Dialog Dewasa Kritik Berasa |
- MELETOP: NURUL IZZAH KINI AVAILABLE FOR ALL...BERGETAH LAGI WOOOI
- Malaysiakini cuba perangkap DS @Zahid_Hamidi untuk dedah RAHSIA negara kepada MUSUH! @NajibRazak
- MISTERI: TERSUMPAH JADI SASAU DAN POYO BILA RASA DIRI TERLALU HEBAT KRITIK PM.
MELETOP: NURUL IZZAH KINI AVAILABLE FOR ALL...BERGETAH LAGI WOOOI Posted: 15 Jan 2015 10:00 PM PST Setelah setahun naik turun mahkamah akhirnya rumah tangga anak kepada pasangan KETUM PKR: Anwar Ibrahim dan Wan Azizah; Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir akhirnya hancur. Nampak sangat soal nikah kahwin dan cerai merai dipermain-mainkan dan menjadi bagai satu trend...ni bahan nak salahkan UMNO lagi ler tew... Harapan kami semoga Nurul Izzah tabah menghadapi kehidupan sebagai janda. Jadikan ini sebagai satu ikhtibar dan teguran dari Allah s.w.t terhadap apa yang Nurul buat selama ini terhadap insan-insan lain. Jangan pulak Nurul Izzah nak salahkan UMNO, BN dan Najib kononnya berkonspirasi menyebabkan rumah tangganya hancur...tak baik tau ! Oppppssss ....Ampun Tuanku Sultan Melaka, patik gurau senda jer... |
Malaysiakini cuba perangkap DS @Zahid_Hamidi untuk dedah RAHSIA negara kepada MUSUH! @NajibRazak Posted: 15 Jan 2015 06:01 PM PST Dalam isu surat Menteri Dalam Negeri (MDN) yang menjelaskan status Paul Phua kepada FBI, kami merasakan serangan pembangkang melalui Malaysiakini ke atas MDN sebenarnya mempunyai motif tersembunyi yang lebih jahat. Pertama sekali, mereka seboleh-bolehnya cuba untuk melaga-lagakan MDN dengan Jemaah Menteri dan TPM sendiri. Mereka cuba untuk menanam persepsi bahawa MDN telah bertindak sendirian tanpa restu bos beliau. Kedua, Malaysiakini juga cuba untuk mewujudkan persepsi bahawa MDN dan Kerajaan melindungi penjenayah tertentu yang mempunyai kepentingan. Untuk yang mempunyai fikiran simplistik, mereka akan telan bulat-bulat dan percaya dengan agenda ini. Dan ketiga, Malaysiakini merupakan agen atau alat pembangkang yang dibelakangi oleh anasir musuh negara dan penjenayah, cuba untuk menekan pihak Kerajaan bagi mendedahkan perkara-perkara sulit dan rahsia besar yang boleh memberi kesan terhadap keselamatan negara. Lantas ini membuka ruang kepada 'penaja' pembangkang untuk mengkaji dengan lebih lanjut berhubung titik kelemahan pertahanan negara untuk diserang setiap masa bagi memastikan Kerajaan tidak mampu untuk fokus terhadap pelan pembangunan negara dan ekonomi. Bagi membuktikan teori ini, mari kita sama-sama kaji berapa kali Malaysiakini atau pemimpin pembangkang telah bermati-matian membela penjenayah. Ketika arwah Sosilawati dibunuh, di mana perginya kelibat pemimpin atau peguam pembangkang yang dahagakan keadilan untuk rakyat? Malah, anehnya Malaysiakini juga kurang berminat untuk menyiarkan berita pembunuhan tersebut. Kenapa? Adakah kerana salah seorang pembunuh itu juga seorang peguam DAP?!! Tidakkah ini semua membuatkan kita terfikir sejenak. Mengapakah ISA dan Ordinan Darurat dituntut untuk dimansuhkan dahulu sedangkan 99% tahanan ketika itu adalah ketua-ketua kongsi gelap dan penjenayah? Adakah apa yang kita hadapi kini kesan daripada pemansuhan ISA? Dengan bukan Islam semakin berani mencabar agama, penjenayah semakin berleluasa sehingga boleh bertempur di tempat terbuka?!! Tidakkah terlintas difikiran kita bahawa parti pembangkang, terutamanya DAP didalangai oleh kongsi gelap dan penjenayah kerana mereka adalah penaja utama parti tersebut selepas agen luar?!! Masih tidak percaya? Cuba kaji semula siapa yang membela pembunuh, ketua kongsi gelap di mahkamah ketika ini. Adakah anda semua sudah tersilap membuang undi pada PRU-13 yang lalu?!! |
MISTERI: TERSUMPAH JADI SASAU DAN POYO BILA RASA DIRI TERLALU HEBAT KRITIK PM. Posted: 15 Jan 2015 07:59 AM PST Kedua-dua manusia ini apabila digabungkan akan melahirkan gen-gen intelektual Melayu yang berfikiran futuristik persis Mat Jenin atau Mr Loba-Loba. Mereka kadang-kala umpama berada di alam kayangan apabila mengimpikan kesempurnaan yang tiada tolok bandingan. Sama seperti seorang yang pernah ditabalkan dengan gelaran Anugerah Tuhan yang mereka puja dan teruja itu. Dahulu mereka disanjung kerana keintelektualnya, namun mungkin kerana terlalu banyak berfikir yang indah-indah menyebabkan mereka berubah menjadi sasau. Dan akibat kesasauan itu, seorang telah turun ke jalanan memekik-mekik sambil baca puisi. Manakala seorang lagi menjadi penulis blog yang hanya tahu mengkritik macam dia saja yang bagus, konon dia pandai segala-galanya mengkritik semua dasar negara selagi boleh. Apa matlamatnya??? Menjatuhkan orang yang mereka tak suka kerana dendam dan rajuk serta berfantasi kononnya semuanya akan menjadi baik jika Najib letak jawatan dan Anwar menjadi Perdana Menteri yang baru. Apakah itu saja jasa mereka untuk pembangunan negara? Mungkin mereka sudah terlalu pandai maka tidak perlu mereka menjawab atau memberikan cadangan membina kerana kerja sebagai sasauan dan wartawan pencen hanya mengkritik saja. Kalau macam tu sama saja mereka seperti macai-pencacai upahan yang selalu berdemo di jalanan atau keyboard-keyboard warrior yang hanya tahu memaki hamun depan komputer sambil mengira-ngira berapa banyak like mereka dapat dalam posting facebook mereka... |
You are subscribed to email updates from MyMassa | Dialog Dewasa, Kritik Berasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |