Dialog Dewasa Kritik Berasa |
- MENJAWAB KERISAUAN DATUK A. KADIR JASIN
- GST: HAJAT GUAN ENG NAK PELECEH BN TAPI TERKENA BALIK...APA PUNYA TUR !
- TRAGEDI LAHAD DATU: SEORANG LAGI SEKUTU ANWAR DAH MAMPOS...
- Rombak semula UMNO Selangor untuk menang. @NajibRazak @NohOmar
MENJAWAB KERISAUAN DATUK A. KADIR JASIN Posted: 13 Jan 2015 10:02 PM PST
Hari ini, sangat malang apabila seseorang tidak tahu bila masa yang sesuai untuk berhenti dan berehat. Mereka ini tidak menyelami nasihat Tun Dr. Mahathir, supaya berhenti makan sebelum kekenyangan. Inilah masalah di dalam negara kita, mereka selalu mahu mencipta news of the year. Kewartawanan Era DS Najib Kewartawanan hari ini sangat-sangat berbeza dengan era tahun 1960an hingga ke hujung 1990an. Keberuntungan para pengarang pada zaman sebelum DS Najib ialah mereka kurang keberanian untuk mengkritik Perdana Menteri sebagaimana yang mereka lakukan sekarang. Ada satu cerita oleh wartawan lama, seandainya anda sedang bertanya kepada seseorang menteri soalan yang sukar, tiba-tiba kaki anda akan dipijak sebagai tanda anda tidak boleh meneruskan soalan itu. Malang kepada mereka kerana, pada hari ini kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang tidak menghalang dirinya dikritik, walaupun rekabentuk kritikan itu kelihatan sangat hodoh malah menelanjangi kekurangan si pengkritus. Mereka tewas kepada kesederhanaan Perdana Menteri yang menerima sebarang bentuk kritikan, dan mereka sangat sakit hati kerana Perdana Menteri boleh bersabar, tenang dan kelihatan hebat di tengah-tengah kritikan yang menggila. Apalah sangat ketohoran idea wartawan kunos (bukan kuno) yang merasakan diri sebagai pemikir terhebat konon, walhal mereka sering lupa tanpa peranan Kerajaan yang memberikan peluang kepada kita bersuara dan berbisnes, ianya hanya umpama kertas-kertas hangus yang diterbang angin ke ruang kotor udara. Saya sangat yakin bahawa kerana semakin vacumnya mereka dengan pemikiran lama, dan tidak berada di dalam cycle kerajaan, mereka menjadi syok sendiri hinggakan berperasan merekalah pengkritik tersohor dekad ini walhal kritikan-kritikan itu tidak signifikan kerana tidak up to date. Mereka ingat Kerajaan hari ini sebuah Kerajaan yang statik. Sedarlah zaman sudah berubah. Sejak tahun 2009, DS Najib secara peribadi tidak pernah pun menyinggung apa yang dibuat oleh Tun Daim Zainuddin (Tun Daim) hinggalah sekarang ini. Sumbangan Tun Daim tidak pernah pun dipertikaikan oleh Kerajaan. Mengapakah merasakan kerajaan mempertikai atau mengenepikan sumbangan Tun Daim? Mengapa ada orang lain terasa sangat? Hubungan kerajaan dengan Tun Daim Zaindudin dan Tun Dr Mahathir sentiasa dalam keadaan baik sepanjang masa. Jika mereka mempunyai pandangan yang berbeza dengan Kerajaan, bukanlah bermakna Kerajaan bermusuhan dengan mereka. Baru-baru ini saya terserempak dengan Tun Daim di IJN, walaupun ketuaan beliau sangat jelas, saya tidak fikir Tun Daim mempunyai apa-apa masalah dengan Kerajaan dan DS Najib. Kita kena sedar DS Najib tidak mempunyai pegawai tingkat 4 untuk bermesyuarat di luar waktu pejabat atau di luar kawasan. Saya tidak tahu kepada siapakah Datuk A. Kadir Jasin (Kadir Jasin) menujukan kritikannya, jika orang muda yang berdampingan dengan Perdana Menteri yang dimaksudkan, maka saya bukanlah orangnya. Saya menerima sebahagian kritikan Kadir Jasin, tetapi saya menolak sebahagiannya juga. Sebagai ahli Kerajaan yang baik, dan sebagai warganegara yang baik, saya mesti mempertahankan Kerajaan, Negara dan Perdana Menteri. Tetapi percayalah, saya tidak akan mempertahankan menteri yang bertanggungjawab di bawah bidang kuasanya terhadap penganjuran K-Pop baru-baru ini. Inilah jawapan saya terhadap 18 soalannya. 1. DS Najib telah memberikan jawapan sebab mengapa Darurat tidak diisytiharkan semasa banjir besar baru-baru ini, di antaranya kerana isu insurans sebagaimana dalam laporan Malaysiakini. Majoriti rakyat menerimanya dan pengamal insurans tidak menolak alasan itu, di mana keputusan tersebut dilakukan demi kebaikan rakyat yang ditimpa musibah. Tanpa Darurat pun, kebijaksanaan kerajaan lebih terkehadapan di mana langkah-langkah pro aktif seperti kerjasama Kerajaan PAS dan Kerajaan UMNO dilihat lebih berkesan. Di peringkat Kerajaan persekutuan pun, agensi-agensi Kerajaan sudah all out sepanjang masa. Saya sedar terdapat kekeliruan bilamana angka RM800juta disebut kononnya telah dibelanjakan sepanjang banjir besar baru-baru ini. Walhal, faktanya peruntukan wang itu belum pun dibelanjakan pun, di mana agensi-agensi kerajaan masih menggunakan peruntukan bencana banjir tahun 2014. DS Najib seorang Perdana Menteri yang sangat teliti, kerana itulah dua hari lepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara (JAN) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menubuhkan Jawatankuasa Memastikan Pengurusan Bencana Banjir sebanyak RM500 juta itu dibelanjakan mengikut cara yang betul, telus dan bertanggungjawab. Satu sen pun daripada RM500 juta itu akan menjadi kawalan ketat oleh pihak SPRM, JAN dan MKN. Sudah pasti rakyat sangat gembira dengan kerjasama Integriti ini. Kerana itulah, jika anda duduk di Kuala Lumpur dan menulis soalan mengapa tidak diisytiharkan Darurat, ianya sama keadaan apabila anda duduk di Brickfields dan seseorang menghantar wassap gambar Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Barrack Obama sedang bermain golf, dan anda membuat pemikiran sendiri kononnya mereka bermain golf selama 8 jam. Saya sudah jelaskan kisah sebenar di Hawai di sini . 2. DS Najib adalah CEO kepada Kerajaan Malaysia. Negara kita mempunyai asas ekonomi yang kukuh. Pemain bisnes minyak di Arab Saudi dan Rusia sedikitpun tidak terganggu dengan kejatuhan harga minyak yang dilaporkan di New York itu. Mereka sangat yakin ianya akan kembali menaik mencecah USD105 ataupun lebih dalam tempoh beberapa bulan mendatang. Laporan Reuters dan The Economy tidak boleh dijadikan asas untuk menjatuhkan hukuman awal kononnya Kerajaan akan mengalami kesukaran untuk sustain. Orang luar yang duduk di luar kerajaan boleh bercakap apa sahaja mitos dan hipotesis, yang akhirnya ianya akan menjadi tidak relevan. Sebelum ini, saya sudah menyatakan bahawa kita mesti bersatu mempertahankan PETRONAS, kerana salahsatu sumber ekonomi negara kita ialah melalui PETRONAS. Di sini 3. Kita janganlah terlalu American nice apabila terpikat sangat dengan harga minyak yang dispekulatorkan di New York. Anda harus mengubah sisi tempat duduk anda kerana harga minyak yang sebenar berada di Beijing, Moscow dan Riyadh bukan semata-mata di New York. New York adalah pemikiran lama kata Profesor Samuel P. Huntington. Katanya 20 tahun dahulu, bahawa New York dan Barat adalah pemikiran lama, kuno dan ketinggalan zaman. Pemikiran baharu itu berada di Timur Jauh dan Asia Barat. Pemain bisnes minyak di Amerika sengaja melambakkan simpanan minyak mereka untuk memastikan harga setong minyak itu turun ke paras USD40.00 setong tetapi simpanan mereka sendiri sudah pasti hanya mampu bertahan dua tiga bulan. Selepas itu mereka terpaksa menyembah semula negara-negara pengeluar minyak utama dunia, kerana itulah negara-negara Arab tidak peduli permainan harga minyak di New York malah Arab Saudi memberi amaran akan menambah pengeluaran minyak beberapa juta tong sehari tanpa memperdulikan kejatuhan harga yang disengajakan itu. Adakah ada sesiapa tidak mempercayai Kerajaan Malaysia masih boleh sustain? 4. GST telah diterangkan dengan panjang lebar oleh Kerajaan, jika ada seseorang tidak mampu memahaminya, ianya adalah kerana beberapa sebab. Pertama pemikiran sudah tepu dan keras, kedua terlibat dengan bisnes jua, dan ketiga sudah tahu tetapi bertanya semula. Yang saya sangat pasti adalah "penjual pisang goreng tidak dikenakan GST", tetapi saya yakin dakwat, kertas dan bisnes percetakan akan mengalami GST, barangkali kerana itu harga Berita Harian naik 30 sen. Saya tidak sangka ada rakyat Malaysia sangat takut dengan GST sedangkan Indonesia sudah lama melaksanakannya, kalaulah Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia, saya percaya Anwar akan melaksanakan GST paling lewat pada tahun 2000. 5. Dua keadaan yang mencengkam mana-mana negara di seluruh dunia. Pertama kejatuhan harga minyak dan kedua kejatuhan nilai matawang masing-masing. Malaysia sudah pasti tidak terkecuali, melainkan Malaysia terletak di planet Marikh. Dengan soalan ke-5 itu, saya ada satu jawapan untuk kita fikirkan iaitu, Kalendar Formula 1 tahun 2015 di Korea Selatan ditutup kerana penganjurnya bankrap, banyak hutang dan Kerajaan mereka tidak mampu membantu. Manakala, Formula 1 di Malaysia terus sustain pada tahun 2015 dan tahun-tahun seterusnya. Soalan 6 dan 7 saya memberi peluang kepada pembaca untuk menjawabnya kerana saya harus bersikap terbuka dan realistik. Soalannya di sini 9. Seseorang wartawan, adalah lumrah bagi mereka membandingkan angka tahun 2012 dengan angka semasa pada tahun 2015. Tetapi wartawan yang rajin akan membuat sedikit homework untuk melihat pula semakan kenaikan harga IPO saham FGVB pada tahun 2016 hingga tahun 2020. Angka-angka pada tahun mendatang menjadi kebiasaan diramal oleh pakar-pakar pelaburan di mana mereka memberikan justifikasi masa hadapan yang sangat tepat dan jelas. Soalan 10 dan 11 merujuk kepada Bank Negara, di mana tidak mungkin saya boleh memberi gambaran yang tepat. Saya lebih suka mengulasnya dalam bentuk yang lain. Gabenor Bank Negara Malaysia sejak 20 tahun ini menerima pelbagai Pengiktirafan/Anugerah Antarabangsa telah memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia bahawa ekonomi Malaysia tidak akan bankrap, prestasi ekonomi Malaysia tidak akan sampai memberi kesan yang buruk kepada negara, di mana ianya terbukti di mana tatkala Malaysia mampu menurunkan harga minyak negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, Brunei dan Singapura tidak mampu melakukannya. Soalan 12 hingga 17 berkaitan kes 1MDB. Oleh kerana saya bukan ahli ekonomi saya tidak berani untuk memberikan angka kerana angka yang baik hendaklah tidak statik. Saya telah menjawab dengan cara saya sendiri isu 1MDB di sini. Saya percaya gambaran saya sangat mudah, malah saya percaya amatlah tidak adil kepada sesiapapun untuk menilai 1MDB di bawah pengurusan baharu Arul Kanda tanpa memberikannya masa tetapi dia sudah pun ada kejayaan terpantas, iaitu mengembalikan wang pelaburan keseluruhannya berjumlah US$2.318 Bilion di Pulau Cayman (US$1.215 Bilion + US$1.103 Bilion) Dengan kejayaan terbaharu ini, keenam-enam soalan itu menjadi tidak relevan. Saya juga percaya Kadir Jasin akan lebih memuji Arul Kanda berbanding Rafizi. 18. Soalan nombor 18 elok dijawab oleh pelajar tingkatan 6 kerana mereka boleh menjawab dengan tepat. Saya juga percaya DS Anwar Ibrahim pun akan menjawab dengan mudah. Semasa DS Najib berada di Hawai kerana menghormati jemputan Presiden Barrack Obama, pada masa yang sama pula di tanah air situasi banjir khususnya di Kelantan semakin kritikal. Maka sudah pasti DS Najib menggunakan apa jua kemudahan kapal yang ada dan selamat untuk segera pulang ke tanah air selepas menjadi tetamu Presiden Amerika. Sama ada Perdana Menteri pergi menggunakan kapal rasmi dan pulang ke Malaysia menggunakan kapal tentera dan sebagainya, itu adalah secondary. Keutamaan ialah rakyat mahu DS Najib pulang segera bersama-sama mereka dan itulah yang dilakukan oleh DS Najib setiap hari. Kita jangan lupa, menghormati jemputan dan menghormati tetamu adalah ajaran agama Islam. Kesimpulan Akhir sekali, selepas bersoal jawab di sini, suka saya membuat kesimpulan, bahawa amarah, kebencian kalau ada dan kekecewaan Kadir Jasin adalah kerana kebimbangannya melihat DS Najib dikelilingi musuh dalam selimut, ataupun musang berbulu ayam. Namun, pada saya Kadir Jasin perlu mendedahkan siapakah mereka itu? Jika di sini saya bertanya siapakah pengganti DS Najib itu? Kali ini saya bertanya pula, siapakah musang-musang berbulu ayam itu? SUMBER | ||||
GST: HAJAT GUAN ENG NAK PELECEH BN TAPI TERKENA BALIK...APA PUNYA TUR ! Posted: 13 Jan 2015 07:44 PM PST Ni chek nak habaq mai kat Penang sana Ketua Menteri hangpa punya la turrrrr... Nama saja Ketua Menteri tapi apa punya haflah jingga dia dok merepek hantaq surat kat PM mintak tangguh GST. Dia mintak tangguh sebab dia habaq kat PM yang tiga pekedai kat Balik Pulau akan gulung tikaq sebab tak sedia nak hadapi GST. La awat hang haflah sangat tur. Guna tiga contoh hang nak habaq orang Penang dan Malaysia tak sedia terima GST.
Ni habaq mai la ni kat seluruh negara dah lebih 225,000 buah syarikat berdaftar di bawah GST. Kebanyakkan mereka tu syarikat-syarikat kecil untung tak sampai pun RM500,000 setahun tapi depa sukarela nak daftar. Ada jugak syarikat besaq yang untung berpuluh juta setahun depa lagi suka dengan GST dapat banyak insentif dari kerajaan nanti. Kami tak nak cakap banyaklah. Tapi kalau lagu nilah kualiti Ketua Menteri DAP Penang memang patut lama dia diberhentikan. Ganti yang lebih layak, banyak lagi ADUN DAP yang layak. Dari ramai-ramai hanya peniaga 3 orang dijadikan contoh untuk menolak GST, dah tu surat pula dihantar kat PM...malulah wei, saja buat ramai. Guan Eng hang sebagai penjawat awam negeri hantar surat kat boss dengan fakta tak kukuh...tak malu ke wei kat orang Tanjung? Agaknya hang banyak makan nasi kandaq daun ketum ka Guan Eng? Malu mamu lagu nih...
* Hangpa baca dengan lenggok bahasa Penang baru faham... | ||||
TRAGEDI LAHAD DATU: SEORANG LAGI SEKUTU ANWAR DAH MAMPOS... Posted: 13 Jan 2015 04:31 PM PST Ketua pengganas Sulu Filipina yang mengetuai insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah Mac 2013 lalu, Agbimuddin Kiram meninggal dunia pada Selasa akibat serangan jantung, lapor portal berita Filipina, Rappler. Agbimuddin pernah mendakwa dirinya sebagai 'Raja Muda Kesultanan Sulu' itu meninggal di kediamannya di Barangay Tubig Indangan di pekan Simunul, Tawi-Tawi. Sebelum itu pada 30 Oktober 2013, ayahnya Jamalul Kiram III turut meninggal dunia kerana masalah jantung dan buah pinggang. Pada 9 Februari 2013, sebuah kumpulan pengganas telah menceroboh perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Selepas itu kawasan tersebut menjadi medan pertempuran antara pasukan keselamatan negara dengan penceroboh Sulu yang merebak ke beberapa kampung hinggalah ke perkampungan air Sri Jaya Simunul. Pencerobohan ini berpunca berikutan desakan dari Jamalul Kiram yang mengaku sebagai Waris Kesultanan Sulu yang menuntut hak kedaulatan ke atas Sabah secara kekerasan. Agbimuddin mengetuai insiden pencerobohan itu bersama kira-kira 200 orang bersenjata dari selatan Filipina yang menyaksikan 63 militan terbunuh selebihnya ditangkap dan melarikan diri termasuk Agbimuddin, manakala 10 anggota keselamatan Malaysia gugur.
Susulan itu, kerajaan telah menubuhkan kawasan keselamatan khas sepanjang 1,400 kilometer di pantai timur Sabah yang dinamakan dikenali sebagai Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM). Ia diwujudkan khusus bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini. Selain itu, Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) juga diwujudkan yang merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau. Walaupun dah mampos beberapa musuh negara, kita tidak boleh leka dan selalu kena beringat bahawa masih ada segelintir manusia dalam negara ini yang sanggup buat apa saja untuk memperlekeh dan melemahkan kerajaan sedia ada semata-mata kemaruk menjadi Perdana Menteri atau Presiden sebuah republik di negara ini. | ||||
Rombak semula UMNO Selangor untuk menang. @NajibRazak @NohOmar Posted: 13 Jan 2015 01:00 AM PST Sebelum kita mengulas lanjut mengenai rombakan UMNO Selangor, jom sama-sama kita kaji struktur parti tersebut yang sedia ada. Carta organisasi UMNO Selangor dibahagikan kepada dua iaitu Organisasi Pengurusan Parti dan Organisasi Pengurusan Pentadbiran. Carta organisasi pengurusan parti. Sila klik untuk besarkan Carta organisasi pengurusan dan pentadbiran. Sila klik untuk besarkan Secara amnya, dalam struktur pengurusan parti, ianya disusun mengikut ranking jawatan yang mana ketua-ketua sayap mengisi ketiga-tiga jawatan naib pengerusi. Selain Bendahari, kesemua jawatan yang lain diisi secara automatik oleh ketua-ketua bahagian di Selangor. Daripada keseluruhan jawatan, hanya ada dua ADUN iaitu YB Datuk Johan Aziz - Semenyih dan YB Datuk Abdul Shukur Idrus - Kuang dan tiga ahli Parlimen iaitu YB Datuk Seri Noh Omar, YB Datuk Nor Hayati dan YB Fasiah Fakeh yang terlibat dalam struktur ini. Manakala dalam struktur pengurusan dan pentadbiran, baki jawatan dibahagi-bahagikan kepada mana-mana Ketua Bahagian yang tidak terlibat dalam struktur sebelum ini. Hanya ada seorang ADUN yang terlibat iaitu YB Tuan Mat Nadzari Ahmad Dahalan - Batang Kali. Di Selangor, BN hanya mempunyai 12 orang ADUN. Berikut merupakan senarai ADUN tersebut dan jawatan mereka di dalam parti (tanpa gelaran pangkat dan mengikut maklumat terkini UMNO Selangor - Mohon komen jika terdapat ralat) : 1) YB Kamarol Zaki Malik - Sg. Air Tawar (AJK Bahagian) 2) YB Budiman Zohdi - Sg. Panjang (Naib Ketua Bahagian) 3) YB Rosni Sohar - Hulu Bernam (Ketua Wanita) 4) YB Mat Nadzari Dahalan - Batang Kali (Ketua Bahagian) 5) YB Mohd Shamsudin Bin Lias - Sg. Burong (Timbalan Ketua Bahagian) 6) YB Sulaiman Razak - Permatang (Naib Ketua Bahagian) 7) YB Jakiran Jacomah - Bkt. Melawati (Ketua Cawangan) 8) YB Amiruddin Setro - Jeram (Ketua Cawangan) 9) YB Shukur Idrus - Kuang (Ketua Bahagian) 10) YB Johan Aziz - Semenyih (Ketua Bahagian) 11) YB Halimaton Saadiah Bohan - Kota Damansara (Ketua Wanita) 12) YB Shahrum Sharif - Dengkil (Timbalan Ketua Bahagian) Daripada 12 ADUN tersebut, didapati hanya DUA orang sahaja yang betul-betul aktif dalam media sosial iaitu YB Budiman (http://mindabudiman.blogspot.com/) dan YB Rosni (rosnisohar.huluselangor.com). Sementara, laman-laman web rasmi UMNO Bahagian, sama ada tidak wujud, atau tidak aktif dan tidak dikemas kini setelah beberapa tahun. Ini merupakan satu perkembangan yang tidak baik. Walaupun sesetengah ADUN atau Ketua Bahagian sangat popular di peringkat akar umbi/DUN, namun dalam konteks negeri Selangor, pengaruh mereka di media sosial juga memainkan peranan yang amat penting. Berdasarkan pemerhatian kami, hanya ada beberapa orang sahaja pemimpin UMNO yang agak popular dan aktif di media sosial iaitu, DS Noh Omar, YB Budiman, YB Rosni dan Tn. Azahari Shaari. Manakala selainnya hanya kelihatan di laman Facebook atau Twitter sahaja tanpa sebarang impak yang jelas. Selain itu, struktur badan perhubungan UMNO kini juga tampak mengelirukan dan wujud hanya untuk mengiktiraf ketua-ketua bahagian sahaja. Jawatan-jawatan penting seperti Ketua Penerangan dan Pengerusi Jabatan Pilihanraya seharusnya diberikan kepada mereka yang mampu dan layak melaksanakan tugas tanpa mengambil kira jawatannya dalam parti. Sehubungan itu, kami pernah mencadangkan agar sedikit rombakan drastik dibuat di peringkat pengurusan tertinggi terlebih dahulu: Justifikasi mengenai peranan dan kelayakan setiap calon bagi rombakan ini kami telah bincangkan dalam artikel seperti URL di atas. Di bawah ini kami perincikan lagi rombakan melalui penyusunan semula struktur organisasi bagi memperkasakan semula Badan Perhubungan UMNO Selangor. Bagi mengatasi kecelaruan fungsi dan struktur organisasi sebelum ini, kami telah mengkaji prestasi keseluruhan pemimpin UMNO Selangor secara teliti. Peranan pemimpin yang telah memenangi pilihanraya diiktiraf dengan tanggungjawab tertentu agar mereka dapat membantu parti di peringkat negeri pula. Malah, kemahiran dan pengalaman Senator Ezam juga tidak sepatutnya diketepikan demi menjayakan usaha untuk mengembalikan semula kuasa BN di Selangor. Perubahan dalam beberapa portfolio biro sosial perlu dilakukan bagi memberikan peluang kepada pemimpin lain yang lebih berkeupayaan dan bersemangat untuk menyumbang tenaga dan idea. Para pemimpin pelapis/muda juga sepatutnya diberikan peranan yang lebih berkesan agar transformasi dan peremajaan parti dapat berjalan serentak dengan jayanya. Sekali lagi, ini merupakan cadangan dari kami yang bukan ahli dan tiada jawatan di dalam UMNO. Niat kami hanya satu, mahu membantu UMNO Selangor berubah.Kalau Kedah dan Terengganu boleh ditawan semula kerana mereka berubah, maka tidak mustahil UMNO Selangor juga mampu melakukan perkara yang sama. Rakyat sebenarnya mengharapkan UMNO Selangor berubah demi masa depan dan nasib orang Melayu Selangor itu sendiri!!! Berubahlah sebelum semuanya terlambat. |
You are subscribed to email updates from MyMassa | Dialog Dewasa, Kritik Berasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |