Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Duke of UMNO

$
0
0

Duke of UMNO


AMARAN..!!! BACA BOLEH, PERCAYA JANGAN...!!! HEH..!!!

Posted: 26 Feb 2013 06:37 AM PST


Berikut adalah ringkasan apa yang Pakatan Haram janji..opsss... err..er... err.. bukan janji nak buat kalau depa dapat jajah Malaysia pada PRU ke-13 ni. Korang baca je, tapi jangan percaya sebab depa hanya bagitau saja, tak kata janji nak buat pun...

Err..aku pun nak buat manifesto gak. Kalau aku jadi PM, aku akan bagi banglo 8 tingkat kat pembaca blog aku sorang sebijik, Porsche Cayenne sorang sebijik, petrol percuma sampai seumur hidup, gaji minimum sorang RM100,000 sebulan...err...hangpa nak apa lagi? Aku boleh bagi punyaaa..!!! Heh!


Konvesyen Pakatan Rakyat kali keempat yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada Isnin memberikan tumpuan kepada pelancaran manifesto Pilihan Raya Umum ke-13. 

Dengan tema 'Pakatan Harapan Rakyat' tumpuan utama manifesto mereka menjurus kepada empat tonggak utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kerajaan Rakyat dan Kesejahteraan Rakyat.

Antara pemimpin kanan Pakatan Rakyat yang hadir ialah, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Antara perkara yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Rakyat ialah menyediakan sejuta peluang pekerjaan selepas mengambil alih kerajaan Pusat, mewujudkan tabung dengan dana bernilai RM 2 bilion bagi membantu pelaksanaan gaji minimum, meningkatkan jalur pendapatan cukai tahunan maksima daripada RM200,000 kepada RM400,000.

Pakatan Rakyat juga turut menjanjikan pemansuhan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) serta saman AES yang dikeluarkan, menaikkan sumbangan kerajaan dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) daripada 15 kepada 20 peratus.

Pakatan Rakyat juga mahu mewujudkan Suruhanjaya Kontrak dan Konsesi Awam bagi menilai semula semua projek yang telah dianugerahkan kepada pihak tertentu tanpa melalui tender terbuka, menghentikan projek nadir bumi Lynas di Gebeng dan menilai semula semua fasa Projek Petrokimia Bersepadu (Rapid) di Pengerang.

Selain itu, Pakatan Rakyat mahu mewujudkan Skim Perintis Rakyat untuk melatih 1 juta lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang teknikal, menubuhkan lima lagi universiti dan 25 sekolah vokasional baru.

Turut dijanjikan, Skim Bonus Warga Emas dengan insentif sebanyak RM1,000 setahun, Caruman Wanita Malaysia, kerajaan akan sumbang caruman sebanyak RM50 sebulan bagi setiap isteri yang layak, manakala suami akan sumbang caruman antara RM10 hingga RM100 sebulan, mengikut kadar pendapatan, memelihara hak tanah dan kebajikan Orang Asli. – mStar Online
Itu ja yang depa nak bagi...tapi jangan la percaya pulak noooo... Depa saja kata saja pasal depa nak undi korang semua...heh! 

PANASSS..!!! GAMBAR TERKINI POK NIK AJIS..!!! MENGEJUTKAN..!!!

Posted: 26 Feb 2013 04:37 AM PST

Hadoi laaa..Pok Nik pun malu nak tengok gambar dia...adehhh..!
Aku tak tau la apa yang puak-puak PAS ni akan meroyan bila tengok gambar Pok Nik Ajis ni. Tapi rasanya depa akan terus meroyan tahap gaban punya bila gambar "nabi" depa ni...heh!

Bukan senang nak tengok gambar "ajaib" lagu ni. Tapi atas permintaan ramai, aku siarkan kat blog ni jugak sebagai penghormatan pada fatwa Pok Nik Ajisss yang terbaru...

Harap puak-puak PAS dapat sabar...tahan sabar...tengok kat bawah ni...heh!


Aku ambil kat blog Parpu semalam...heh!

PANASSS..!!! ABANG JEM SEKOLAHKAN ANWAR BERAHIM DALAM YOUTUBE..!!!

Posted: 26 Feb 2013 01:37 AM PST



Kelllassss la Abang Jemmm..!!! Heh! Berasap telinga puak-puak Pakatan Haram tu...heh! Amacam? Ada rasa panasss ke? Merah muka nampakkk? Muahahahahaaa....

Buku JingGay? Heh! Berani Abang Jem kondem kitab suci depa tu? Penat depa dok meeting buat buku JingGay tu. Errr...depa tau ka kesan kalau depa buat apa yang depa janji tu? Heh!

Sebab depa tau kesan dasar tu buruk, maka sebab tu la depa tak tunaikan janji. Kononnya depa dengar kemahuan rakyat. Padahal, depa auta saja...dah dapat kuasa nanti pandai-pandai la depa pusing...


Bukti dah ada kat 4 negeri. Hancus semuanya. Depa boh Tok Guru jadi MB sampai 22 tahun pun fail. Depa boh Khalifah kat pulau pun fail. Depa boh "Gagap" kat negeri termaju pun gagal. Depa boh ustaz kat Kedah ni, depa pulak nak gulingkan ustaz tu pulak dahhh..!!!

Tu diaaa...ambik hangpa! Tepat kena batang hidung! Rakyat dah nampak dah auta hangpa. Nak lari mana lagi...berenti la wehhh..!!!

GEMPARRR..!!! PUAK PAS SERANG BILIK GERAKAN UMNO..!!!

Posted: 25 Feb 2013 10:37 PM PST


Teruk betul! Katanya PAS contohi akhlak Rasulullah SAW. Tapi sampai serang dan bergaduh dengan saudara seagama ni apahal? Oppsss...lupa...PAS memang kafirkan UMNO sejak 1981 lagi. Tapi cerita ni memang betul..PAS serang orang UMNO...

Ceritanya? Cuba baca kat laporan polis kat atas tu. Baca betul-betul. Dan jangan dok nak putar alam pulak. Fikir la cara nak satukan umat Islam dari bergaduh ni....

Aku heran. Pasal bendera pun nak bergaduh. Tapi tu laa..kalau PAS tak cari pasal, takkan la nak bertumbuk, kan? Pacak bender PAS kat pagar pejabat UMNO? Kurang ajar la tu...sengaja nak cari pasal la...provokasi murahan...


Bila bendera tu dibuang dari pagar, mula la nak marah serang orang. Bergaduh macam budak kecik! Puiii..!!! Kuat sangat ke? Nak bergaduh pegi gaduh dengan Israel tu haaaa.. kalau puak Yahudi tu jauh sangat, ejen Yahudi pun ada kat negara ni...namanya "Anvar Abraham"...   

Apa la nak jadi orang Islam kat Malaysia ni. Pasal politik pun nak bergaduh. Kes bendera pulak tu, Heh! Apa raaaaa...!!! Buat malu Islam je puak-puak PAS nihhh... dah! Pi amik ayaq semayang...

GEMPARRR..!!! ANAK ARWAH FADHIL NOOR NAK BERSATU DENGAN UMNO..!!!?

Posted: 25 Feb 2013 08:37 PM PST

Fauwaz bakal dibenci Pok Nik Ajisss?
Korang kenal tak sapa ni? Inilah anak Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, bekas Presiden PAS yang disegani kawan dan lawan. Namanya Ahmad Fauwaz. Dia pun sokong PAS macam ayahnya jugak.

Tapi, Fauwaz ni lain sikit fahamannya dengan PAS sekarang. Fauwaz ikut macam arwah bapanya. Prinsip yang lebih kurang sama. Dan dia dilihat cenderung menyokong Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang Nik Aziz benci sangat tu...heh!

Nak tahu apa kata Fauwaz? Heh..! Mesti puak-puak PAS bengang punya...heh! Cuba tengok statement dia kat bawah tu...heh!

"Jika kita sayangkan negara ini, lebih baik kita bersatu dan bekerjasama sesama Islam demi memegang amanah dalam menjaga negara ini,"

 "Tetapi apa apa yang lebih penting adalah kita perlu praktik dan bukan hanya sekadar slogan,"
"Kita perlu melihat perpaduan itu sebagai 'saya sebahagian daripada kamu dan kamu adalah sebahagian daripada saya',"
 Apa maknanya? Maksud Fauwaz...dia nak PAS dan UMNO bersatu. Mungkin la tak payah bubar mana-mana parti. Tapi paling tidak, PAS perlu bercerai dengan DAP dan PKR, dan seterusnya bersatu dengan UMNO di bawah BN...

Aku heran, apasal la PAS ni tak sedar-sedar depa dipermainkan DAP dan PKR? Apa hitam sangat ke hati pemimpin PAS ni? Pergi basuh dengan air zam-zam la...insyaAllah berkat...kan?

GEMPARRR..!!! PAKATAN HARAM UMUM BAKAL PM HARI NI..???

Posted: 25 Feb 2013 06:37 PM PST

Aku dah cop dahhh..ko jangan nak buat u-turn macam PAS pulakkk..




PERSOALAN siapakah yang akan dicalonkan oleh Pakatan Rakyat sebagai Perdana Menteri jika mereka memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke -13 kini semakin 'misteri' kerana nampaknya parti-parti yang bernaung di bawahnya mula mengambil sikap membisu.


Jika sebelum ini mereka seolah-olah sepakat mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jawatan tersebut tetapi kini parti-parti berkenaan dilihat mula mengambil sikap 'tunggu dan lihat' .

Lebih tepat lagi, mereka mengambil pendekatan 'kunci mulut' daripada mengishtiharkannya secara rasmi kepada rakyat amnya dan penyokong mereka khususnya.


Rata-rata pemimpin Pakatan Rakyat sebaliknya cuba menyakinkan pengundi agar  bersabar dan menanti "elemen kejutan" .

"Calon dah ada…tapi belum umum.

"Biasalah, ada pandangan tertentu dan ia tidak beri masalah besar…bila PR menang ke Putrajaya…orang popular akan menerima sokongan umum," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ketika ditanya pemberita selepas majlis pelancaran manifesto PR "Pakatan Harapan Rakyat" di Pusat Konvensyen Shah Alam pada pagi tadi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pula berkata PR akan mengumumkan calon itu bila tiba masanya, namun enggan mengulas lanjut sama ada calon berkenaan akan diumum sebelum atau selepas PRU-13.

"Kita akan maklumkan di mana dan siapa calonnya," kata Ahli Parlimen Kuala Selangor itu.
Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali pula beranggapan PR mempunyai barisan kepimpinan yang kukuh dan ia merupakan sebahagian pakej yang membuktikan kewibawaan parti berkenaan untuk menawan Putrajaya.

"Kita ada pakej yang kukuh dan menjadi bukti Pakatan bersedia pergi ke Putrajaya…bukan soal siapa perdana menteri," katanya.

"Soal (pemilihan perdana menteri) itu tidak timbul kerana perbincangan sebelum ini membuktikan muafakat PR itu utuh.

"Kita akan umumkan pada masa sesuai dengan elemen kejutan yang sesuai," kata Ahli Parlimen Gombak itu lagi.

Sebenarnya isu siapa bakal PM itu kini semakin hangat membelenggu para pemimpin Pakatan Rakyat walaupun mereka berusaha keras hendak menyakinkan masyarakat kononnya isu berkenaan tidak pernah 'menjadi hal' kepada mereka.

Sebelum ini, ketika Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu, wakil Dewan Ulama, Hairul Nizam mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri dan bukannya pemimpin pembangkang yang lain. Kenyataan beliau itu kemudiannya disokong oleh beberapa lagi pemimpin Pas yang turut berada dalam majlis syura.

Malahan ketika masih di dalam Pas, bekas Naib Presiden parti itu, Datuk Dr. Hasan Ali pernah menyatakan secara terbuka bahawa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Ini bertentangan dengan DAP yang terang-terang mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri mereka.

Pengerusi DAP Karpal Singh baru-baru ini sekali lagi menegaskan bahawa Anwar akan menjadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam PRU-13.

"Pilihan DAP adalah Anwar Ibrahim dan saya fikir pilihan ini akhirnya akan disokong PAS dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) kerana Anwar Ibrahim paling layak," katanya.

Malang sekali, di saat mereka sedang memukul canang yang mereka bakal mengambil alih tampuk pepimpinan negara, isu paling asas iaitu siapa yang bakal mengetuai jentera pentadbiran negara pun, mereka masih belum dapat mencari kesepakatan.

Ini bukan rahsia lagi.

Kalau benda begini pun mereka masih tak dapat nak selesaikan, jangan mimpilah mereka akan dapat mentadbir negara ini dengan baik.

Yang paling kecewa dah tentulah Anwar, di saat beliau mengharapkan mendapat sokongan yang solid dari Pakatan Rakyat untuk menjadi Perdana Menteri, nampaknya ada saja tangan yang menghalangnya, kali ini bukan dari Barisan Nasional tetapi dari dalam parti komponen mereka sendiri.

Betullah kata pepatah…air tenang jangan disangka tiada buaya.

Betul juga kata pepatah…rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

Dan sebagai siswa lulusan Sastera, rasanya Anwar cukup faham pepatah tersebut, dan apakah MESEJ SEBENARyang cuba disampaikan rakan-rakannya itu! - Mynewshub.my

LAWAK PAGI INI... ANWAR BERJOGET, NAJIB ZIARAH MANGSA KAWAN BAIK ANWAR...

Posted: 25 Feb 2013 04:37 PM PST


Amboiii...seronok betoi dia dok bergelek atas pentas...

Glamour macam MGR? Heh! Seronok sungguh....

Tapi PM tak buat benda yang kurang berfaedah tu...

Ada baiknya PM melawat umat Islam di Palestin yang dibunuh kawan baik Anwar...

Anwar sokong kalau Israel bom dan bunuh umat Islam Palestin...

Nampak sangat beza antara Najib dan Anwar...kan?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>