Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Tahniah Sebab Hancurkan Rumah Tangga Saya - Alyah

Posted: 11 Jan 2015 03:01 PM PST

Teka teki mengenai gambar wanita di sebelah Datuk Ramli MS yang dimuat naik Alyah akhirnya terjawab.

Penyanyi yang hit dengan lagu Sesal Separuh Nyawa itu turut mengucapkan tahniah kepada wanita berkenaan yang dikenali dengan nama Siti Hafilah Che Kar kerana dijelaskan turut berkahwin diam-diam dengan suaminya.

"Tahniah juga atas cubaan menghancurkan rumah tangga saya. Saya hidu cerita ini lama tetapi baru saja dapat bukti bergambar."Saya reda dengan apa saja yang akan terjadi. Lepas satu dugaan demi dugaan saya lalui. Saya kurang pasti bila mereka berkahwin.

"Sebelum ini wanita itu pernah cakap mengenai hal kahwin dan sekarang sudah terbukti," katanya.

Alyah juga sedar suaminya itu ramai peminat dan selama berkahwin gambar mereka berdua juga ditegah suaminya untuk diambil mahupun dimuat naik di laman Instagram.

"Umpama saya ini tak ada perasaan. Dia boleh ambil gambar dengan orang lain tapi dengan saya tidak.

"Saya terima apa saja kesudahan selepas ini. Selama ini saya seperti orang bodoh. Hidup saya sudah hancur," katanya.

sumber : Berita Harian

19 dicekup sedang lalok lakukan seks

Posted: 11 Jan 2015 07:10 AM PST

KLANG: Seramai 19 lelaki dan wanita ditahan polis kerana terbabit dalam pesta dadah dan seks di sebuah bilik hotel di Jalan Batu Tiga Lama, Klang, awal pagi tadi.

Serbuan pada jam jam 3 pagi itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, setelah menerima maklumat orang ramai.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong, berkata kesemua yang ditahan berusia di antara 20 hingga 37 tahun, termasuk dua daripadanya bekerja sebagai anggota polis bantuan di sebuah bank.

"Pemeriksaan lanjut di dalam bilik berkenaan kemudiannya menemui pelbagai jenis dadah seperti eramin, ketamin dan ecstacy serta satu botol berisi air ketum.

"Hasil soal siasat mendapati mereka mengadakan parti ini untuk menyambut ulang tahun kelahiran seorang daripada individu yang ditahan," katanya ketika dihubungi BH di sini.

Video gadis Melayu dicabul artis K-Pop atas pentas mula viral

Posted: 10 Jan 2015 11:20 PM PST



HARI ini, isu paling gempar yang hangat diperkatakan adalah perkongsian gambar dan video menyedihkan perihal anak gadis Melayu beragama Islam yang mencalar maruahnya atas nama muzik.

Seperti diketahui umum anak muda zaman ini begitu menggilai muzik Korea atau lebih dikenali sebagai K Pop.

Justeru apabila kumpulan penyanyi lelaki terkenal Korea, B1A4 mengunjungi negara ini semalam bagi sesi bertemu peminat ia mendapat sambutan cukup hangat.

Bagaimanapun, sambutan penuh hangat bertukar keterlaluan hingga tahap 'rentung' bila beberapa gadis remaja yang manis mengenakan tudung, tergamak merelakan diri dipeluk dan dikucup anggota lelaki kumpulan berkenaan di atas pentas, depan khalayak ramai.

Hasilnya satu video berdurasi 3:21 minit, rakaman kejadian mencemar imej Islam itu mula bertebaran di laman sosial dan menjadi sensasi internet hari ini.

Aksi canggung lagi tak sesuai ini menunjukkan bagaimana ahli kumpulan tersebut menjemput peminat wanita naik ke atas pentas sebelum melakukan aksi berpegangan tangan, memeluk malah mencium dahi mereka!

Terdapat dua persoalan di sini iaitu; tidakkah anggota kumpulan ini diberi penerangan terlebih dahulu oleh pihak penganjur tentang adab dan sensitiviti masyarakat Islam di sini ketika melakukan konsert dan kedua, bagaimana seorang perempuan boleh membenarkan dirinya dilayan demikian rupa depan khalayak ramai dalam keadaan dia membawa imej wanita muslimah bersamanya?



Gambar dan video kejadian ini dihujani banyak komen daripada netizen yang mengkritik tindakan artis Kpop tersebut kerana tidak menghormati Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan golongan muslimah tidak boleh disentuh sesuka hati.

Namun, ramai juga yang meletakkan kesalahan pada peminat-peminat wanita sendiri yang terlalu teruja sampai kelihatan seperti histeria dan merelakan diri dipeluk dan dicium oleh artis tersebut. Orang cakap, bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi, kan?

Begitu pun komen paling pedas bagi kami datang daripada seorang pengguna Facebook bukan Islam yang berbunyi:


Pengguna tersebut, Mathis Mim, mengakui bahawa dirinya sendiri malu melihat perlakuan tersebut dan mempersoalkan tindakan wanita-wanita muslimah itu.

"Adakah masyarakat kita, bangsa Malaysia lebih mengagungkan budaya sekular yang dibawa pengaruh barat ini? Bukan sekadar memalukan agama Islam sendiri namun memalukan budaya bangsa Malaysia yang bersopan santun dan berintegriti dalam menjaga maruah diri.

"Saya mohon sangat-sangat pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut dan mengemukakan dasar-dasar yang dapat menghalang benda-benda seperti ini dari berlaku.

"Negara sedang bersusah, dilanda bencana, perlukan konsert beginidan . Tunggu dan lihat kesan akibat kita menjunjung sangat budaya jahil ini," katanya.

Walaupun belum ada kenyataan rasmi daripada pihak terbabit berkaitan kejadian ini, ia seharusnya membuka mata pihak bertanggungjawab supaya pada masa hadapan, penganjuran acara seperti ini diberikan garis panduan jelas agar perkara begini tidak berulang.

Paling kasihan, memikirkan kecetekan akal gadis muslimah itu sendiri yang mungkin terlalu teruja bertemu dengan idola mereka sampai alpa mereka sebenarnya telah merelakan diri 'dicabul'. – MYNEWSHUB.CC

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>