Dialog Dewasa Kritik Berasa |
KHUTBAH JUMAAT: SASAUAN NEGARA MEROYAN PULAK...DAH NAK MAMPOS AGAKNYA? Posted: 12 Jan 2015 09:22 PM PST Nak marah tak jadi marah tetapi membuatkan aku semakin ketawa terbahak-bahak. Apa tidaknya apabila melihat bertambah kronik penyakit si Sasauan Negara ni..! Ntah apa benda yang dia meroyan merepek meraban sorang-sorang ni. Tak faham isu pasal khutbah Jumaat lepas tu sebar fitnah cari simpati rakyat, nak jadi hero ler tew... Persoalannya rakyat yang jenis macamana? Mungkin kerana tidak suka mendengar khutbah Jumaat berbahasa Melayu yang banyak menceritakan tentang kebaikan atau keamanan negara menyebabkan dia gelisah, resah dan susah dan beralih arah ke Masjid India yang menyampaikan khutbah Jumaat dalam bahasa Tamil yang dia sendiri tak faham. Hakikatnya khutbah Jumaat di Malaysia walaupun dalam bahasa Tamil, Inggeris, Cina atau Arab sepenuhnya sekalipun tetap mengajak orang melakukan kebaikan dan mengekalkan ukhwah sesama Islam sepertimana terkandung dalam Al Quran, Hadis dan Sunnah. Dah bertahun-tahun lamanya JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) bertanggungjawab menyediakan teks khutbah Jumaat yang mengajak kepada perpaduan, kebaikan dan menolak sebarang kejahatan. Sebaliknya terdapat beberapa kes di mana khutbah Jumaat yang menolak teks khutbah yang disediakan JAKIM dan MAIN dengan membaca khutbah yang mereka cipta sendiri untuk menyebarkan idealogi kebencian terhadap pemerintah yang sah. Mereka tahu mimbar Jumaat adalah mimbar yang paling efektif menyebarkan kebencian dan elemen berontak (bughah) terhadap kerajaan seperti mana yang dilakukan oleh puak-puak pelampau khawarij yang memperalatkan agama demi kepentingan politik mereka. Tak percaya pergilah ke sesetengah masjid-masjid di terutamanya di Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang atau Selangor yang menggunakan teks khutbah sendiri pasti sedikit sebanyak menghina pemimpin negara, mengajak jemaah supaya membenci kerajaan dengan bahasa yang kasar, marah dan tinggi suara sekaligus mengajak jemaah kufur dan tidak bersyukur dalam keadaan mereka separa sedar (ngantuk kot) Jika banyak isi yang menghentam pemerintah, BN atau UMNO mereka akan naik syeikh bertakbir semasa khutbah ...emmmm jemaah atau makmum bertakbir ketika khutbah disampaikan?...baguz punya ajaran! Islam tak mengajak cara kasar begini tetapi kita perlu berdakwah secara berhikmah baru ramai jemaah dan mudah diberi Allah taala hidayah. Mungkin juga Sasauan Negara ini melihat teks khutbah Jumaat JAKIM dan MAIN tidak begitu bersastera dan menggunakan ayat-ayat sastera aras tinggi siap dengan pantun seloka sajak berpuisi maka ia tidak berkualiti pada pandangan seorang Sasauan Negara. Gamaknya kalau Sasauan Negara dan puak-puak khawarij agama dibenarkan merekacipta teks khutbah pasti unsur politik pelampau mereka akan dijadikan asas khutbah. Akhirnya khutbah bukan menjadi alat perpaduan tetapi alat pepecahan.
Sambil-sambil sajak dan puisi Sasauan Negara diselitkan maka barulah dikira khutbah Jumaat tidak berat sebelah dan tidak mengungguli Putrajaya..! Kalau jahil murakkab sekalipun janganlah ditunjukkan kejahilan itu, agak-agaklah simpan-simpan sikit kejahilan... buat malu orang Islam jer. Sepatutnya kita umat Islam perlulah bersatu padu di saat musuh menyerang Islam di sana sini. Ini tidak dia mengeruhkan lagi suasana. Tak ke nampak sangat kejahilan tuh. Rasanya mereka ini mempunyai agenda tersendiri sebelum orang lain tuduh mereka menyalahgunakan mimbar masjid untuk khutbah politik adalah lebih baik menyerang JAKIM terlebih dahulu yang selama ini dilihat banyak mengekang niat jahat mereka memperalatkan mimbar masjid untuk kepentingan politik sempit memperalatkan agama. Bila sorang dah kena cekup, yang lain mesti melenting dan panas bontot kan??? Maka angin-angin dari bontot dan perot akan terkeluar dari molot-molot mereka...busuk dan membusukkan sepertimana ayat-ayat keluar dari molot mereka...
| ||||
TAHNIAH PDRM KERANA MENJALANKAN TUGAS....TIADA MAAF BAGIMU ERIC Posted: 12 Jan 2015 05:35 PM PST Syabas diucapkan kepada Ketua Polis Negara dan pihak PDRM di atas ketegasan dan tindakan pantas menahan peguam kurang ajar; Eric Paulsen malam tadi atas tuduhan cuba mencetuskan kemarahan umat Islam. Nasib baik polis cepat cekup, kalau tidak habis lunyai apek sasau ni dikeronyok rakyat diluar sana. Sekurang-kurangnya nyawa apek ni terselamat di dalam lokap polis buat sementara. Tapi kalau dia keluar lokap pun belum tentu dia boleh lega kerana kemarahan umat Islam terhadapnya masih belum reda. Kita melihat pihak kerajaan kini semakin tegas demi melindungi keselamatan negara dalam masa yang sama cuba mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum. Nasib baik kita masih mempunyai Akta Hasutan yang menjadi perundangan penting menjaga keharmonian dan keamanan negara. Bayangkan jika Akta itu juga dihapuskan sepertimana terhapusnya ISA dan Ordinan Darurat. Kita sudah melihat kesannya sekarang. Sewenang-wenangnya Islam, Melayu, Sultan dihina caci seenak-enaknya oleh golongan tertentu yang merasakan mereka begitu berkuasa dan mempunyai hak asasi sebagai pembayar cukai. Apakah umat Islam-Melayu sebagai majoriti tidak mempunyai hak asasi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan? Apakah umat-Islam-Melayu sebagai majoriti tidak membayar cukai pada negara menyebabkan mereka tidak berhak mempertahankan hak mereka? Hakikatnya umat Islam bukan sekadar bayar cukai, tetapi mereka juga merupakan pembayar terbesar zakat, penyumbang derma, sedekah, wakaf, infaq terbanyak untuk kemajuan negara ini. Mereka juga bermurah hati memberikan tanah-tanah mereka untuk diduduki oleh nenek moyang golongan pendatang sehingga kadangkala mereka terpaksa merempat kerana membiarkan tanah-tanah mereka diambil oleh kaum lain dengan pelbagai cara. Apabila umat Islam-Melayu dihina, pasti mereka akan bertindak. Sama juga pada kaum dan ajaran kepercayaan lain akan melakukan perkara yang sama.
Sebab itulah Malaysia masih memerlukan undang-undang pencegahan yang tegas dan perlaksanaan yang efektif. Pihak polis juga memerlukan undang-undang tersebut untuk menguatkuasa dan menjaga keamanan negara. Syukur negara kita masih dilindungi Allah s.w.t dari kegiatan keganasan akibat perasaan marah dan dendam terhadap provokasi isu-isu agama dan perkauman. Namun senario antarabangsa menunjukkan beberapa insiden keganasan berlaku akibat perasaan tidak puas hati di kalangan golongan tertentu kerana agama mereka dipermain-mainkan dan dijadikan bahan cercaan serta lawak jenaka. Insiden berdarah di Charlie Hepdo, Paris awal Januari lalu adalah respon kepada ketidakpuasan hati dan dendam kesumat terhadap kelancangan akhbar itu terhadap agama dan budaya kaum lain.
Persoalannya siapa yang jadi mangsa dan siapa yang dimangsakan? Kegiatan militan Islamic States (IS) pula semakin menarik minat ramai pejuang termasuk dari Malaysia. Apa akan jadi jika rakyat Malaysia mendapat inspirasi dari IS untuk melakukan keganasan? Apa akan jadi jika militan-militan ini pulang ke Malaysia dan akan bertindak melakukan keganasan terhadap negara ini. Siapa target mereka yang utama kalau dilihat pada senario terkini agama Islam dan orang Melayu dihina dan digasak sewenang-wenangnya oleh puak-puak tertentu di negara ini. Militan IS ini terlalu bahaya kerana terlatih di Syria dan Iraq menyerang sasaran-sasaran yang mereka benci. Jika mereka dapat menyusup atau pulang ke negara ini, siapa yang akan jadi target mereka seterusnya? Mungkinkah golongan yang selalu menghina Islam dan Melayu akan menjadi sasaran utama mereka? Sebagai sebuah negara yang mementingkan keamanan dan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, pihak keselamatan akan terus menjaga keharmonian antara kaum dan agama di negara ini. Sebab itulah kita memerlukan sebuah undang-undang pencegahan terhadap keganasan yang tegas dan menyeluruh untuk mengekang sebarang anasir yang bertujuan merosakkan keamanan negara. Undang-undang tersebut bukan hanya bertindak sebagai langkah pencegahan tetapi sebagai alat menghukum pelaku-pelaku keganasan agar mereka tidak sewenang-wenangnya mencemar keamanan negara ini. Kerana itu perlunya penguatkuasaan yang efektif untuk mencegah unsur-unsur penghinaan terhadap mana-mana agama, kepercayaan dan hak-hak kaum-kaum di Malaysia. Kita perlu kuatkan Akta Hasutan dengan menambah baik akta tersebut bukan menghapuskannya. Kalau boleh biarlah hukuman denda dan penjara ditambah. Setidak-tidaknya ada tambahan hukuman sebat mandatori, harta benda boleh disita, dirampas dan disekat jika gagal membayar denda. Kita mohon juga SKMM lebih tegas selepas ini mencari dan mendedahkan siapa pemilik akaun media sosial yang menghina, menghasut dan membangkitkan isu-isu sensitif melibatkan perkauman dan agama selain penyebar fitnah dan berita palsu. Dapat Ketua Pengarah baru mesti cara kerja pun baru dan lebih tegas. Barulah dihormati! Jabatan Peguam Negara tolonglah segerakan pendakwaan. Kami tahu tuan-tuan banyak kerja tapi demi keselamatan dan keamanan sama-samalah kita membantu menjaga keharmonian negara ini. Jangan kita menjadi seperti sesetengah pihak tertentu yang sentiasa dan terlalu bersangka baik kepada pihak-pihak yang kurang ajar supaya menarik balik kenyataan biadap mereka dan minta maaf untuk selesaikan masalah kononnya atas nama tarbiyah dan toleransi. Golongan yang biadap ini sepatutnya perlu diajar dan ditarbiyahkan agar menjadi lebih beradab sebagai warganegara. Jangan sampai mereka berak merata-rata, cuci bontot sendiri tapi dibiarkan taik sana sini orang lain pula yang kena busuk dan cuci. |
You are subscribed to email updates from MyMassa | Dialog Dewasa, Kritik Berasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |