Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Cucu Tok Selampit

$
0
0

Cucu Tok Selampit


PKR Dan DAP Berusaha Keras Menghalang MyEG Jadi Pengkalan Data Berpusat Permit Pekerja Asing, Mengapa?

Posted: 12 Jan 2015 08:10 PM PST


Tidak susah untuk membaca kenapakah Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok Suh Sim begitu bersemangat untuk menghalang MyEG daripada menjadi Pengkalan Data Berpusat untuk mengawal selia Permit Pekerja Asing. Posting mengenai isu tersebut telahpun CTS siarkan semalam di sini. Sebaliknya, agak dangkal apabila parti PKR juga turut sama membuat cubaan untuk membantah isu yang sama. Hari ini, jam 11.30 pagi, bertempat di Ibupejabat Keadilan, isu MyEG turut mendapat perhatian. Sidang media mengenai isu MyEG ini dilakukan oleh dua YB PKR iaitu YB Dato Johari Abdul dan YB Lee Chean Chung, Adun Semambu dan Ketua Penerangan AMK Pusat.

Di dalam sidang media mereka hari ini, Lee Chean Chung, mempertikaikan risiko pembocoran maklumat imigresen dan bakal mengancam keselamatan serta kedaulatan negara. Beliau turut mempertikaikan mengapa pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan pembersihan PATI mesti ditugaskan luar kepada syarikat swasta dan tidak boleh dikendalikan oleh Jabatan Imigresen sendiri. Juga beliau mempersoalkan mengapakah rakyat terpaksa membayar sebanyak dua kali, iaitu sekali kepada Jabatan Imigresen dan sekali lagi kepada MyEG. Akhir sekali, beliau telah memberi tempoh 3 hari kepada Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk memberikan penjelasan kepada orang awam sebelum mereka membawa kes ini ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penjelasan mengenai perkara ini telahpun diberikan oleh pihak MyEG kepada Bursa Malaysia. MyEG telah ditugaskan untuk antara lain menggubal, mengenal pasti, menyelenggara, mengemaskini serta menganalisa pengkalan maklumat pekerja-pekerja asing di Malaysia. Mereka juga diberikan tugas untuk membezakan pendatang asing yang sah dan pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan mewujudkan Pengkalan Data Berpusat. Tidak ada isu kebocoran maklumat sehingga menyebabkan keselamatan dan kedaulatan negara hanya kerana data pekerja asing (dengan izin atau tanpa izin) diselaraskan dan diletakkan secara berpusat.

Lagipun, maklumat pekerja asing dan majikan mereka tidak diklasifikasikan sebagai Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) yang memungkinkan keselamatan negara tergugat. Oleh itu, tidak menjadi kesalahan Jabatan Imigresen mahu lebih efektif dan effisyen dengan menswastakan tugas LPKS (outsource) kepada MyEG. Dakwaan Lee Chean Chung bahawa Rakyat (baca majikan untuk pekerja asing) terpaksa membayar dua kali juga tidak berasas. Telah CTS terangkan di dalam artikel sebelum ini, bahawa MyEG dipastikan untuk membuat kiriman wang (remittance) atas semua bayaran yang dibuat kepadanya kepada Akauntan Negara pada hari yang sama. Oleh itu, MyEG tidak membuat sebarang keuntungan ke atas dana yang diapungkan (interest on float). Oleh itu, mana datangnya pembayaran dua kali?

Adalah tidak menghairankan apabila pembangkang begitu terdesak memainkan isu ini. Malah banyak aktivis dan NGO pro pembangkang turut terlibat. Contohnya, Mendiang Irene Fernandez yang seringkali berjuang mengenai kepentingan pendatang asing melebihi kepentingan dan keselamatan negara. Kita tertanya-tanya apakah yuran (fee) yang dikenakan oleh MyEG menjadi pokok perjuangan parti pembangkang untuk menghalang MyEG dari menjadi Pengakalan Data Berpusat untuk Permit Pekerja Asing atau segelintir pemimpin dan ahli politik pembangkang cuba melindungi sindikit pendatang asing tanpa izin? 

Video MP Tanjong Tak Mahu Bayar Parking Viral Di Media Sosial

Posted: 12 Jan 2015 05:04 PM PST


Video Ahli Parlimen DAP Tanjong, Ng Wei Aik tidak mahu membayar parking berjumlah RM10 serta bertindak memarahi kakitangan-kakitangan parking di Penang Times Square menjadi viral di media-media sosial. Difahamkan Ahli Parlimen berkenaan tidak tahu membezakan di antara kadar parking di tingkat bawah (basement) dengan kadar parking di luar (outdoor) bangunan tersebut. Kadar parking di 'basement' adalah RM10 selepas jam 10 malam, berbeza dengan kawasan luar bangunan.

Hebat betul pemimpin-pemimpin DAP, sejak mereka memerintah, parking di negeri sendiripun sudah tidak mahu bayar. Aiya YB, lain kali kalau tak mahu bayar parking, naiklah pengangkutan awam. Walaupun YB adalah Timbalan Presiden Penang Voluntary Patrol Unit (PPS), parking tetap kena bayar lor. Tetap tidak berpuas hati, beliau turut memuatnaik cetusan rasa beliau di dalam laman sosial Facebook beliau.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>