Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

PEJUANG BANGSA

$
0
0

PEJUANG BANGSA


GUAN ENG DESAK GST DITANGGUH SEBAB PENIAGA CINA PENANG AKAN BANGKRAP

Posted: 15 Jan 2015 09:30 AM PST





Jika anda membaca surat LGE kepada PM , menampakkan dia cuba jadi hero dengan  membela peniaga Cina yang enggan mahu ikut sistem GST .  

Apakah threshold jualan yang dikenakan GST iaitu RM500 ribu dianggap membebankan lagi  peniaga hingga perlu diminta ke RM2 juta setahun ?

Kelonggaran hingga RM500 ribu sudah cukup banyak sekali dan tindakan aduan peniaga ini dilihat hanya mencari alasan untuk tidak mahu bayar cukai . 

GST sudah dilaksanakan lebih 136 buah negara malah di Singapura sendiri juga dilaksanakan . Kalau sistem ini tak bagus , negara lain tak pakai pun GST ini . 

Jika kedai ubat tradisional di negeri lain seperti Indonesia, Thailand , Singapura sertai GST , mengapa 3 kedai runcit Penang ini tak mahu ?

 Alasan macam-macam    tak computer literate la , kedai kecil , guna buku 555 sahaja ... 



''Kesan negatif daripada pelaksanaan GST telah melandai beberapa sektor, khususnya industri perdagangan kecil seperti kedai runcit dan kedai ubat tradisional. Malah, terdapat sekurang-kurangnya tiga (3) buah kedai runcit yang beroperasi puluhan tahun di pekan kecil dalam kawasan Parlimen Balik Pulau (yang kini diwakili oleh YB Timbalan Menteri Kesihatan) akan gulung tikar atau menghentikan perniagaan kerana sukar memenuhi syarat-syarat GST.

3. Oleh kerana pelaksanaan GST masih diharungi oleh persoalan apa yang boleh dan tidak dikecualikan serta mempunyai jawapan berbeza-beza yang mana akan menambahkan kos pengurusan, sekaligus membebankan peniaga-peniaga kecil, maka adalah wajar ianya ditangguhkan untuk suatu tempoh waktu sehingga semua kemusykilan ini dapat diperjelaskan.

4. Di samping itu, adalah perlu had 'threshold' jumlah jualan dikenakan GST dinaikkan daripada RM500,000.00 kepada RM2 juta setahun, demi membantu peniaga kecil. Pada masa yang sama, penurunan nilai matawang ringgit Malaysia menjadikan 'threshold' RM500,000.00 nilai jualan setahun mudah dicapai oleh peniaga kecil dan sekaligus membebankan serta menjejaskan mereka.




– Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjadikan tiga kedai runcit yang beroperasi puluhan tahun di Balik Pulau di sini sebagai contoh dalam menggesa Kerajaan Pusat menangguhkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

 Menurut beliau, ketiga-tiga kedai itu akan gulung tikar atau
menghentikan perniagaan masing-masing kerana gagal memenuhi syarat-syarat pelaksanaan GST.

"Kesan pelaksanaan GST juga telah berlaku terhadap beberapa sektor khususnya industri perdagangan kecil seperti kedai runcit dan kedai ubat tradisional," katanya.



 Beliau berkata demikian dalam surat rasmi yang ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertujuan memohon supaya pelaksanaan GST yang akan dikuatkuasakan April ini ditangguhkan.

Menurut Guan Eng, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada mesyuarat penggal kedua 14 November tahun lalu sudah membuat ketetapan supaya GST ditangguhkan sehingga negara mencapai status maju dan berpendapatan tinggi.


Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan boleh mempertimbangkan permintaan itu bukan sahaja untuk rakyat negeri ini tetapi bagi meringankan beban kewangan mangsa bencana banjir di Pantai Timur. - UTUSAN-

ORANG BANGKRAP SEMAKIN SAWAN, KINI MEROYAN GELAR UMNO BODOH !

Posted: 15 Jan 2015 08:08 AM PST



Orang seperti Khairuddin  kalau tengah susah sanggup buat apa sahaja walaupun menjadi Con Man .

Khairuddin telah membuat repot polis pasal 1MDB pada 13 Disember 2014. Mengikut salinan carian Jabatan Insolvensi dia telah diisytiharkan muflis atau bankrap pada 14 Mei 2014, lebih lima bulan sebelum beliau membuat repot polis.

Beliau diisytiharkan muflis oleh Mahkamah kerana petisyen bankrap yang dibuat oleh sebuah syarikat bernama Artisan Fokus Sdn Bhd.

Hari ini beliau mengelar UMNO parti bodoh dan akan mempertimbangkan meninggalkan parti .

Elok lah orang opportunis seperti dia ini keluar parti dan kalau nak molek sertai PKR parti Anwar Ibrahim . haha..



Nak menipu pun guna otak la ..cakap rumah tak dilelong tapi diri
sendiri cakap dilelong harga RM2.1 juta itu apa kejadahnya ?









MELAYU PKR CAKAP BERBELIT ,TAK SETUJU KENYATAAN ERIC & DITAHAN POLIS

Posted: 14 Jan 2015 04:49 PM PST





Kaedah berdialog dilihat lebih baik berbanding serbuan melibatkan 20 anggota polis semasa penahanan Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen baru-baru ini.

Ketua Penerangan Keadilan, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, serbuan itu sekali gus menggambarkan Paulsen seolah-olah seorang penjenayah besar yang cuba melarikan diri.

"Walaupun saya tidak sepenuhnya bersetuju dengan kenyataan umum Paulsen yang boleh ditafsir menghina secara serkap jarang, namun saya juga tidak bersetuju beliau ditahan begitu rupa.

"Apatah lagi disusuli dengan tweet Ketua Polis Negara tentang penangkapannya seolah-olah penjenayah besar yang cuba melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Paulsen menerusi catatan di laman Twitternya pada Jumaat lepas berkata: "Jakim sedang mempromosikan ekstremisme pada setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu banteras ekstremisme di Malaysia".

Kenyataan itu bagaimanapun telah dipadam setelah mendapat kritikan daripada pelbagai pihak.

Kata Syed Ibrahim, pihak berkuasa perlu memahami beberapa perkara dasar di dalam konteks Malaysia sebagai negara majmuk.

"Saya percaya perkara ini boleh ditangani dengan cara berdialog secara paling baik (ahsan) dan berhikmah sebagaimana yang disarankan oleh Islam.

Dalam pada itu, Syed Ibrahim turut menyarankan semua pihak agar kembali kepada dasar Islam selain melihat ia hanya tinggal dasar jika kefahaman dan pelaksanaannya bercelaru atas motif politik dan emosi sentimen semata-mata.

Pada Selasa, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada pihak tertentu agar tidak mempolitik atau memanipulasikan isu tangkapan peguam Eric Paulsen sehingga boleh menjejaskan keselamatan awam.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>