BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- Gemar berbogel di dapur sambil memasak? Blog resepi ini sesuai untuk anda!
- (Gambar) Anak pelakon popular Sofea Jane, Arissa bersosial melampau?
- [Terkini] Ceroboh Sabah: Pihak polis siap sedia berperang!
- [Terkini!] Ceroboh Sabah: Pengikut Sultan Sulu enggan tinggalkan Sabah
- [Terkini!] Ceroboh Sabah: Presiden Filipina beri amaran pada tentera Sulu
- Kegelisahan DS Anwar di Konvesyen PR 2013
- Dr Maza: Kerajaan lebih buruk dari pelacur?
- (Video) Salih Yaacob dan Nabil dipentas 'Pakatan Rakyat'
- Kekasih tawar RM100 kepada polis sebelum diperkosa?
- Adil Zafuan: 'Kalau sayang kenapa tak jaga maruah saya?'
- Lepas rindu dendam dengan hanya bertuala
- Bersetubuh dengan kekasih sebelum dakwa diperkosa tiga anggota polis
- Zain nafi akan nikah Rozita Che Wan Julai ini, habih tu, Che Ta nak nikah dengan siapa?
- Setelah negara hancur, hukumlah kami!
- PAS sudah lupa konsep 'adil' dan 'samarata' adalah berbeza
- Di Johor PKR kena hamun dengan DAP, di Perlis berebut dengan PAS pulak
- Belum lawan dah letak persepsi buruk pada SPR, baik tak payah PRU!
Gemar berbogel di dapur sambil memasak? Blog resepi ini sesuai untuk anda! Posted: 26 Feb 2013 03:31 PM PST NakedVeganCooking.com menggunakan cara yang amat istimewa untuk menarik perhatian pengunjung ke blog mereka dengan mengumpulkan pelbagai resepi masakan dan cara memasaknya. Apa yang membuatkan ianya bertambah unik adalah, setiap penghantar resepi masakan mestilah berkeadaan bogel! Jess, Greta dan Lukas adalah pemilik blog ini. Mereka mensyaratkan setiap penghantar resepi wajib dalam keadaan bogel sambil menunjukkan cara-cara memasak makan mereka. Bagi mereka, ianya bukanlah bertujuan untuk menjadi blog porno, tetapi harus dipandang dari sudut yang positif keindahan ciptaan Tuhan. Menurutnya lagi, berbogel ketika masak sangat feminis. Hingga saat ini, blog NakedVeganCooking.com sudah memiliki lebih dari 2130 LIKE di Facebook dan 2700 followers di Twitter. Baca juga: Insiden pelik! Anda mahu sumbangkan resepi anda kepada mereka? Mesti bogel tau..! LOL! Why is this thing being chased? #strangeincident |
(Gambar) Anak pelakon popular Sofea Jane, Arissa bersosial melampau? Posted: 26 Feb 2013 06:01 AM PST Gambar beliau mula dimuat naik oleh blog hiburan, Myartis.com. Dipercayai gambar-gambar berkenaan diperolehi dari akaun instgram gadis tersebut. Dakwa blog tersebut, gambar tersebut adalah gambar anak pelakon wanita terkenal berdarah kacukan. Pelakon tersebut pula cukup popular pada sekitar tahun 90an. Ah! Bukan susah sangat nak meneka pelakon wanita kacukan pada zaman itu, tolak Julia Rais, siapa lagi yang tinggal kalau bukan Sofea Jane. Ramai juga pengunjung yang meneka, dan ramai juga yang meneka Sofea Jane. Jadi disimpulkan di sini, gadis di bawah ini adalah anak kepada Sofea Jane. Sejauh mana kebenarannya kami kurang pasti, jadi kami cuba juga 'google' kan nama si Arissa, anak sulung beliau, untuk membuat perbandingan... Memang ada imbasan wajah gadis berkenaan dengan anak Sofea Jane, tapi entahlah, mungkin juga pelanduk dua serupa, kalau blog berkenaan dapat sertakan mykad gadis tersebut lagi afdal kot..heheheh! Bagaimana pula dengan anda? |
[Terkini] Ceroboh Sabah: Pihak polis siap sedia berperang! Posted: 26 Feb 2013 05:01 AM PST LAHAD DATU - Polis memberi jaminan bahawa insiden pencerobohan kumpulan bersenjata rakyat Filipina di Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari sini, akan ditamatkan secepat mungkin. Tanpa menyatakan bilakah sebenarnya ia akan berakhir, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, episod yang bermula sejak 12 Februari lepas akan diselesaikan secepat mungkin dan menasihati orang ramai supaya tidak bimbang. Ditanya tindakan yang akan diambil selepas tamatnya tempoh yang diberi pihak berkuasa kepada kumpulan itu Ahad lepas, Khalid sekadar berkata: "Tunggu dan lihat". Katanya, tindakan boleh diambil pada bila-bila masa terhadap 150 orang penceroboh yang masih bertahan dan enggan keluar dari Kampung Tanduo. "Kita akan tamatkan stand-off sekarang ini. Cuma saya menasihati orang ramai supaya jangan bimbang dan jangan ragu-ragu. Insya-ALLAH, kita selesaikannya dengan secepat mungkin," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Apabila ditanya sama ada proses rundingan masih berlaku dengan kumpulan tersebut, Khalid berkata: "Saya tidak mahu lagi mengulas perkara (rundingan) itu". Khalid juga berkata, polis tidak tahu-menahu mengenai dakwaan sesetengah pihak kononnya empat anggota keluarga Kiram (kerabat Kesultanan Sulu) telah ditangkap oleh pihak berkuasa. Terdahulu selepas menerima taklimat mengenai perkembangan insiden itu di Komtek Sahabat 16 Batalion 17, Pasukan Gerakan Am (PGA) Felda Sahabat, Khalid menjelaskan kepada pemberita bahawa insiden pencerobohan kumpulan yang mengaku Askar Diraja Kesultanan Sulu masih di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia. Beliau berkata, isu berkenaan masih ditangani sebagai isu keselamatan negara dan operasi turut melibatkan agensi keselamatan lain. "Keadaan di sini masih seperti biasa dan tujuan lawatan saya pagi ini semata-mata untuk menemui anggota saya di lapangan," katanya. Turut hadir pada sidang akhbar berkenaan ialah Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid, Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokthar dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib. Khalid berkata, setakat ini tidak terdapat sebarang unsur luar yang campur tangan dalam usaha polis menyelesaikan isu berkenaan dan menegaskan pihaknya tidak akan membenarkan sebarang campurtangan seperti itu mengganggu urusan keselamatan negara. - Bernama |
[Terkini!] Ceroboh Sabah: Pengikut Sultan Sulu enggan tinggalkan Sabah Posted: 26 Feb 2013 03:15 AM PST ZAMBOANGA CITY - Anggota Tentera Diraja Kesultanan Sulu berkata mereka sedia mempertahankan diri jika Malaysia memaksa mereka keluar dari Sabah atas alasan ia sebahagian daripada tanah air mereka. Sultan Sulu Jamalul Kiram III mengumumkan bahawa mereka tetap berkeras enggan meninggalkan Sabah walaupun kerajaan Filipina menghantar kapal kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan yang menceroboh Lahad Datu. Seramai 200 anggotanya kini berada di pantai Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu. Dipetik portal Nation semalam, Setiausahanya, Abraham Idjirani berkata, kerajaan Filipina sendiri tidak merujuk terlebih dahulu kepada mereka untuk menghantar kapal. "Kami sentiasa terbuka untuk mengadakan rundingan bagi menyelesaikan isu ini," katanya. Laporan itu berkata, Raja Muda atau Abiddin Kiram, adik kepada Jamalul Kiram kini mengetuai kumpulan yang berada di Lahad Datu. |
[Terkini!] Ceroboh Sabah: Presiden Filipina beri amaran pada tentera Sulu Posted: 26 Feb 2013 03:02 AM PST KUALA LUMPUR: Presiden Filipina Benigno Aquino memberi amaran kepada kepada seorang sultan negara itu bahawa pembesar berkenaan berdepan dengan tindakan keras sekiranya tidak menghentikan pertentangan dengan pihak berkuasa Malaysia di Sabah. Laporan AFP menyebut, Aquino mengarahkan Sultan Jamalul Kiram III mengundurkan 180 orang pengikutnya termasuk kira-kira 30 orang yang bersenjata yang kini sudah dua minggu menduduki kawasan perkampungan nelayan di Lahad Datu. "Jika anda memilih untuk tidak bekerjasama, tindakan paling keras mengikut undang-undang negara ini akan digunakan untuk mencapai keadilan bagi kesemua yang diletakkan dalam bahaya," kata Aquino dalam satu siaran televisyen. Katanya, Jamalul Kiram selaku pemimpin seharusnya bersama kerajaan untuk mengarahkan pengikut mereka kembali ke kampung halaman dengan aman. Aquino memberi amaran bahawa beliau telah mengarahkan siasatan ke atas kesemua pelanggaran undang-undang oleh Jamalul Kiram, pengikut dan pihak yang bersubahat dalam kegiatan tersebut. Katanya, peruntukan negara itu menetapkan bahawa undang-undang yang menghalang rakyat menghasut untuk berperang boleh dihukum sehingga 12 tahun penjara.- Agensi |
Kegelisahan DS Anwar di Konvesyen PR 2013 Posted: 26 Feb 2013 02:31 AM PST Datuk Seri Anwar Ibrahim 'macam tak syok' di Konvensyen Pakatan Rakyat, Shah Alam semalam, lapor Agendadaily, "kelihatan letih.. dan ucapannya juga tidak bertenaga berdegar-degar macam selalu". "Mungkinkah ianya ada kaitan dengan cakap-cakap yang kebelakangan ini berlegar hangat mengatakan namanya kini sudah tergelincir sebagai bakal Perdana Menteri jika pembangkang menang pada PRU 13? "Sosek yang paling popular ialah semakin ramai di kalangan ahli PAS di pelbagai peringkat yang mempersoalkan intregriti beliau kerana pelbagai isu yang melibatkan dirinya khususnya keraguan soal moral, "soal portal itu. Utusan Malaysia memetik kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dengan mole.my yang menegaskan menegaskan jawatan PM tidak semestinya menjadi milik Anwar Ibrahim. "Saya percaya kita perlu mengambil kira keputusan pilihan raya serta melihat parti mana yang lebih dominan dari segi memenangi kerusi selain persetujuan semua parti komponen kerana ia boleh menentukan siapa yang patut menjadi Perdana Menteri (mewakili pembangkang). "Itulah sebabnya mengapa saya terus menggesa seluruh ahli dan jentera pilihan raya kami untuk bekerja keras dalam memenangi pilihan raya umum nanti," katanya Kenyataan Ketua Penerangan Pas itu seakan-akan mengesahkan khabar angin mengatakan Majlis Syura Ulama Pas menolak Anwar daripada menduduki jawatan berkenaan, apatah lagi Tuan Ibrahim adalah salah seorang anggota badan tertinggi Pas itu. Sebelum ini, ketika Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu, Kelantan, wakil Dewan Ulama, Hairul Nizam mahu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri dan kenyataan beliau kemudian disokong beberapa lagi pemimpin Pas. Blog GA pula mendapat sumber Anwar tidak begitu gembira dengan manifesto Pakatan Rakyat yang dibacakan oleh tiga wakil parti, iaitu Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Dr Dzulkefly Ahmad yang mewakili PAS dan M. Kulasegaran mewakili DAP. "Anwar maklumkan bahawa dia menerima ratusan sms yang merasakan manifesto PR kali ini kurang menarik dan belum mampu menjamin kemenangan. Banyak isu yang masih belum diperhalusi dengan teliti. Antara bab yang paling dirasakan tidak cukup tarikan adalah soal pengangkutan awam," lapornya. Selain daripada itu, Anwar juga mengemukakan ketidakpuasan hati dalam beberapa perkara:-
AIDCNews – 26/02/13 – |
Dr Maza: Kerajaan lebih buruk dari pelacur? Posted: 26 Feb 2013 01:01 AM PST Lihatlah wajah seorang yang kononnya ulamak besar dan terhebat di Malaysia yang mula mengejar glamor dan cuba membina nama seperti penceramah pentas politik Pas. Hanya kerana beliau pernah menjadi Mufti Negeri maka apakah itu dijadikan batu loncatan untuk beliau sebegitu berani mengeluarkan 'fatwa' murahan demi sesuap nasi ? Terlalu banyak isu yang beliau cetuskan hanya kerana nak mengejar dan mengekalkan populariti sebagai Ulama Negara ? Malah beliau dilihat sedaya upaya ingin menyaingi Ustaz Azhar Idrus yang menjadi fenomena rakyat Malaysia pelbagai peringkat umur walau Azhar hanya dilihat menggunakan senjata 'humor' untuk membuka mulut pendengar agar ketawa disetiap kuliah beliau. Semua isu MAZA dilihat cuba campuri, dari isu agama hinggakan isu BR1M. Terkini beliau membuat lontaran sinis dalam blog beliau sendiri ;
Apa maksud MAZA sebenarnya ? Baca lanjut di Malaysia Instinct |
(Video) Salih Yaacob dan Nabil dipentas 'Pakatan Rakyat' Posted: 26 Feb 2013 12:01 AM PST PRU13 yang semakin hampir mendorong beberapa artis turut melibatkan diri mereka dalam politik. Walaupun tidak secara zahir seperti mana artis-artis yang menyertai pembangkang, khidmat mereka sedikit sebannyak memberi impak kepada kejayaan Barisan Nasional. Melalui bakat dan kemahiran yang mereka ada, mereka sumbangkan tanpa mengharapkan apa-apa balasan dengan harapan kerajaan sedia ada kekal berkuasa. Terima Kasih, Salih Yaacob dan Nabil. |
Kekasih tawar RM100 kepada polis sebelum diperkosa? Posted: 25 Feb 2013 11:04 PM PST BUTTERWORTH - Seorang wanita Indonesia memberitahu mahkamah di sini bahawa teman lelakinya ada menawarkan wang tunai RM100 kepada dua orang anggota polis bagi membolehkan wanita berkenaan dilepaskan atas kesalahan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Mangsa, 26, yang merupakan saksi utama perbicaraan kes rogol yang dihadapi tiga anggota polis iaitu iaitu Koperal Nik Sin Mat Lazim, 33, Konstabel Remy Anak Dana, 25, dan Konstabel Syahiran Romli, 21, berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam R.S.N Rayer. Mangsa juga mengakui bahawa teman lelakinya yang berusia 52 tahun turut digari kerana membuat tawaran wang tunai itu kerana ia bertentangan dengan etika kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM). Katanya teman lelakinya dibebaskan setelah mangsa bersetuju untuk dibawa ke balai sementara menunggu teman lelakinya menunjukkan dokumen perjalanan yang sah kepada pihak polis. Selain itu mahkamah juga diberitahu bahawa terdapat dua Asid Deoksiribonukleik (DNA) milik dua lelaki yang tidak dikenali pada seluar dalam mangsa, bagaimanapun mangsa tidak mengetahui berkenaan DNA itu. Baca juga: Bersetubuh dengan kekasih sebelum dakwa diperkosa polis Bagaimanapun, perbicaraan hari kedua hari ini terpaksa ditangguhkan kerana mangsa kurang sihat dan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan 29 April depan untuk menyambung pemeriksaan balas. Ketiga-tiga tertuduh Nik Sin, Remy dan Syahiran dituduh merogol wanita itu di Bilik 4, Berek Balai Polis Perai di sini antara 6.40 pagi hingga 7.30 pagi pada 9 Nov 2012. Bagi pertuduhan rogol, mereka didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Ketiga-tiga mereka juga didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap wanita itu pada tarikh, waktu dan tempat yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 376(1) kanun sama memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim. Nik Sin dan Remy diwakili peguam Abdul Roni Rahman manakala Syahiran diwakili peguam Rayer. - Bernama |
Adil Zafuan: 'Kalau sayang kenapa tak jaga maruah saya?' Posted: 25 Feb 2013 10:22 PM PST SEREMBAN - Pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, gagal dalam sebutan permohonan cerai isterinya yang juga pelakon, Rita Rudaini Mokhtar di Mahkamah Rendah Syariah Seremban dekat sini, semalam. Hakim Syarie Hamizan Mohd Nor memerintahkan jawatankuasa khas pendamai ditubuhkan yang diwakili seorang keluarga terdekat kedua-dua pihak dilantik dan menetapkan 8 Mac depan sebagai tarikh baru sebutan kes yang turut dihadiri pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri (JHEAINS). Mohd Aidil 26, dan Rita 37, hadir di mahkamah untuk mendengar sebutan permohonan cerai yang dikemukakan Aidil selaku plaintif. Hamizan dalam penghakimannya berkata, memandangkan seorang bersetuju dan seorang lagi tidak bersetuju, maka jawatankuasa khas pendamai perlu ditubuhkan. "Ini mungkin boleh mewujudkan rasa sayang semula. Sekiranya jawatankuasa khas pendamai tersebut gagal menemui jalan penyelesaian juga, barulah proses cerai dilakukan," katanya. Terdahulu, dalam prosiding, Rita diwakili peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Md Zain, menuntut jawatankuasa khas pendamai ditubuh mengikut Seksyen 47 kerana tidak bersetuju dengan permohonan cerai kali kedua difailkan Aidil pada 31 Januari lalu. "Ini kerana tiada perbincangan pernah dilakukan sebelum ini dan beranggapan dengan perbincangan secara formal menerusi jawatankuasa khas pendamai ditubuhkan akan membolehkan perbincangan dibuat secara menyeluruh. Bagaimanapun, peguam syarie, Noor Ariff Delia Ramli yang mewakili Aidil memberitahu mahkamah bahawa penubuhan jawatankuasa khas mahkamah tidak perlu kerana kes ini sudah lama berlarutan. "Daripada perbincangan dengan anak guam saya, tiada jalan penyelesaian didapati dan memohon penceraian secara baik dapat dilakukan di sini," katanya. Hamizan kemudiannya bertanya kepada Rita dan Aidil, sama ada kedua-dua mereka masih mempunyai rasa sayang di antara satu sama lain. Hakim syarie: Sayang lagi tak kat isteri? Aidil: Tak (merujuk kepada Rita). Saya dah tak sayangkan dia lagi dan saya dah tak inginkan dia. Hakim syarie: Sayang tak kat suami? Rita: Saya sayang keluarga saya. Selagi bergelar suami, saya sayang. Hakim syarie : Nak cerai dah? Aidil: Ya (angguk) Dalam pada itu, Rita turut mahu mengetahui apakah kesalahannya sehinggakan plaintif mahu menceraikannya. "Apa salah saya. Tiada perbincangan dibuat. Tiada alasan dia (Aidil) keluar dari rumah dan tinggalkan anak macam itu sahaja. Sebagai seorang isteri saya mempunyai hak untuk mengetahui sebab saya diceraikan," katanya. Sementara itu, Aidil berkata, sekiranya dia (Rita) masih sayangkan keluarga, maruah suami perlu dijaga. "Saya anggap kes ini berlarutan. Sudah dua kali dia minta diceraikan, tetapi masa itu saya masih boleh bersabar. Ada tak dia pernah menjaga maruah saya sebagai suami selama ini," katanya. Rita berkata, dia tidak terkejut dengan permohonan cerai kali kedua yang difailkan Aidil. "Kalau boleh, siapa nak cerai. Buat perbincangan dulu, ikut 'step' sekiranya tidak boleh barulah cerai. Nanti menyesal tidak guna. Kena fikir panjang, jangan fikir pendek," katanya. Rita juga menafikan dakwaan beliau dua kali meminta cerai. |
Lepas rindu dendam dengan hanya bertuala Posted: 25 Feb 2013 09:31 PM PST KLUANG - Tidak serik-serik. Wanita yang pernah ditangkap Pejabat Agama Islam Johor pada tahun lalu atas kesalahan berkhalwat, sekali lagi dicekup ketika sedang memadu kasih selepas meraikan majlis hari jadi di sebuah hotel di Jalan Mengkibol, di sini, awal pagi kelmarin. Sebelum itu, wanita berkenaan sempat menyambut hari jadi teman lelakinya yang ke-22 di sebuah restoran makanan segera di bandar Kluang. Lelaki yang berasal dari Melaka itu sanggup datang ke Kluang semata-mata ingin menyambut hari lahirnya dan melepaskan rindu dengan teman wanitanya yang jarang ditemui kerana bekerja di sebuah pasar raya di bandar Kluang. Ketua Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor cawangan Kluang, Anuar Kosnin, berkata, sewaktu serbuan dijalankan kira-kira jam 1.15 pagi pasukan penguat kuasa terpaksa menunggu lebih kurang lima minit untuk pasangan berkenaan membuka pintu hotel. "Apabila pintu dibuka hanya lelaki sahaja yang ada manakala si wanita menyembunyikan diri dalam bilik air dalam keadaan berkemban dengan harapan untuk menyelamatkan diri daripada ditahan. "Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati wanita yang ditahan itu pernah ditangkap oleh Pejabat Agama Islam Johor pada tahun lepas di kawasan Perumahan Jalan Haji Manan, Kluang tetapi bersama dengan lelaki lain," katanya. Anuar berkata, hukuman dan denda yang dikenakan ke atas wanita itu tidak pernah dijadikan tauladan tetapi masih mengulangi kesalahan yang sama iaitu berkhalwat. "Bagaimanapun, pasangan berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 27 (1) (a) & (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997, yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan," katanya. Operasi bersepadu itu berakhir sekitar jam 5 pagi dan melibatkan lima daerah Jabatan Agama Islam Johor iaitu Muar, Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru dan Kluang, disertai tiga anggota Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Kem Mahkota Kluang. |
Bersetubuh dengan kekasih sebelum dakwa diperkosa tiga anggota polis Posted: 25 Feb 2013 08:02 PM PST BUTTERWORTH - Seorang wanita warga Indonesia memberitahu Mahkamah Sesyen di sini dia melakukan hubungan seks bersama teman lelakinya sebelum membuat laporan polis mendakwa dia dirogol tiga anggota polis pada 9 November tahun lepas. Mangsa, 26, membuat pengakuan itu ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim pada perbicaraan hari pertama kes rogol membabitkan tiga tertuduh iaitu Koperal Nik Sin Mat Lazim, 33, Konstabel Remy Anak Dana, 25, dan Konstabel Syahiran Romli, 21. Mangsa juga mengaku melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya yang berusia 52 tahun beberapa kali sepanjang lapan bulan tinggal bersama. Semasa prosiding itu pihak pendakwaan turut menunjukkan empat daripada 19 barang kes kepada mangsa untuk dikenal pasti iaitu dua helai blaus panjang berwarna hitam dan putih, sehelai seluar dalam berwarna biru dan sehelai baju dalam berwarna merah jambu yang diakui mangsa adalah miliknya. Mangsa merupakan saksi pertama pendakwaan turut memberitahu mahkamah kronologi kes bermula daripada penahanannya oleh dua anggota polis sehingga proses kawad cam dilakukan untuk mengenal pasti suspek. Bagaimanapun keterangan yang dibuat mangsa mengenai kejadian rogol itu dilakukan secara tertutup di hadapan hakim dan wakil Kedutaan Indonesia. Ketiga-tiga tertuduh Nik Sin, Remy dan Syahiran dituduh melakukan kesalahan itu di Bilik 4, Berek Balai Polis Perai di sini antara 6.40 pagi hingga 7.30 pagi pada 9 November 2012. Bagi pertuduhan rogol, mereka didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. Ketiga-tiga mereka juga didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap wanita itu pada tarikh, waktu dan tempat yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 376(1) kanun sama memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Nik Sin dan Remy diwakili peguam Abdul Roni Rahman manakala Syahiran diwakili peguam R.S.N Rayer. Perbicaraan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi bersambung esok. - Bernama |
Zain nafi akan nikah Rozita Che Wan Julai ini, habih tu, Che Ta nak nikah dengan siapa? Posted: 25 Feb 2013 07:16 PM PST Ianya bermula dengan kenyataan ini dari Rozita Che Wan kepada harian Metro Rozita Che Wan bercakap kepada Harian Metro hari ini mengesahkan yang beliau & Zain Saidin bakal bernikah sekitar hujung Julai 2013. "InsyaAllah kami akan bernikah, jika tiada sebarang halangan pada bulan berkenaan," ujar Rozita Che Wan yang turut memilih untuk tidak bertunang kerana menganggap ianya tidak perlu. "Hubungan kami selama ini memang tiada masalah. Kami sudah lama mengenali satu sama lain dan dia juga rapat dengan anak dan ibu saya," tambah Rozita Che Wan lagi. Dan kini ia pun bermula, percanggahan kenyataan yang memang perkara biasa dalam dunia artis Malaysia. Hari ini kita ada Rozita Che Wan & Zain Saidin yang mula berbeza kenyataan. Namun dalam satu kenyataan balas menerusi Media Hiburan, Zain Saidin mengakui beliau terkejut dengan kenyataan Rozita Che Wan tersebut tetapi tidak menafikan yang mereka akan berkahwin. "Memang kami akan berkahwin tetapi bukan bulan Julai. InsyaAllah, seperti yang dirancang kami akan bernikah pada hujung tahun ini. Saya sendiri pun terkejut kenapa Julai dikatakan sebagai bulan perkahwinan kami" "Buat masa sekarang belum ada sebarang persiapan lagi kerana semua akan dibuat selepas raya nanti. Secara rasmi juga, saya belum lagi masuk merisik cuma kami sudah pernah berjumpa keluarga masing masing. Ini kerana perbincangan baru dilakukan antara kami berdua sahaja." |
Setelah negara hancur, hukumlah kami! Posted: 25 Feb 2013 06:31 PM PST SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) bersedia untuk dihukum oleh rakyat menerusi sistem demokrasi yang adil dalam negara ini. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PR tidak mahu memerintah sepanjang hayat. Menurutnya, dengan konsep yang ditunjukkan menerusi manifesto PR iaitu kehebatan perlembagaan, rakyat boleh menghukum PR menerusi proses pilihan raya, jika tidak memberi prestasi yang baik. "Rakyat boleh menjadi hakim yang adil. Kerajaan PR tidak berlagak menjadi Tuhan. "Kita bukan pemimpin yang tidak tahu malu dengan melindungi dan membersihkan diri yang sememangnya tidak bersih," katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat semalam. Katanya, rakyat pada hari ini berhadapan dengan negara yang tidak ada maruah demokrasi, pemimpin yang tidak ada rasa malu dan pelbagai salah laku. "Rakyat dinafikan untuk berfikir dengan benar serta laporan media yang tidak adil," katanya. Pada waktu yang sama, Abdul Hadi berkata, parti-parti politik yang fanatik perkauman sudah tidak relevan di negara ini. "PR sudah berjaya menterjemahkan amalan ini melalui Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu. Sudah lebih sebahagian rakyat negara ini sudah menerima hakikat ini dan semangat rakyat mesti dihidupkan. "Hanya Barisan Nasional, MCA, MIC, Umno dan parti seangkatan mereka yang masih berteraskan perkauman dan mereka tidak dianggap relevan lagi," katanya. Katanya, PR menerima adunan pelbagai kaum, budaya dan pengalaman. "Jika ia disatukan, ia akan memberi kekuatan kepada PR. "Kita juga sudah menyatukan pelbagai kaum menerusi konsep kita menerusi perlembagaan, yang mana tidak mampu dilakukan mereka (Barisan Nasional)," katanya. |
PAS sudah lupa konsep 'adil' dan 'samarata' adalah berbeza Posted: 25 Feb 2013 06:01 PM PST SHAH ALAM: Presiden JATI, Datuk Dr Hasan Ali menyifatkan manifesto yang dibentangkan pakatan pembangkang hari ini gagal mengangkat martabat Melayu dan Islam di negara ini. Beliau mendakwa manifesto 35 halaman itu merupakan satu pendekatan tersembunyi untuk menukar imej PAS yang sebelum ini tegak dengan Islam dan kemelayuannya supaya menerima hakikat "Malaysian Malaysia", "samarata" dan "samarasa". Hasan selain itu berkata janji yang ditawarkan Pakatan Rakyat mengenepikan pembangunan modal insan yang dicanang PAS justeru bakal melahirkan golongan yang menjulang sifat materialistik serta menonjolkan sifat keangkuhan dan kesombongan. "Akhirnya segelintir rakyat mungkin boleh mencapai kelebihan material itu dengan menidakkan sebahagian besar masyarakat yang merupakan kelompok majoriti (Melayu) yang tidak mempunyai persediaan untuk sama-sama merebut peluang material yang ada di hadapan mereka," kata beliau dalam satu kenyataan. Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu kemudian mengulas tentang cita-cita pembangkang mentadbir negara dengan mengemukakan tawaran-tawaran tanpa mengambil kira faktor pelaksanaan yang mungkin tidak akan tercapai. Ini katanya berdasarkan pengalaman kerajaan Pakatan Rakyat memerintah di negeri Selangor dan Pulau Pinang di mana rakyat terpaksa meningggalkan negeri-negeri itu ekoran kos hidup yang semakin tinggi termasuk harga rumah yang mahal. "Setakat yang dapat kita saksikan di negeri-negeri dalamana Pakatan Rakyat diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbirnya, fakta-fakta menunjukkan bahawa sebahagaian yang dijanjikan dalam manifesto untuk masing-masing negeri tidak berjalan seperti yang diharapkan," tambah beliau lagi. Pembangkang yang membentangkan manifesto "Manifesto Rakyat: Pakatan Harapan Rakyat" di sini hari ini mengulangi janji menurunkan harga minyak, tarif elektrik dan air serta menghapuskan tol dan menurunkan harga kereta. Pakatan Rakyat juga berjanji menghapuskan PTPTN, sistem kawalan trafik AES dan menyediakan perkhidmatan wad percuma di hospital awam. Ini termasuk menyediakan satu juta peluang pekerjaan baru, gaji minima RM1,100 sebulan dan tabung RM2bilion untuk majikan yang tidak cukup modal menampung gaji minima itu selain pengurangan cukai pendapatan untuk sebahagian besar rakyat Malaysia. Antarapos |
Di Johor PKR kena hamun dengan DAP, di Perlis berebut dengan PAS pulak Posted: 25 Feb 2013 05:31 PM PST SHAH ALAM – Pengerusi PKR Perlis, Mohammad Faisol Abdul Rahman menafikan dakwaan mengatakan wujud perebutan kerusi antara parti itu dan Pas di Perlis susulan desas-desus mengatakan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya akan bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Faisol yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR Perlis menyifatkan khabar angin itu tidak berasas, malah dakwaan mengatakan Pas tidak membenarkan tokoh agama itu bertanding di Perlis atas tiket PKR juga tidak benar sama sekali. Katanya, beliau percaya perkara tersebut sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu yang bermotifkan politik. "Khabar angin itu tidak benar sama sekali, setakat ini saya tidak pula dimaklumkan tentang hal itu. "... tidak timbul isu perebutan kerusi di Perlis antara PKR dan Pas, saya difahamkan rundingan itu masih berjalan di peringkat pusat," bercakap kepada Sinar Harian Online. Menurut sumber dalaman Sinar Harian Online, Pas dikatakan cuba menghalang tokoh ulama itu daripada bertanding atas tiket PKR di Perlis susulan khabar angin mengatakan Juanda akan menyertai PKR, bukannya Pas sebelum beliau diturunkan dalam gelanggang pilihan raya umum kali ini. Sinar Harian Online difahamkan Pas cuba memonopoli ketiga-tiga kerusi Parlimen di Perlis walaupun mereka tewas pada tahun 2008. Perlis mempunyai tiga kerusi Parlimen dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri. "Sebab itu, Pas berebut tiga kerusi itu dan mungkin agak terkilan apabila Dr Juanda yang berlatarbelakangkan agama tidak tertarik untuk menyertai Pas," kata beliau. Juanda antara nama yang disebut-sebut, berpotensi untuk bertanding di Kangar bagi menggantikan calon PKR, Tunku Abdul Rahman Tunku Ismail yang tewas kepada calon Barisan Nasional, Datuk Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad lima tahun lalu. Minggu lalu, Sinar Harian Online membawa laporan Juanda dan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin antara tokoh ulama akan bertanding kali ini. |
Belum lawan dah letak persepsi buruk pada SPR, baik tak payah PRU! Posted: 25 Feb 2013 05:01 PM PST SHAH ALAM - Di sebalik keyakinan Pakatan Rakyat (PR) akan menerajui kerajaan pusat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah kekangan utama bagi pakatan itu mencapai impiannya. "Kita tidak terlebih yakin. Kita mesti juga ada perikemanuasiaan untuk terima, kita berhadapan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang belum bebas dan bersih. "Tetapi kita yakin insya-ALLAH, kita mampu tawan Putrajaya," kata beliau ketika menyampaikan ucapan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Keempat di sini, hari ini. Pada konvensyen itu, PR melancarkan manifesto PRU13 yang bertemakan Pakatan Harapan Rakyat. Malah tegas Anwar, perikatan itu perlu menang dengan jumlah kerusi yang meyakinkan kerana lawan mereka adalah kelompok yang tamak haloba. "... dan kita harus memikirkan peralihan kuasa yang aman," ujar Anwar sambil berkata, beliau tabik kepada beberapa pimpinan tertinggi tentera yang menyatakan keteguhan dan kesiapsiagaan di bekalang kerajaan pemerintah. Anwar sebelum itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh tenaga kerja yang bertungkus-lumus menyediakan manifesto PR terutama generasi muda yang tampil dengan pelbagai idea segar. Kata Anwar, walaupun Umno-BN sering mengatakan idea PR akan memufliskan negara, namun mereka juga sehingga kini gagal untuk berdebat dalam soal dasar dengan gagasan itu. Malah katanya, perikatan itu berjaya melakukan satu eksperimen baru apabila berjaya mendokumentasikan sebuah manifesto sebelum pilihan raya umum diadakan. Bahkan ujarnya, perikatan itu semakin dewasa dari sehari ke sehari berdasarkan pengalaman yang ditimba daripada masalah dan perbedaan pendapat sesama parti itu. "Sepertimana disebut oleh Lim Guan Eng dan Hadi Awang, ada ditulis, ada permasalahan berbangkit, ada ketegangan dalaman tetapi setiap kali kita dapat mengatasinya, kita jadi yakin dan lebih kukuh sepertimana yang kita telah saksikan setelah kita dapat meraih suatu ikrar dan muafakat bersama," ujar Anwar. Beliau juga menyatakan bahawa ujian kejayaan perikatan itu kini ialah bagaimana untuk menterjemahkan sokongan sesama mereka menerusi calon parti masing-masing yang akan bertanding dalam PRU13. "Ujian kejayaan kita pada hari ialah muafakat yang cukup erat di kalangan semua kepimpinan di setiap peringkat mempastikan setiap calon yang diketengahkan itu menjadi calon kita bersama. "Calon Pas, DAP dan PKR yang akan menyerang Umno dan Barisan Nasional dan mengalahkan mereka," katanya sambil menegaskan, ujian terbesar parti itu ialah kepelbagaian dalam perikatan itu sendiri. Anwar turut menyatakan kepimpinan yang ditonjolkan tokoh-tokoh seperti Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai aset utama gagasan itu ke arah Malaysia yang baru. Sinar |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |