Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Rozana simpan patung kemaluan lelaki dalam botol dedah Awie

Posted: 13 Jan 2015 04:01 PM PST

Dalam prosiding terbaru di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur peguam Awie mendedahkan yang anak guamnya mempunyai bukti kukuh yang isterinya Rozana Misbun mengamalkan perkara syirik dan khurafat.

Rozana Misbun didakwa mengamalkan amalan khurafat sepanjang sembilan tahun perkahwinan mereka selepas penemuan barang-barang seperti darah, rambut dan tulang yang diletakkan di dalam botol kecil selain patung kemaluan lelaki diperbuat daripada emas tulen.

Barang barang tersebut termasuk patung logam Buddha ditemui di rumah kelamin Awie & Rozana Misbun di Ukay Bestari, Ampang yang didakwa disorokkan oleh wanita itu.

"Anak guam saya menemui sebahagian barang-barang tersebut sebelum responden (Rozana) meninggalkan kediaman mereka dan sebahagian lagi dijumpai setelah responden meninggalkan rumah," ujar peguam Syarie yang mewakili Awie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.

Dalam perbicaraan sama, peguam syarie Awie juga mendedahkan yang Rozana Misbun seorang tidak amanah apabila membelanjakan wang simpanan Awie.

"Responden juga seorang yang tidak amanah apabila telah menggunakan dan belanjakan wang simpanan pemohon (Awie) yang telah diamanahkan untuk disimpan di dalam akaun bank dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) demi masa depan keluarga"

"Wang berkenaan telah digunakan untuk membeli barangan jenama seperti Louis Vuitton, Chanel, Dolce & Gabanna dan lain-lain tanpa keizinan pemohon," tambahnya lagi. (rtky/m)

Jiwai watak, pelakon wanita tergamak 'sekatil' dengan pasangan di luar set penggambaran

Posted: 13 Jan 2015 01:01 AM PST

Gambar hiasan
Demi menjayakan watak dalam lakonan, SS faham kalau pelakon terpaksa melakukan aksi yang mungkin boleh jadi isu namun apakan daya semua itu untuk memenuhi jiwa cerita itu.

Namun yang SS tak faham, dengarnya ada seorang pelakon wanita ini terlampau mahu menjiwai watak sehingga membawa pasangannya dalam cerita berkenaan hingga ke kamar tidur.

Memang SS terkejut kerana dengarnya pelakon berkenaan seakan-akan tidak malu melakukan perbuatan itu depan rakan serumahnya. Dengarnya, dia malah tiada timbul sekelumit rasa bersalah pun.

Patutlah apabila SS sesekali menonton drama berkenaan, menjadi betul keserasian antara dua pelakon berkenaan dan tidak dinafikan memang itulah kekuatan yang dibawakan drama berkenaan.

Bagaimanapun, SS tidak sangka pula di sebalik keserasian itu rupanya tersembunyi sebuah rahsia yang nampaknya menjadi resipi kejayaan mereka di depan tabir.

Khabarnya lagi, pelakon berkenaan dengan bangganya membawa masuk pasangannya itu tanpa memaklumkan apa-apa pun kepada rakan serumah. Sudah tu, bukan sekejap, dengarnya lama juga mereka berada dalam bilik berkenaan.

Sumber SS berkata rakan serumahnya itu tidaklah mahu menyangka yang bukan-bukan, namun kalau sudah berada lama dalam bilik sambil pintunya ditutup, SS pun tak tahulah nak cakap apa lagi. Harap-harapnya tidak!

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23403#sthash.FTKwzcxZ.dpuf

Pelajar asing lakukan kelucahan melampau terhadap penyelia surau

Posted: 12 Jan 2015 07:31 PM PST

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR 12 Jan. - Seorang penuntut universiti tempatan dari Yemen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang penyelia surau, akhir tahun lalu.

Ameen Noman Ali Al-Qadasi, 53, didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap lelaki berumur 22 tahun itu di dalam bilik surau Bangunan Perkim, Jalan Ipoh, Dang Wangi, di sini pada pukul 12.30 tengah hari, 8 Disember 2014.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Diana Nor Azwa mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 377(D) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Ameen Noman turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan kedua iaitu tinggal di negara ini selepas tamat tempoh pas lawatan sosial di tempat sama pada pukul 2.45 petang, 29 Disember tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/53 yang membawa hukuman denda tidak kurang RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan terhadap tertuduh kerana merupakan warga asing.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menetapkan sebutan semula kes pada 16 Februari ini. - UTUSAN ONLINE

Alasan banjir puas nafsu di hotel bajet

Posted: 12 Jan 2015 07:01 PM PST

Anggota bomba terpaksa dipanggil bagi membantu menurunkan dua beradik lelaki yang lari naik ke bumbung sebuah hotel murah setinggi hampir 20 meter untuk mengelak daripada dicekup penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu(PADKP) kerana disyaki berkhalwat, di sini, malam kelmarin.

Dua lelaki berusia 20 dan 25 tahun itu dikatakan bertindak demikian selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa yang membuat serbuan di hotel berkenaan jam 12.30 tengah malam kelmarin ketika mereka berada dalam sebuah bilik bersama pasangan masing-masing, berusia 16 dan 18 tahun.

Semua mereka dipercayai berasal dari Kelantan datang dengan menunggang motosikal dan menyewa di hotel terbabit sejak dua hari lalu dengan alasan mencari kerja di daerah ini selepas negeri itu dilanda banjir.

Gadis berusia 18 tahun itu dipercayai tunang si abang manakala gadis berusia 16 tahun itu pula dikatakan janda selepas berkahwin pada usia 14 tahun.

Pegawai PADKP Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, berdasarkan aduan, lapan anggota penguat kuasa diketuai Abd Rahim Abu menjalankan pemeriksaan di hotel berkenaan.




- Harian Metro

(Foto) Bertelanjang tunggang motosikal di kampung

Posted: 12 Jan 2015 06:01 PM PST

Phnom Penh: Seorang lelaki Britain yang menunggang motosikal dalam keadaan bogel akan diusir dari Kemboja hari ini kerana "mencemari keindahan budaya" setempat.

Crawford Brown, 24, menghabiskan hujung minggunya baru-baru ini di dalam penjara selepas ditangkap polis kerana bermotosikal tanpa berpakaian.

Polis juga menangkap dua warga asing lain, Catarina Aarnio, 22, dari Finland, dan Giancarlo Allocca, 30, dari Itali yang turut berbogel bersama Brown.

Brown adalah siswa Universiti Scotland Barat.

Ketiga-tiga mereka dilaporkan menanggalkan pakaian masing-masing sebelum bermotosikal di daerah Leuk Daek, kira-kira 80 kilometer di tenggara Phnom Penh.

Jurucakap polis, Chuon Chomkol berkata, warga asing itu dikesan ketika mereka lalu di depan balai polis.

"Kelakuan mereka sangat keterlaluan walaupun mereka warga asing dan mungkin tidak faham budaya setempat," katanya. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23433#sthash.7KE88wsi.dpuf

Nenek berkhalwat beri alasan pelik ketika dicekup

Posted: 12 Jan 2015 05:01 PM PST

Gambar hiasan
Kuala Terengganu: Seorang nenek kepada dua cucu dan pasangannya yang sembilan tahun lebih muda masing-masing dijatuhi hukuman denda RM2,600 setiap seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, selepas ditahan berkhalwat di dalam sebuah bilik pada Ogos tahun lalu.

Malah, Nor Kamalizani Ibrahim, 48, dan pasangannya, Khairol Ibrahim, 39, turut berdepan hukuman penjara lima bulan sekiranya mereka gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan itu diputuskan Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

Terdahulu dalam rayuannya, Nor Kamalizani yang juga seorang janda memohon mahkamah mengurangkan hukuman dengan alasan dia tiada pendapatan tetap dan perlu menanggung anaknya yang masih bersekolah termasuk seorang yang baru memasuki tahun satu.

Sementara itu, Khairol mencuri perhatian apabila memohon mahkamah mengurangkan hukumannya dengan alasan dia perlu menanggung anak Nor Kamalizani dan mempunyai hutang ansuran bulanan motosikal yang belum habis dibayar.

Jawapan Khairol itu menyebabkan hakim mempersoalkan keperluan tertuduh menanggung anak Nor Kamalizani sedangkan mereka tiada sebarang hubungan sah.

"Apa kaitan anak dia dengan kamu? Wanita ini bukan isteri kamu, jadi apa kaitan," kata Kamalruazmi.

Mengikut pertuduhan, Nor Kamalizani dan Khairol didakwa berkhalwat di dalam sebuah bilik sewa di Jalan Engku Pengiran Anom, di sini, jam 1.50 pagi pada 12 Ogos tahun lalu.

Nor Kamalizani yang mempunyai empat anak berusia tujuh hingga 24 tahun bersama pasangannya itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa syariah Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Terengganu yang membuat serbuan selepas menerima maklumat awam mengenai perlakuan sumbang mereka.

Dalam serbuan itu, pasukan penguat kuasa mengetuk pintu bilik berkenaan yang tertutup dan berkunci sebelum ia dibuka seorang lelaki lima minit kemudian.

Pemeriksaan menemui tertuduh wanita dalam keadaan berselimut di atas katil dan soal siasat mendapati mereka bukan suami isteri atau mahram.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23495#sthash.hWwNXqku.dpuf

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>