Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Dialog Dewasa Kritik Berasa

$
0
0

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PEGUAM SENGAL: APA HAK KAMU HINA KHUTBAH JUMAAT DAN AGAMA KAMI???

Posted: 11 Jan 2015 08:08 PM PST


Nak kata tak belajar tinggi ada kelayakan jadi lawyer.

Nak kata warga asing dia ada status kewarganegaraan, ada surat beranak dan I/C Malaysia.

Tapi mungkin dia tak pernah ada perasaan hormat pada orang Islam atau tak pernah kena penampar orang Melayu atau tak pernah lihat bagaimana Melayu mengamuk libas parang penggal kepala nenek moyangnya yang dulu pernah mengganas menjadi komunis di hutan.

Bukan setakat agensi kerajaan yang menjalankan kerja-kerja dakwah dihinanya, tapi orang-orang Islam tak kira samada dari UMNO atau PAS atau NGO-NGO Melayu-Islam semuanya tak terlepas dari cercaan mulut capoinya.    



Mungkin beliau merasakan dirinya terlalu hebat dilindungi pemimpin Anugerah Tuhan yang bisa memberinya syafaat pertolongan apabila diperlukan?

Tapi sejauhmana peguam sengal Eric Paulsen yang bermentaliti western liberal ini boleh berdalih itu ini mengelak dari hukuman undang-undang Akta Hasutan?

Sekarang ramai yang dok cari peguam sengal ni, hinggakan terpaksa diberi kawalan ketat oleh para penyokongnya termasuklah Tipah Koyak, Ambiga, Sister in Islam dan puak-puak pakatan liberal yang mengaku sebagai We are the Son of God.

Adakah selama ini kita lihat ada umat Islam mempersoalkan ucapan paderi-paderi di gereja-gereja setiap Sunday Sermon atau mempersoalkan apa yang sami-sami ucapkan di hadapan penganut-penganut ajaran mereka?

Khutbah Jumaat adalah rukun wajib dalam setiap solat Jumaat. JAKIM sebagai agensi agama Islam tertinggi di bawah kuasa Yang Dipertuan Agong mempunyai kuasa membuat dan menyampaikan khutbah di negeri-negeri tidak beraja. 

Sedangkan Majlis-Majlis Agama Islam Negeri di bawah kuasa sultan masing-masing berhak menulis teks khutbah untuk dibacakan setiap kali solat Jumaat di semua masjid, madrasah dan surau di bawah pentadbirannya. 

Tapi peguam sengal ini lebih berminat mendengar khutbah Jumaat bukan untuk mempelajari Islam tetapi mencari apa point yang boleh digunakan untuk memperlekehkan Islam. 

Dulu bapa segala rasis DAP mempersoalkan ayat Quran kini ia menjadi inspirasi puak-puak kafir harbi belaan PKR mengkritik khutbah Jumaat.
Dulu situasi begini tidak berlaku di Malaysia. Semua rakyat mahu hidup harmoni. Tapi sejak ada pemimpin yang galak merebut kuasa dengan memberontak di jalanan, maka segala hak orang Melayu-Islam mahu dilanggar tanpa aturan!

Rasanya lebih baik pihak Polis cepat cekup, dakwa dan sumbat dalam penjara peguam sengal ni. 

Cari jangan tak cari...Bukan susahpun nak cari rumah, kelibat dan pejabat musibat ni.

Kalau dibiarkan bebas tanpa hukuman rasanya boleh lunyai apek ni dikerjakan rakyat. Kalau tak pun orang-orang yang menyokongnya pula akan dikerjakan.  Ketika itu mungkin sudah lambat...

Apa....dengar kata lu mau lari ke Jerman minta suaka politik....ya dipersilakan kalau lu berani langgar sama itu Imigresen dan Interpol!


GURU MINTA MAAF ATAU KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA MOHON MAAF?

Posted: 11 Jan 2015 04:00 PM PST


Polis Kelantan menahan sepasang suami isteri berjawatan guru kerana disyaki menyebarkan maklumat palsu berkaitan banjir melalui laman aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata suami isteri berumur 45 dan 43 tahun itu ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sebuah rumah di Kodiang, Kedah, pada 12 tengah hari semalam.

"Suspek disyaki menyebarkan maklumat palsu melalui aplikasi WhatsApp yang kononnya ada mayat bergelimpangan di Guchil, Kuala Krai dan ia merupakan mesej yang berbaur fitnah serta palsu.

"Kedua-dua suspek bekerja sebagai guru, kita tahan suspek untuk tindakan lanjut," katanya pada sidang akhbar mengenai tangkapan itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di Kota Baharu hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Rosli Abdul Rahman.

Mazlan berkata pasangan itu akan direman untuk membantu siasatan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata 11 kematian direkodkan manakala dua mangsa masih hilang dalam kejadian banjir besar yang melanda Kelantan bulan lepas.

- Bernama

EDISI SAMUN WANG RAKYAT SKALA BESAR: AMBIL KESEMPATAN ATAS KESEMPITAN RAKYAT!!!

Posted: 11 Jan 2015 08:43 AM PST


Hahahah untuk sekalian kalinya puak-puak PASMA yang bertopengkan Dewan Pemuda PAS akan melancarkan tabung pembinaan rumah untuk mangsa-mangsa banjir di Manek Urai dan lain-lain kawasan yang terjejas teruk di Kelantan.

Untuk sekalian kalinya juga rakyat akan tertipu dengan mainan kata-kata dan pembohongan puak-puak PASMA untuk mendajjalkan Menteri Besar Kelantan. 

Apa tidaknya nama beliau dipergunakan sewenang-wenangnya untuk menghalalkan kutipan itu berlangsung di sana sini.


Bagi PAS bukan susah untuk mencari audien. 

Adakah saja majlis penerangan isu-isu semasa kononnya akan membongkar satu isu yang amat sensasi... 

Letak semua gambar pemimpin besar mereka yang lawa-lawa walaupun ada yang dah kerepot...

Upah seorang dua bekas ahli UMNO yang kecewa untuk serah borang keahlian PAS di pentas utama ceramah...

Panggil retis mak janda meletup bagi tazkirah...

Panggil aktis rockers yang dah insaf tapi mulut capoi suka kutuk Najib atau Rosmah...

Panggil ostad-ostad suka buat lawak bodo hina UMNO atas nama dakwah, usrah dan tazkirah...

Buat bazar jual tudung-tudung terbaru, paling baik kalau ada jual ubat kuat jantan perkasa...tukang ubat jadi testimoni beristeri dua dan tiga...tak lupa juga jual baju-baju anti kerajaan dan GST...

Pasti penuh 'majlis-majlis ilmu' itu yang sarat dengan fitnah adu domba...lepas tu lancarkan tabung-tabung yang akan berkeliaran sana sini menagih derma atas nama jihad.

Perumahan percuma untuk rakyat???
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemuda-pas-bina-rumah-percuma-untuk-mangsa-banjir

Senangkan hidup menipu rakyat untuk sekalian kalinya lagi?

Mana perginya wang kutipan yang dahulunya dilancarkan satu per satu? 

Mana perginya lebuhraya rakyat....?

Mana stadium rakyat...?

Mana ladang rakyat?

Bila dah jadi malapetaka tsunami banjir begini buat sekalian kalinya sekali lagi Tabung Perumahan Rakyat Budiman akan dilancarkan bagi menagih derma rakyat.

Bagus bunyinya bila rakyat akan dapat rumah percuma yang kosnya cuma RM37,000 sahaja dengan keluasan 34x 24 meter persegi...ada 3 bilik tidur, ruang tamu, tandas, dapur dan beranda

Sekali lagi hebat bunyinya..., siap dikatakan percuma kepada rakyat...fuyooooo


Tapi kita masih sangsi adakah dengan harga RM37,000 dengan spesifikasi yang dinyatakan mampu berdirinya rumah yang dicanangkan itu. 

Apakah material yang akan digunakan...dinding batu-bata, konkrit IBS atau plywood?

Atap zink atau atap genting, tiang guna kayu jenis apa dan gred apa ataupun guna konkrit tetulang?

Bagaimana dengan kos mengecat, wiring dan plumbing?....

Meh kita tengok sini beza kos binaan dambaan PAS dengan realiti sebenarnya ...

Rumah mangsa banjir dambaan PAS lebih murah yer...mungkin kot kos bahan mentah di Kelantan lebih murah berbanding di Selangor?
http://www.mudah.my/Bina+Rumah+budget+Sederhana+dan+rendah-31558416.htm

Persoalan lagi satu...adakah wang kutipan tabung itu nanti akan sampai ke tangan penerima yang juga mangsa banjir?

Nak beli lot rumah saja Pemuda PAS dah tetapkan RM10,000 se lot. Berapa pulak kos pembinaan rumah yang lengkap nanti? 

Tu pun tak boleh nak bina pelan rumah sesuka hati, semuanya telah ditetapkan oleh PAS. Mangsa tak der pilihan !

Masihkah kita ingat lagi dengan keluasan bazar Tok Guru di Kota Bharu yang dicanangkan hebat itu...12x10 meter sampai berlaga bontot ...kecil macam liang lahad.

Ramai lagi yang rosak rumah

Di Kelantan saja dianggarkan 2,677 buah rumah musnah sepenuhnya. Sementara beribu-ribu lagi rumah yang rosak tetapi masih boleh dibaiki akan dikenalpasti dan taksirkan kerosakkannya oleh Pejabat Jajahan.

Dalam Jawatankuasa Bersama Pasca Banjir Kelantan yang dipengerusikan bersama antara kerajaan Negeri dan Pusat pada 10 Januari 2015 lalu telah memutuskan terdapat tiga jenis penempatan yang akan dilaksanakan, iaitu penempatan serta-merta di bawah MKN. 

Sebanyak 21 buah rumah transit dibina dengan bantuan kerajaan Negeri Terengganu di Dabong untuk mangsa-mangsa banjir. Rumah dibina dengan bantuan 1000 sukarelawan termasuk 100 orang tukang kayu Terengganu.
http://beritasini.blogspot.com/ 
Sebanyak 3,000 buah khemah transit pebagai saiz akan dipasang untuk menempatkan mangsa-mangsa banjir di seluruh Kelantan. Foto ini menunjukkan sebahagian 171 buah khemah dipasang di padang sebuah sekolah di Gua Musang untuk penempatan mangsa banjir.
http://merdeka-online.com/home/3000-khemah-sementara-disediakan-kerajaan/

Manakala penempatan sementara dan pembinaan rumah kekal akan dibangunkan oleh kerajaan Pusat, kerajaan Negeri, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) atau badan bukan kerajaan (NGO).

Tapi Tabung anjuran puak-puak PASMA ini termasuk dalam kategori mana? NGO atau kerajaan Negeri?

Berapakah anggaran wang yang akan dikutip oleh tabung terbaru PAS ini dan berapa pula rumah yang akan dibina hasil kutipan wang tersebut?

Adakah rakyat tahu taktik puak-puak ini menggunakan nama tabung banjir tetapi sebenarnya mereka nak songlapkan hasil kutipan itu untuk dana pilihanraya di Sarawak ataupun dana turun berdemo di Kuala Lumpur pada 1 Mei 2015 kononnya menentang perlaksanaan GST?

Mereka menentang macam mana sekalipun GST tetap dilaksanakan 1 April 2015. Yang pasti tak semuanya duit kutipan akan dibelanjakan untuk demonstrasi ...yang puak-puak 'amil' PAS juga nak kedarah duit tu... 
  
Kutip duit lagi...orang sibuk pasal banjir di Pantai Timur mereka sibuk nak pergi huru-harakan Sarawak.
Kita amat-amat sangsi dengan hasil kutipan itu nanti yang pasti ada penyelewengan sepertimana tabung-tabung sebelumnya.

Mungkinkah ini cara PAS untuk menyamun wang rakyat dengan skala yang besar?

Mungkin ini juga sebagai taktik untuk menunjukkan sesungguhnya segelintir puak-puak dalam PAS yang berjiwa PASMA begitu prihatin pada rakyat? 

Presiden PASMA kan Husam Musa si broker balak yang tak dijadikan sebagai MB tu...


Kenapa tak saja Husam Musa membelanjakan segala keuntungan yang beliau perolehi selama ini hasil penjualan balak-balak dengan saudara sepupu sepapat; Nga dan Ngeh bagi bina semula perumahan rakyat yang rosak akibat diterjah balak-balaknya yang hanyut?

Setakat hantar kayu balak depan rumah tak de maknanya... 

Mereka ini memerlukan rumah baru...namun adakah mereka ini akan dapat rumah transit sepertimana yang dijanjikan percuma oleh pengutip-pengutip derma tabung dari puak-puak PASMA itu?






SOALAN, SIAPA DIA PENGGANTI NAJIB ITU?

Posted: 11 Jan 2015 04:02 AM PST

Artikel pilihan hujung minggu:

SAYA membaca dengan teliti pandangan sahabat blogger saya ini ,kami mempunyai pandangan yang berbeza, anda boleh terus membandingkan pemikiran kami.

Pengaruh Tun Dr. Mahathir dalam pemikiran rakyat Malaysia tidak boleh dinafikan, pertama kerana beliau seorang yang mempunyai seni politik dan seni mentadbir yang bagus, kedua Tun Dr. Mahathir seorang yang sangat yakin apa yang difikirkan dan dilakukannya adalah benar, ketiga Tun Dr. Mahathir telah memerintah lebih dua dekad, dan keempat Tun Dr. Mahathir seorang yang patriotik. 

Kesimpulan pertama, seorang doktor perubatan akan berusaha tidak melakukan kesilapan semasa manage pesakit mereka walaupun dalam kalangan doktor ada pelbagai managementyang berbeza ke atas pesakit mereka. Maksud saya, lumrahnya seorang doktor tidak akan merosakkan atau membunuh.

DS Najib melalui zaman yang sangat-sangat mencabar dalam sejarah 6 Perdana Menteri Malaysia. Kejadian pesawat MAS MH370 dan MH17, banjir maha besar khususnya di Kelantan, pencerobohan di Lahad Datu dan pelbagai ancaman luar dan dalam yang sangat kompleks kejadiannya. 

Pendek kata, zaman DS Najib dengan Tun Dr. Mahathir adalah dua zaman yang sangat berbeza.
Perbezaan DS Najib dan Tun Dr. Mahathir
Perbezaan di antara DS Najib dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah, apabila anda menulis surat kepada Tun Dr. Mahathir surat anda akan dijawab sendiri oleh Tun Dr. Mahathir. Setpol Tun Dr. Mahathir sangat cekap, cepat dan cerdas. 

Saya teringat kisah seorang Maharaja negara China. Pada masa itu, terdapat seorang anggota tentera yang bijaksana telah menulis surat berpuluh kali kepada Maharaja dengan tujuan untuk menyelamatkannya daripada anasir musuh. Malangnya surat itu tidak pernah disampaikan kepada Maharaja. Pegawai-pegawai di Istana tidak menyampaikannya kepada Maharaja. Sehinggalah suatu hari Maharaja terjumpa surat-surat itu, tetapi sudah terlambat. 
Pilihan DS Najib
Berbalik kepada pandangan supaya DS Najib berundur oleh kumpulan yang rapat dengan Tun Dr. Mahathir. Dari sudut politik, DS Najib mempunyai sekurang-kurangnya 3 pilihan.

1. Pilihan pertama, menerima kemasukan PAS khususnya kepimpinan Ulama PAS yang hanya menunggu masa yang sesuai untuk menyertai kerajaan gabungan. Allah SWT telah memberikan petunjuk yang jelas dengan menurunkan ujian banjir besar khususnya di Kelantan. Alhamdulillah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kelantan bersatu menyelesaikan isu-isu banjir di Kelantan. 

Dalam bahasa mudahnya, mereka sudahpun bersatu padu daripada segi syahadah, pemikiran, kewangan dan sebagainya walaupun masih berbeza pakaian. Saya percaya perpaduan kedua akan lebih tersirna semasa perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan tidak lama lagi.

2. Pilihan kedua, menerima kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam Kerajaan Persekutuan sekaligus menamatkan sengketa politik yang sudah berlangsung lebih dua dekad. Jika kita kembali kepada sejarah 1988, tentangan pemimpin-pemimpin UMNO yang pernah berpindah sekejap ke Semangat 46 lebih besar cabarannya berbanding cabaran ahli-ahli UMNO yang membentuk PKR. 

Sebenarnya terdapat wakil rakyat UMNO yang mahukan Anwar diterima semula masuk ke dalam UMNO, katanya jika ianya menjadi kenyataan kedudukan agama Islam dan orang Melayu akan bertambah kuat. Saya tidak tahu pandangan anda pula?

Rekonsiliasi  adalah pilihan atas pilihan yang sukar ditolak. Saya menerima banyak pertanyaan mengenai pertemuan saya di Jakarta tempoh hari. Off Record.

3. Pilihan ketiga, menerima dan menghadapi cabaran dalam UMNO seperti biasa. Saya memandang berat pandangan DSP Salleh Said Keruak ini bahawa,

"It does not matter whether Najib or whoever it may be heads Umno and becomes the Prime Minister of Malaysia. As long as Umno does not see that it is its own worst enemy and start executing reforms, Umno will face the risk of being rejected by the voters. It is very convenient to blame Najib for all the problems that Umno is facing. 

Do these people really think that by kicking out Najib Umno is going to be saved? Umno can only be saved once it realises that the voters are not opposed to the Prime Minister as much as they are angry about the Umno culture, which can no longer be accepted in a civil society." (SSK).

Kesimpulan saya ialah, sebagaimana yang disebut oleh Profesor Jayum di sini, bahawa sehingga ke saat ini, belum ada lagi pengganti DS Najib yang paling sesuai. DS Najib masih perlu meneruskan satu dua penggal lagi sehingga pengganti yang benar-benar layak telah mencapai tahap layak itu.

Jika anda berpandangan sudah ada pengganti yang layak, siapa dia?  

Selamat Berhari Minggu.
KLIA.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>