BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- Gadis Dakwa Dirogol Pelakon Ketika Uji Bakat Dalam Bilik Hotel
- Suami Isteri Culik, Perkosa Gadis 13 Tahun
- Didakwa perkosa kekasih baru dikenali
Gadis Dakwa Dirogol Pelakon Ketika Uji Bakat Dalam Bilik Hotel Posted: 16 Jan 2015 01:01 AM PST Seorang gadis berusia 22 tahun telah membuat laporan polis baru baru ini mendakwa beliau telah diperkosa seorang pelakon lelaki berusia 23 tahun ketika satu sesi uji bakat yang diadakan di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur baru baru ini. Gadis itu hadir ke uji bakar tersebut selepas melihat iklan yang mencari bakat baru dalam bidang pengiklanan, lakonan dan model dengan bayaran sehingga RM500 sehari di internet. Lebih kejam lagi, pelakon lelaki yang pernah membintangi beberapa drama tempatan itu juga telah mengugut untuk menyebarkan video mangsa dinodai sebelum memaksa gadis itu membayar RM1,000 ke dalam sebuah akaun bank. Gadis Dakwa Dirogol Pelakon Ketika Uji Bakat Di Hotel - ROTIKAYA "Suspek mendakwa akan membayar gaji RM500 sehari sekiranya mangsa lulus sesi temuduga itu. Pelakon itu kemudian bertemu mangsa di sekitar Ampang sebelum membawa gadis itu ke sebuah hotel di Ampang Waterfront. Mangsa juga dipaksa untuk berbogel kononnya sebagai syarat wajib untuk lulus," menurut sumber seperti dlaporkan Harian Metro. Pelakon lelaki itu bagaimanapun sudah diberkas polis daripada Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang pada jam 10.00 malam kelmarin. Beliau kini direman dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK). Gadia gadis di luar sana yang memang mencari peluang untuk menjadi pelakon dan model dalam dunia penuh glamor ini perlu lebih berhati hati selepas ini. Bilik hotel petanda nombor satu ada sesuatu yang tidak kena. Saja berpesan. (rtky/m) |
Suami Isteri Culik, Perkosa Gadis 13 Tahun Posted: 15 Jan 2015 06:01 PM PST BAN CHANG: Sepasang suami isteri ditangkap kerana bersekongkol dalam penahanan seorang gadis berusia 13 tahun dan adik lelakinya. Natthapol Kangwanyothakul, 24, dan isterinya, 18, ditangkap di sebuah apartmen di Ban Chang, wilayah Muang Pathum Thani semalam. Pasangan itu didakwa membawa gadis terbabit dan adik lelakinya yang berusia 12 tahun makan daging babi bakar di sebuah restoran. Menurut polis, gadis berkenaan dan adiknya diletakkan dalam bilik sebelum dirogol berkali-kali oleh Natthapol dan seorang lelaki lain. Sebelum itu, ibu bapa mereka sudah membuat aduan berhubung kehilangan mereka sejak 9 Januari lalu tetapi mereka gagal ditemui. Bagaimanapun, mereka kembali ke rumah pada 12 Januari dan memberitahu apa yang berlaku. Ketika disoal siasat oleh pihak polis, Natthapol dan isterinya menafikan semua tuduhan berkenaan. Pasangan suami isteri berkenaan kini ditahan untuk tindakan undang-undang. - Agensi |
Didakwa perkosa kekasih baru dikenali Posted: 15 Jan 2015 05:01 PM PST BUTTERWORTH - Seorang remaja berusia 18 tahun direman tujuh hari di Mahkamah Butterworth petang semalam, bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan kekasihnya berumur 15 tahun. Perintah dikeluarkan Majistret Hazwin Azleena Othman Kamal terhadap remaja itu semalam, sejurus remaja berkenaan ditahan di rumahnya di Kampung Aman, Pokok Sena, awal pagi, semalam. Remaja berkenaan ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Lewat petang kelmarin, mangsa yang tinggal sekampung dengan suspek membuat laporan polis bahawa dia dirogol suspek terbabit ketika di bawa bersiar-siar di Butterworth. Difahamkan, mereka baru menjalin hubungan awal tahun ini dan mangsa masih bersekolah di Tasek Gelugor dalam tingkatan tiga. Perlakuan remaja terbabit dikesan ibu mangsa yang hairan selepas mendapati, anak perempuannya menangis sebaik pulang ke rumah dari bersiar dengan teman lelakinya, petang kelmarin. Selepas disoal berulang kali, mangsa mengaku dirogol teman lelakinya itu. Mangsa kemudiannya, dibawa ibunya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara. |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |