PEJUANG BANGSA |
- DANA PILIHANRAYA PAS DIUTAMAKAN BERBANDING BANTU MANGSA BANJIR
- BRIGED KESATRIA BUAT LAPORAN POLIS FITNAH BLOGGER OUT SIDE THE BOX & MALAYSIAKINI
- ALAHAI PEMBODEK , HENTIKANLAH KERJA BODOH MENYUSAHKAN MENTERI
- RAFIZI DAH SAH KENA BADI SUMPAHAN MINYAK , MUDAH LUPANYA SEMAKIN KRONIK !
- SIAPA PEMIMPIN PAS KELANTAN MILIKI HARTA RM600 JUTA LUAR NEGARA HASIL SKANDAL BALAK ?
- FB Silbi Natiays@Iblis Syaitan rupanya juruteknik ditahan sebar berita palsu banjir
- ALAHAI.. DYANA DAP PUN TUMPANG POPULARITI MURAHAN E.COLI BANJIR #banjirmove
DANA PILIHANRAYA PAS DIUTAMAKAN BERBANDING BANTU MANGSA BANJIR Posted: 07 Jan 2015 11:30 PM PST PAS terus yakin parti itu akan mendapat sokongan besar di Kelantan, kubu kuat yang berjaya dipertahankan semenjak 1990 sekalipun sudah berkali-kali banjir melanda Kelantan dengan banjir terburuk berlaku pada penghujung tahun 2014 yang mengorbankan 21 orang rakyatnya dan memusnahkan ribuan rumah hasil landaan lumpur pekat dan kayu-kayu balak hanyut. Seramai lebih 200,000 orang telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan sementara yang dikendalikan oleh Kerajaan Pusat. Para pemimpin PAS terutama sekali Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN PAS juga tidak turun padang untuk mengambil peduli dengan nasib rakyat di kawasan mereka yang terkesan dengan banjir. Sebaliknya beberapa orang daripada mereka, termasuklah Husam Musa dan Hatta Ramli memilih untuk memberikan alasan-alasan yang tidak munasabah untuk menutup mulut para pengkritik. Selepas banjir pun, PAS masih terus meletakkan tanggungjawab memulihkan kerosakan dan kemusnahan kepada Kerajaan Persekutuan sekaligus membayangkan yang Kerajaan Negeri Kelantan turut musnah seperti rumah rakyat mereka yang dilanda balak-balak hanyut. Sebaliknya, seperti kebiasaan, PAS yang dibarisi oleh pemimpin-pemimpin yang bijak mencuri wang rakyat, mula memikirkan pelbagai tabung dan dana yang mengumpankan musibah dan malapetaka untuk memenuhkan tabung-tabung tin milo mereka. Semalam, Nik Abduh ke Kota Kinabalu. Memandangkan jumlah yang hadir dalam mesyuarat tertutup pertama PAS Kota Kinabalu, kutipan tin milonya terlalu kecil untuk diumumkan. Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat pula lebih awal telah menubuhkan Tabung Banjir kononnya untuk membina semula rumah-rumah penduduk yang musnah tetapi kutipan berkenaan terus masuk ke akaun bank Pemuda PAS tanpa sebarang pengkhususan. Sekaligus menimbulkan keraguan yang Pemuda PAS akan mengotakan janji mereka. PAS sudah menubuhkan terlalu banyak tabung derma tetapi kesemua tabung-tabung derma berkenaan lenyap begitu sahaja dan penghibahan derma-derma tersebut tidak pernah dibuat. Kes yang paling popular adalah Tabung Memali. 28 Januari nanti, sekali lagi PAS akan mengumpulkan DANA PILIHANRAYA dan dibuat di Sarawak. DANA PILIHANRAYA boleh PAS usahakan tetapi untuk membantu para penyokong dan pengundi mereka yang kekal setia di Kelantan malah sehingga sanggup menggigit tangan para pembantu yang telah menyelamatkan mereka dari mati kebuluran, PAS buat-buat lupa. - BULETIN SENGAL- |
BRIGED KESATRIA BUAT LAPORAN POLIS FITNAH BLOGGER OUT SIDE THE BOX & MALAYSIAKINI Posted: 07 Jan 2015 10:29 PM PST LAPORAN POLIS BERHUBUNG KENYATAAN FITNAH BLOGGER SYED AKHBAR ALI DAN PORTAL MALAYSIA KINI 1. Pada 1 januari 2015 semasa berada di pejabat Briged kesatria Muda Malaysia yang beralamat 2-2 jalan PJU 7/16A, Mutiara Damanasara 47810 Peatling Jaya.saya telah membaca satu pesanan ringkas dari aplikasi whatapp yang menyatakan gambar saya melakukan kerja-kerja sukarelawan dimanipulasi dengan dan disebarkan di internet 2. Saya menerima satu link dan url http://syedoutsidethebox.blogspot.com yang bertindak sebagai tukang sebar dan manipulasi gambar saya. Laporan berita yang dibuat ini adalah palsu dan berniat jahat dan juga mengakibatkan persepsi negatif, salah tanggapan dan tuduhan yang tidak baik terhadap saya ,Briged Kesatria Muda Malaysia,YAB Perdana Menteri Malaysia & DS Ismail Sabri Yaakob. 3. Antara petikan blog itu berbunyi " sesetengah dungu telah membuang Wang untuk mencetak Penanda dengan wajah Perdana Menteri dan Pertanian Asas Tani. Ia akan menyebabkan terpaksa bayar lebihan pekerja untuk kerja-kerja menampal" Sedangkan kenyataan sebenar adalah berlainan. 4. Gambar dan kenyataan tersebut kemudiannya telah disensasikan oleh Malaysiakini dengan beberapa artikel yg tidak benar dan bohong hingga mnyebabkan 'viral' dan tanggapan yg salah dalam masyarakat. 5. Laporan ini dibuat kerana saya menyangkal kenyataan yg dibuat Syed Akhbar Ali dan Malaysiakini dalam portal mereka kerana mereka telah menyebar fitnah yang telah menjatuhkan maruah dan tanggapan masyarakat yang salah terhadap saya. 6. Laporan ini juga dibuat untuk tindakan mahkamah dalam menuntut keadilan bagi membersihkan nama saya, Briged Kesatria Muda Malaysia,YAB Perdana Menteri Malaysia @ Ds Ismail Sabri Yaakob. |
ALAHAI PEMBODEK , HENTIKANLAH KERJA BODOH MENYUSAHKAN MENTERI Posted: 07 Jan 2015 09:00 PM PST GPB suka cara kerja DS Ismail Sabri (DSIS) dan MOA , antara kementerian yang aktif terlibat membantu mangsa banjir di Pantai Timur . Kalau bosnya bergerak maka anak-anak buah semua turut akan buat kerja . Tetapi sebagai pemimpin & Menteri , DSIS tidak boleh lari dikelilingi individu pembodek yang akan merosakkan imej dan kredibiliti beliau secara tak sengaja . Ini kerana bukan sahaja kenyataan Menteri boleh di spin tetapi juga gambar di media sosial . Contohnya di dalam gambar di atas ini yang diambil dari Utusan hari ini semasa pelepasan sukarelawan MOA kelmarin . Mengapa pembodek ini perlu sibuk memegang patung untuk Menteri walhal semua orang lain tidak berpayung ?? Banyak wartawan dan jurugambar media untuk snap photo tentu bersetuju dengan GPB yang merasakan tak berapa cantik gambar ini disebabkan kehadiran payung ini . Teguran GPB ini bukan untuk memburukkan DSIS sebaliknya untuk kebaikan di masa akan datang . Ini kerana kerajaan kita sudah banyak membantu mangsa-mangsa banjir tetapi oleh kerana sikit sahaja isu ini menyebabkan orang menghentam , mengkritik dan lupa apa kebaikan kita lakukan . Pemborong, peniaga dibidasKenaikan harga sayur, ikan melampau-Kerajaan hari ini membidas pemborong dan peniaga kerana menggunakan alasan banjir untuk menaikkan harga sayur dan ikan secara melampau antara 50 hingga 100 peratus. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun musim tengkujuh menjejaskan pengeluaran sayur-sayuran namun kenaikan harga secara mendadak sehingga 100 peratus tidak masuk akal. Beliau berkata, faktor banjir tidak boleh digunakan sebagai alasan kenaikan harga sayur memandangkan 60 hingga 70 peratus sayur dihasilkan di Selangor, Perak dan Johor yang tidak mengalami banjir besar. "Kawasan penanaman sayur di Ulu Yam di Selangor tidak berlaku banjir dan import sayur tetap dijalankan tidak kira banjir atau tidak. Oleh itu tidak berlaku kekurangan bekalan dalam negara. "Meskipun hujan pada kuantiti banyak boleh menyebabkan pengurangan hasil sayur antara 10 hingga 20 peratus tetapi tidak mungkin alasan itu boleh menyebabkan harga sayur meningkat melebihi 50 peratus," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan misi kementerian ke kawasan banjir di sini hari ini. Sebanyak 5,000 sukarelawan daripada pelbagai agensi di bawah kementerian selain nelayan tempatan berjaya dikumpulkan untuk membantu menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir selain membersihkan premis-premis yang dilanda bencana itu. Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri berkata, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan terus berperanan membekalkan sayur ke pasar tani seluruh negara dengan harga yang lebih murah. "Pada masa ini kira-kira 20 peratus bekalan sayur di pasar tani dibekalkan oleh FAMA dan kami berharap tawaran harga yang lebih murah akan memberi persaingan kepada peniaga lain dan seterusnya membantu mengurangkan harga," katanya. |
RAFIZI DAH SAH KENA BADI SUMPAHAN MINYAK , MUDAH LUPANYA SEMAKIN KRONIK ! Posted: 07 Jan 2015 07:16 PM PST Jika kita mengikuti perjalanan menipu ala Rafizi dalam isu harga minyak ini dari awal hingga sekarang , GPB boleh simpulkan dia sudah kena badi sumpahan minyak ! Kalau dulu dia menjadi HERO rakyat mendakwa setiap liter petrol , BN menguntungkan syarikat minyak 30 sen dan merugikan rakyat. Oleh itu dia dan konco2 nya membuat demo TURUN . Hari ini , bila mana harga minyak turun sehingga RM1.93 litre , dia konar baring U TURN memihak kepada pengusaha syarikat minyak !! Dia mendesak menteri berkaitan meletak jawatan kalau tidak dapat mencari kaedah terbaik untuk memberikan keuntungan kepada peniaga bahanapi. Dari mendesak agar mekanisme harga bahanapi dibuat seminggu sekali berbanding sebulan sekali yang diamalkan sekarang, Rafizi Ramli pada 7 Januari 2015 berkata, kerajaan perlu mencari kaedah lain agar pengusaha dan peniaga bahanapi kekal untung besar. Jadi di sini , ternyata sumpahan badi minyak telah merosakan otaknya ...silap-silap boleh cakap seorang2 ..hahaha |
SIAPA PEMIMPIN PAS KELANTAN MILIKI HARTA RM600 JUTA LUAR NEGARA HASIL SKANDAL BALAK ? Posted: 07 Jan 2015 06:30 PM PST Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu menegaskan partinya tidak akan membela mana-mana pemimpin partinya yang menyeleweng dan terlibat dalam skandal balak di Kelantan. The Malaysian Insider melaporkan, Mohamed berkata, dakwaan itu perlu dibuktikan terlebih dahulu sebelum pihaknya mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin PAS yang terlibat. "Sila buktikan. Kami tidak akan bela mana-mana pemimpin yang menyeleweng," Mohamed dilaporkan berkata pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini. Mohamad bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana mendakwa tidak pernah mendengar aduan berkaitan pemimpin PAS sebelum ini. "Ini (dakwaan) kali pertama saya dengar," katanya sambil ketawa. Awal hari ini, sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) menggesa agar Suruhanjaya Diraja (RCI) diwujudkan untuk menyiasat pemberian konsesi balak di Kelantan yang didakwanya menjadi punca bencana banjir. Presidennya Ramesh Rao berkata, kerajaan negeri Kelantan perlu dipersalahkan kerana tidak mengendahkan laporan alam sekitar yang diserahkan NGO alam sekitar pada tahun 2010. "Saya minta kerajaan pusat buat Suruhanjaya Diraja untuk siasat siapa penerima konsesi balak dan bagaimana konsesi itu dianugerahkan. "Kalau kerajaan berani menunjukkan kejantanannya, tubuhkan segera RCI ini untuk siasat skandal balak," Ramesh dipetik sebagai berkata. Ramesh mendakwa ada pemimpin PAS di Kelantan yang mempunyai kekayaan luar biasa disembunyikan di selatan Thailand, dipercayainya hasil pembalakan. "Kami ada bukti pemimpin PAS Kelantan terdiri daripada bekas exco dan exco sekarang memiliki harta dianggarkan lebih RM600 juta di luar negara," katanya. Sementara itu, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Irmohizam Ibrahim dilaporkan mahu RCI ditubuhkan bagi menyiasat punca sebenar banjir besar di Kelantan yang memberi kesan dahsyat sehingga menjejaskan golongan nelayan. Menurutnya, kerajaan negeri perlu telus dan menyokong penubuhan suruhanjaya itu, bagi mencari punca sebenar banjir yang menenggelamkan hampir semua daerah, kecuali Bachok dan Pasir Puteh. "Saya lalu di sungai menuju Pulau Suri, lihat banyak balak tersadai. Saya tanya adakah ini kawasan pembalakan, mereka kata tidak. Dari mana banyak balak yang tersadai hingga menyebabkan jambatan penghubung Pulau Suri dan Teluk Renjuna, kini roboh sepenuhnya," katanya dipetik laporan Sinar Harian Online hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini turut menyifatkan kegiatan pembalakan haram yang tidak terkawal di Kelantan merupakan faktor utama banjir besar berlaku di negeri itu. Namun Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menafikan banjir besar yang berlaku berpunca daripada kegiatan pembalakan yang tidak terkawal di Hulu Kelantan. Ahmad sebaliknya berkata ia disebabkan hujan lebat yang berterusan di Gua Musang pada 21 hingga 23 Disember lalu. - AWANI.COM - |
FB Silbi Natiays@Iblis Syaitan rupanya juruteknik ditahan sebar berita palsu banjir Posted: 07 Jan 2015 05:30 PM PST Polis Kelantan menahan seorang juruteknik lelaki berusia 37 tahun yang disyaki menyebarkan maklumat palsu berkaitan banjir melalui laman sosial Facebook. Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, lelaki itu ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di Kuantan, Pahang, pada 10 pagi semalam. "Suspek dipercayai menyebarkan maklumat palsu melalui laman sosial Facebook kononnya bekalan makanan yang dibawa sebuah badan bukan kerajaan untuk dihantar ke Kuala Krai telah disekat oleh pihak berkuasa. "Perkara ini menjadi viral pada 27 Disember lepas dan kita telah buat laporan pada 29 Disember seterusnya menahan seorang lelaki yang juga seorang juruteknik," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini. Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Rosli Abdul Rahman. Mazlan berkata, lelaki itu kini direman tiga hari sejak semalam bagi membantu siasatan. Menurut Mazlan polis kini sedang menjejaki seorang lagi lelaki berusia 30-an kerana dipercayai menyebarkan maklumat palsu melalui aplikasi WhatsApp. "Kita telah kenal pasti suspek dan akan melakukan tangkapan dalam masa terdekat…suspek dipercayai menyebarkan maklumat kononnya terdapat mayat bergelimpangan di Guchil, Kuala Krai," katanya. Mazlan berkata kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – BERNAMA +++ Punyalah banyak nama pena yang baik dan indah bunyinya boleh dipilih untuk akaun sosial facebook, nama Silbi Natiays atau bila diterbalikkan ia berbunyi Iblis Syaitan juga yang dipilihnya. Ini punya orang kalau dah Iblis Syaitan nama penanya dah tentulah pengikut taksub pembangkang .. |
ALAHAI.. DYANA DAP PUN TUMPANG POPULARITI MURAHAN E.COLI BANJIR #banjirmove Posted: 07 Jan 2015 04:00 PM PST Alahai Dyana DAP ... isu bakteria E Coli pun nak tumpang populariti murahan politik banjir juga. Anda cakap PM turun sekejap sahaja pun dijangkiti .. nampak sangat berbenor menipu .. PM ke setiap negeri terlibat banjir bermula Kelantan , Pahang , Terengganu dan Perak ..lepas tu balik pula ke Kelantan bila surut . Malah sambut tahun baru 2015 pun di Kelantan juga . GPB rasa Dyana yang turun sekejap saja banjir dengan kasut Phua Chou Kang kuning ini Kerajaan tahu akan semua masalah ini dan itu dipantau Kementerian Kesihatan , tak perlu la nak jadi glamour sangat dok gesa sana sini seperti bosnya iaitu veteran tua DAP Lim Kit siang .. |
You are subscribed to email updates from GENERASI PEJUANG BANGSA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |