itu. Beliau berkata, kesalahan itu tidak boleh diterima dan mereka harus menjalani hukuman penjara selama 12 tahun bermula semalam. Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga anggota polis terbabit didakwa melakukan kesalahan itu di Bilik 4, Berek Balai Polis Perai, antara jam 6.40 hingga 7.30 pagi pada 9 November 2012. Mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (1) dan Seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Nik Sin dan Remy diwakili peguam Abdul Roni Rahman manakala Syahiran diwakili R S N Rayer. Pendakwaan dilakukan Ketua Unit Pendakwaan Pejabat Penasihat Undang-Undang negeri Datuk Razali Che Ani. Pada prosiding itu, Abdul Roni memohon hukuman penjara itu ditangguhkan atas alasan dua tertuduh, Remmy dan Nik Sin memiliki anak kecil berusia setahun dan dua tahun manakala Shahiran pula menjaga ibu bapa yang uzur. Bagaimanapun, Razali membantah permohonan itu kerana perkara berkenaan bukan alasan bagi mereka untuk menangguhkan hukuman. - Harian Metro |
Jijik: Pasangan remaja rakam aksi berkucupan dalam kereta Posted: 12 May 2015 07:01 PM PDT KESONGSANGAN remaja Melayu zaman sekarang ini nampaknya semakin menjadi-jadi. Lihat sahaja di mana-mana media sosial seperti Facebook atau Twitter, bersepah yang secara terang-terangan mengaku diri mereka gay… Nauzubillah. Ada tu pula… sampai memuat naik video bercumbu-cumbuan dengan pasangan yang juga seorang lelaki di media sosial. Kini, video viral aksi dua remaja lelaki tersebut yang asyik melayan nafsu songsang mereka mendapat pelbagai kecaman daripada netizen. Video yang berdurasi 40 saat itu asalnya dimuat naik oleh sebuah page komuniti Malaysia telah ditonton sebanyak 10,032 pengguna Facebook sejak lima jam yang lalu. Melalui video, dapat dilihat dua remaja lelaki yang dipercayai pelajar sekolah menengah di sebuah sekolah di Tawau, sedang asyik melayan nafsu songsang sesama diri. Sesekali remaja lelaki itu dilihat sengaja merakam logo sekolah pada pakaian pasangannya dengan sengaja. Rakaman video menjijikkan itu mendapat pelbagai tomahan amarah pengguna media sosial dan kami mahu pihak PDRM dan Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil tindakan segera terhadap dua pelajar lelaki itu. Gejala LGBT di kalangan remaja sememangnya sudah semakin 'kronik tahap penyakit maut' Pihak berwajib wajar mengambil tindakan yang tegas terhadap golongan ini. Ibu bapa juga dinasihatkan agar memantau aktiviti anak masing-masing. |
(Foto) Pasangan Kekasih Kantoi ‘Projek’ Dalam Semak Posted: 12 May 2015 06:00 PM PDT GARA-GARA mengikut nafsu, sepasang remaja menjadikan kawasan semak dipenuhi pohon berduri sebagai lokasi untuk melakukan kegiatan tidak bermoral. Difahamkan kejadian berlaku di Taman Ampang Jajar, Kedah. Pasangan terbabit dikatakan sedang asyik melayani nafsu masing-masing sehingga tidak menyedari perbuatan mereka dirakam oleh penduduk setempat sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa. Kedua-dua pasangan terbabit dianggarkan berusia 20an dan datang ke taman berkenaan dengan menaiki motosikal milik si lelaki. Dari sini dapat dilihat betapa rapuhnya akhlak anak muda di zaman ini. Si lelaki meminta, si perempuan dengan senangnya memberi.. kat atas rumput pun jadi! Alahai murahnya 'harga' dek kerana cinta. |
Sekolah paksa pelajar Muslim rasa babi Posted: 12 May 2015 05:01 PM PDT COPENHAGEN – Sebuah sekolah belajar masakan di Denmark didenda kerana memaksa seorang pelajar perempuan Muslim menjamah daging babi ketika dalam kelas memasak, lapor agensi berita Turki, Anadolu. Pelajar berusia 24 tahun itu, yang sedang menuntut di Sekolah Memasak Holstebro, diminta merasa hidangan yang dimasaknya, seperti yang dilakukan semua pelajar lain, namun, hidangan tersebut pula mengandungi babi. Sebuah mahkamah di Denmark mengenakan hukuman denda 40,000 krone (RM21,800) ke atas sekolah tersebut selepas pelajar itu, yang tidak didedahkan namanya, memfailkan aduan secara rasmi terhadap sekolah berkenaan. Makanan mengandungi babi dan minuman beralkohol yang memabukkan adalah jelas haram menurut ajaran Islam malah ia termasuk semua hidangan yang terdedah kepada unsur mengandungi haiwan dan cecair tersebut. Pengadu itu menyatakan bahawa dia didiskriminasi dari segi agama dan pada mulanya aduan pertama diterima oleh Lembaga Layanan Saksama Denmark dengan sekolah tersebut telah didenda 75,000 krone (RM40,900). Pelajar tersebut, yang berpindah ke Denmark dari Libya ketika usianya masih lagi muda, berkata dia memang sudah dimaklumkan bahawa daging babi dan wain akan disertakan dalam resepi-resepi memasak di sekolah itu. Tetapi dia tidak pula diberitahu bahawa dia juga diwajibkan untuk merasa setiap hidangan yang dimasaknya itu pada akhir sesi untuk menilai tahap keenakan makanan yang disediakan, lapor akhbar berpengaruh, Politiken. Pihak sekolah mendakwa, mereka cuma meminta pelajar itu merasa sedikit dan bukan menelan langsung namun, hujah tersebut gagal apabila pengadu memperdengarkan bukti audio kukuh yang dirakamkan secara sembunyi. Sekolah itu kemudian membawa kes ke mahkamah tempatan peringkat lebih tinggi atas alasan pelajar tersebut gagal menamatkan pengajian dan rayuan diterima dengan jumlah denda dikurangkan. – Agensi/H.A.AMREE |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |