Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Suami muda ugut perkosa anak tiri

Posted: 08 Jan 2015 09:09 PM PST

Kuala Lumpur: Keputusan berkahwin dengan lelaki berusia 25 tahun lebih muda menyebabkan seorang guru sengsara apabila kerap dibelasah selain didera suaminya itu.

Malah, lelaki terbabit turut bertindak di luar batasan apabila turut mengugut mahu memperkosa anak tirinya selain membunuh mangsa.

Dalam kejadian terbaru jam 3 petang Jumaat lalu, mangsa yang berusia 50 tahun mendakwa menghantar suaminya itu untuk bekerja di sebuah stesen minyak berhampiran Salak Tinggi di sini.

Sumber berkata, mangsa bagaimanapun dikatakan bertengkar dengan suaminya itu di dalam kereta.

Menurutnya, lelaki itu bagaimanapun bertindak memukul selain memaki hamun mangsa yang ketika itu sedang memandu kenderaan itu.

"Difahamkan mangsa kerap dipukul suaminya walaupun mereka baru melangsungkan perkahwinan tidak sampai tiga bulan.

"Susulan itu mangsa yang tidak tahan didera emosi dan fizikal bertindak membuat laporan polis berikutan bimbang terus dicederakan," katanya.

Difahamkan mangsa sering dipukul suspek walaupun hanya kerana salah faham berhubung isu kecil.

"Malah suspek pernah mencekik mangsa selain mengacukan pisau ke muka guru berkenaan sebelum ini. Malah mangsa turut pernah ditumbuk di muka.

"Suspek kerap mengugut mahu membunuh mangsa sekiranya mangsa melarikan diri dari rumah," katanya.

Berdasarkan laporan, suspek pernah mengugut mahu mengupah individu memperkosa anak-anak perempuan mangsa.

"Suspek juga bertindak pelik apabila gemar merosakkan pakaian mangsa selain memusnahkan peralatan rumah didiami.

"Suspek yang turut tidak mempunyai pekerjaan tetap didakwa kerap memaksa mangsa menyerahkan wang. Susulan itu pihak polis yang menerima laporan bertindak melakukan siasatan terhadap laporan itu," katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22667#sthash.eazkFmjA.dpuf

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>