BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- (Video) 'Isteri, makcik pun pernah raba, kucup artis lelaki'
- Pegang Coli, Aaron Aziz Harap Tiada Yang Salah Sangka
- Suami curang, kunci rumah dari dalam dengan pasangan ketika diserbu isteri
- (Foto) Malang nasib selamatkan gadis bogel
- Curang: Wanita Potong Alat Sulit Suami Dua Kali
- Cacah tatu kemaluan ditubuh
(Video) 'Isteri, makcik pun pernah raba, kucup artis lelaki' Posted: 14 Jan 2015 04:00 PM PST Usaha Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menyiasat remaja yang dirangkul dan dicium artis K-Pop terus mendapat kritikan dan sindiran sinis oleh para artis, dan pemimpin gerakan sivil tempatan. Pelakon dan pelawak terkenal Adibah Noor dalam Twitter berkata dirinya pernah melihat gelagat para "isteri orang" dan "makcik-makcik" ketika berdepan dengan artis pujaan mereka. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim pula mempersoalkan kegagalan JAWI untuk bertindak ke atas orang kenamaan yang juga berpelukan semasa satu persembahan konsert oleh bintang Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan. |
Pegang Coli, Aaron Aziz Harap Tiada Yang Salah Sangka Posted: 13 Jan 2015 10:31 PM PST Aktor kacak Aaron Aziz berharap aksinya memegang coli berwarna merah jambu dalam filem terbarunya, Suamiku Encik Perfect 10 tidak menimbulkan spekulasi atau disalah erti kerana tindakannya itu sekadar memenuhi tuntutan skrip dan plot filem berkenaan. "Itu hanya 'props' saja. Saya rasa ia tidaklah teruk dan babak itu pun tidaklah nampak lucah. "Bukan saya suka-suka nak pegang tetapi itu cara kita nak sampaikan babak itu yang berkait tentang hal kehamilan dan ada fakta yang mahu disampaikan. "Sebenarnya, fakta itu pun sesuatu yang baru pada saya sebab walaupun isteri saya sudah tiga kali hamil tetapi saya pun tidak pernah tahu tentang fakta itu," katanya ketika ditemui pada sesi prebiu filem berkenaan di Kuala Lumpur, semalam. Filem yang diadaptasi novel karya Syamnuriezmil diarahkan Mohamed Feroz Abdul Kader menggandingkan teraju utama, Aaron membawakan watak Zarief Daniel dan Lisa Surihani sebagai Aleeya Azmin. Berkongsi pengalaman sewaktu penggambaran, Aaron menyatakan tidak sukar untuk menghidupkan watak itu kerana karakternya tidak banyak beza dengan watak dalam filem dan drama percintaan yang pernah dilakonkan sebelum ini. Aaron juga mengakui dia serasi berlakon bersama lisa ketika pernah membintangi bersama filem Ombak Rindu yang ditayangkan pada tahun 2011. "Karakter saya tak banyak beza dengan karakter yang pernah saya bawakan sebelum ini. Zarief seorang yang periang dan dia akan buat apa yang dia mahukan dan selepas itu baru memikirkan akibatnya. "Saya berharap gandingan kami boleh memberi satu kelainan dan kami tiada masalah mewujudkan keserasian atas faktor masing-masing komited dengan karakter yang dibawa," katanya. Penggambaran filem ini yang dijalankan pada tahun lalu diterbitkan Astro Shaw dan Global Station yang menjalani penggambaran di London dan sekitar Lembah Klang, Ipoh, Sungai Petani dan Alor Setar. Plot filem ini mengisahkan Aleeya dan Zarief bertemu di dalam kapal terbang ketika dalam perjalanan pulang dari London ke Malaysia. Pertolongan ikhlas Zarief untuk meringankan beban Aleeya telah membibitkan rasa cinta di antara mereka berdua. Namun, keegoan Aleeya menghalang cinta Zarief untuk terus berputik walaupun mereka ditakdirkan bersama. Filem ini yang turut dijayakan Normah Damanhuri, Jasmin Hamid, Syazwan Zulkifly, Raja Ilya dan Jehan Miskin akan ditayangkan bermula 22 Januari ini. Selain mempertaruhkan Aaron dan Lisa sebagai sandaran utama, lagu tema filem ini juga menyaksikan gandingan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza bersama penyanyi Indonesia, Cakra Khan berjudul Seluruh Cinta. - mD |
Suami curang, kunci rumah dari dalam dengan pasangan ketika diserbu isteri Posted: 13 Jan 2015 09:31 PM PST Kisah kecurangan memang membuatkan kita rasa geram namun ada juga yang mencuit hati. Seorang lelaki, 60, telah membawa pulang seorang gadis muda dan mengunci mereka berdua di dalam rumahnya. Beliau kemudian menghubungi pihak polis kerana takut dibelasah isteri dan keluarganya. Kejadian yang dilaporkan Shin Min Daily pada 27 September tahun lepas ini menulis, lelaki yang juga pemandu teksi itu telah mengunci dirinya di dalam rumah selepas perbuatannya diketahui oleh isterinya. Si isteri pula mengumpulkan semua ahli keluarga, kakak, menantu, cucu dan seorang rakan untuk bertemu dengan suami dan gadis yang didakwa kekasih gelapnya itu. Si isteri dan keluarganya mengetuk pintu rumah namun tiada jawapan. "Kami mengetuk pintu selama setengah jam, tapi suami saya tidak mahu membukakan pintu," ujar isterinya dengan nada kesal. "Saya kemudian menghubungi pihak polis," katanya seperti mana dipetik dari stomp.sg Si suami membuka pintu ketika polis tiba. Isterinya yang sedang marah terus menerkam masuk ke dalam rumah tersebut untuk menemui wanita itu, namun tindakannya dihalang pihak polis. Selama setengah jam pertengkaran mulut berlaku di dalam rumah tersebut. Akhirnya pihak polis terpaksa masuk campur bagi mengelakkan perkara buruk berlaku. Pasangan ini berkahwin pada tahun 2011 tetapi memutuskan untuk bercerai serta merta. Si isteri pula menolak kerana mendakwa suaminya sedang berselingkuh. "Kami sudah memutuskan untuk bercerai," kata si suami. "Kenapa kita tidak boleh berpisah secara damai?" tanya beliau lanjut. Menurut si suami, wanita yang dibawanya hanya teman. Ketika ditanya alasan mengapa mengunci pintu rumah dari dalam, si suami beri alasan kerana isterinya membawa ramai orang dan dia tidak berani membuka pintu rumah. |
(Foto) Malang nasib selamatkan gadis bogel Posted: 13 Jan 2015 08:35 PM PST Nanjing: Seorang wanita yang terjun ke dalam sungai dalam keadaan berbogel di bandar ini berjaya diselamatkan oleh seorang lelaki dan dijaga dengan baik oleh orang ramai yang berkerumun di tebing. Lelaki yang menyelamatkan wanita itu bagaimanapun tidak dihiraukan. Wanita itu dilihat terjun ke dalam sungai berkenaan petang kelmarin. Tidak lama selepas itu, seorang lelaki turut dilihat terjun ke dalam sungai itu untuk menyelamatkannya. Gambar di laman web di China menunjukkan orang ramai mengerumuni wanita itu selepas dia berjaya ditarik naik ke atas. Mereka bagaimanapun tidak mempedulikan lelaki yang menyelamat wanita itu hingga dia terpaksa memanjat sendiri untuk naik ke tebing. Menurut laporan, penyelamat itu ialah pelajar sebuah universiti di Nanjing. - Agensi |
Curang: Wanita Potong Alat Sulit Suami Dua Kali Posted: 13 Jan 2015 07:01 PM PST CHINA – Gara-gara geram dengan suami yang curang, seorang isteri, Feng, 30, hilang pertimbangan lalu memotong alat sulit suaminya. Bukan sekali, tetapi dua kali menyebabkan alat kelakian suaminya itu, Fan Lung, 32, tidak dapat berfungsi lagi. Kecurangan Fan telah dikesan oleh isterinya selepas dia meminjam telefon bimbit wanita itu untuk menghantar emel kepada kekasihnya, Zhang Hung, 21. Fan telah terlupa mendaftar keluar dari emel berkenaan menyebabkan isterinya dapat membaca kandungan emel tersebut. Ketika suaminya sedang tidur, Feng telah mengambil gunting dan memotong alat sulit Fan. Fan kemudiannya dikejarkan ke hospital dan kemaluannya itu dapat disambung semula. Namun Feng secara senyap-senyap masuk ke dalam wad dan sekali lagi memotong alat sulit suaminya itu lalu dibuang keluar tingkap. Pihak hospital hanya menyedari keadaan itu apabila Feng yang dalam keadaan berbogel memukul isterinya di luar bangunan hospital. "Kakitangan hospital kemudiannya mendapati Feng berada dalam keadaan berlumuran darah dan barulah kami sedar alat sulitnya yang baru disambung itu dipotong sekali lagi oleh isterinya. "Feng kehilangan banyak darah dan dimasukkan ke unit kecemasan. Kakitangan hospital cuba mencari zakarnya yang putus itu namun gagal, dipercayai dimakan oleh anjing atau kucing liar," kata jurucakap hospital. Feng kini berada dalam keadaan stabil namun mengalami tekanan. Manakala isterinya pula telah ditangkap polis. Sementara kekasihnya pula, Zhang, tidak kisah dengan kecacatan dialami oleh Feng dan sudi mengahwini lelaki itu. "Saya tidak kisah dia tidak subur lagi kerana Feng sendiri sudah memiliki lima anak," kata Zhang. |
Posted: 13 Jan 2015 06:09 PM PST Holly Aston, 20, tidak pernah menyangka parti tatu yang dihadirinya tiga tahun lalu mengubah hidupnya dalam sekelip mata. Alkisahnya, dia telah memberi keizinan kepada beberapa rakan untuk mencacah tatu di bahunya dengan menggunakan pencacah yang dibelinya di internet. Dek kerana kesemua mereka dalam keadaan mabuk, Holly tidak menyedari yang salah seorang daripada rakannya itu mencacah tatu bercorak kemaluan lelaki di bahunya itu. "Sebaik sahaja terjaga daripada tidur pada keesokan harinya, saya melihat tatu tersebut dan berfikir, apa yang telah saya lakukan?" katanya, memetik Mail Online. Bimbang diketahui ibu bapanya, Holly terpaksa membatalkan beberapa percutian bersama keluarga dan juga menutup tatu tersebut dengan pelekat kerana tidak mahu dilihat oleh kanak-kanak. Dia juga tidak mampu untuk membuang tatu tersebut kerana ia melibatkan kos yang tinggi. Bagaimanapun, kemunculannya untuk program televisyen Bodyshockers: Nips, Tucks and Tattoos baru-baru ini umpama memberi kehidupan baru kepadanya apabila pihak produksi sanggup membiayai kos membuang tatu tersebut. Pada masa yang sama juga, Holly turut memberanikan diri membuka rahsia tatu kemaluan itu kepada keluarganya. Mujurlah mereka dapat menerima penjelasannya itu dan dia kini sedang menjalani sesi kelima pembuangan tatu tersebut. |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |