Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Panglima Perang Cyber

$
0
0

Panglima Perang Cyber


Gambar Dalam Pagar Maqam Rasulullah saw - Mari Saksikan

Posted: 24 Feb 2013 10:41 PM PST


Allahumma Solli Wasallim Wabaarik Alaih....




kredit kepada : https://www.facebook.com/haniff.abutalib 

Tun Mahathir Tulis Artikel Bidas @Anwaribrahim Amal Kronisme Nafi Fitnah Beri Kontrak Kepada Anak Sendiri

Posted: 24 Feb 2013 10:32 PM PST




1. Anwar Ibrahim menuduh saya, sebagai penasihat Petronas telah terlibat dalam pemberian kontrak Petronas kepada anak saya.
2. Bagi Anwar inilah yang biasa dilakukan olehnya jika ia berkuasa. Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan memang pun banyak kontrak diberi olehnya kepada penyokong politiknya dan keluarganya.
3. Kementerian telah pamirkan semasa mesyuarat agong UMNO senarai orang yang mendapat kontrak semasa ia berkuasa. Terdapat dalam senarai nama-nama penyokongnya dan keluarganya. Tidak ada satupun dari anak saya yang tersenarai.
4. Semasa saya menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak ada satu pun dari anak saya yang mendapat tempat dalam Kerajaan atau dalam parti. Beberapa kali nama mereka di calon tapi saya tidak benar sehingga saya bersara. Juga tidak ada kontrak Kerajaan yang terdapat oleh mereka.
5. Jika mereka berjaya samada dalam perniagaan atau politik, ini adalah atas usaha mereka sendiri. Dan ini semua berlaku selepas saya letak jawatan Perdana Menteri.
baca seterusnya : http://chedet.cc/?p=922 

Nota : banyak akaun twitter menggunakan nama Tun Mahathir tetapi bukan milik beliau berdasarkan kandungan dan latar belakang profile. Harap pihak Kelab Che Det dapat membuat sesuatu untuk membuang profile palsu tersebut.


Blog @panglima_cyber No 32 Dalam Ranking 100 Blogger Penyokong BN Permbela PM @NajibRazak #1Malaysia

Posted: 24 Feb 2013 10:08 PM PST




Berikut adalah kedudukan semasa blog mesra kerajaan sehingga 18 Februari 2013. Untuk makluman,kami kini hanya menyenaraikan 100 Blog terbaik sahaja. Harap maklum.


1 2





3 4





Sanggahan @panglima_cyber Kepada Tuduhan Kurang Tepat Blogger Tertentu Kepada KP Biro Tatanegara @Rajarif Dijawab Dengan Gambar PM @NajibRazak Ini cc @AhmadMaslan

Posted: 24 Feb 2013 09:05 PM PST



1. Perkara ini sudah lama dibangkitkan oleh blogger tertentu sejak 2010 sebelum BTN mendapat KP baru bernama Raja Arif Raja Ali menggantikan Dato' Shagul Hamid bin Abdullah. Raja Arif (kini Datuk) bertugas mulai 1.3.2011.

2. Serangan Blog tertentu yang ranking blog beliau tangga lebih 100 mengikut analisa portal Suara Generasi Baru yang lalu, naik sedikit kerana isu BTN ke tangga 50 - 60 terbaik ranking 18 Feb 2012 yang lalu, telah disambut beberapa blog lain yang tidak manis dan tidak sesuai disebut nama mereka kerana tidak mahu perkara ini mengeruhkan situasi menjelang PRU 13.

3. Terkini Jumaat lalu ada sebuah blog terkenal yang pernah bersama di Blogger Pembela Negara juga menyambut serangan Blogger tertentu yang disiarkan jam 10 malam. Mungkin sekadar ambil hati kerana kawan.



4. Blog yang menyerang BTN boleh dikira dengan jari dan mereka ini juga telah mendedahkan banyak perkara yang pastinya ia tidak menguntungkan Barisan Nasional. Termasuk perkara yang tidak wajar disebut oleh sebuah blog yang katanya pejuang UMNO sejati. Berkenaan perkara yang jelas merupakan RAHSIA dan membahayakan Kerajaan & parti Barisan Nasional. Perbuatan ini tidak wajar dan layak digelar pengkhianat UMNO bukan pejuangnya.

5. Semasa perhimpunan Agung yang lalu Presiden Parti Datuk Seri Najib Tun Razak khabarnya ada meminta jangan diserang Agensi Kerajaan. Apakah pesanan ini tidak dihayati oleh blog pejuang UMNO tersebut ?

6. Panglima juga sudah menerima panggilan dari blogger yang dimaksudkan yang disebut blogger guna kepala lutut dalam artikel sebelum ini yang begitu marah dengan ulasan sinis dalam tulisan tersebut. Jika beliau marah lagi, apakan daya kerana kebenaran perlu dipertahan dan kebatilan mesti dimusnahkan.

7. Demi Allah pihak saya tidak mahu mengganggu serangan ini (jika benar antara blogger tersebut tidak puas hati dengan KP BTN ) namun tidak akan membiarkan ia mempengaruhi blogger lain yang tidak tahu dengan tepat kisah sebenar di dalam 'kain' Biro Tatanegara sehingga mencemar nama baik sebuah agensi yang banyak berjasa tanamkan cinta Negara kepada rakyat Malaysia.

8. Alhamdulillah banyak info sudah dijelas kepada panglima oleh pihak terlibat khususnya dari BTN dan juga panglima turut bertanya kepada pihak blogger utama yang menyerang BTN yang juga berasal dari Kelantan serta Ketua Pengarah BTN sendiri. Jasa baik kawan-kawan BTN diucapkan terima kasih.

9. Kedua belah pihak sudah ditanya oleh panglima dan dicari jawapan atas apa yang dibangkitkan. Termasuk isu penceramah ABIM yang tidak dihuraikan dengan lengkap bahawa ABIM terbahagi kepada pro UMNO pro PAS dan pro PKR...Pendekatan ABIM menolak Anwar Ibrahim oleh Presiden Abim ke-6 bernama Dr Yusry anda dapat baca di sini http://mediawangsamaju.blogspot.com/2012/08/hudud-anwar-mula-arahkan-anjing-anjing.html

Kesimpulan mudah, banyak salah faham berlaku selain isu pertukaran pegawai yang turut diulas blogger yang mengkritik BTN pada hari Jumaat yang lalu. Jawapan ringkas boleh diberi di sini ialah BTN telah mempelawa beliau bertukar ke tempat lebih dekat di Ulu Sepri namun ditolak. 

10. Selain itu tidak ada program BTN yang terjejas kerana pertukaran ini kerana semua pegawai BTN mampu meneruskan projek yang telah dimulakan tanpa sebarang masalah. Hakikat ini ditanya sendiri kepada pegawai yang terlibat di dalam pertukaran semasa pulang dari program BTN Jumaat yang lalu bersama Tun Mahathir di Yayasan Al Bukhari yang mengakui tidak ada perkara yang terjejas menjelang PRU 13 akibat pertukaran ini. Pertukaran ini melibatkan Pengetua Kem ke Ibu Pejabat dan pegawai ke Kem-kem adalah perkara ke arah mendinamikkan Agensi ini bukan sebaliknya seperti tuduhan liar pihak tersebut. Banyak program tidak terencat walaupun ada pegawai telah bertukar kerana semua pegawai adalah hebat dan profesional dan tahu membuat apa yang patut untuk membantu Perdana Menteri menjelaskan isu terkini kepada rakyat.

11. Jika perlu panglima boleh bersumpah atas nama Allah kebenaran kenyataan beliau yang disampaikan kepada panglima semasa perjalanan pulang dari program tersebut. Harap kawan-kawan tidak menimbulkan lagi persoalan tentan BTN dan semoga jasa baik kawan-kawan dapat membantu ke arah mencapai kemenangan besar BN di dalam PRU 13 akan datang.


Bersatu kita bersatu dengan setia berganding bahu.....Bersatu teguh bercerai roboh !!!



Gambar PM bersama Prof Wan Mohd Noor dan KP BTN bersama KP JASA. Prof Wan Mohd Noor adalah tokoh akademik yang banyak menulis membantu Gagasan 1Malaysia YAB Perdana Menteri yang turut diserang dalam tulisan blogger tertentu di atas. 


Gambar di atas dirakam semasa perasmian buku di Pejabat Perdana Menteri Putrajaya pada 19 Sept 2012 yang dimuatnaik di laman web BTN seperti link di sini  http://www.btn.gov.my/v2/.

Berita Terbaru Lahad Datu - Filipina Umum Hantar Kapal Ke Sabah

Posted: 24 Feb 2013 08:06 PM PST


Lahad Datu: Filipina Hantar Kapal Bawa Pulang Kumpulan Penceroboh

KUALA LUMPUR: Kerajaan Filipina telah menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota, termasuk 30 pengawal bersenjata, yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari.
Kapal yang bernombor AT296, belayar dari Bongao, Tawi-Tawi ke perkampungan Tanduo di Lahad Datu dan berlabuh di tepi pantai sementara rundingan dengan kumpulan itu berlangsung malam Ahad.
Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) Filipina dalam satu kenyataan berkata pemberitahuan mengenai penghantaran kapal itu telah disampaikan kepada Kedutaan Malaysia di Manila, Sabtu.



Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Albert F. del Rosario dalam satu kenyataan menggesa seluruh kumpulan itu agar pulang ke rumah mereka dan keluarga, "sekalipun pada masa yang sama kami sedang berusaha menyelesaikan isu-isu utama yang mereka timbulkan".
"Sila lakukan ini demi keselamatan anda sendiri," katanya.
Mengenai kapal berkenaan, Rosario berkata: "Kami amat mengambil berat tentang kehadiran lima wanita dan beberapa orang awam dalam kumpulan itu, dan kami menggesa mereka segera menaiki kapal dan pulang ke tanah air.
Menurut kenyataan itu, di atas kapal berkenaan ialah pemimpin Islam-Filipino, serta sukarelawan dan petugas perubatan. Pada 12 Feb, bot yang mengangkut lebih 100 lelaki bersenjata yang memakai pakaian celoreng tentera mendarat di pantai Lahad Datu.
Kumpulan itu menuntut supaya mereka diiktiraf sebagai Tentera Diraja Sultan Sulu, dan tidak mahu warga asal Sulu di Sabah dihantar pulang ke Filipina.
Askar itu telah bertahan di kampung itu sejak dua minggu lepas, dan Kerajaan Malaysia memberikan mereka masa hingga Jumaat lepas (22 Feb) untuk meninggalkan negara ini.
Bagaimanapun, tarikh penamat itu dilanjutkan selama 48 jam selepas kerajaan Filipina memohon lanjutan empat hari hingga Selasa atas alasan Manila sedang berusaha memujuk kumpulan itu supaya membatalkan pendirian mereka. - BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/2/24/mstar_berita/20130224220215&sec=mstar_berita

Video Nik Aziz Sifatkan Penerima BR1M @NajibRazak Seperti Haiwan Cecah Lebih 20 Ribu Dalam Masa 3 Hari

Posted: 24 Feb 2013 08:01 PM PST





Wawancara : Anak Fadzil Noor Bidas Pendirian Pakatan Sokong Kalimah Allah Kepada Kristian Di @Utusan_Malaysia @UMOnline Semalam

Posted: 24 Feb 2013 07:29 PM PST



Mengharap kematangan politik


KETIKA ditanya bagaimana perasaan menjadi anak kepada pemimpin terkenal yang juga bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor, AHMAD FAUWAZ FADZIL menundukkan kepala seketika dan kemudian menjawab," Memang bukan senang memikul tanggungjawab menjadi anak kepada pemimpin seperti beliau.
"Ada yang meminta untuk aktif dalam parti tetapi saya lebih senang bersifat berada di tengah-tengah.
"Allahyarham begitu disenangi bukan sahaja oleh kawan tetapi lawan," ujar beliau.
Anak muda berusia 32 tahun lulusan Universiti Al Azhar dalam jurusan Syariah kini aktif sebagai pendakwah bebas.
Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia MARHAINI KAMARUDDIN dan HAFIZAHRIL HAMID, Ahmad Fauwaz jelas dilihat mempunyai pendirian dan pandangannya sendiri.
Beliau begitu bersemangat membicarakan tentang peranan generasi muda dalam pembangunan masyarakat dan negara. Tanpa ragu juga beliau melontarkan saranan tentang had usia 65 tahun untuk pemimpin berkhidmat selain menggalakkan dialog serta perpaduan di kalangan umat Melayu dan Islam tanpa mengira fahaman politik.
Beliau turut mengulas beberapa isu panas yang berlegar sekitar umat Islam antaranya isu kalimah Allah, negara Islam dan kematangan berpolitik di kalangan masyarakat negara ini.
MINGGUAN: Boleh saudara beri pandangan tentang kedudukan perpaduan masyarakat Malaysia sekarang yang semakin terhimpit dengan agenda politik?



FAUWAZ: Kita memerlukan sebuah masyarakat yang matang dan tidak terlalu terhimpit dengan agenda kosong. Masyarakat perlu lebih terdidik dan mampu menerima dan melahirkan pandangan serta kritikan. Mereka juga perlu menjadi sebuah bangsa yang menghindarkan pergaduhan, mampu bekerjasama dan bertoleransi walaupun berlainan bangsa dan agama. Apa yang kita dapat jika melakukan demonstrasi berulang kali? Jika sekali dua kita boleh terimalah. Jadi penyelesaian terbaik adalah membuka pintu untuk dialog. Kita akan dapat gambaran lebih jelas tentang apa kebaikan dan keburukan kita. Oleh itu barulah kita dapat menjalankan kerjasama yang lebih baik kerana kita lebih jelas tentang kebaikan dan kesilapan kita. Kita boleh lihat dalam kalangan Yahudi mereka bersatu dalam banyak aspek. Malah kita lihat Jerman Barat dan Jerman Timur yang satu ketika bertelingkah sesama mereka kemudiannya bersatu meninggalkan di belakang perseteruan dan kini menjadi sebuah negara yang hebat kedudukannya. Apa yang kita boleh lihat adalah walaupun wujud pertelingkahan antara mereka namun untuk kebaikan ekonomi dan negara, mereka bersatu.

Kita lihat apa yang berlaku di Iraq dan Afghanistan semuanya akibat pengkhianatan dari dalam. Oleh itu jika kita sayangkan negara ini, lebih baik kita bersatu dan bekerjasama sesama Islam demi memegang amanah dalam menjaga negara ini. Mungkin dalam politik mereka ada slogan masing-masing sama ada demi Islam, Melayu atau negara kebajikan. Tetapi apa yang lebih penting adalah kita perlu praktik dan bukan hanya sekadar slogan. Kita perlu melihat perpaduan ini sebagai 'saya sebahagian daripada kamu dan kamu adalah sebahagian daripada saya' atau mungkin lebih baik dan jelas, Pas adalah sebahagian daripada UMNO dan UMNO pula adalah sebahagian daripada Pas. Memang ada yang menolak daripada menerima kenyataan ini dan mengasingkan diri sebagai orang parti itu dan ini. Tapi hakikatnya kita mengucap dua kalimah syahadah yang sama jadi kenapa perlu kita bertelagah? Memang kita boleh berbeza pendapat dan itu adalah suatu keperluan sebenarnya tetapi kita perlu memurnikan tujuan berdialog untuk mencapai persefahaman terbaik untuk semua. Janganlah terlalu mudah dalam menjatuh hukum kerana ia hanya memburukkan keadaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130224/re_07/Mengharap-kematangan-politik#ixzz2LsPsgGae
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Lihat juga video beliau di bawah ini yang jelas menempelak sesetengah golongan di dalam PAS yang kini sudah tidak lagi mengikut perjuangan asal PAS yang dibawa oleh ayahanda beliau.



Fawwaz kawan kepada kawan panglima semasa di Mesir dan beliau ternyata terbuka seperti juga anak seorang bekas Adun PAS yang juga bersama Kelab Umno Mesir walau keturunan Ulama terkenal Kelantan satu ketika dulu.

Lebih menarik Fawwaz menyokong idea wasatiyyah yang dibawa Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam kupasan beliau dalam video tersebut. Termasuk mengiktiraf bahawa orang beriman sahaja akan diberi pertolongan oleh Allah Taala. Dan perlu bersama orang beriman sahaja dalam perjuangan. 


@Utusan_Malaysia @UMonline : Lahad Datu terkawal, rundingan masih diteruskan - KP @PDRMsia cc @HishammuddinH20

Posted: 24 Feb 2013 06:30 PM PST

Lahad Datu terkawal, rundingan masih diteruskan

Ismail Omar


KANGAR 24 Feb. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap menaruh keyakinan tinggi untuk mengambil pendekatan secara rundingan dengan kumpulan penceroboh yang menggelar diri sebagai Tentera Diraja Sulu di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ini kerana langkah tersebut mampu menyelesaikan konflik itu dengan baik tanpa menimbulkan masalah yang lebih besar.

Bagaimanapun, kata beliau, PDRM sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi apa sahaja kemungkinan demi menjaga keamanan negara.

"Keadaan di Lahad Datu tetap terkawal, anggota kita (PDRM) sentiasa mengawal di sana," kata beliau kepada pemberita selepas Pelancaran Program Kesukarelawan Skuad Muda Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Penanaman Pokok di Mes Pegawai Kanan Polis, Jalan Raja Muda di sini hari ini.
...




© Utusan Melayu (M) Bhd 



Sent from my iPad

PNB urus aset lebih RM225 bilion Pegang Saham Lebih 200 Syarikat Di 20 Buah Negara - Syabas PM @NajibRazak #BNBagus #UndiBN #VoteBN

Posted: 24 Feb 2013 06:41 AM PST

PNB urus aset lebih RM225 bilion

Mustapa Mohamed menurunkan tandatangan pada plak perasmian pejabat baharu Amanah Saham Nasional Berhad cawangan Pasir Puteh, Kelantan semalam. Turut hadir Ahmad Sarji Abdul Hamid (tengah) dan Hamad Kama Piah Che Othman. - MINGGUAN/IRWAN MAJID

PASIR PUTEH 23 Feb. - Permodalan Nasional Berhad (PNB) kini menguruskan 162.879 bilion unit saham yang dimiliki 11.3 juta pemegang akaun dengan mendapat pengiktirafan badan ekonomi dunia termasuk European Business Assembly.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, lonjakan pelaburan dalam pelbagai unit amanah yang ditawarkan, membantu peningkatan pemegang akaun secara purata sebanyak 311,000 orang setahun.

Menurutnya, rakyat tertarik dengan PNB apabila pelaburan mereka di dalam unit-unit saham adalah selamat dan terjamin.

Beliau berkata, ini termasuk unit saham yang harganya tidak berubah seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Didik (ASD) dan Amanah Saham Malaysia (ASM) dengan nilai tara yang sentiasa tetap pada kadar RM1 seunit serta keuntungan yang kompetitif.

"Rakyat di peringkat akar umbi merasa mudah untuk melabur dengan pelaburan minimum permulaan adalah serendah RM10 bagi Amanah Saham Nasional (ASN) dan ASB atau RM100 bagi unit-unit saham yang lain," katanya.

Beliau berucap pada majlis perasmian pejabat ASNB Pasir Puteh, dekat sini yang disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Yang turut hadir Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan Pengarah Eksekutif ASNB, Datuk Idris Kechot.

Ahmad Sarji berkata, PNB juga adalah institusi pelaburan tunggal di dunia yang membenarkan pelaburan terbuka kepada anak-anak seawal usia enam bulan bagi kesemua unit saham kecuali ASN2 dan ASN3 Imbang.

"Jumlah aset yang diuruskan PNB kini bernilai lebih RM225 bilion di samping memiliki pegangan saham dalam lebih 200 buah syarikat yang mempunyai rangkaian meluas di rantau Asia Tenggara termasuk sebuah syarikat multinasional yang terlibat dalam sektor peladangan, hartanah, permotoran, peralatan industri, tenaga dan utiliti di 20 negara," katanya.

Di luar negara katanya, PNB memiliki bangunan perniagaan di London dan Brisbane, Australia dengan nilai harta keseluruhan sebanyak RM4.88 bilion.

Beliau berkata, pelaburan rakyat Kelantan kini berjumlah 6.8 bilion unit dan berada di kedudukan kesembilan di antara negeri di Malaysia membabitkan 660,547 pemegang saham.



© Utusan Melayu (M) Bhd 

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130224/dn_08/PNB-urus-aset-lebih-RM225-bilion


Sent from my iPad

Syirik Sokong Puak Benar Kalimah Allah Diguna Untuk Syirikkan Allah - Tok Guru Pondok Kelantan

Posted: 24 Feb 2013 06:25 AM PST

Sampai masa berjihad pertahan kalimah Allah

PULAU PINANG 23 Feb. - Sudah tiba masanya orang Islam di negara ini berjihad bagi mempertahankan kalimah Allah daripada membenarkannya digunakan bagi tujuan syirik.

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Kelantan, Abdullah Sa'amah menegaskan, sudah jelas di dalam al-Quran, kitab tafsir dan fiqah bahawa kalimah itu tidak boleh digunakan untuk selain daripada Allah.

Jelasnya, perkataan Allah itu sendiri adalah diambil daripada bahasa Arab asli dan merujuk kepada zat-zat tertentu.

"Allah sendiri dalam al-Quran telah menegaskan menamakan diri-Nya sebagai Allah dengan merujuk kepada zat-zatnya tertentu dan tidak boleh diguna pakai untuk yang selain daripada-Nya.

"Malah ia turut disokong oleh ulama-ulama tafsir bahawa tidak boleh menyekutukan nama Allah dengan sesuatu yang lain selain dari Allah.

"Oleh itu adalah wajib untuk orang Islam tidak kira sama ada muslim dan muslimat UMNO, Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau yang berada di atas pagar untuk mempertahankan kalimah ini agar ia tidak digunakan untuk tujuan syirik," katanya ketika berceramah di Gerak Himpun Keranamu Kalimah Allah di Kampung Binjai, Bayan Lepas, dekat sini malam tadi.

Ceramah yang dihadiri oleh kira-kira 200 penduduk setempat itu bertujuan menjelaskan mengenai pengunaan kalimah Allah menerusi al-Quran dan terjemahan oleh ulama tafsir dan kitab-kitab fiqah.

Beliau dalam pada itu menambah, umat Islam di negara ini perlu sepakat dalam mempertahankan kalimah berkenaan kerana ia melibatkan soal akidah dan kesucian Islam.

"Jadi isu kalimah Allah ini sudah menjadi perkara fardu ain dan kita perlu berjihad untuk mempertahankannya.

"Namun bukanlah jihad dengan mengangkat senjata atau memikul pedang. Kita jihad dalam pilihan raya umum akan datang, kita tolak sesiapa sahaja yang bersekongkol untuk membenarkan kalimah Allah ini diguna untuk tujuan syirik," jelasnya.

Selain itu, beliau juga menyeru semua umat Islam agar mengundi Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam pilihan raya akan datang bagi menjamin kalimah Allah dan kesucian Islam terus terbela.

"Kita hendak tunggu apa lagi? Pas sendiri pada mulanya menyokong dengan mengatakan kalimah Allah itu boleh digunakan oleh bukan Islam. Itu bohong dan kita masih tidak faham mengapa Pas masih sanggup untuk bersama dengan DAP.

"Jadi jangan pangkah selain dari BN kerana ia boleh membawa kepada syirik. Ini perjuangan dan kalau kita menyokong mereka yang mahu membenarkan kalimah Allah ini diguna untuk tujuan syirik, kita sama syirik," tegasnya.



© Utusan Melayu (M) Bhd 



Sent from my iPad

Perihal novel The "I" Files dan video I-Files: Manusia Pelbagai Wajah Oleh Zaini Hassan Utusan Malaysia

Posted: 24 Feb 2013 04:55 AM PST

Perihal novel The "I" Files dan video I-Files: Manusia Pelbagai Wajah

SEMAKIN hari semakin menarik novel perisikan bertajuk The "I" Files ini.

Novel berbahasa Inggeris itu hanya boleh dibaca melalui talian di alamat https://ifilesjs.wordpress.com/. Ia mula disiarkan bab demi bab sejak tahun lalu.

Kini sudah ada 14 bab dan ia dijangka terus ditulis. Penulisnya bernama Jonathan Smith, dikatakan seorang perisik Barat yang menyimpan banyak fail-fail rahsia mengenai personaliti-personaliti tertentu di negara ini.

Jonathan dikatakan telah bertapak menjejak rahsia di negara ini sejak zaman komunis lagi dan mengumpul maklumat untuk dihantar ke negaranya sehingga tamat Perang Dingin sekitar 1980-an.

Namun selepas itu, dia dikatakan diarah pula mengikuti seorang tokoh politik Malaysia bernama Encik "I".

Oleh sebab keseluruhan kisah novel itu mengenai Anwar Ibrahim, maka saya percaya "I" itu bermaksud Ibrahim. Dalam budaya Barat panggilan rasmi seseorang itu dipanggil dengan nama bapa atau surname.

Maka oleh kerana buku atas talian itu diberi nama The "I" Files atau Fail-Fail "I", ia sudah pasti membawa maksud Anwar Ibrahim.

Perisikan beliau mengenai Anwar cukup teliti dan amat mendalam sekali. Ia berkisar mengenai Anwar sejak di zaman sekolahnya di MCKK, ke Universiti Malaya. Terbabit dalam pergerakan pelajar di universiti serta terbabit dalam pergerakan prodemokrasi luar negara.

Jika kita membaca The "I" Files, seolah- olah kita sedang membaca novel-novel spy atau perisikan terkenal di pasaran sekarang seperti The Thirty-Nine Steps tulisan John Buchan atau yang lain-lain.

The "I" Files juga mendedahkan penglibatan Anwar dalam pergerakan Ikhwanul Muslimun yang diasaskan oleh Hassan Al- Bana di Mesir sehinggalah kepada sebuah pertubuhan Islam yang berpangkalan di Virginia, Amerika Syarikat, IIIT (disebut Triple IT). Triple IT atau International Institute of Islamic Thought dikatakan adalah alat Amerika untuk menyusup ideologi Pluralisme ke dalam masyarakat Islam global.

"I" Files ternyata sebuah novel fiksyen dan realiti yang hebat. Kita tidak dapat mensahihkan kebenarannya, namun banyak faktanya yang boleh diterima akal.

Kisah hubungan manis hingga ke pahit Anwar-Mahathir turut dikisahkan dalam novel itu.

Ia juga berkisar mengenai teori konspirasi Barat yang cuba 'menguasai' Anwar untuk dijadikan ally atau pakatan atau boneka mereka. Barat mahu melihat, akhirnya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Mungkin ada logiknya kerana Malaysia adalah sebuah negara yang cukup strategik bagi Barat, terutamanya Amerika Syarikat, selepas Perang Dingin dengan Soviet Union.

Perlu diingat Perang Dingin era kini ialah AS dengan China. Malaysia mempunyai Selat Melaka yang banyak digunakan oleh China dalam mengangkut barangan dan minyak.

Di rantau ini hanya Malaysia yang belum menjadi mangsa regime changed atau ditukar regim atau dikuasai secara pakatan (ally) oleh Amerika.

Pendek kata, sesiapa yang berminat mengenai cerita-cerita spy atau perisikan boleh membaca novel online itu, secara percuma.

The "I" Files dalam video YouTube?

Namun apa yang menarik mengenai novel The "I" Files ini ialah dengan kemunculan video yang kelihatan mula disiarkan melalui YouTube bertajuk I-Files : Manusia Pelbagai Wajah.

Saya mengesan video itu (taip di YouTube: Anwar Ifiles) sudah berlegar di dalam YouTube selama empat hari lalu dan dengan yang terbaharu selama kurang daripada 24 jam. Ia sudah ditonton oleh beribu penonton.

Carian menunjukkan ia diterbitkan dalam bahasa Melayu dan Mandarin.

Sudah ada Bab 1 (http://youtu.be/WZhtn 8jv8L8) dengan tiga bahagian yang mungkin hasil olahan semula daripada buku The "I" Files tulisan Jonathan Smith itu.

Persembahannya cukup menarik seolah- oleh seperti kita sedang menonton siri CI (Crime and Investigation) di saluran Astro. Muzik latarnya juga sama seperti siri CI itu.

Kita tidak pasti siapa yang menerbitkannya, namun ia cukup menarik. Saya merasakan ia juga patut disiarkan oleh stesen- stesen televisyen tempatan.

Bab 1 I-Files : Manusia Pelbagai Wajah itu, setakat ini mewawancara seorang bekas sahabat karib Anwar, Ustaz Ismail Mina, yang bersama-sama aktif sebagai pemimpin pelajar di Universiti Malaya dan kemudian menubuhkan ABIM dan Yayasan Anda.

Ustaz Ismail kini sudah berpatah arang dengan Anwar dan bergerak dalam sebuah NGO untuk menentang 'kemungkaran akidah' yang dikatakan dilakukan oleh bekas sahabat seperjuangannya itu.

Sebelum ini, Ismail menyatakan sokongannya yang tidak pernah luntur kepada Anwar, daripada zaman pelajar, bersama-sama menubuhkan Yayasan Anda dan ABIM hingga terlibat dalam Sekretariat Pembebasan Anwar, ketika Ketua Umum PKR itu merengkok di penjara Sungai Buloh.

Namun semuanya berubah selepas Anwar dibebaskan dari penjara pada 2 September 2004. Setelah mendapat rawatan di Munich, Jerman, Anwar mengambil keputusan berpindah ke Amerika Syarikat (AS) dengan menjadi pensyarah pelawat di Universiti John Hopkins dan Georgetown di AS.

Sejak menjadi pensyarah pelawat di Center for Muslim and Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown, AS, aliran pemikiran Islam Anwar mula berubah.

Di luar negara, Anwar sering bercakap tentang topik agama khususnya berkaitan dengan "Islam dan Demokrasi".

Salah satu ucapannya di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 bertajuk "Religion and Pluralisme in a Divided World", benar-benar menyentak sahabat-sahabatnya di Malaysia.

Perbahasan secara teliti dilakukan oleh sahabat-sahabatnya berkenaan ucapan itu mendapati Anwar kini telah mendokong satu fahaman baru yang dinamakan Pluralisme Agama, iaitu menganggap semua agama adalah sama.

Mungkinkah video YouTube I-Files : Manusia Pelbagai Wajah juga akan terus disiarkan lagi seiring dengan bab-bab yang banyak terdapat dalam novel itu?

Saya melihat fenomena ini cukup menarik. Nampaknya jentera perang saraf PRU-13 sudah mula dilancarkan satu persatu.

Kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya...


© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sent from my iPad

Naib Presiden UMNO @Zahid_Hamidi Bidas Fatwa Politik PAS Hina Rakyat Miskin Penerima BR1M

Posted: 23 Feb 2013 11:47 PM PST

Sumber : Utusan Malaysia
Ahad 24.2.2013


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>