Duke of UMNO |
- GEMPARRR..!!! KHALID KOREK DUIT TABUNG RAKYAT RM2.5 BILION..???
- PEDASSS..!!! BAPA RASUAH CAKAP DIA TAK SUKA RASUAH..??? HEH..!!!
- PANASSS..!!! KHALID SURUH FAEKAH JAJA "AIR LIUR" KAT RAKYAT..???
- GEMPARRR..!!! PAKATAN HARAM NAFIKAN KEBENARAN KATA-KATA SAYYIDINA ALI R.A..!!!
- LAWAK PAGI INI... AZIZAN JERKAH WARTAWAN LAGI...!!!
GEMPARRR..!!! KHALID KOREK DUIT TABUNG RAKYAT RM2.5 BILION..??? Posted: 02 Mar 2013 04:37 AM PST Sangat mengejutkan apabila Pakatan Haram Selangor tergamak "mengorek tabung" Kerajaan Negeri Selangor sebanyak RM2.5 bilion sebagai bayaran deposit untuk memaksa syarikat-syarikat konsesi air menjual segala operasi industri air di Selangor kepada mereka. Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dalam kenyataannya di dalam Forum Air Selangor memberitahu bahawa wang rakyat tersebut akan digunakan sebagai wang pendahuluan sebelum "boss"nya mendapatkan pinjaman dari bank tempatan dan antarabangsa. Forum yang diadakan di Pandan Indah dan Subang baru-baru ini bagi mendengar "ceramah politik"yang berselindung di sebalik sesi pertemuan yang sepatutnya menceritakan tentang masalah gangguan bekalan air di Selangor. Terngaga mulut hadirin apabila mendapat tahu dari Faekah bahawa wang mereka yang selama ini disimpan oleh Kerajaan Negeri Selangor akan lebur diguna bagi memuaskan hati Abdul Khalid "Gagap"membeli syarikat-syarikat tersebut. Bukan sedikit nilai RM2.5 bilion. Macam-macam boleh dibuat dengan wang sebanyak itu. Dan wang yang selama ini menjadi jaminan rakyat Selangor di waktu-waktu getir bakal dikorbankan untuk membeli sesuatu yang belum tahu akan menyelesaikan gangguan bekalan air di negeri termaju itu. Khalid diberitakan akan membeli keempat-empat syarikat konsesi air Selangor dengan harga RM9.65 bilion meskipun menyedari nilai sebenar operasi keseluruhan industri air di negeri itu sebenarnya bernilai RM12.1 bilion. Dia sengaja nak rugikan syarikat orang yang dilihatkan sebagai "musuh", sedangkan syarikat-syarikat itulah yang selama ini bertungkus lumus membekalkan air di Selangor dan terpaksa menahan maki hamun rakyat disebabkan onar yang dilakukan oleh Khalid. Ketika SYABAS memohon kelulusan darinya untuk meminjam wang dari bank untuk membeli paip-paip dan pam air baru, mengapa Khalid tidak luluskan? SYABAS bukan minta wang dari Khalid atau rakyat. Syarikat itu sanggup berhutang pada bank demi tanggungjawabnya membekalkan air pada rakyat, tapi Khalid sengaja tidak mahu luluskan. Dan kini Khalid mahu syarikat itu rugi berbilion ringgit? Itu penganiayaan namanya, kan? Peliknya, Khalid boleh pula membeli syarikat kroninya, Talam Corp, yang mempunyai hutang ratusan juta dengan harga yang tinggi dari pasaran! Kononnya mahu selamatkan sebuah syarikat yang "hebat". "Hebat" apa kalau hutang sampai beratus juta ringgit? Atau Khalid"ada udang di sebalik batu"? Bila Faekah disoal tentang tindakan yang bakal diambil oleh Abdul Khalid bagi mengatasi masalah bekalan air yang membelenggu rakyat, "Setpol" MB Selangor itu memberitahu bahawa mereka akan "mengimport" pakar industri air dari Britain untuk menyelesaikan masalah tersebut. Faekah mendakwa kononnya di negara ini tiada seorang pun yang pakar di dalam industri air. Benarkah fakta Faekah? Atau dia sengaja menipu bagi membolehkan "Mat Saleh"dari luar negara itu di bawa ke negara ini? "Lekeh" sangatkah negara ini sehingga tiada pakar air? Sebenarnya di dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHA) memiliki ramai pakar-pakar industri air yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Di universiti-universiti tempatan dan syarikat-syarikat air terkemuka di negara ini juga terdapat ramai pakar-pakar di dalam bidang industri air yang belajar tinggi sehingga ke tahap professor, kedoktoran dan sebagainya. Cuma Faekah saja yang tidak tahu. Atau dia sombong tidak mahu kenal dengan pakar-pakar air itu? Tak kenal maka tak cinta, kan? Cubalah kenal-kenal dengan pakar-pakar air itu, mana tahu Faekah akan bertemu jodoh dengan mereka… Saya nak tanya sikit? Kalau Malaysia ni tak ada pakar air, selama ini kenyataan yang dikeluarkan oleh LUAS and UPEN yang mengatakan air cukup sampai tahun 2030 dan Selangor tak ada masalah air boleh digunapakai dan berkreadibiliti ke? Lagipun, Faekah bukan pakar air. Dia tidak layak bercakap tentang masalah air di Selangor, apatah lagi mahu menyelesaikan masalah yang menghantui rakyat sejak Pakatan Haram mengambil alih negeri itu, bukan? Mungkin sebab itu Faekah terpaksa beri ceramah politik di forum tersebut dan melalut jauh menceritakan hikayat dongeng mahu menjajah Putrajaya pada PRU ke-13 ini. Faekah bertanding di DUN mana nanti? Wangsa Maju, kah? Boleh selesaikan masalah air di situ? Tak payahlah Faekah menuding jari sana sini menyalahkan orang lain dalam masalah air di Selangor. Dia patut bawa Khalid ke depan cermin besar dan cermin diri sendiri. Tanya Khalid mengapa dia sabotaj rakyat Selangor dan Lembah Klang? Sumber: SelangorDaily |
PEDASSS..!!! BAPA RASUAH CAKAP DIA TAK SUKA RASUAH..??? HEH..!!! Posted: 02 Mar 2013 01:37 AM PST Dalam ceramah-ceramah anjuran Pakatan Haram, kita sering dimomokkan dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan para pemimpin mereka, khususnya Anwar Ibrahim, yang kononnya pemimpin BN mengamalkan budaya rasuah dan kronisme. Ketika dipecat dari kerajaan, Anwar memulakan fitnah tersebut terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isu itu masih lagi digunakan bagi memburuk-burukkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Kononnya, PKR dan Pakatan Haram menentang amalan rasuah dan kronisme. Kononnya mereka "berperang" dengan BN kerana parti kerajaan itu mengamalkan budaya keji itu untuk mengekalkan kuasa di negara ini. Persoalannya, apakah benar Anwar itu merupakan seorang yang memiliki prinsip anti-rasuah? Dan apakah dia tidak mengamalkan kronisme? Menyingkap sejarah Anwar pada tahun 1993, seorang journalis antarabangsa, Ian Stewart, merekodkan pengalamannya tentang kaedah yang digunakan suami Wan Azizah itu untuk menggulingkan Timbalan Presiden UMNO ketika itu, Allahyarham Tun Ghafar Baba. Mengalahkan Timbalan Presiden UMNO ketika itu akan menyebabkan Anwar bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia seperti kebiasaan amalan BN. Menariknya, penulis itu mendedahkan bahawa dia dan para wartawan bersamanya menyaksikan dengan mata kepala sendiri bagaimana Anwar dan orang-orang kanannya mengagih-agihkan bungkusan wang untuk "membeli" sokongan Ketua-Ketua UMNO Bahagian ketika itu. Dengan "pembelian" itu, Anwar juga dikatakan telah mendapat sokongan dari ramai pemimpin berpengaruh di dalam UMNO yang berjaya dibeli dengan wangnya yang entah datang dari mana. Persoalannya, apakah maksud "membeli sokongan dengan wang" yang berbungkus-bungkus itu? Apakah ia tidak tergolong dalam kategori rasuah? Rasuah dihulurkan untuk menggulingkan Allahyarham Tun Ghafar Baba? Pun begitu, anak Arwah Tun Ghafar, Tamrin, tidak teragak-agak untuk menyokong Pakatan Haram dan merelakan tindakan itu. Merujuk pula pada rekod terkini Anwar, masih lagi segar dalam kotak ingatan kita tentang bagaimana dia mengarahkan delegasi PKR mengekori Ahli-Ahli Parlimen BN di Sabah dan Sarawak melancong atas tujuan untuk membeli kerusi Parlimen yang mereka miliki. Disebabkan insiden kejar mengejar yang melibatkan "pembelian" Ahli Parlimen itulah maka Anwar sehingga kini masih disindir dengan tarikh "16 September" yang dijanjikan Ketua Umum PKR itu untuk membentuk kerajaan Pakatan Haram di peringkat pusat. Sudah berkali-kali 16 September kita lalui, namun Anwar masih lagi belum jadi Perdana Menteri, bukan? Mungkin kerana Ahli-Ahli Parlimen BN tidak makan rasuah Anwar, maka dia gagal untuk membentuk kerajaan Pusat… Bila disebut tentan kronisme, saya tertanya-tanya siapakah Wan Azizah dan Nurul Izzah di mata Anwar? Mereka bukan kroni Anwar, kah? PKR itu parti anak beranak, kah? Itu belum lagi disebut tentang "kekasih gelap"nya, Azmin Ali yang sudah menang jawatan Timbalan Presiden PKR sebelum bertanding! Siapa pula Lim Guan Eng dan Betty Chew di dalam DAP? Apakah Lim Kit Siang mahu menjadikan parti "chauvinis ultra kiasu" itu sebagai legasi "Dinasti Lim"? Dia berperang dengan legasi kroni Karpal Singh dan anaknya, Gobind Singh Deo, kah? Dan di dalam PAS pula, apakah hubungan di antara Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat dengan Nik Abduh? Mereka bukan kroni juga, kah? Justeru itu, usahlah tertipu dengan Anwar dan Pakatan Haram. Jika mereka menentang rasuah, sebenarnya mereka cuba mengalihkan tumpuan rakyat supaya menuduh pihak lain yang mengamalkan budaya jijik itu. Itu hakikatnya… Sumber: Perak Today |
PANASSS..!!! KHALID SURUH FAEKAH JAJA "AIR LIUR" KAT RAKYAT..??? Posted: 01 Mar 2013 10:37 PM PST Giat sungguh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid "Gagap" mengarahkan Setiausaha Politiknya, Faekah Husin, mengelilingi Selangor menganjurkan Forum Air Selangor bagi memperjelaskan tentang isu masalah air yang menghantui rakyat. Sejak mengambil alih Kerajaan Negeri Selangor, rakyat Selangor dan sekitar Lembah Klang tidak putus-putus menghadapi masalah gangguan air dan ia semakin meruncing dari hari ke hari hinggalah hampir tamat tempoh penjajahan Pakatan Haram di negeri termaju itu. Sudah seminggu, Faekah menggerakkan pasukan"auta"nya ke Pandan Indah untuk bertemu rakyat tapi hadirin yang hadir boleh dikira dengan jari. Malangnya, dalam forum berkenaan tiada seorang pun pakar industri air dijemput untuk menjadi panel. Hanya Faekah saja yang berdiri dan bercakap di atas pentas di depan hadirin"menjual air liur"nya. Siapa Faekah untuk bercakap mengenai permasalahan air di Selangor? Dia bukan pakar dalam bidang itu. Dia hanyalah seorang bekas peguam yang berhenti kerja dan menceburi bidang politik yang cuba menegakkan benang yang basah demi kepentingan Khalid. Itu saja. Peguam menjual "air liur" dan Faekah perlu tahu bahawa rakyat tidak memerlukan "air liur"nya bagi memenuhi keperluan hidup mereka seharian. Rakyat mahukan bekalan air bersih! Itu fakta dan isu sebenarnya. Ketika berdiri di depan rakyat, Faekah benar-benar melepas geram berceramah politik. Boleh dikatakan tidak ada satu pun kenyataannya yang berbentuk praktikal yang menyatakan tindakan segera yang bakal diambil untuk mengatasi masalah gangguan bekalan air yang dihadapi rakyat. Mungkin Faekah belajar dari Khalid yang hanya tahu bercakap, mencadangkan, mengesyorkan kajian dan berforum tanpa sebarang tindakan yang mampu memberikan kelegaan di hati rakyat yang sedang menderita. Tak habis-habis Faekah memburuk-burukkan syarikat konsesi air Selangor, SYABAS. Padahal, syarikat itu berjaya mengurangkan air tidak terawat (NRW) dari 42% kepada 35% sejak beroperasi membekalkan air bersih di Selangor dan Lembah Klang. Walaupun menunjukkan prestasi yang baik, Kerajaan Pakatan Haram Selangor seolah-olah sengaja melakukan sabotaj terhadap syarikat itu dengan tidak meluluskan permohonan pinjaman. Padahal, SYABAS hanya memohon kelulusan dari Khalid untuk meminjam dari bank. Apa masalahnya? SYABAS minta duit dari Khalid, kah? Paling mengejutkan, Khalid sebenarnya tahu bahawa nilai kesemua syarikat konsesi air di Selangor ialah RM12.1 bilion. Tapi dia sengaja menawarkan harga RM9.65 bilion untuk membeli syarikat-syarikat itu dengan alasan "amal jariah untuk rakyat". Syarikat mana yang sanggup rugi berbilion ringgit? Lagipun, Khalid "Gagap"pernah"tergagap" membeli syarikat Talam Corp dengan harga yang jauh lebih tinggi berbanding harga pasaran. Kenapa dia beli syarikat itu dengan harga tinggi sedangkan ia memiliki hutang beratus juta? Kerana nak selamatkan "syarikat kroni"nya, kah? Mengejutkan, Kerajaan Pakatan Haram Selangor tidak segan-segan mengumumkan bahawa mereka akan menggunakan dana rezab berjumlah RM2 bilion sebagai "deposit" untuk membeli syarikat-syarikat tersebut. Dalam ertikata lain, Khalid tak punya aliran tunai untuk membeli syarikat-syarikat konsesi itu dan terpaksa mengeluarkan wang simpanan dari "tabung" kerajaan negeri yang sepatutnya disimpan untuk digunakan di wkatu kecemasan. Bukan sedikit nilai RM2 bilion dan Khalid mahu menggunakan wang rakyat untuk memuaskan hatinya melaksanakan penstrukturan air di Selangor? Nampaknya Selangor benar-benar miskin sehingga terpaksa "mengorek tabung"! Melucukan hati, Faekah melalut pula dalam ucapannya dengan melaungkan misi Pakatan Haram yang mahu menjajah Putrajaya. Nak uruskan air di peringkat negeri pun tak mampu, ada hati Faekah nak sebut nama Putrajaya? Dia tak cermin diri, kah? Eloknya Faekah ambil alih "balairaya" sajalah. Itu pun belum tentu lagi mampu, kan? Sumber: Mykmu.net |
GEMPARRR..!!! PAKATAN HARAM NAFIKAN KEBENARAN KATA-KATA SAYYIDINA ALI R.A..!!! Posted: 01 Mar 2013 07:37 PM PST Ilmu di zaman sekarang ni dah tak berharga. Ilmu yang ada pada guru-guru dan pensyarah kat negara ni pun dah tak berharga. Depa pun tak layak dihormati dah... Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah pernah berkata, ilmu itu lebih berharga dari harta. Harta tu termasuk la duit ringgit. Tapi sekarang ni harta lebih berharga dari ilmu. Tahniah Pakatan Haram sebab nafikan kata-kata Amirul Mukminin tu... |
LAWAK PAGI INI... AZIZAN JERKAH WARTAWAN LAGI...!!! Posted: 01 Mar 2013 04:37 PM PST Azizan Razak memang panas baran... Pantang salah sikit, dia akan jerkah menengking... Exco, Setpol dan ramai pemimpin PAS Kedah yang dah kena... Termasuk la wartawan dan jurugambar...habih dia marah... Tapi...berani ke dia marah Phahrolrazi dan Mat Sabu secara berdepan? Heh! Jangan harap la dia berani jerkah depa tu...heh! |
You are subscribed to email updates from THE DUKE'S BLOG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |