PEJUANG BANGSA |
AHMAD MASLAN DIFITNAH & DIKUTUK LAGI MACAI PR Posted: 11 May 2015 11:00 AM PDT Seperti yang umum ketahui, kebelakangan ini sejak pelancaran cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan merupakan antara pemimpin Umno paling banyak menjadi mangsa 'troll' (persenda) di Internet. Melihat 'troll itu, beliau bangkit tengah malam tadi memberi maklum balas dengan mengkritik keras terhadap pelaku tindakan itu sambil menyifatkan golongan itu sebagai 'bankrap modal'. Beliau mengulas dengan merujuk penyebaran poster menerusi laman sosial Internet dipetik sebagai berkata, pengkritik cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan disaman. "Ini satu fitnah dan kerja bodoh. Saya tak pernah cakap dua perkara itu." "Orang yang suka fitnah ialah kumpulan bankrap moral," tulis anggota Parlimen Pontian itu di Twitter. Difahamkan, poster beserta gambarnya itu turut memetik kenyataan palsunya sebagai menyebut: "Tak mampu bayar GST duduk kat bulan!" Ahmad adalah antara pemimpin Umno paling gigih mempromosikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), termasuk di Twitter. Namun, di sebalik kegigihan itu, beliau turut dilihat sebagai pihak paling banyak dikritik susulan penjelasan-penjelasannya itu. - Utaranews.com |
ALLAH TERUS RAHMATI UMNO.. KEBANGKITKAN NAJIB BERMULA @NajibRazak #umno69 Posted: 11 May 2015 09:20 AM PDT Allah s.w.t terus merahmati parti keramat orang Melayu di Tanah Bumi Jawi ini iaitu UMNO ...itulah kata-kata yang GPB boleh ungkapkan selepas Mesyuarat MT UMNO yang dinantikan seluruh negara terutama puak anti Najib ini . UMNO menempuh pelbagai ujian besar sejak ia ditubuhkan 1946 dan ia diharungi dengan teguh berpaksikan slogan Bersatu Bersetia Berkhidmat untuk agama bangsa negara. Kali ini giliran Najib selaku Presiden UMNO pulak diuji dengan pelbagai isu dan desakan berundur terutama oleh Dr Mahathir . Alhamdulillah langkah Najib yang bermula dari negeri Sabah telah mula membangkitkan semangat ahli dan pemimpin UMNO dan hari ini terbukti ditunjukkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi ini . Walaupun pelbagai spekulasi fitnah & batu api dibuat Mamak pencen Zam Maidin yang mendakwa ahli MT akan mendesak Najib berundur tetapi telahan itu langsung tiada . Kalau ada berita angin yang tersebar sebelum mesyuarat ini kecewalah mereka sebarkan," itu kata-kata Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak dalam sidang media yang ditunggu-tunggu selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang Isnin Sebaliknya penyatuan Melayu lebih kukuh dikalangan ahli MT untuk membantu Presiden dan Timbalan Presiden menyumbang idea bagi menjawab segala tohmahan dan fitnah dalam isu2 semasa seperti 1MDB , Tabung Haji . Insyallah UMNO akan bangkit dan terus KUAT .. jika UMNO kuat rakyat akan kembali menyokong UMNO dan kita akan terus mendapat mandat rakyat di PRU14 Jika UMNO lemah maka rakyat akan hilang kepercayaan kepada UMNO .. Paluan semboyan telah dimulakan dari Sabah dan ia akan terus membangkitkan semangat ahli UMNO di seluruh negara untuk menguatkan & pertahan parti keramati ini dari segala serangan dari luar dan dalaman . KUALA LUMPUR - Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bersidang pada hari ini melahirkan sokongan yang padu kepada pimpinan Presiden dan Timbalan Presiden, ujar Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Jelasnya, MT mahu supaya Presiden, Timbalan Presiden dan semua pemimpin tertinggi UMNO bersatu dalam satu pasukan menangani segala cabaran dan mengambil tindakan yang positif untuk mengukuhkan lagi kedudukan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di sisi rakyat. Dengan keputusan tersebut maka MT juga menyatakan bahawa kalau ada apa-apa isu yang berbangkit, mereka mengharapkan diberi peluang dan ruang untuk menyumbang idea-idea yang bernas dan cadangan-cadangan yang positif supaya sebarang isu boleh ditangani dan boleh dicari penyelesaian yang sebaik-baiknya "Sehubungan dengan ini, kita juga berbincang tentang urusan Lembaga Tabung Haji, saya nak menyatakan bagi pihak kerajaan bahawa pendeposit tidak perlu bimbang kerana semua deposit dalam Tabung Haji dijamin oleh kerajaan. "Jadi tidak berbangkit kalau ada mana-mana pihak yang hendak menghasut untuk mereka membuat pengeluaran deposit mereka daripada Tabung Haji," tegasnya lagi. Tambah Perdana Menteri lagi, MT juga telah mengambil maklum akan keputusan yang telah dibuat dan telah memberikan beberapa pandangan dalam perkara tersebut. Beliau berkata demikian ketika sidang media sebaik sahaja selesai mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO di sini, hari ini. Turut sama, Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Bendahari, Datuk Mohd Husni Hanadzlah; Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan dan ketua-ketua sayap Pergerakan. Manakala dalam soal 1MDB, MT juga mengambil maklum bahawa keputusan siasatan oleh Audit Negara perlulah dipercepatkan supaya rakyat tahu hasil siasatan yang dilakukan. "Saya harap Audit Negara dapat membuat kenyataan tentang bila laporan tersebut akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). "MT juga mengharapkan tindakan-tindakan yang tegas akan diambil kepada sesiapa yang menyalahi dari segi undang-undang. Ini bergantung kepada laporan yang kerajaan akan terima dari pelbagai pihak," katanya. Justeru itu juga, MT memberi sokongan kepada usaha untuk menyelesaikan masalah 1MDB dan beberapa anggota MT telah menawarkan pengalaman dan pengetahuan mereka dalam membantu untuk menyelesaikan masalah yang wujud dalam 1MDB, tambahnya. Dalam pada itu, apa-apa langkah tegas boleh diambil maka atas nasihat MT dan pihak kerajaan akan memberi pertimbangan serta akan membuat keputusan yang selanjutnya, katanya. Presiden juga menzahirkan rasa penghargaannya terhadap sumbangan idea yang bernas yang telah diberikan oleh Timbalan Presiden dalam mesyuarat itu. "Saya telah berjumpa dari hati ke hati dengan beliau pagi tadi dan saya juga beri pengakuan bahawa kita akan selalu bincang untuk pastikan bahawa kepimpinan UMNO di peringkat pucuk pimpinan berada dalam keadaan yang selesa dan kukuh supaya tidak ada pihak yang cuba memecah-belahkan kita terutamanya saya dengan Timbalan Presiden. "Jadi kalau ada apa-apa berita angin yang tersebar sebelum mesyuarat ini, maka kecewalah mereka yang menyebarkan berita-berita palsu tersebut," tegas beliau. Di dalam mesyuarat tersebut juga, MT ambil maklum mengenai kawasan Parlimen Permatang Pauh dan Rompin atas faktor-faktor yang berbangkit dalam pilihan raya kecil tersebut. – Media UMNO |
You are subscribed to email updates from GENERASI PEJUANG BANGSA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |