Duke of UMNO |
- PANASSS..!!! KENYATAAN PENUH DATUK DR. FADZILAH KAMSAH BILA KELUARGANYA DI AIB PAKATAN HARAM..!!!
- SOALAN: APA JASA MAZLAN ALIMAN PADA PENEROKA DAN FELDA..?
- PANASSS..!!! GAMBAR OSTAT AZHAR IDRUS MASA MUDA-MUDA TERBONGKAR..!!!?
- GEMPARRR..!!! NIK AZIZ SUKA ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA DI SIFAT SEBAGAI HAIWAN..?
- VIDEO PANASSS..!!! SAPA NAK GAJI RM4,000 SEBULAN..???
PANASSS..!!! KENYATAAN PENUH DATUK DR. FADZILAH KAMSAH BILA KELUARGANYA DI AIB PAKATAN HARAM..!!! Posted: 24 Feb 2013 06:37 AM PST Bismillahirrahmanirrahim. As salamu'alaikum shbt yg di muliakan Allah SWT. Selawat & salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Di doakan semuga kita semua di rahmati Allah SWT. Saya terpanggil utk memberi penjelasan krn maruah keluarga saya terjejas & utk mengelakkan salah faham & penjanaan dosa yg berterusan. Saya tak mampu nak jawab semua isu, cuma nak sebut mana yg termampu. Mempertahankan maruah diri & keluarga adalah jihad & jika mati dlm usha mempertahankan maruah diri & keluarga, insya Allah di kira mati syahid. Pertamanya saya memohon ampun & maaf kpd semua pihak yg tersinggung dgn komen saya tersebut. Saya cuma seorg rakyat biasa & bkn bercakap sbg org politik. Saya langsung tidak bermaksud utk memalukan mana2 pihak. Amat malang sekali bila komen saya di politikkan hingga menyebabkan kemarahan berbagai pihak. Rakaman temuramah tersebut di lakukan di PWTC selepas majlis Bantuan Amal Palestin. Saya telah di temuramah lebih 10 kali oleh berbagai stesyen TV, radio, akhbar, majalah & blogger. Suasana sekitar yg agak bising menyebabkan saya menguatkan suara saya utk menenggelamkan kebisingan di persekitaran. Ini menyebabkan suara saya di anggap kasar bila menjawab soalan2 yg di ajukan. Bila dah menjawab terlalu byk soalan, maka soalan drp blogger (penemuramah terakhir) saya jwb dlm kedaan yg tergesa gesa & mungkin tak berfikir dgn mendalam. Bila bercakap tentang kezaliman, saya memberikan pandangan secara umum & membandingkan situasi di Malaysia dan situasi & penderitaan rakyat Palestin. Di Majlis Bantuan Amal palestin itu kita telah di terangkan melalui ucapan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, mengenai kezaliman Israel terhadap saudara seIslam kita di Palestin. Itu sebab saya katakan, berbanding penderitaan rakyat Palestin, kita di Malaysia amat bahagia & tidak di zalimi. Inilah konteks hujah saya ketika itu. Sejak kecil saya telah di didik oleh ibubapa & guru2 saya utk sentiasa berbuat baik kpd org lain, membantu org lain setakat kemampuan & mendoaakan kebaikan org lain. Justeru, saya amat sedih bila org mendoakan kehancuran saudara seIslam sama ada di Malaysia atau di mana2 di dunia ini. Saya juga amat sedih jika tindakan kita itu di salah ertikan oleh org bukan Islam di Malaysia. Tindakan sedemikian juga boleh memberi ganbaran yg kurang positif kpd anak2 yg masih belum mampu berfikir dgn rasional spt org dewasa. Saya yakin masih byk cara yg lebih tertib & berhikmah yg boleh di gunakan. Saya lihat diri saya sebagaai guru & pendakwah kerdil (walaupun saya bkn ustaz & jahil agama), dan akan berterusan mencari ilmu, berkongsi ilmu & membantu sesiapa saja yg perlukan bantuan nasihat & kaunseling. Inilah jihad kecil yg saya akan lakukan hingga akhir hayat saya. Saya juga telah memberi teguran setakat kemampuan kepada berbagai pihak termasuk media di Malaysia melalui kursus yg saya kendalikan atau prog motivasi di media tempatan. Insya Allah teguran saya tidak tertumpu kpd pihak2 yg tertentu sahaja. Saya tak takut kpd sesiapapun di dunia ini, saya cuma takut kpd Allah SWT. Di Mekah & Madinah tempohari saya telah berpesan kpd sahabat2 dari Malaysia utk tidak lupa mendoakan keselamatan Malaysia, agar semua org Islam di Malaysia bersatu & kita mati dalam husnul khatimah. Saya amat sedih bila gambar2 anak2 saya yg sudah lebih 9 tahun yg lalu, di sebarkan semula. Gambar anak lelaki saya & isterinya juga di sebar seolah2 gambar masa berdating, walhal itu gambar2 selepas mrk berkahwin. Insya Allah anak2 saya telah berubah & saya telah berwasiat kpd mereka utk: Jaga solat 5 waktu, baca Quran tiap hari, tutup aurat setiap masa, buat apapun dgn terbaik, bantu org & jangan menyusahkan org lain. Pesan Nabi SAW: Barangsiapa yg menutup aib saudaranya, maka Allah akan tutup aibnya di dunia & di akhirat. Saya seru diri saya & shbt yg di muliakan supaya tidak mengaibkan sesiapa di dunia ini. Bila nampak org buat silap, nasihatkan dia jika mampu & doakan agar Allah beri mrk hidayat, segera bertaubat & dpt berubah. Bila kita mengutuk org lain, kita seolah olah mengatakan kita ni sempurna & kita lebih baik drp org yg di kutuk itu. Ingat pesanan Imam al Ghazali: Jika kamu nampak org jahat depan kamu, jgn sangka kamu lebih baik drp org itu. Org yg jahat itu mungkin sempat bertaubat sebelum mati, & kita yg kononnya baik ini (pastinya byk dosa) belum pasti sempat bertaubat sebelum mati. Kita tidak maksum & semua kita buat silap. Org yg bertaubat, insya Allah akan di ampunkan semua dosanya. Moga shbt yg mulia dpt ampunkan semua dosa kami sekeluarga. Dengan rendah diri saya memohon agar saudara Norsammudin dapat menurunkan atau delete video tersebut & semua shbt dpt delete gambar2 yg boleh memalukan keluarga saya. Doakan saya sekeluarga agar dpt menjadi insan yg Allah redha & dapat memberi sumbangan kpd rakyat di Malaysia. Salam hormat & salam ukhwah drp saya sekeluarga. Moga Allah rahmati & lindungi kita semua. Aamiin. Wassalam. - (sumber Facebook Dr. Fadzilah Kamsah) | ||
SOALAN: APA JASA MAZLAN ALIMAN PADA PENEROKA DAN FELDA..? Posted: 24 Feb 2013 04:37 AM PST ![]() Siapa yang tidak kenal dengan Mazlan Aliman di negara ini. Rakyat Malaysia, khususnya warga Felda memang selalu dengar namanya memandangkan dia sering mendapat "sambutan hangat" dari para peneroka di gugusan tanah-tanah rancangan Felda. Di dalam PAS di peringkat negeri, Mazlan Aliman merupakan Ketua Penerangan PAS Johor dan di peringkat kebangsaan pula dia yang merupakan antara salah seorang generasi kedua Felda menjawat jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat. Mazlan Aliman pernah bertanding sebagai calon PAS sejak tahun 1999 sehingga PRU edisi ke-12 di mana dia kalah teruk di dalam semua pertandingan merebut kerusi DUN mahupun Parlimen. Menyedari dirinya yang telah di"TKO"kan calon BN dan nak sangat menang, dia sentiasa mencari jalan untuk memenangkan dirinya di dalam pilihanraya dan mungkin "syaitan" datang memberi "wahyu" padanya untuk memberi fokus menghuru-harakan Felda dan para peneroka. Menurut maklumat, dia dewasa di Felda Bukit Ramun di Kulai, Johor. Ibubapanya adalah salah seorang peneroka di tanah rancangan itu. Khabarnya dia pernah masuk Universiti Pertanian Malaysia (UPM), tapi tak tahulah dia masuk ke situ sebagai pelajar atau tukang kebun… Berbekalkan cita-cita politiknya yang tinggi, dia memilih untuk menghuru-harakan Felda yang telah banyak berjasa pada ibubapa, keluarga dan dirinya sendiri. Mungkin pada Mazlan, biarlah terkenal sebagai orang yang tidak mengenang budi, tapi berjaya menjadi YB. Sejak itu, boleh dikatakan setiap hari dia buat bising mengenai Felda. Itu tidak kena, ini tidak betul, seolah-olah dia seorang saja yang betul. Pendek kata, Felda semuanya buruk dan yang baik itu semuanya Mazlan Aliman saja… Mazlan Aliman berjaya mengorak langkah dengan menubuhkan sebuah NGO, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dan ia digunakan sepenuhnya untuk "menabur racun di perdu pokok kelapa sawit" di tanah-tanah rancangan Felda. Hasil dari usaha gigihnya "menabur racun", dia telah berjaya mengumpul lebih kurang 1,000 orang ahli dari 112,635 orang peneroka dan kira-kira 1.6 juta anak peneroka Felda. Agak-agak berapa peratus warga Felda yang berjaya "diracun" Mazlan Aliman? Macam-macam "racun" yang Mazlan Aliman gunakan dan "racun" yang paling hebat ialah ketika dia menyerang penyenaraian saham Felda Global Ventures (FGV) di Bursa Malaysia. Macam-macam kaedah yang digunakan untuk "menabur racun", termasuk mengheret Felda ke mahkamah. Terkini, khabarnya Mazlan Aliman setiap hari akan meneliti pasaran saham di Bursa Malaysia. Kalau saham naik, dia akan "period" dan "malas bercakap". Tapi kalau saham jatuh, dialah yang paling gembira sampai panggil wartawan buat sidang media! Persoalannya, sepanjang perjuangan Mazlan Aliman sebagai anak Felda, apakah sumbangan yang pernah dia sumbangkan kepada warga peneroka? Bermula dari peneroka asal hinggalah yang generasi ketujuh Felda, apa jasa Mazlan pada mereka? Ada? Ada atau tidak jasa Mazlan Aliman terhadap warga Felda dari sudut kemajuan pendidikan, sukan, ekonomi, sosial dan agama? Kalau ceramah politik mungkin Mazlan Aliman pandailah selit-selit menjual ayat Al-Quran sekerat-sekerat, kan? Itupun matanya sebok merenung karung derma yang diedarkan pada mereka yang cuba "diracun", kan? Ada Mazlan Aliman usahakan "durian runtuh" untuk para peneroka? Ada dia sedekahkan saham percuma tanpa risiko pada peneroka? Ada dia taja kelab bolasepak seperti Felda United? Ada dia tubuhkan universiti? Rasanya pusat tuisyen percuma pun dia tak ada… Begitulah perihal perangai Mazlan Aliman. Tak habis-habis nak porak-perandakan Felda dan kepentingan syarikat GLC itu. Semua gerakannya boleh dikatakan bermotifkan politik. Maklumlah, mungkin teringin benar dia nak jadi YB. Hakikatnya kini warga Felda sudah jauh meninggalkan Mazlan Aliman dan ANAK. Bukan saja dari sudut ekonomi yang sudah melangkah ke persada antarabangsa, malah anak-anak Felda sudah menongkah dari benua ke benua mengharumkan nama Felda. Masyarakat antarabangsa kini mengiktiraf Felda sebagai salah sebuah syarikat berasaskan pertanian terbesar dan "major key player" di peringkat dunia. Anak Felda kini sedang mendaki Everest. Felda United semakin garang di padang dan anak-anak peneroka semakin maju ke hadapan. Tapi Mazlan masih lagi ditakuk lama. Masih lagi dengan "racun" lama yang sudah "expired". Padanlah Mazlan Aliman kerap dihalau para peneroka dan warga Felda setiap kali dia nak masuk ke tanah rancangan. Hairan, tak malukah dia jadi terkenal sebagai "pengacau keamanan Felda"? Sumber: Mykmu.net | ||
PANASSS..!!! GAMBAR OSTAT AZHAR IDRUS MASA MUDA-MUDA TERBONGKAR..!!!? Posted: 24 Feb 2013 01:37 AM PST Korang pernah tengok muka Ostat Azhar Idrus masa muda-muda tak? Heh! Macam hero hindustan! Hensem la jugak dia time tu....Heh! Tapi, wajah hidustan dia tu dicacatkan sikit dengan mata dia yang sepet. Maka kureng la sikit hindustan dia tu... Khabarnya, dia dulu nak jadi Ahli Muzik. Tapi mungkin mak mertua dia memang "pantang" Ahli Muzik untuk jadi menantu, maka mungkin dia berjinak-jinak dengan kitab agama dan memilih untuk jadi pak lawak di masjid...heh! Nak tengok muka Azhar Idrus masa muda-muda dulu? Cuba tengok kat bawah ni...Heh! Ensem tak? Aku bukan tak suka kat Azhar Idrus ni. Cuma dia ni banyak sangat mengarut dalam masjid tu. Buat hukum ikut hukum akal dia saja. Kononnya dia la yang betul semua. Padahal, banyak yang salah dalam fatwa-fatwa dia tu... Paling aku tak suka ialah bila dia berkempen politik dalam ceramah agama dia. Dalam masjid pulak tu. Nak ceramah politik, naik pentas politik la... kalau nak jadi calon pun boleh, tapi buat la cara elok la, kan? Tak payah la guna agama untuk raih sokongan politik...kan? | ||
GEMPARRR..!!! NIK AZIZ SUKA ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA DI SIFAT SEBAGAI HAIWAN..? Posted: 23 Feb 2013 10:37 PM PST
ENTAH di mana nak letakkan akhlak yang diajar Rasulullah SAW yang dipelajari Nik Aziz sehingga tergamak menyamakan para penerima bantuan sara hidup, BR1M, dari pihak Kerajaan sebagai "ayam" dan "lembu". Setahu saya, Rasulullah SAW tidak pernah mengajar umatnya untuk berakhlak begitu dan Baginda sering mengingatkan kita supaya menjaga lidah daripada mengucapkan sesuatu yang mampu menyebabkan individu lain merasa terhina. Namun tanpa rasa segan atau bersalah, Mursyidul Am PAS itu sekali lagi mencetus kontroversi apabila selamba menyifatkan jutaan rakyat negara ini sebagai "binatang". Saya tertanya-tanya, bantuan BR1M itu diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia yang layak tanpa mengira sama ada mereka menyokong UMNO, BN, PAS, PKR, DAP atau mana-mana parti politik di negara ini. Jadi, apakah para penyokong PAS di bawah jemaah yang dipimpin Nik Aziz itu juga tergolong dari haiwan jenis "ayam" dan lembu"? Tidakkah para penyokong PAS marah pada Nik Aziz yang menyifatkan mereka begitu hina martabatnya sedangkan mereka diciptakan Allah sebagai manusia yang merupakan ciptaan makhluk yang terbaik di alam ini. Selain itu, bantuan BR1M itu juga diberikan kepada pelbagai kaum di negara ini seperti Cina, India, Benggali dan lain-lain kaum yang bukan beragama Islam. Apakah Nik Aziz tidak rasa bersalah mempamerkan akhlak seorang "Tok Guru" yang berimej Islam dengan menghina mereka sebagai haiwan? Apa pula pandangan mereka terhadap Islam bila dihina oleh seorang "Tok Guru" yang kononnya pemimpin Islam? Rasulullah SAW sering menganjurkan umatnya untuk mengamalkan amalan bersedekah kepada mereka yang kurang berkemampuan. Malah ramai para sahabat RA yang bersedekah dan apa pula sahabat yang menerima sedekah. Persoalannya, apakah sahabat-sahabat yang menerima sedekah itu layak digelar sebagai "ayam" dan "lembu" sebagaimana yang terbit dari mulut celupar Mursyidul Am PAS itu? Tidakkah Nik Aziz belajar dari ustaz-ustaznya di Maghribi dulu bahawa kata-kata yang menghina manusia lain adalah tidak wajar dan bertentangan dengan ajaran Islam? Atau Nik Aziz suka sekiranya ada individu yang menyifatkan dirinya dan seluruh ahli keluarganya sebagai haiwan? Suka atau tidak jika ada yang menyifatkan isteri Nik Aziz, Tuan Sabariah, sebagai haiwan? Saya yakin, penghinaan seperti itu sudah tentu akan membuat Nik Aziz rasa terhina jika ditujukan padanya serta kaum kerabat keluarganya, bukan? Jadi, kalau tidak suka dan rasa terhina dengan penghinaan itu, janganlah sesuka hati menghina orang lain. Atau Nik Aziz sebenarnya takut menghadapi PRU ke-13 nanti? Takut dengan kebajikan yang dihulurkan kerajaan BN itu mampu menyebabkan dia kehilangan kerusi empuk Menteri Besar Kelantan? BR1M itu bukanlah "gula-gula" pilihanraya kerana ia pernah dua kali diberikan kerajaan BN kepada rakyat Malaysia dan ketika bantuan demi kebajikan rakyat itu dihulurkan bukanlah di musim pilihanraya pun. Cuma kali ini kebetulan saja PRU ke-13 itu dikatakan begitu hampir… Saya dengan rendah diri mencabar Nik Aziz untuk meminta maaf dari rakyat Malaysia yang menerima bantuan BR1M itu. Apa salahnya meminta maaf atas keceluparan mulut sendiri? Lainlah kalau Nik Aziz memang suka disifatkan sebagai "haiwan" juga, kan? Sumber: Perak Today | ||
VIDEO PANASSS..!!! SAPA NAK GAJI RM4,000 SEBULAN..??? Posted: 23 Feb 2013 07:18 PM PST RM4,000..!!! Wowww..!!! Meniaga air liur lagi untung dari meniaga orang! Kalau macam ni, Husin Lempoyang pun boleh tutup kedai..!!! Heh! Unbelievable..!!! Orang macam ni yang patut kita undi pada PRU kali ni..? Korang tengok betul-betul video ni dan fikirkan, betapa puak-puak Pakatan Haram tu letakkan otak dan akal depa kat kepala lutut. Sorry to say bro...sebab tu la aku cakap IQ puak-puak ni letak kat bawah tapak kaki keldai jerrr...heh! Nak gaji minimum tu boleh...tapi agak-agak laaa.. Bukannya cadang hari ni lepas tu esok boleh buat keputusan. Kena la kaji semua sudut. Sosio-ekonomi camana dan sebagainya, kan? Tapi puak pembangkang ni kalau bab janji "bulan dan bintang", depa memang expert. Tapi lepas tu depa tak pernah fikir apa yang akan terjadi. Lepas dah jadi, baru depa fikir. Tapi masa tu dah terlambat. Damage dah terjadi... Bak kata orang, "prevention is better than cure". Pencegahan adalah lebih baik dari memperbaiki sesuatu damage... Jadi, untuk mencegah dari keputusan-keputusan bodoh begitu dilaksanakan, maka elok la kita tolak Pakatan Haram ni...bukan apa..memang terbukti depa ni IQ tahap cipan pun...heh! |
You are subscribed to email updates from THE DUKE'S BLOG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |