Dialog Dewasa Kritik Berasa |
- SILA TONTON: PECAT 3 WARTAWAN ANWARINAS DI HARAKAH LANGKAH TEPAT BUANG PENGARUH SESAT ANWAR
- BANJIR: BILA ADA PAKATAN PENCACAI MENYALAK KATA KERAJAAN TAK BANTU...GILO APO???
- HUDUD 5 PERKARA
SILA TONTON: PECAT 3 WARTAWAN ANWARINAS DI HARAKAH LANGKAH TEPAT BUANG PENGARUH SESAT ANWAR Posted: 14 Jan 2015 09:26 PM PST Bekas Ketua Penerangan PAS Selangor, Ustaz Hassan Basri berpendapat pemecatan tiga wartawan Anwarinas dalam Harakah adalah tepat. "Isu pemecatan tiga orang termasuklah Ketua Pengarang Harakah (Ahmad Lutfi Othman) adalah satu tindakan yang betul kerana Harakah itu merupakan suara rasmi parti (PAS). "Tetapi apabila pengarang-pengarang dalam Harakah yang lebih meletakkan kepentingan kepada kelompok yang dikuasai oleh saudara Anwar Ibrahim sehingga menafi dan mengenepikan suara-suara ulama dalam aktiviti parti. "Sebagai contoh apabila Lutfi memberi ruang yang cukup besar kepada abangnya sendiri, Dinsman dalam kolumnya sendiri (dalam Harakah), menghentam ulama-ulama yang tidak sepatutnya (berlaku). "Merupakan sesuatu yang pelik suara rasmi PAS melalui Harakah telah digunakan secara halus atau terbuka (untuk) menghentam ulama-ulama, sekaligus mahu menolak kepimpinan ulama itu sendiri,"katanya.Ustaz Hassan Basri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Yang DiPertua PAS Kawasan Batu, Cikgu Ishak Surin mengkritik Datuk Mustafa Ali, Pengerusi Lembaga Pengarah Harakah di atas pemecatan tiga wartawan Harakah itu. Cikgu Ishak yang lebih rapat dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata tindakan Mustafa yang disebut-sebut dari kumpulan ulama di atas Ahmad Lutfi Othman (Ketua Pengarang Harakah), Tarmizi Mohd Jam (Pengarang) dan Roslan Hamid (Pengarang) sebagai zalim dan tidak berperi kemanusiaan. "Kami juga ingin bertanya apakah tindakan yang dibuat ini ekoran daripada pergolakan yang berlaku dalam PAS ? "Semua orang tahu, berlaku (pergolakan) di antara dua golongan tertentu…,"kata Cikgu Ishak | ||||||
BANJIR: BILA ADA PAKATAN PENCACAI MENYALAK KATA KERAJAAN TAK BANTU...GILO APO??? Posted: 14 Jan 2015 05:35 PM PST Sejak mula banjir sampailah sekarang masih ada pihak macai-pencacai pakatan yang dok bising fitnah kononnya kerajaan tak pernah membantu pihak mangsa. Kononnya semuanya NGO buat. Beri bantuan makanan... NGO jer yang buat... mana agensi kerajaan? Beri bantuan pembersihan sekolah, surau, bangunan dan rumah...NGO jer yang buat... mana agensi kerajaan? Beri bantuan khemah...NGO jer yang buat...mana agensi kerajaan? Beri wang saku... NGO jer yang bagi....mana agensi kerajaan? Pencacai-pencacai ini ada kalangan mereka yang duduk di negeri atau kawasan lain yang tak terlibat banjir langsung tetapi hanya mendengar khabar dari facebook, whatsapp, sms atau portal sebelah pihak saja.
Nak harapkan mereka tengok berita di TV atau dengar berita di radio tak pun. Apatah lagi nak baca surat khabar atau portal arus perdana jauh sekali...kononnya tak percaya laporan-laporan tersebut. Sebaliknya mereka ni lebih percaya kepada berita sensasi yang kerjanya mencari salah dan mencaci siapa yang dibenci. Bertambah bangang lagi jika mereka yang kononnya dah lama duduk di luar negara turut tumpang semangkuk dalam media sosial menambah lagi fitnah kononnya agensi kerajaan tak buat apa-apa untuk membantu mangsa banjir. Hakikatnya boleh dikatakan semua kementerian dan agensi kerajaan telah bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa banjir sejak awal banjir hinggalah kepada pengurusan pasca banjir. Agensi-agensi kerajaan ini mempunyai kelab-kelab atau persatuan-persatuan tersendiri di jabatan masing-masing yang didaftarkan di bawah pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sah mewakili agensi mereka yang terdiri dari penjawat-penjawat awam yang berkhidmat di agensi itu. Penglibatan aktif kegiatan kesukarelawan oleh penjawat-penjawat awam selalunya diambil kira dalam soal kenaikan pangkat mereka. Bahkan ada banyak juga agensi-agensi kerajaan yang di bawahnya menyelia berpuluh-puluh NGO yang mempunyai keanggotaan berpuluh-puluh ribu anggota. Apakah agensi-agensi tersebut tidak boleh menggerakkan kekuatan mereka itu untuk bekerja membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan bencana? Jadi tang mana yang dikatakan agensi-agensi kerajaan tak membantu langsung mangsa-mangsa banjir? Apakah NGO-NGO yang digerakkan oleh agensi-agensi kerajaan pusat dan negeri ini pergi dengan tangan kosong, tiada bajet, tiada koordinasi dan tidak memberikan maklum balas kepada pembiaya atau stakeholders yang membiayai mereka?
Jadi kalau nak menuduh kononnya kerajaan tak berbuat apa-apa tu sedar-sedarlah diri tu sikit. Apa pula jasa kita pada rakyat? Kalau setakat nak maki hamun orang lain yang bertungkus lumus berkhidmat sedangkan diri kita hanya jadi pengkritik lebih baik kita pergi mampos saja. Sama juga kalau hanya setakat beri beras sekampit dua dah rasa hebat bantu masyarakat dan mempersoalkan pula apa orang lain buat...soal pulak mana pergi agensi kerajaan. Kategori macam ni pun lebih baik pergi mampos. Memang kasar bunyi namun fitnah dan dakyah perlu dilawan dengan fakta dan kebenaran. Fitnah tidak boleh dibiarkan berleluasa hingga dianggap sebagai satu kebenaran yang akhirnya akan membarah dan merosakkan segala kebaikan yang dibuat. Berdosa kalau kita yang mempunyai kemampuan untuk berjuang melawan fitnah tetapi masih duduk berdiam diri membiarkan ia berleluasa....pun lebih baik pergi @#$%^&! Kepada semua sukarelawan banjir tahniah anda adalah hero-hero masyarakat Malaysia. Suka Rela Lawan!!! | ||||||
Posted: 14 Jan 2015 07:02 AM PST Dr Mashitah Ibrahim – Menurut Lim Kit Siang, DAP mengambil keputusan tidak menyertai pakatan pembangkang bersama Pas ketika hadapi Pilihan Raya Umum 1986 dan 1990 kerana membantah hasrat melaksanakan hukum hudud dan menubuhkan Negara Islam. Malah, dalam PRU 1990, DAP meletakkan calonnya untuk bertanding di kerusi Dun Padang Garong dalam kawasan Parlimen Kota Bharu. Namun, calon itu, Lim Kok Kee, tewas. Walaupun pemimpin Parti Semangat 46 kemudian berjaya menggabungkan DAP dan Pas dalam Barisan Alternatif, pakatan ini akhirnya berpecah pada 2001 kerana kepimpinan Pas menolak satu persefahaman yang dipanggil Pendirian Lima Perkara. Inti pati Pendirian Lima Perkara adalah (1) Pas kena setuju tidak akan berlaku perubahan radikal terhadap Perlembagaan Persekutuan seperti penubuhan Negara Islam, Kristian, Buddhis atau Hindu (2) Selagi berada dalam pakatan pembangkang, Pas mesti bekerjasama dengan parti sekutu untuk mengangkat demokrasi, bukan Negara Islam (3) Sebelum membuat sebarang keputusan atau pindaan kepada undang-undang negeri, Pas mesti rujuk dan mendapat persetujuan parti sekutu (4) Pas kena bersetuju dengan penubuhan sebuah jawatankuasa tertinggi yang mesti dirujuk jika ingin buat kenyataan atau tindakan sensitif berkaitan agama, dan (5) Pas mesti terima hakikat Malaysia sebuah negara plural dan Negara Islam tidak sesuai serta tidak boleh ditubuhkan. Walaupun Pas berpakat semula dengan DAP dan berserta PKR menghadapi tiga PRU selepas itu, DAP tetap membantah hukum hudud dan hasrat Pas menubuhkan Negara Islam. Ramai penyokong Pas tidak setuju, malah marah dengan tahaluf siyasi yang dijalin parti itu dengan DAP. Pemimpin Pas cuba menenangkan penyokong dengan berkata mereka akan mendidik pemimpin DAP mengenai Islam. Selama 15 tahun, Pas bukan sahaja gagal berbuat demikian, malah pendirian DAP terhadap hukum hudud semakin keras. Kit Siang, anaknya dan pemimpin DAP terus-menerus mengkritik pemimpin Pas hingga ke hari ini, termasuk cadangan mengadakan sesi khas persediaan membawa rang undang-undang hudud ke Parlimen pada 29 Disember lalu yang terpaksa ditunda kerana bencana banjir. "Pas leaders know very clearly DAP's stand on hukum hudud. DAP will stand firm in Parliament to defeat any Pas attempt to amend the Federal Constitution for this purpose," tegas Kit Siang, yang juga mendapat sokongan pemimpin PKR dan beberapa pemimpin Pas sendiri. Beliau berhujah bahawa di negara yang melaksanakan hudud seperti Pakistan, wanita dan mangsa rogol tidak mendapat perlindungan kerana perogol jarang dikenakan hukuman. Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Amar Nik Abdullah berkata Pas tetap akan melaksanakan hukum hudud di Kelantan tahun ini, walaupun tidak keseluruhannya atau berperingkat, selain terpaksa membuat beberapa pindaan ekoran kritikan banyak pihak. Beliau juga menepis bantahan dan ugutan DAP akan keluar Pakatan Rakyat jika Pas teruskan hajatnya itu. "DAP hanya lihat dari aspek politik. Mereka bimbang hilang sokongan pengundi bukan Melayu. Tapi mereka perlu fikir sensitiviti orang Islam. Kita hendak tunggu bila lagi bagi melaksanakan hudud sebab ia adalah tuntutan agama. Pas sudah terajui kerajaan di Kelantan lebih 23 tahun. Soal jenayah kurang atau tidak itu masalah nombor dua. Pas sudah banyak berkompromi dengan DAP dan PKR. Kita sanggup ubah pendekatan kepada Negara Berkebajikan pada PRU lepas, kesannya Pas Kelantan merosot sehingga hilang tiga kerusi Dewan Undangan Negeri," ujarnya. Pemimpin Pas termasuk Mohamed Amar mengambil masa begitu lama untuk sedar hakikat. Baru sekarang mereka memahami strategi politik parti rasis-cauvinis ini. Kesannya, Pas menjadi parti paling lemah dalam Pakatan Rakyat ekoran kekalahan banyak kerusi dalam PRU 2013 dan hilang sokongan pengundi akar umbi terutama di luar bandar. DAP berusaha menjadi parti lebih kuat untuk mencapai matlamat serampang dua mata, yakni mencabar kekuatan Umno-Barisan Nasional di Parlimen selain menyekat hasrat Pas menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan hukum hudud. Hari ini, DAP berada pada kedudukan paling kuat dalam sejak penubuhannya 50 tahun lalu, dan Umno-BN telah hilang penguasaan dua pertiga majoriti di Parlimen. Justeru dalam isu hukum hudud, DAP tidak mahu melihat sokong-menyokong antara Pas dan Umno di Parlimen, dan menganggap komitmen Umno Kelantan untuk menyokong hasrat kerajaan negeri pimpinan Pas sebagai tidak sihat. Menurut Kit Siang, apabila Pas dan Umno saling berjuang menegakkan agama Islam, ini tidak baik untuk demokrasi dan hak asasi rakyat, boleh menjejas kemajuan ekonomi dan persaingan antarabangsa serta membantut usaha mengekalkan Malaysia sebuah negara sekular. * Datuk Dr Mashitah Ibrahim ialah Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) |
You are subscribed to email updates from MyMassa | Dialog Dewasa, Kritik Berasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |