Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Sahabat-Gunung

$
0
0

Sahabat-Gunung


Kisah Benar - Krisis Air Negara ........

Posted: 24 Feb 2013 12:30 AM PST



Kisah Benar Episod 1 : Air Negara Bahagian 2. Kisah Benar Episod 1 : Air Negara Bahagian 01. Video ini juga menjawab tawaran Khalid Ibrahim (MB Selangor) sebanyak RM 9 billion untuk mengambil alih 4 Syarikat yang menguruskan air di Lembah Klang iaitu; Syabas, Abaass, Sg Semenyih dan SPLASH.

Pembangunan Dan Pengurusan Air. Lagi maklumat berkenaan isu air Selangor yang mesti kita fahami. Isu air tidak boleh dikendalikan tanpa kajian mendalam mencakupi kos untuksetiap meter padu, projek perpindahan air antara negeri dari Sg di Pahang, kos CAPEX dan OPEX yang tinggi serta pembinaan Langat 2. Takkan kita nak selesaikan isu ni dengan membandingkan masalah air yg terputus seketika di tempat tertentu. Ini isu melibatkan banyak pelaburan perniagaan yang akan tergendala serta berjuta akaun pengguna di sekitar Lembah Kelang. Saksikan....

Pastikan anda faham apa, di mana, bila, mengapa dan bagaimana isu ini timbul...dan bagaimana ia harus ditangani. Dan jauhi diri anda dari fitnah oleh mereka yang tidak memahaminya...




Najib Pengarah, Zin Mohamed Timbalan Pengarah Jentera BN Selangor

Posted: 23 Feb 2013 09:59 PM PST


Barisan Nasional Selangor optimis bahawa peluang amat cerah untuk kembali memerintah Selangor selepas PRU ke 13 nanti.

Kesiapsiagaan parti juga berada dalam keadaan optimum dan bersedia untuk digerakkan semasa tempoh kempen. Malahan, gerak kerja terperingkat sudah pun dimulakan sehingga di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM).

Setiausaha Barisan Nasional Selangor, Dato' Hj. Mohammed Idris. B. Abu Bakar berkata, satu mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi BN Selangor dan semua Pengerusi BN Bahagian Selangor di telah diadakan pada 23 Feb di PWTC dan ianya dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.

"Beberapa perkara penting telah diputuskan sebulat suara oleh semua JK Tertinggi iaitu lantikan jawatan YAB Dato' Sri Najib Razak sebagai Pengarah Pilihanraya BN Selangor manakala Koordinator BN Selangor, Dato Sri Ir Mohd Zin Mohamed sebagai Timbalan Pengarah Pilihanraya Selangor.

Semua kepimpinan BN Selangor menyambut baik keputusan tersebut dan ianya akan menjadi pengorak langkah kepada usaha BN menawan kembali Selangor.

Satu simulasi khas Pilihanraya juga akan diadakan dalam masa terdekat ini bagi membiasakan seluruh jentera termasuk memastikan segala persiapan dalam keadaan sempurna. Simulasi ini akan melibatkan semua peringkat parti dan cabang termasuk gerak kerja kempen yang bersepadu di peringkat PDM," ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambahnya, jentera di peringkat PDM akan menjadi teras utama parti supaya segala bahan kempen dan maklumat dapat terus disampaikan kepada akar umbi. Persiapan diperingkat PDM juga akan diaudit bagi memastikan keselarasan tindakan.

"Kesepakatan dan kerjasama seluruh komponen dan peringkat dalam Barisan Nasional Selangor merupakan teras utama BN Selangor dalam menghadapi PRU akan datang.

Semoga hasil perbincangan ini dapat diterjemahkan kepada tindakan seterusnya memastikan usaha BN menawan Selangor menjadi kenyataan," ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor.


Sent from Yahoo! Mail on Android

Nik Aziz Is No Ulamak But Just Politician Who Is Even Thankful

Posted: 23 Feb 2013 08:19 AM PST


Nik Aziz Nik Mat, the most popular so-called ulamak of an Islamic party and the oldest in the country, has actually shamed Islam and learned Muslims when he termed those who took the BR1M as chickens or fowls.

Truly he reflected himself as a 'sour politician' rather than a learned Muslim given his shallow, bias and politically motivated mind in looking at the government's aid to rakyat to ease their burden.

Nik Aziz, head of the ulamak who was, not not so cannot use the word is, respected even by some Umno grass roots, has now lost all credibility and respect when he shot his mouth without any basis of Islamic considerations.

Islam teaches its followers to appreciate all good things and all good acts by anyone to anyone regardless of race and religion without malaise and biasness, without questioning the 'nawaitu' or intentions of the doers.

The 'nawaitu' or intentions of the doers should be just leave it to ALLAH the Almighty to judge because HE is the One who will reward or punish – if one does good with good intention or 'nawaitu' then ALLAH will reward the doer with good things and if one does good with bad or evil intention, then ALLAH will punish the doer HIS way – ALLAH's ways are strange.

For Nik Aziz to ridicule and worse still to liken the takes of good deed like BR1M as fowls being fed when needed, obviously he is not sincere and not truly religiously following Islam's ways and thought.

As Muslims, on the surface value, we should appreciate Prime Minister Najib Tun Razak's move to extend aid to lessen the rakyat's burden in facing their daily needs and this act can be considered as Najib indirectly promoting the 'welfare state' that PAS is talking about.

What Najib is doing is just not cash aid of RM500 but also other aid such as aid for school going children, college and varsities students and many more, with the objective to lessen burdens.

Najib obviously does not know how many of those would vote for the ruling bBN coalition but he intention is clear…helping out the rakyat as a responsible government.

So Nik Aziz should not, by any account misjudge or passed out remarks that does not reflect the attitude of 'bersyukur' or thankful to ALLAH for opening up Najib's heart and mind to share the country's wealth directly with the rakyat that lessens their financial burden.

Islam does not want its followers to misjudge other's 'nawaitu' or intentions with malice and biasness because that is ALLAH's work as HE is The ALL KNOWING WHO KNOWS in and out of a human HE created.

Nik Aziz should as ulamak at the very least extend gratitude or 'tahnkful to ALLAH' for Najib's good acts.

No wonder PAS members who are knowledgeable in Islam accepted the BRIM in good faith, and obviously Nik Aziz is angry because he is a politician, not an ulamak that should be respect.

Rakyat Selangor akan rugi sekiranya pakatan pembangkang terus berkuasa

Posted: 23 Feb 2013 06:34 AM PST



Selangor akan mundur dan rakyatnya akan berada dalam kerugian sekiranya pakatan pembangkang dibenarkan terus berkuasa di negeri itu, kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari ini.

Beliau berkata, ia kerana keadaan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan tidak sehaluan akan menyukarkan pelaksanaan projek pembangunan dan akhirnya rakyat sendiri akan rugi.

Katanya, keadaan ini jelas bila mana kerajaan negeri sekarang di bawah pakatan pembangkang lebih berminat menunjukkan kuasa mereka dan berpolitik sehingga menghalang projek pembangunan yang hendak dilaksanakan di Selangor oleh kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, beberapa projek untuk kesejahteraan rakyat seperti cadangan pembinaan kampus cawangan Universiti Teknologi MARA di Serendah terbantut apabila kerajaan negeri tidak memberikan kebenaran merancang pembangunannya malah merampas tapak kampus itu milik Yayasan Kebajikan Kemiskinan.

Noh berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Barisan 1Malaysia di Seksyen 7 di sini yang dihadiri 3,500 orang daripada 200 badan bukan kerajaan (NGO) yang berhimpun bagi menyatakan sokongan mereka kepada BN.

Selain itu, katanya, Projek Langat 2 juga terbantut sehingga sekarang kerana kerajaan negeri enggan memberikan kebenaran merancang bagi pembinaan loji rawatan air mentah yang akan dibawa masuk dari Pahang.

"Terowong air dah siap tapi loji memprosesnya tiada, dan Kerajaan Persekutuan bukannya menggunakan duit kerajaan negeri untuk bina kita cuma minta keluarkan kebenaran merancang saja," katanya.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, kerajaan negeri Selangor juga lebih hendak menunjukkan kuasa apabila bertindak menggantung projek jalan raya dan prasarana Persekutuan di Selangor sementara menanti proses rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap kes melibatkan Majlis Perbandaran Sepang.

Keputusan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin memutuskan Majlis Perbadaran Sepang tidak mempunyai kuasa untuk meruntuhkan tiang dan menutup kamera AES (Sistem Pemnguatkuasaan Automatik) di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Noh berkata, begitu juga dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berkata kerajaan Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri selepas sambutan Chap Goh Mei dan mendakwa hasrat itu sudah mendapat persetujuan Sultan Selangor.

Katanya, mengikut amalan biasa jika seseorang Menteri Besar sudah menghadap Sultan untuk mendapatkan perkenan pembubaran dewan dan sudah mendapat perkenan baginda, beliau seharusnya terus mengumumkan tarikh pembubaran dewan.

Bagaimanapun, Noh berkata, sehingga sekarang tarikh pembubaran dewan tidak diumumkan oleh Abdul Khalid dan beliau yakin Selangor tidak akan membubarkan dewan undangan negeri dulu tetapi akan dibubar serentak dengan Parlimen.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau berharap NGO, juga kuasa ketiga di Malaysia selepas Kerajaan Persekutuan atau Negeri (Kuasa Pertama) dan parti-parti politik (Kuasa Kedua), akan terus menyokong kerajaan BN.

Program Himpunan Barisan 1Malaysia pada pagi ini juga himpunan keenam NGO-NGO selepas Sabah, Perlis, Johor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Selangor, katanya.

Beliau berkata, program yang bermula November tahun lalu dijangka selesai dilaksanakan di seluruh negara pada awal bulan depan.

Sumber: Noh Omar

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>