Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Dialog Dewasa Kritik Berasa

$
0
0

Dialog Dewasa Kritik Berasa


MARI TONTON: RAFIZI NGAKU TAK BOLEH HIDUP TANPA ANWAR, RAFIZI SINDIR HADI ADA MENANTUNYA

Posted: 06 Jan 2015 08:36 PM PST

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengakui parti itu tidak mempunyai pilihan kecuali bergantung kepada Ketua Umum Anwar Ibrahim dan keluarganya kerana mereka mampu menarik minat rakyat.
Menurutnya, tiada seorang pun daripada PKR yang sehebat Anwar, isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah yang mampu menjadi tarikan umum.
"Jika soalan itu ditujukan kepada PKR, soalan yang sama sesuai ditujukan kepada DAP dan PAS…ia bermaksud Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng..(katanya sambil ketawa kecil) tidak boleh berada di situ
"Ia juga bermaksud Haji Hadi dan anaknya serta menantunya tidak boleh berada di situ.." katanya ketika diwawancara kiniTV.
Bagaimanpun katanya, PKR sedang memupuk beberapa pemimpin muda dengan harapan mereka juga mampu menarik perhatian orang ramai untuk menjadi pelapis parti pada masa akan datang.

Titik tolak perpaduan orang Melayu seharusnya bermula di Selangor. @NajibRazak @NohOmar @BudimanZohdi

Posted: 06 Jan 2015 04:00 AM PST



Kuasa rakyat tentukan penyatuan UMNO dan PAS di Kelantan
TERAKHIR DIKEMASKINI: 06 JANUARI 2015 BY HELME HANAFI



Penyatuan UMNO dan PAS dalam kerajaan campuran yang dicadangkan di Kelantan selepas banjir besar melanda negeri itu hanya akan terlaksana jika rakyat Kelantan sendiri mahukannya.


Rata-rata penduduk yang terpaksa memulakan hidup baru selepas banjir, boleh mendesak pemimpin mereka untuk melupakan sengketa politik dan bersatu membangunkan negeri, ujar seorang pemimpin Pemuda PAS kepada Agendadaily.



Beliau yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, PAS sebagai parti politik yang berteraskan Islam akan mendengar pandangan akar umbi sebelum membuat sebarang keputusan samada mahu atau tidak membentuk kerajaan campuran.

"Ahli yang menentukan, parti akan ikut suara ahli, manakala ahli pulak ikut suara rakyat..." katanya mengulas cadangan tokoh korporat anak Kelantan Datuk Husamuddin Yaakob yang mahu melihat kedua-dua parti itu bergabung.

Cadangan kerajaan campuran dibuat bagi mengurangkan 'politiking' merebut sokongan ketika tenaga semua pihak diperlukan untuk membangun semula Kelantan.



Ketika ditanya pendirian peribadi beliau, pemimpin muda PAS itu berkata, beliau sokong kerajaan campuran di Kelantan dengan syarat perikatan antara PAS dan BN adalah perikatan longgar.

"Masalah PAS adalah jika ia bergabung dengan UMNO di Kelantan, ia perlu bergabung dengan UMNO di seluruh negara, dan jika itu berlaku, PAS akan hilang sokongan pengundi bukan Melayu pembangkang dan hanya akan menjadi parti di kawasan Malay heartland sahaja.

"Apa formulanya nanti, PAS tidak mahu sertai BN, mungkin boleh dibuat kerajaan BN plus PAS, tapi PAS hanya akan menyertai pentadbiran di kawasan Pantai Timur dan Utara Malaysia sahaja... ini merugikan PAS," tambah beliau. 



Walau setinggi mana pun harapan kita untuk melihat UMNO dan PAS bersatu, namun hakikatnya kita perlu berpijak kepada realiti semasa. PAS sudah terlalu banyak 'berhutang' dengan DAP dan Anwarinas.

Faktanya, melalui "Pakatan Rakyat" lah PAS boleh mentadbir di negeri-negeri yang kaya seperti Selangor dan Pulau Pinang. Walaupun boleh dikategorikan lebih kepada menumpang, namun apa yang penting, hasil masyhul negeri sedikit sebanyak mereka tetap rasai. Ini jauh lebih baik jika hanya menjadi pembangkang yang miskin di negeri-negeri tersebut.

Seperkara lagi, semenjak 2007, iaitu ketika era berkembangnya penggunaan media sosial seperti Facebook dan blog, PAS telah sebati bersama-sama PR melaksanakan agenda politik kebencian dan perpecahan 24 jam-tujuh hari sekali ke atas BN. "Pembersihan etnik" ke atas pemimpin PAS yang pro Melayu dan perpaduan juga kini telah selesai. Para pemimpin yang berjuang demi agama dan mempunyai secebis nasionalisme kini hanyalah bayang-bayang silam dalam parti tersebut.

Malah, kami juga diberitahu oleh sumber dalaman PR bahawa 'hutang' di atas bukanlah sekadar sokongan bukan Melayu di peringkat parti, malahan sudah terlalu peribadi ke peringkat kepimpinan cawangan! Kami menerima maklumat bahawa ramai pemimpin akar umbi PAS kini begitu selesa dengan kehidupan mereka kerana rumah, kereta, dan pelancongan dibiayai oleh ahli-ahli perniagaan DAP. Malah, dalam sesetengah kes, seks juga dibekalkan! Jadi, bagaimanakah UMNO hendak mengajak mereka ini semua keluar dari kepompong kemewahan hidup mereka dan bersatu demi rakyat?!!

Jawapan yang sebenar bukannya terletak di Kelantan tetapi ia perlu bermula di Selangor.



'"Azmin perlu buktikan dahulu sama ada boleh beri kerjasama atau tidak. Jangan sekadar pandai berjanji sahaja." - http://www.sinarharian.com.my/…/jangan-hanya-bijak-berjanji…

Demikian bidas Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar terhadap kenyataan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang dilaporkan sedia bekerjasama dengan dengan Kerajaaan Pusat untuk kepentingan rakyat negeri itu.

Menurut Noh, berdasarkan pengalaman sebelum ini, kerajaan negeri di bawah pentadbiran PKR itu terlalu ego untuk memberikan kerjasama, malah sengaja mencari alasan untuk menyusahkan Kerajaan Pusat.

Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan sudah pun menyediakan peruntukan cukup banyak namun sering terhalang kerana sikap ego kerajaan negeri sendiri.

"Kita memang tiada masalah jika mahu kerjasama demi rakyat, tetapi Kerajaan Negeri Selangor sendiri yang sengaja melambat-lambatkan proses kerana mahu mmenyusahkan Kerajaan Persekutuan," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan berkata, banyak projek yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan dan memajukan Selangor tetapi terhalang dengan sikap ego kerajaan negeri.

"Kuasa tanah misalnya di bawah kuasa kerajaan negeri tetapi mereka susah mahu memberi kerjasama mengenai isu tanah. Jadi jika benar mahu kerjasama, jangan sekadar cakap saja, buktikan lah kepada kita boleh kerjasama dengan baik demi kepentingan rakyat.

"Saya nak cabar Azmin kalau betul nak kerjasama kerajaan pusat, maka kena pastikan bahawa apa saja projek dibawa kerajaan pusat tiada halangan dari kerajaan negeri," tegas Noh.

Lubuk kemewahan PAS bukan datang dari tin milo, malah bukan juga datang dari penjualan tanah dan balak di Kelantan, ia sebenarnya berpunca dari Selangor. Maka langkah penyatuan seharusnya juga bermula di negeri tersebut. Walaupun krisis MB telah membogelkan belang sebenar keangkuhan PAS untuk bersama UMNO, maka mahu atau tidak, UMNO Selangor sepatutnya lebih berdikari dan giat menyusun strategi bagi menawan kembali negeri KAYA ini.

1) Demografi: UMNO Selangor seharusnya mengkaji secara teliti apakah pecahan umur rakyat Selangor, etnik/kaum, pendapatan dan sebagainya bagi menentukan sasaran audien mereka secara tepat. Sumber tenaga dan kewangan seharusnya digunakan secara optimum ke atas perkara yang betul-betul mendatangkan hasil/sokongan sahaja.

2) Menentukan dan mendekati pihak yang boleh mempengaruhi dan membentuk pemikiran masyarakat. Dalam hal ini, memang semua orang boleh mendabik dada dan mengakui bahawa merekalah yang pandai menjadi pemimpin, namun adakah mereka ini berpengaruh? Begitu juga dengan mereka yang berpengaruh; tidak semestinya diangkat menjadi pemimpin UMNO negeri. Apa yang penting adalah kerjasama dan hubungan yang rapat di antara UMNO Selangor dan kelompok ini.

3) Empati: Setiap pemimpin UMNO Selangor seharusnya sensitif dengan sentimen rakyat yang diwakili mereka. Sentiasa mendahului untuk membawa isu rakyat ke atas. Inilah baru boleh dikatakan sebagai "UMNO JUARA RAKYAT"

4) Sentiasa peka dan cakna dengan isu yang berlegar di kalangan masyarakat dan berjaya menentukan kepentingannya demi meraih sokongan kepada UMNO. Jangan terlalu ambil mudah semua perkara. Mungkin sesetengah perkara yang kita anggap kecil, sebenarnya bermakna begitu besar bagi sesetengah rakyat. Tunjukkan kita ini sentiasa prihatin.

5) Untuk ini, UMNO Selangor juga perlu ada pasukan khas yang memantau setiap isu di setiap daerah untuk tindakan di peringkat parti. Rakyat akan selalu memerhati siapakah yang lebih ambil berat terlebih dahulu.

6) Pasukan ini juga sentiasa menyusun strategi untuk bertindak balas terhadap tohmahan atau serangan daripada pihak lawan secara proaktif.

7) Membuat penilaian ke atas setiap tindakan, program dan kempen yang telah dijalankan bagi memastikan semua perancangan tidak tersasar dari objektif yang telah ditetapkan. Gelombang sokongan rakyat hanya akan boleh diwujudkan sekiranya semua langkah dilaksanakan secara optimum, konsisten dan berkesan.

Sebab itulah, UMNO Selangor seharusnya kini telah menyusun dengan sebaiknya siapa yang perlu dipertanggungjawabkan dalam setiap perkara. Cadangan pasukan transformasi UMNO untuk rakyat Selangor ini pernah kami huraikan sebelum ini di artikel - http://mymassa.blogspot.com/2014/12/pasukan-transformasi-ds-nohomar-yang.html 

Kaji kekuatan dan pengaruh setiap pemimpin. Sebagai contoh, mungkin DS Noh Omar selaku ketua perlu mewujudkan satu jawatan khas Pengarah Strategik Politik dalam pasukan ini yang diisi oleh YB Budiman. Ini adalah kerana selain latar belakang beliau dalam bidang komunikasi, beliau juga memiliki kemahiran berpolitik gaya baru. Maka, sepatutnya beliau memimpin para pemimpin muda akar umbi Selangor untuk memenangi semula sokongan orang muda dan rakyat.

Kami juga melihat YB Shahrum (DUN Dengkil) seorang yang begitu kuat bekerja di peringkat akar umbi. Maka, DS Noh bolehlah menggunakan kepakaran dan semangat beliau untuk mempertingkatkan lagi jumlah ahli dan pengundi pro BN di Selangor serta kempen-kempen di peringkat akar umbi.

UMNO Selangor sebenarnya tidak ketandusan pemimpin muda. Azhari Shaari boleh dipertanggungjawabkan untuk mengenal pasti OBP (orang berpengaruh) di seluruh Selangor dan melakukan kerjasama erat. Ini tidak bermakna beliau mengajak golongan ini menyertai UMNO, sudah memadai sekadar majoriti OBP di Selangor ini berpihak dan bersuara condong kepada UMNO.

Dato' Zein Isma juga boleh diamanahkan untuk menguruskan satu pasukan pemikir dan penyelidik yang turut dianggotai oleh para pemimpin yang disebut di atas. Penubuhan tim khas pemantauan dan penyelidikan isu yang khusus dan mahir berbahasa Cina dan Tamil boleh mengurangkan kebergantungan UMNO kepada parti komponen. Malah, pasukan pemikir ini juga akan turut bertanggung jawab menilai keberkesanan setiap strategi yang telah dilaksanakan untuk dilaporkan ke peringkat atasan bagi menyusun atur langkah yang lebih baik.

Sudah tiba masanya UMNO Selangor perlu digerakkan dari peringkat akar umbi semula bagi mengikis prejudis di kalangan rakyat bahawa parti tersebut dikuasai elitis.

Di atas hanyalah cadangan kasar dari pihak kami yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan dan jawatan dalam UMNO Selangor. Kami hanya mahu melihat orang Melayu kembali kuat dan bersatu. Kami juga merasakan cukuplah negeri bertuah ini menjadi tabung ayam kepada kafir DAP yang bijak berselindung di belakang juak-juak melayu yang tidak segan silu menjual maruah bangsanya sendiri. 

  

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>