Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

ANGIN PERUBAHAN

$
0
0

ANGIN PERUBAHAN


Bukti Malaysiakini Sabotaj Nik Aziz & Hadi Awang

Posted: 26 Feb 2013 09:30 PM PST



Dalam sibuk media media kawalan PAS cuba "control damage" atas ucapan Nik Aziz berkaitan yang menyamakan penerima BR1M seperti ayam dan lembu, Harakah sendiri telah memperakukan bahawa "BR1M adalah ibarat hampas kelapa", jika begitu penerimanya adalah sama seperi apa yang disebut oleh Nik Aziz. 

Harakah yang kini dikawal oleh kroni kroni Anwar Ibrahim dilihat tidak berasa bersalah untuk merosakkan lagi imej Nik Aziz dan Hadi Awang yang tersalah cakap mengenai BR1M. Seronoklah "kambing kambing" (seperti yang disebut oleh Tuan Ibrahim Tuan Man) untuk mengambil alih jawatan Mursyidul Am dan Presiden PAS selepas ini. Kambing itu siapa?

Lebih memburukkan lagi keadaan bila Zunar (pelukis upahan Malaysiakini) turut sama mengesahkan lagi penerima BR1M adalah seperti apa yang disebut oleh Nik Aziz. Kartun di bawah ini menjadi saksi sabotaj Zunar terhadap Nik Aziz. Kartun ini wajar dicetak dan disebarkan ke seluruh negara agar rakyat tahu sikap sebenar Nik Aziz. 
 
Bukan Utusan atau TV3 yang mengesahkan tohmahan Nik Aziz tersebut, tetapi Harakah dan Malaysiakini (Zunar) yang mengakuinya. Dalam manifesto terbaru pakatan DAP-PKR-PAS, mereka juga ingin beri duit RM50 sebulan sebagai wang saku kepada wanita di seluruh negara. Mekanisme perlaksanaan masih belum dinyatakan, baru berjanji.

Sebenarnya janji baru ini sudah pun dilaksanakan secara saksama oleh kerajaan BN sekarang. Mengapa tidak tunaikan dahulu janji hendak memberi elaun bulanan RM50 kepada anak anak yang pendidikan pra sekolah di Selangor?

Jumlah mereka yang terlibat adalah sejumlah 452,105 orang di Selangor. Ini bermakna selama 5 tahun, kerajaan negeri Selangor sudah berhutang sejumlah RM22,605,250 kepada anak anak pra sekolah di Selangor. RM22 juta masih terhutang dan masih lagi tidak tertunai, kini mereka buat janji baru pula. 

Bila diungkit janji lama, mereka kata "janji itu bukan manifesto", ini kata-kata Khalid Ibrahim pada 29 Ogos 2012 dalam Mesyuarat Exco Selangor. Apa perumpaan yang boleh dipanggil kepada mereka yang berjanji untuk memberi kepada rakyat, tetapi masih lagi belum tunaikan janji?



KUIN : Kepanasan PAS Melihat Pembongkaran Video Ini

Posted: 26 Feb 2013 08:27 PM PST


Mengulas Kenyataan Nik Aziz Kata Penerima BR1M Ayam & Lembu

Posted: 26 Feb 2013 07:00 PM PST

Rakyat Bangkit Bersuara Tentang Janji Janji Dimungkiri #ManifestoBukanJanji

Posted: 26 Feb 2013 05:00 PM PST


Bukti Pakatan DAP-PKR-PAS Hanya Angan Angan Mat Jenin #ManifestoBukanJanji

Posted: 26 Feb 2013 03:00 PM PST


Video Bukti Khalid Ibrahim Mungkiri Janji Di Selangor #ManifestoBukanJanji

Posted: 26 Feb 2013 08:30 AM PST

Video Bukti Pakatan DAP-PAS-PKR Menipu Dalam Isu Hapus Tol #ManifestoBukanJanji

Posted: 26 Feb 2013 07:00 AM PST


Amaran Keras Filipina Terhadap Pemberontak & Anwar Ibrahim

Posted: 26 Feb 2013 05:00 AM PST



Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar (depan, kanan) bersama Laksamana Pertama, Datuk Pahlawan Sulaiman Mohamad (kanan, belakang) ketika hadir pada mesyuarat bersama di Komtek Sahabat 16 Batalian 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) dekat Lahad Datu, pada Selasa.

Hari ini merupakan hari terakhir permintaan Menteri Luar Filipina, Albert Del Rasario kepada kerajaan Malaysia melanjutkan tempoh pengusiran kumpulan penceroboh berkenaan di Kampung Tanduo, di sini.




Presiden Filipina, Benigno Aquino pada Selasa memberi amaran kepada Sultan Sulu bahawa beliau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang jika gagal menamatkan pencerobohan di Sabah.




Presiden Filipina juga memberi amaran kepada individu tertentu yang merupakan ketua pembangkang di Malaysia agar jangan bermain dengan api dengan menghasut pihak penceroboh supaya membuat huru-hara di Sabah.

Aquino memberitahu Sultan Jamalul Kiram III untuk memanggil balik 180 pengikutnya termasuk kira-kira 30 daripada mereka yang bersenjata daripada terus menceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

"Jika anda memilih untuk tidak bekerjasama, tindakan tegas berdasarkan undang-undang negara ini akan digunakan untuk memberi keadilan kepada semua.

"Keadaan seperti ini tidak boleh berterusan. Jika anda benar-benar pemimpin orang anda, anda harus bekerjasama dengan kerajaan untuk mengarahkan pengikut anda pulang ke rumah dengan aman," kata Aquino dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen nasional.



Aquino juga memberi amaran kepada Jamalul Kiram bahawa beliau telah mengarahkan suatu siasatan terhadap 'kemungkinan pelanggaran undang-undang oleh pihaknya, pengikut dan pihak terlibat berhubung pencerobohan itu'.

Selain itu Aquino berkata kerajaannya bekerja dengan pihak berkuasa Malaysia dalam usaha untuk menyelesaikan secara aman pencerobohan berkenaan.

Anwar difahamkan telah berbincang panjang dengan Nur Misuari sebelum pemberontakan berlaku di Lahat Datu Sabah dengan harapan supaya rakyat negeri Sabah menyokong pakatan rakyat.

Gambar Gambar Bukti Kesungguhan PM Berbanding Pembangkang Yang Berjanji Kosong #ManifestoBukanJanji

Posted: 26 Feb 2013 03:00 AM PST








Video Tuan Ibrahim Tuan Man Tidak Setuju Anwar Ibrahim Jadi PM

Posted: 26 Feb 2013 01:00 AM PST


Sifatkan Penerima BR1M Seperti Binatang Satu Tindakan Bercanggah Dengan Ajaran Islam

Posted: 25 Feb 2013 11:00 PM PST





KOTA KINABALU: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyamakan penerima bantuan kerajaan dengan haiwan tidak menggambarkan sikap sebagai pemimpin Islam. Timbalan Perdana Menteri berkata, kenyataan Mursyidul Am PAS itu jelas menghina penerima bantuan kerajaan termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang memerlukannya untuk meringankan beban mereka.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>