BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- (Gambar) Wanita ini pamerkan payudaranya di twitter untuk tambah jumlah follower
- (Video) Adegan 18sx yang terpaksa ditapis dalam filem terbaru Rock Oo! Rimba Bara Kembali
- (Gambar) Aksi tak senonoh sepasang kekasih dirakam, dapatkah anda mengesannya?
- Sifat sesumpah politik kekalkan PKR dalam arena politik negara
- Wanita UMNO bersedia hadapi gelombang fitnah PR
- 'Perang' PKR-DAP dedah keburukan, ketamakan kuasa
- Suami selebriti jelita main kayu tiga? Keretakan selama ini semakin jelas terbukti...
- Rasuah: Saya ada bukti kata Shahidan
- Kerusi Pandan: Rafizi cuba jadi 'batu api'
- Kesetiaan DAP kepada PAS, PKR kini amat mencurigakan
- (Gambar) Apa yang anda nampak? Kesedihan atau 'kesedapan'
- BR1M: Rakyat bukan binatang, bukan bodoh
(Gambar) Wanita ini pamerkan payudaranya di twitter untuk tambah jumlah follower Posted: 24 Feb 2013 03:25 PM PST ![]() Ianya bermula apabila wanita berkenaan, Chelsea Ferguson, 23, telah berjanji kepada pengikutnya, bahawa beliau akan menunjukkan buah dadanya yang berukuran 30F andai pengikutnya mencecah 1000 orang. Janji sedemikian sudah pasti menarik perhatian si mata keranjang! Setelah menayangkan asetnya itu, rezeki Chelsea bertambah murah dengan menerima undangan dari kelab-kelab malam dan kelap stripper di negeri berkenaan. Katanya: "Ianya cepat tersebar dalam masa dua hingga tiga bulan. "Apabila semuanya telah tersebar, semua orang mahu lihat lebih, jadi saya terus memaut naik gambar-gambar payudara saya dan ada kalanya berbogel." Chelsea menjadi cepat terkenal di twitter, tetapi akui beliau tiada perancangan yang besar pada masa hadapan. Dewasa sahaja, klik SINI p/s: Untuk uncensored punya foto, sila klik SINI, kami tidak muat naik gambar bogel...terima kasih! Loving yourself is loving safe. Want to play safe? Register on this website http://my.isean.asia/beranda/ and select from any of below topics of interest. Learn more about: STI-HIV Prevention Methods Access to STI-HIV/AIDS Services and MSM and TG Rights |
(Video) Adegan 18sx yang terpaksa ditapis dalam filem terbaru Rock Oo! Rimba Bara Kembali Posted: 24 Feb 2013 07:03 AM PST Dalam sidang akhbar selepas Malam Gala Filem Rock Oo.., pengarahnya, Mamat Khalid telah mendedahkan ada beberapa babak yang dianggap kurang sesuai dan lucah terpaksa ditapis. Menurut Mamat Khalid, adegan sedemikian masih belum dapat dilepaskan kerana mentaliti penonton di Malaysia belum mampu menerima lawak sedemikian. Bagi pelakonnya pula, Khir Rahman, pengalaman beliau menonton filem ini adalah sesuatu yang baru dan seolah-olah menonton filem Hollywood. Filem Rock Oo...Rimba Bara Kembali akan ditayang dipawagam pada 28 Februari 2013 Trailer |
(Gambar) Aksi tak senonoh sepasang kekasih dirakam, dapatkah anda mengesannya? Posted: 24 Feb 2013 06:03 AM PST Mengambil gambar untuk kenangan memang menyeronokkan. Gambar dapat ditatap walaupun usia semakin dimamah masa. Namun jika sesuatu yang 'interframe' dalam gambar anda, ianya juga meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan! Oleh yang demikian, pantaulah dulu latar belakang persekitaran sebelum ianya turut masuk dalam pengabadian kenangan anda! Boleh anda cari di mana 'kecacatan' dalam gambar ini? |
Sifat sesumpah politik kekalkan PKR dalam arena politik negara Posted: 24 Feb 2013 04:31 AM PST KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) - Sifat sesumpah politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membolehkan parti itu 'berubah warna' berdasarkan isu tertentu bagi kepentingannya sendiri, merupakan antara faktor penting PKR kekal dalam arena politik negara. PKR sebenarnya kehilangan majoriti daripada anggota pengasasnya, antara yang paling berpengaruh ialah bekas Timbalan Presidennya Dr. Chandra Muzaffar pada Disember 2001 selepas dua tahun bertungkus lumus membangunkan PKR. Selain itu bekas Ketua Angkatan Muda, Senator Mohd. Ezam Mohd. Noor; Senator Datuk S. Nalakaruppan; Anggota Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong; Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin; Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed; bekas Ketua Penerangan, Ruslan Kassim; dan bekas Setiausaha Sulit Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari, bertindak keluar PKR. Sebab mereka hanya satu iaitu hilang kepercayaan terhadap pemimpin tertinggi parti. Lumrahnya parti itu bakal berkubur seperti mana parti lain yang mengalami nasib sama, namun sifat sesumpah PKR yang diwarisi daripada penasihatnya Anwar telah menyelamatkan parti itu. Bagi penganalisis politik, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan, sifat sesumpah politik PKR itu memainkan peranan dalam menyatukan PAS dan DAP di bawah satu bumbung, penyatuan yang menjadi sebab PKR kekal relevan dalam kumpulan pembangkang di negara ini. "Dilihat peranan PKR dalam menyatukan PAS dan DAP dalam satu pakatan sedikit sebanyak kita lihat ada perangai 'chameleon' (sesumpah) dalam parti itu yang "kata lain pada sebelah ini kemudian sebelah sana kata lain". Kita sedia maklum PAS dan DAP ini tidak sebulu dalam banyak perkara. "Perangai ini amat berbahaya kerana membuatkan rakyat percaya bahawa Anwar merupakan calon terbaik bagi merubah kerajaan sedangkan ramai tahu beliau merupakan 'chameleon' yang mempunyai masalah terutamanya daripada segi moral dan salah guna kuasa," katanya kepada Bernama. Ini bukan kali pertama Anwar digelar sesumpah politik, malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga pernah menggelar ketua pembangkang itu sedemikian kerana bersikap seperti sesumpah dalam isu Palestin dan kekejaman rejim Zionis Israel pada 2010. Malah, beberapa hari lepas Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Idris Haron menggelar Anwar sedemikian kerana memperlekeh ilmu agama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. Zainal Abidin berkata, walaupun penyatuan PKR, PAS dan DAP yang dipupuk atas sifat sesumpah itu amat rapuh dan mudah terkesan dengan isu yang dimainkan, namun matlamat sama yang cuba ditunjukkan melalui sifat itu mampu mempengaruhi rakyat menyokong pakatan itu. Beliau yang juga bekas Pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya berkata, selain sifat sesumpah, doktrin kebencian kepada kerajaan yang disemai pemimpin PKR dalam penyokong parti serta pakatan itu merupakan antara sebab PKR masih meraih sokongan sehingga kini. "Isu seperti (loji nadir bumi) Lynas yang kononnya membahayakan rakyat dan kerajaan tidak prihatin terhadap rakyat dimainkan begitu hebat sekali sehingga terbentuk kebencian itu. Masyarakat Cina contohnya disemai bahawa MCA telah gagal dan hanya DAP yang mampu membela nasib kaum itu," katanya. Zainal Abidin berkata, media alternatif yang menjadi mainan PKR dan konco-konconya memainkan peranan penting dalam memastikan PKR terus mendapat sokongan malah bertindak mengubah logik dalam laporan media tersebut. "Ini masalahnya bila media tiada sekatan, penipuan ini boleh diperlihatkan seolah-olah seperti kebenaran juga sebaliknya. Ini dilakukan demi mendapat kepercayaan rakyat serta menyemai doktrin kebencian kepada kerajaan," katanya. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mempunyai pandangan sama merujuk klip video yang menunjukkan Najib menyoal khalayak di Pulau Pinang baru-baru ini sama ada mereka bersedia untuk Barisan Nasional (BN), yang seolah-olah dijawab dengan perkataan "Tidak". Mengulas mengenai tindakan pengasas PKR yang keluar parti, Zainal Abidin berkata, sukar untuk mengetahui sebab spesifiknya, namun majoritinya 'menyanyikan lagu yang sama' iaitu hilang keyakinan terhadap pemimpin tertinggi PKR. "Dulu parti ini menjadi wadah untuk membebaskan Anwar dan kononnya membersihkan kerajaan, namun atas pelbagai faktor dalaman yang barangkali melibatkan ganjaran dan cantas mencantas, mimpi mereka ketika menyertai parti itu terkubur. "Saya berpandangan ada mereka ini tidak disukai kepimpinan PKR kerana lantang bersuara menyatakan apa yang salah, maka tiada cara lain bagi mereka kecuali keluar. Namun saya lebih gemar melihat 'aftermath' kepada tragedi itu," katanya. Anggota Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang bertindak keluar PKR pada Januari 2011 dipetik berkata: "Sekarang saya 'bebas', bila saya 'bebas' setiap hari saya tak payah turun untuk berceramah, saya tidak perlu bawa fitnah,". Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Datuk Keramat, Lim Boo Chang mengumumkan melepaskan semua jawatan dalam PKR dan kembali kepada Gerakan pada Disember 2011, asalnya tertarik dengan agenda reformasi dibawa PKR tetapi selepas tiga tahun berada dalam parti itu, beliau hilang keyakinan berikutan kegagalan parti itu memenuhi janji. Bukan setakat itu, pada April tahun lepas kebanyakan daripada bekas pengasas PKR itu telah menubuhkan gerakan diberi nama Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) bagi mendedahkan kepada rakyat siapa sebenarnya Anwar serta menangkis segala fitnah yang dilemparkan pemimpin pembangkang itu terhadap kerajaan. - BERNAMA |
Wanita UMNO bersedia hadapi gelombang fitnah PR Posted: 24 Feb 2013 03:30 AM PST KOTA KINABALU 24 Feb. - Semua jentera wanita UMNO diminta bersedia sepenuhnya bagi menangkis fitnah dan tohmahan yang akan melanda negara berdasarkan trend pembangkang yang terusmelipatgandakan fitnah dan tohmahan kerana tidak mempunyai sebarang isu. Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jentera Wanita UMNO kini berada di fasa terakhir dan perlu bergerak lebih aktif dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang. "Jentera Wanita akan menangkisnya mengikut fakta-fakta di mana kita akan tangkis satu demi satu tohmahan dan fitnah yang akan melanda seluruh negara kerana itulah sahaja yang ada pada pembangkang iaitu fitnah dan tohmahan. "Mesej Wanita kepada pengundi satu sahaja iaitu mengundi dalam pilihan raya ialah bisnes yang serius di mana kita mesti ingatkan pengundi supaya mengundi bukan mengikut emosi ataupun mengikut fitnah pembangkang tetapi demi masa depan negara," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran program Gelombang Biru BN Sabah di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas di sini hari ini. Yang turut hadir, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman; Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said; Ketua Wanita UMNO negeri, Datuk Armani Mahiruddin dan Ketua Puteri UMNO negeri, Musliati Muslimin. Menurut Shahrizat, jentera Wanita UMNO telah membentuk pasukan khas bagi menangkis segala tohmahan pembangkang dengan mengambil pendekatan bertemu dengan para pengundi di seluruh pelusuk negeri. Ujarnya, kunjungan dari rumah ke rumah yang dilakukan oleh Wanita UMNO secara berterusan dilihat telah memberi kesan yang signifikan dalam meningkatkan sokongan kepada BN. Dalam pada itu, beliau berkata, berdasarkan bancian sikap yang dilakukan Wanita UMNO di seluruh negara mendapati sokongan kepada BN amat menggalakkan. "Malah di Sabah ini penerimaan rakyat dan pengundi terutamanya wanita kepada kepimpinan Datuk Seri Musa Aman begitu baik sekali, kerana wanita mahu kestabilan dan masa hadapan berterusan," ujarnya. - UTUSAN |
'Perang' PKR-DAP dedah keburukan, ketamakan kuasa Posted: 24 Feb 2013 02:39 AM PST MUAR 24 Feb. - Usaha pembangkang untuk meruntuhkan kubu Barisan Nasional (BN) di Johor memakan diri apabila sikap buruk pemimpin mereka yang gila kuasa dan mengutamakan kepentingan diri terdedah melalui 'perang' antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP negeri. Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, konflik PKR-DAP itu memperlihatkan sisi sebenar kedua-dua parti tersebut dan perilaku tersebut membayangkan negeri ini akan berada di ambang kehancuran jika ditadbir oleh pembangkang. "Apa yang berlaku di Johor kerana masing-masing terlalu angkuh sehingga berebut kerusi. PKR-DAP tidak cerita pasal khidmat yang boleh diberikan kepada rakyat tapi cerita kerusi mana boleh menang. "Ini berbeza dengan BN yang tidak seperti itu. Kenapa tidak berebut di kerusi lain di Johor seperti di Parlimen Tenggara atau Kota Tinggi? Kenapa mesti berebut di Parlimen Bakri atau Gelang Patah? Ini menunjukkan mereka hanya fikir tentang diri sahaja dan fikir pasal rakyat di Gelang Patah atau Bakri," katanya ketika ditemui pada majlis pelepasan Jamboree Basikal Bukit Parit Jawa di pekarangan Pusat Khidmat Parlimen Muar, di sini hari ini. Perang PKR-DAP berpunca daripada perebutan kerusi antara dua parti pembangkang itu sehingga Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau meminta supaya Datuk Chua Jui Meng dilucutkan jawatan Pengerusi PKR Johor. Cheng Hau mendakwa, Jui Meng sedang melancarkan kempen secara rahsia terhadap DAP di negeri ini dan salah satu daripada kerusi yang menjadi 'rebutan' adalah Parlimen Gelang Patah yang kini disandang Tan Ah Heng dari BN. - UTUSAN |
Suami selebriti jelita main kayu tiga? Keretakan selama ini semakin jelas terbukti... Posted: 24 Feb 2013 12:41 AM PST Meskipun kurang sihat kebelakangan ini, CAK tetap meneruskan rutin kerja seperti biasa. Telinga dan mata tetap tajam menangkap cerita panas dan sensasi untuk dikongsi dalam ruangan ini. Menerusi laporan mata-mata yang dilantik khas, CAK difahamkan besar kemungkinan khabar angin suami selebriti jelita ini menjalin hubungan dengan wanita lain memang benar. Mata-mata CAK ada terserempak dengan suami selebriti itu berkepit dengan wanita lain di Solaris Publika, Sri Hartamas baru-baru ini. Dia yang ditemani wanita berkulit cerah dan bertubuh kecil molek, duduk tidak jauh dari meja makan mata-mata CAK. Ketika itu mereka asyik menikmati makan lewat malam. Yelah, jam pun sudah menunjukkan lebih 1 pagi. Silap banyaklah, bagai rezeki terpijak setiap aksi pasangan itu menjadi jamahan pandangan mata-mata CAK. Bukan main mesra lagi pasangan itu. Melihat daripada gaya mereka, memang nampak jelas hubungan itu lebih daripada seorang kawan. Kata mata-mata CAK, berani potong jarilah kalau siapa yang lihat kemesraan itu pasti akan cakap mereka pasangan kekasih. Bab yang satu ini mata-mata CAK memang teliti. Bukan caranya main tuduh dengan hanya sekali pandang. Dia hanya akan sampaikan kepada CAK jika ia sahih. Setidak-tidaknya, penemuan tidak sengaja itu mengesahkan apa yang diperkatakan selama ini bukan rekaan semata-mata. Pepatah lama pun ada berkata, kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang. Tak gitu? CAK@Metro |
Rasuah: Saya ada bukti kata Shahidan Posted: 23 Feb 2013 11:30 PM PST Kangar: Belum masanya lagi bawa masalah bookie kepada Fifa, walaupun PFA (Persatuan Bola Sepak Perlis) ada bukti cukup membuktikan wujudnya gejala itu dalam kancah bola sepak Malaysia. Demikian kata Datuk Seri Shahidan Kassim selepas ditanya mengenai tindakannya selepas dihukum Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) awal minggu lalu. Katanya, beliau masih meneliti keperluan mendedahkan perkara berkenaan kepada media walaupun sudah beberapa kali menghantar laporan kepada FAM mengenai hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Harian Metro sebelum ini melaporkan beberapa kes rasuah melibatkan pemain Perlis dilaporkan serta disiasat pihak SPRM sejak tahun lalu sebelum disusuli beberapa lagi kes yang sama memebabitkan pemain lain disiasat suruhanjaya berkenaan awal tahun ini. Difahamkan, pihak SPRM sejak hujung tahun lalu dan awal tahun ini juga sudah beberapa kali berhubung dengan pihak PFA berkenaan kenyataan pengakuan beberapa pemain yang disiasat dalam kes berkenaan. "Ini isu besar kerana liga kita bakal terjejas dan saya masih belum mahu membuat pendedahan ini dan menunggu masa yang sesuai bagi melakukannya, malah wartawan juga akan terkejut mengenai perkara ini dan mereka perlu tunggu tindakan saya seterusnya. "Saya tidak akan mendedahkannya atas beberapa faktor lain namun saya akan melakukannya sedikit masa lagi," katanya. Menurutnya, beliau juga terkilan dengan kenyataan FAM berhubung tindakan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang akan disiasat berbeza dengan tindakan yang dikenakan ke atas dirinya. "FAM mengambil langkah menyiasat terlebih dahulu ke atas kenyataan beliau (Tunku Ismail) berbeza dengan apa yang berlaku kepadanya yang terus dikenakan hukuman. "Saya langsung tidak dipanggil mengadap badan disiplin berkenaan bagi mempertahankan diri saya namun terus dikenakan hukuman gantung dan denda tanpa boleh membuat sebarang rayuan," katanya. Shahidan berkata, FAM tidak berlaku adil dalam soal menjatuhkan hukuman serta melakukan siasatan dan sememangnya kini dibenci peminat bola sepak Malaysia. "Berikutan insiden yang berlaku pada pertengahan babak kedua perlawanan antara Felda United dengan Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya tadi (kelmarin) apabila seorang polis bantuan terpaksa bertindak menurunkan kain rentang yang tertera "Kami mahu pengadil bijaksana" sehingga mencetuskan kemarahan penyokong Johor DT. "Protes penyokong ini pastinya tanda sokongan kepada kenyataan Tunku Ismail yang mempertikaikan mutu pengadilan Liga M baru-baru ini," katanya. Menurutnya, beliau akan lihat bagaimana badan induk berkenaan mengambil tindakan berhubung perkara itu adakah Tunku Ismail akan menerima nasib serupa sepertinya dengan Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) atau tidak dikenakan hukuman. "Ini penting bagi menentukan samada FAM adalah badan yang tidak mengamalkan 'double standard' (pilih kasih) seperti kesungguhan Setiausaha Agungnya Datuk Azzuddin Ahmad dalam kenyataan media sebelum ini kerana semua peminat serta rakyat negara ini sedang menumpukan perhatian kepada tindakan yang akan diambil mereka. "Jika saya dikenakan hukuman walaupun secara terang-terangan menyokong kepimpinan FAM, inikan tindakan mengeluarkan kenyataan mempertikaikan mutu pengadilan yang secara langsung menempelak badan induk itu," katanya. |
Kerusi Pandan: Rafizi cuba jadi 'batu api' Posted: 23 Feb 2013 11:01 PM PST SHAH ALAM: Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang akan bertanding di kerusi Parlimen Pandan hari ini cuba melagakan MCA dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersabit pemilihan calon Barisan Nasional (BN) kawasan itu. Penyandang kerusi itu adalah Datuk Seri Ong Tee Keat, bekas presiden MCA yang tidak mendapat sokongan Datuk Seri Chua Soi Lek untuk mempertahankan kerusi itu bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Sudah menjadi tradisi BN, parti komponen kerajaan bersetuju menyerahkan keputusan muktamad mengenai calon kepada Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri. Bagaimanapun Rafizi mendakwa jika Najib mengekalkan Ong sebagai calon, sekali gus membelakangkan keputusan Chua, ia mencerminkan Umno memonopoli keputusan dalam BN. Rafizi tentunya tidak mahu Ong mempertahankan kerusi itu dan lebih rela melihat MCA meletakkan seorang muka baru yang tidak setanding, sekali gus memberi kelebihan kepada pemimpin PKR itu untuk menjadi Yang Berhormat. Sungguhpun menjadi musuh politik Chua, Ong mempunyai rekod cemerlang di Pandan dan jelas digeruni oleh Pakatan Rakyat. Beliau masih mempunyai sokongan kuat di kalangan pengundi Cina dan jalinan rapat dengan pengundi Melayu dan India. Rafizi yang disenaraikan untuk bertanding di Ampang mendakwa pencalonan semula Ong "mempunyai implikasi besar kepada senario politik negara. Beliau mendakwa Najib telah kononya "memohon" supaya parti komponen BN memberikan beliau mandat untuk menentukan calon. "Pilihan raya tidak boleh dipanggil sehinggalah Datuk Seri Najib telah berjaya meletakkan semua calon-calon dari Umno dan parti komponen yang setia kepada beliau walaupun ditolak oleh parti masing-masing," dakwa Rafizi dalam kenyataan terbarunya. Realitinya ialah, menurut tradisinya dalam BN senarai calon diputuskan di peringkat tertinggi perikatan politik itu sejak dahulu lagi. Yang diminta oleh Najib adalah supaya parti komponen memastikan mereka menyenaraikan calon-calon yang berkebarangkalian tinggi untuk menang. Parti komponen, pula, termasuk MCA, memberikan kepercayaan kepada Najib untuk membuat keputusan muktamad yang akan didokong bersama oleh mereka. Tradisi BN tentukan calon lebih matang Cara kerjasama BN adalah dan sesuatu yang pahit untuk ditelan oleh Rafizi dan Pakatan Rakyat. Ini bukan kali pertama PKR cuba mengabui fakta demi mendapatkan sokongan politik. Pada Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor tahun 2009, Presiden MIC ketika itu, Datuk Seri S Samy Vellu mencalonkan sekutunya G. Palanivel untuk bertanding di atas tiket BN. Namun di atas permintaan BN selepas menimbang maklum balas pengundi di kawasan itu, MIC bersetuju meletakkan muka baru, P. Kamalanathan dan BN menawan semula kerusi Hulu Selangor daripada PKR. Keputusan muktamad BN untuk meletakkan Kamalanathan pada awalnya dikecam oleh pembangkang sebagai petanda demokrasi dan hak parti komponen dalam BN sudah hancur. Namun apabila BN menang, sekali gus menzahirkan ketepatan keputusan itu, pembangkang terus membungkam. Pemilihan calon untuk pilihan raya adalah keputusan yang dibuat secara konsensus dalam BN. Namun di luar BN, sudah tentu ada pihak yang bingkas membuat tafsiran lain khususnya mereka yang mengidam untuk menjadi Yang Berhormat. Sebagai Pengarah Strategi PKR, Rafizi harus memanfaatkan masanya dengan menyelesaikan pergelutan kerusi di Johor di antara partinya dan DAP serta perbalahan terbuka antara parti pembangkang di Sabah. Pada masa sama, beliau juga harus memberi perhatian saman-saman yang difailkan oleh penduduk Selangor terhadap kerajaan pimpinan PKR menjelang PRU13 . MCA dan BN akan menetapkan calon kerusi Pandan cara BN dan mengikut tradisi yang sudah lama diamalkan. Justeru, Rafizi tidak perlu terlalu khuatir siapa bakal lawannya nanti di Pandan dengan membuat kenyataan-kenyataan "politik" yang tidak berasas. Antarapos |
Kesetiaan DAP kepada PAS, PKR kini amat mencurigakan Posted: 23 Feb 2013 10:31 PM PST Senario politik negara heboh seketika kira-kira dua tahun lalu, apabila timbul spekulasi bahawa berlakunya perbincangan di antara pemimpin Umno dan PAS bagi menubuhkan kerajaan perpaduan. Tetapi seperti yang diketahui umum ia tidak menjadi kenyataan. Namun yang menarik, menurut sesetengah penganalisis politik, ramai yang sebenarnya tidak mengetahui bahawa ada juga kemungkinan pemimpin DAP akan duduk semeja dengan Umno. Ramai pula yang menganggap senario itu sebagai gila dan tidak masuk akal. Jika kita tinjau sejarah politik negara, parti Gerakan merupakan pembangkang sejak ditubuhkan pada 1968 tetapi selepas mengalahkan Perikatan setahun kemudian ia menjalin kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) yang baru ditubuhkan bagi menggantikan Perikatan. Apakah mustahil jika sejarah berulang selepas pilihan raya umum ke-13 akan datang ? Tidakkah DAP berminat menjaga kepentingan Cina sekiranya MCA dan Gerakan berjaya 'dikuburkan' mereka nanti ? Sejauh manakah kesetiaan DAP kepada PAS, PKR ? Justeru, persoalan yang timbul adalah sejauh mana kesetiaan DAP bersama sekutu mereka PKR dan PAS ? Perkembangan terbaru di mana Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau dan Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng bertikaman lidah sebenarnya membawa lebih banyak andaian daripada mendedahkan kerapuhan Pakatan Rakyat. Boo bukan sahaja mendakwa Chua cuba melancarkan kempen secara rahsia terhadap DAP di Johor, tetapi menuduh beliau sebagai pemimpin yang sukar untuk bekerjasama. Apa yang menarik Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata kepimpinan pusat parti itu menghargai sumbangan Boo dan mengakui kekecewaan beliau tetapi menegaskan bahawa ia tidak seharusnya dinyatakan secara terbuka sehingga semua saluran perbincangan dimanfaatkan. Paling memeranjatkan, bukan sahaja tidak ada tindakan diambil ke atas Boo, namun amaran baik secara lisan mahupun tulisan juga tidak dikeluarkan kepada beliau. Sebelum itu, Pengerusi DAP Karpal Singh turut mengeluarkan kenyataan yang menyelar Chua dan mendakwa bekas Menteri Kesihatan itu sebagai memang tidak boleh dipercayai. "Kredibiliti Chua Jui Meng mencurigakan. Pembabitan lama beliau dalam MCA dan kegagalan untuk menjadi presiden parti itu pada tahun 2004 dan keghairahan untuk mencari kerusi Parlimen mendedahkan belang sebenar beliau," kata Karpal dalam kenyataan medianya. Namun jika diteliti, sehingga hari ini Chua, mahupun mana-mana pemimpin PKR tidak pernah dipetik oleh mana-mana media berkaitan bidasan mereka terhadap DAP. Sebaliknya, pemimpin DAP, khususnya Boo sering kali membuat kenyataan di akhbar Cina membuka pekung sekutunya itu dan menuntut Pakatan memperuntukkan lebih banyak kerusi kepada DAP. Sememangnya, ramai yang beranggapan Karpal yang kini meniti senja usianya dan Boo yang baru setahun jagung tidak mungkin berani mengecam Chua dan PKR tanpa restu daripada supremo DAP iaitu - Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang. DAP punya agenda tersendiri ? Menurut sesetengah penganalisis, kejadian itu banyak iktibarnya dan mendedahkan bahawa DAP sebenarnya mempunyai agenda tersembunyi. Bagi mereka, DAP sedar PKR dan PAS tidak mungkin mendapat sokongan mantap orang Melayu sebagaimana keupayaan mereka meraih sokongan pengundi Cina. Justeru, untuk berkuasa, percaturan politik mereka adalah untuk menggantikan MCA dan Gerakan serta berunding dengan Umno. Dengan kata lain, DAP mahu menjadi kuasa penentu dalam dunia politik negara. Agenda utama mereka adalah memastikan MCA dan Gerakan bukan sahaja tersungkur tetapi dikebumikan tanpa sebarang nisan. Namun, menurut sumber, agenda mereka sebenarnya sedikit tergugat apabila PKR mengetengahkan Chua, seorang tokoh politik berpengalaman bagi mengetuai PKR di Johor. Bagi DAP, hanya parti itu yang layak mewakili masyarakat Cina. Jadi kedudukan mereka agak tercabar dengan kemunculan Chua. Ini kerana jika PKR juga dilihat sebagai parti masyarakat Cina, DAP akan menjadi tidak relevan. Dalam hal ini, DAP bijak belajar dari sejarah. Mereka jadikan hubungan politik MCA dan Gerakan - dua parti komponen BN yang sentiasa tegang kerana bersaing untuk undi masyarakat Cina. Umum mengetahui pemimpin kedua-dua parti itu sering bermuka-muka di depan satu sama lain. PAS, PKR mesti bangun dari tidur yang panjang Selain kejadian di Johor itu, sudah tiba masanya bagi pemimpin Pakatan, khususnya PAS dan PKR meninjau semula sejauh mana kesetia-kawanan DAP itu. PAS sudah tentu tidak lupa, bahawa pemimpin DAP yang dengan lantang menuntut kalimah Allah dibenarkan penggunaannya di kalangan bukan Islam. Kemelut itu walaupun berjaya ditangani, namun ia sedikit sebanyak menghakis sokongan orang Melayu terhadap PAS. Justeru, sudah tiba masanya bagi Pakatan mengenal-pasti musang yang berbulu ayam kerana maskot 'Ubah' DAP belum tentunya seekor burung. Sama-sama kita fikirkan. Cadangan parti dominasi Cina itu untuk bertanding di lebih 150 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 akan datang membuktikan mereka nekad untuk berkuasa penuh kali ini. Ulasan@Antarapos |
(Gambar) Apa yang anda nampak? Kesedihan atau 'kesedapan' Posted: 23 Feb 2013 08:00 PM PST |
BR1M: Rakyat bukan binatang, bukan bodoh Posted: 23 Feb 2013 06:01 PM PST Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kepimpinan pakatan pembangkang dilihat semakin memusuhi rakyat setelah melihat sokongan yang diberikan terhadap proses transformasi ekonomi oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) mendapat sambutan. Tanpa segan silu pemimpin-pemimpin pembangkang melabel rakyat sebagai "binatang" dan "bodoh" apabila gagal bersaing dengan kerajaan BN memenuhi keperluan rakyat. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada satu majlis sambutan Tahun Baru Cina di Kedah semalam menyifatkan penerima BR1M sebagai bodoh. Katanya bantuan tunai oleh kerajaan itu tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada rakyat namun hanya gula-gula pilihan raya. "Bantuan tunai itu adalah idea yang bodoh dan rakyat yang menerimanya sama bodoh," katanya. Dua hari lalu, ulama terulung PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap penerima BR1M sebagai "lembu dan ayam". Ketika kerajaan mula mengumumkan bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun 2011, sambutan yang diterima amat menggalakkan sehingga kerajaan terpaksa menambah jumlah borang permohonan di sesetengah kawasan. Contohnya di Parlimen Kubang Kerian, yang disandang oleh wakil rakyat PAS Salahuddin Ayub, 8,000 borang BR1M tambahan terpaksa dicetak untuk diagihkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Mentuan, Binjai. Setakat ini lebih daripada lima juta rakyat yang layak mendapat manfaat bantuan tunai melalui BR1M 2.0 yang diumumkan kerajaan selepas pembentangan belanjawan 2013, dengan jumlah RM250 seorang. Golongan yang mendapat manfaat termasuk ahli PAS-PKR-DAP yang tanpa segan silu mengecam usaha kerajaan membantu rakyat tanpa mengambilkira fahaman politik. Perbuatan ini disifatkan sebagai tidak mengenang budi umpama 'Si Tanggang Moden'. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pemberian BR1M sebagai usaha kerajaan mentransformasikan ekonomi negara selain daripada subsidi terhadap petrol, barang keperluan harian dan makanan yang ditanggung kerajaan. Pemimpin pembangkang berterusan menghasut rakyat untuk menolak kerajaan BN yang terbukti mampu melakukan perubahan melonjakkan ekonomi negara, namun jika dilihat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang, rakyat hidup serba kekurangan. Justeru Najib menasihati kepimpinan pembangkang supaya berhenti memperkecilkan penerima-penerima bantuan kerajaan kerana golongan ini lebih menghargai sumbangan tersebut berbanding terus hidup menagih janji-janji pembangkang. Ulasan@Antarapos |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |