Cucu Tok Selampit |
- YAB @AzminAli Basuh Baju Mangsa Banjir, Hebat Tu ...
- Macai Kata DS @NajibRazak Berlakon Bantu Mangsa Banjir, Cuba Tengok @anwaribrahim dan @cmlimguaneng
- Tanah Jerlus Di Bandar Bentong - MP Bentong DS @liowtionglai Turun Padang
- Majlis Letak Batu Asas Lagi - Berapa Banyak La Batu Asas Nak Ada Di Kelantan?
- Lawatan Pengerusi PLKN Ke Pusat Pemindahan Mangsa Banjir Di Kelantan
- Yayasan Mesra Hantar Misi Kemanusiaan Ke Kelantan
- #BNBagus! - MCA Turun Padang Sediakan Pakaian Sekolah Untuk Mangsa Banjir
- #BNBagus! - Bantuan Datang Mencurah-Curah Melalui Bilik Operasi Bantuan MCA
YAB @AzminAli Basuh Baju Mangsa Banjir, Hebat Tu ... Posted: 11 Jan 2015 03:07 AM PST Agak terkesima pada mulanya mendapat gambar Dato Mentri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali membasuh kain batik seorang mangsa banjir. Apatah lagi melihat Kakak di belakang tu menangis kesyaduan mungkin kerana seorang Menteri Besar membasuh kain batiknya. Pada mulanya kita fikir baik sajalah. Mungkin YAB Azmin Ali seorang yang ringan tangan dan rajin bekerja. Apabila membaca status Menteri Besar tersebut di laman sosial Twitter, hati tertanya-tanya, adakah beliau melakukan basuhan tersebut secara ikhlas atau sekadar lakonan untuk menunjuk-nunjuk. Sekali lagi kita fikir baik sajalah. Oleh itu, mana-mana mangsa banjir yang perlukan seseorang untuk membasuh pakaian anda, bolehlah menghubungi Menteri Besar berkenaan dengan kadar segera untuk bantuan. Terima kasih. Situasi sebenarnya adalah seerti di bawah. Kakak itu ketawa sebab Azmin Ali hanya sekadar berlakon. |
Macai Kata DS @NajibRazak Berlakon Bantu Mangsa Banjir, Cuba Tengok @anwaribrahim dan @cmlimguaneng Posted: 11 Jan 2015 12:47 AM PST Macai-macai PR tidak berpuas hati apabila Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak, turun ke Pantai Timur pasca banjir untuk membantu membersihkan kediaman mangsa-mangsa banjir. Kata mereka, Perdana Menteri hanya berlakon. Turun salah, tak turunpun salah. Sekurang-kurangnya sebelum dan sesudah banjir, Perdana Menteri turun juga ke kawasan banjir dan berendam di dalam air, walaupun beliau masih bercuti. Cuba macai bandingkan KETUM Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng. Persamaaan kedua-duanya, tidak seorangpun yang turun semasa Pantai Timur dilanda banjir jerana bercuti. Pasca banjir pula, yang seorang datang melawat tunding sana tunding sini, satu bantuanpun tak dibawa serta tangan di belakang semasa melawat mangsa banjir. Al maklumlah orang besar. Yang seorang lagi baju tidak pernah kotor dan berpeluk tubuh. Memang sombong tahap dewa. |
Tanah Jerlus Di Bandar Bentong - MP Bentong DS @liowtionglai Turun Padang Posted: 10 Jan 2015 10:02 PM PST Semua kenderaan yg hendak menuju ke Raub atau ke Kelantan melalui Bandar Bentong terpaksa dilencongkan ke jalan alternatif Felda Sertik-Mempaga - Kg. Lebu - Raub kerana terdapt masalah tanah jerlus di jambatan yg dalam pembinaan di Bandar Bentong. Pihak Bomba memaklumkan penutupan jalan berkenaan disebabkan berlaku hakisan yang serius di Jambatan Sg Bentong berikutan hujan lebat. DS Liow juga turut meninjau dan mendengar taklimat daripada penduduk Bentong dan kawasan sekitarnya mengenai laluan alternatif. |
Majlis Letak Batu Asas Lagi - Berapa Banyak La Batu Asas Nak Ada Di Kelantan? Posted: 10 Jan 2015 08:05 PM PST "Alhamdulillah, YAB Dato Ahmad Yaakob Menteri Besar Kelantan bersetuju untuk merasmikan Majlis Perletakan Batu Asas Projek Perumahan Rakyat Budiman yang akan diadakan pada 13 Januari 2015 (Selasa) jam 10.00 pagi di No 11 Kampung Temian, Kuala Krai Kelantan (Tapak perintis projek). Semua yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut perjalanan projek ini dijemput hadir." Begitulah status yang disiarkan oleh Ketua Pemuda PAS, Saudara Suhaizan Kayat di dalam laman sosial Facebook beliau. Berapa banyaklah majlis letak batu asas ini hendak diadakan sebelum projek berkenaan benar-benar direalisasikan? Dalam Kerajaan Negeri Kelantan sibuk berjanji untuk menyiapkan rumah dan meletakkan batu asas, Kerajaan Barisan Nasional sudahpun memulakan pembinaan rumah transit sebelum pembinaan rumah kekal kepada penduduk Kelantan disiapkan. Tidak perlu pengiklanan yang gah, tidak perlu letak batu asas, Rakyat tetap diutamakan. Walau bagaimanapun, kita doakan Kerajaan PAS Kelantan berjaya membina rumah untuk Rakyat Kelantan seperti yang dijanjikan. Jangan batu asas tinggal batu asas! Cumanya CTS tidak faham kenapa hendak buat rumah rakyat yang jadi mangsa banjir pun kena ada majis perasmian peletakan batu asas. Semua hendak mengambil kesempatan mencari nama atas penderitaan orang lain. |
Lawatan Pengerusi PLKN Ke Pusat Pemindahan Mangsa Banjir Di Kelantan Posted: 09 Jan 2015 07:45 AM PST Pengerusi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Datuk Noor Ehsannudin bin Mohd Harun Narrashid, hari ini telah membuat lawatan ke pusat PLKN yang terlibat dengan banjir iaitu di Batu Jong, Kuala Krai. Ianya bagi memastikan fasiliti pusat PLKN yang dilanda banjir tidak terjejas dan keselamatan pelatih-pelatih PLKN adalah selamat dan terpelihara. Datuk Ehsan juga turut membuat lawtan ke Pusat Pemindahan Mangsa Banjir bersama Timbalan Menteri Pertahanan di Kem PLKN Cancun, Pasir Mas. |
Yayasan Mesra Hantar Misi Kemanusiaan Ke Kelantan Posted: 09 Jan 2015 07:30 AM PST Bukan setakat jabatan dan agensi Kerajaan yang terlibat di dalam misi bantuan kemanusian ke Pantai Timur, malah Badan Bukan Kerajaan (NGO) juga turut memainkan peranan yang besar di dalam membantu mangsa-mansa banjir. Salah satu NGO yang bergiat aktif di dalam penghantaran misi bantuan kemanusiaan adalah Yayasan Mesra. Hari ini, Yayasan Mesra telah menyerahkan bantuan barangan keperluan semeperna Khidmat Mesra Pasca Banjir di Tanah Merah, Kelantan. Kumpulan Yayasan Mesra diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Noor Ehsannudin bin Mohd Harun Narrashid. Konvoi Yayasan Mesra bergerak sejak semalam menuju ke Dewan Insaniah, Kamung Kelewek, Tanah Merah, Kelantan di bawah Ahli Parlimennya, Datuk Ikmal Hisham. Barangan seperti beras, minyak masak, biskut, makanan segera dan telor seberat 10 tan telah dibawa dalam misi tersebut. Tahniah kepada Yayasan Mesra dan kesemua NGO yang terlibat di dalam misi kemanusiaan ini. Terdahulu, Yayasan Mesra juga turut membuat ziarah ke rumah keluarga kakitangan mereka yang terjejas dengan banjir di Kampung Paloh, Chincha Tinggi, Pasir Mas, Kelantan. Sukarelawan Yayasan Mesra juga turut menyerahkan bantuan barang keperluan di Kampung Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan. |
#BNBagus! - MCA Turun Padang Sediakan Pakaian Sekolah Untuk Mangsa Banjir Posted: 09 Jan 2015 01:00 AM PST Bantuan persekolahan berupa pakaian sekolah, bag sekolah dan kasut sekolah daripada MCA Crisis Relief Squad Of MCA (CRSM) telah sampai ke sekolah-sekolah di Kelantan dan telah diedarkan kepada kanak-kanak mangsa-mangsa banjir di sana. CRSM telah menghantar lebih daripada 8,000 set bantuan persekolahan ke kawasan banjir Pantai Timur. Menurut Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong, CRSM telah menyerahkan bantuan persekolahan kepada 18 sekolah di negeri Kelantan. Guru-guru Besar, Guru-guru dan PIBG turut sama membantu memunggah bantuan persekolahan dari trailer. |
#BNBagus! - Bantuan Datang Mencurah-Curah Melalui Bilik Operasi Bantuan MCA Posted: 06 Jan 2015 05:11 AM PST Sejak MCA melancarkan bilik operasi bantuan banjirnya pada Disember lalu, bantuan datang mencurah-curah daripada pelbagai NGO dan sektor swasta. Terkini syarikat NSK Trade City dan180 syarikat pembekalnya tampil ke depan untuk menyumbang barangan bantuan bernilai lebih RM160 ribu untuk dihantar ke mangsa banjir di Perak, Pahang dan Kelantan. MCA menerima barangan bantuan berkenaan pada satu majlis ringkas di NSK Trade City Selayang hari ini. Barangan bantuan termasuk baju sekolah, beras, air minuman, biskut dan mee segera itu diserahkan kepada Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong dan Timbalan Ketua Setiausaha (Francais & Kepenggunaan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Basarudin Sadali. Turut hadir ialah Penasihat NSK Dato C.S. Lim dan Pengarah Urusan NSK Encik C.B. Lim. Ini adalah kali ketiga NSK menyumbang kepada mangsa banjir, dengan jumlah nilai sumbangan lebih RM200 ribu. Sebelum ini beberapa syarikat konglomerate telahpun menghantar sumbangan kepada mangsa banjir menerusi MCA. Antaranya Mahsing, Berjaya Group dan Tiong Nam Logistics. |
You are subscribed to email updates from Cucu Tok Selampit To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |