Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

PEJUANG BANGSA

$
0
0

PEJUANG BANGSA


IGP SEKOLAHKAN GUAN ENG , JANGAN MENIPU MASYARAKAT SIASATAN KES DR MASHITAH @PDRMsia @dzainalabidin @Rrafizal

Posted: 15 Jan 2015 06:56 PM PST









Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegur Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya jangan mengeluarkan dakwaan yang boleh mengelirukan masyarakat.

Khalid menjawab kenyataan Guan Eng berkaitan kes membabitkan Ketua Wanita Umno Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang tidak ditahan di bawah Akta Hasutan.

"BN tiada kena mengena dengan siasatan polis terhadap sesiapa. Jangan kelirukan masyarakat," katanya seperti yang dipetik menerusi muatnaik paparan status di laman mikro Twitternya.

Malah menerusi tweetnya sebelum itu, Khalid berkata, siasatan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan bersesuaian dengan fakta kes membabitkan Mashitah.

"Tidak ada berat sebelah," tulisnya lagi.

Guan Eng sebelum ni mendakwa BN dan KPN mengamalkan siasatan terpilih dalam menjalankan siasatan terhadap pemimpin Umno dan pihak yang menentang Umno.

Pemimpin DAP itu menerusi laman sosial Facebooknya meminta penjelasan mengapa Mashitah tidak disiasat di bawah Akta Hasutan.

"Jika Ketua Polis Negara ikhlas dan serius dalam komitmennya ke arah mengekalkan keharmonian pelbagai kaum, maka beliau harus menangani semua kes hasutan dengan saksama," ujarnya.

Mashitah sebelum ini didakwa pernah mengeluarkan kenyataan bahawa komuniti Cina di Kedah membakar al-Quran dalam satu ritual agama.

Beliau didakwa berkata demikian ketika ucapannya dalam Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, tahun lalu.

RUPA-RUPANYA MEJAR ZAIDI KAWAN PEMIMPIN KERAJAAN DAP P.PINANG

Posted: 15 Jan 2015 06:00 PM PST



Bila TKM 1 P.Pinang nak bantu cari kerja untuk Mejar Zaidi kerana dia kawan baiknya , jangan terkejut kalau dia  sanggup langgar peraturan tentera demi sokongannya terhadap Pakatan Rakyat untuk menang PRU13 . 


Walau bagaimanapun  , jawatan NGO ditawarkan nanti sudah tentunya berkait rapat dengan politik kerana ia mendapat recomendation kuat TKM .









Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad yang baru dipecat daripada berkhidmat dengan Yang di-Pertuan Agong, ditawarkan kerja oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Rashid Hasnon.

Mohd Rashid berkata, beliau sedang mencari pekerjaan untuk Zaidi, selepas mahkamah tentera mendapati bekas pegawai tentera itu bersalah, kerana melanggar protokol mengenai isu dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Katanya, buat masa ini beliau memberi tumpuan mencari kerja yang sesuai sama ada di Tikam Batu di Kedah atau Bertam.
"Saya perlu memberi sokongan moral kepada Zaidi dan keluarganya, kerana dia merupakan sahabat baik saya.
"Dia adalah kawan rapat saya dan kini adalah masa bagi saya untuk membantu rakan yang memerlukan. Kami sedang mempertimbangkan untuk menawarkan Zaini bekerja dalam organisasi bukan kerajaan (NGO)," jelas Mohd Rashid, lapor The Rakyat Post.
Katanya, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor perlu campur tangan untuk memberi peluang pekerjaan kepada Mejar Zaidi yang kini menganggur.
"Zaidi berpeluang menyumbang secara aktif kepada masyarakat," katanya sambil menambah, buat masa ini, tiada kekosongan jawatan di pejabatnya.
Mahkamah memecat Zaidi selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan membabitkan isu dakwat kekal pada PRU13 dan menyiarkan maklumat surat pertukaran kerjanya, dua tahun lalu.
Keputusan sebulat suara itu dibuat lima panel hakim yang diketuai Yang Dipertua, Kolonel Saadoon Hassan, selepas mendengar keterangan kedua-dua pihak dan membuat penilaian maksimum terhadap pertuduhan dihadapinya.
Korum itu turut dianggotai Leftenan Kolonel Zainurin Mohd Dom, Mejar Khuzairi Mohd Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib dan Mejar S. Nadzeer Salehuddin.
Ketika membuat keputusan itu, Saadoon berkata, tindakan Zaidi mendiamkan diri, ketika dipanggil membela diri, sudah cukup untuk menyabitkannya bersalah.
Pada 27 Oktober lalu, Mejar Zaidi, 48, diarah membela diri untuk dua pertuduhan itu, selepas mahkamah mendapati, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap dua pertuduhan itu.

ANGKA BANTUAN BANJIR KERAJAAN DAP KURANG RM350 RIBU, PRINTER SALAH ? @dzainalabidin @Rrafizal

Posted: 15 Jan 2015 04:30 PM PST


Jika anda membaca akhbar propaganda kerajaan DAP Buletin Mutiara edisi 1-15 Jan 2015 , angka peruntukan sumbangan kepada mangsa banjir di Kelantan adalah berbeza dengan angka di status fb rasmi Guan Eng . 

Akhbar Buletin Mutiara =  RM 1.5 juta 

FB CM Lim Guan Eng =  RM 1.15 juta 

                                      =  - RM350,000.00

Ke mana lagi wang RM350 ribu ? 

Atau angka peruntukan  di FB CM Lim Guan Eng  atau Buletin Mutiara ini salah taip ??

Atau salah printer ?? kah kah kah ...

Untuk rekod ,  DAP memang ada sejarah salah taip dan salah mengira seperti mana pemilihan CEC DAP lepas. 

Jadi , tak perlu terkejut angka-angka silap seperti ini kerana salah taip adalah amalan CAT  DAP 





Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>