Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

PEJUANG BANGSA

$
0
0

PEJUANG BANGSA


NGO DEDAH DASAR PARTI DAP MAHU HAPUS ISTILAH " BUMIPUTRA & BUKAN BUMIPUTRA

Posted: 06 Jan 2015 12:10 AM PST




PULAU PINANG 5 Jan. - Parti DAP didesak memperjelas maksud dan hasrat sebenar mereka berhubung salah satu dasar parti itu yang menyentuh tentang 'penghapusan pembahagian antara bumiputera dengan bukan bumiputera dan pelaksa­naan kesaksamaan etnik'.

Yang Dipertua Gabungan Perwakilan Melayu Pulau Pinang (GPMPP), Mohd. Rizuad Mohd. Azudin berkata, dasar itu sesuatu yang cukup sensitif dan secara terang-terangan menunjukkan parti berkenaan tidak menghormati Perlembagaan negara serta kontrak sosial yang menjadi panduan dalam pentadbiran negara selama ini.

Sambil menyifatkan dasar itu sebagai melampau, beliau turut mengingatkan DAP dasar itu boleh mengundang kepada rasa tidak puas hati orang Melayu, sekali gus merosakkan perpaduan antara pelbagai kaum yang sedia terjalin ketika ini.

"Dasar itu tidak matang kerana DAP seolah-olah tidak sedar pengorbanan dan keikhlasan orang Melayu di negara ini dalam mendapatkan kemerdekaan negara.

"Saya mahu mengingatkan Dinasti Lim yang bumi Malaysia ini amat unik dan DAP jangan sesekali memperlekehkan kaum pribumi untuk kepentingan mereka dan kroni-kroni," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan pelbagai pihak supaya DAP menjelaskan dasar parti itu seperti tertera di laman web rasmi mereka.

Dasar DAP itu termaktub di bawah perkara 'Berkenaan Perlembagaan Persekutuan' yang turut menyebut mengenai 'penggantian sistem kuota etnik dengan dasar merit dan keperluan'.

Dalam pada itu, Mohd. Rizuad turut melahirkan rasa kesal dengan sikap pemimpin DAP yang semakin ghairah menyentuh isu-isu sensitif berkaitan kaum dan agama yang bertujuan meraih sokongan politik.

Sehubungan itu, beliau mendesak pihak berkuasa memantau lebih rapi dan mengambil tindakan tegas terhadap parti tersebut kerana tindakan mereka jelas bertentangan dengan undang-undang dan boleh mencetuskan keresahan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.


Sementara itu, Naib Pengerusi DAP negeri, Zairil Khir Johari ketika dihubungi 
mengesahkan kewujudan dasar tersebut, namun menjelaskan ayat yang digunakan bagi menyatakan dasar berkenaan sebagai 'mengelirukan'.

"Maksudnya bukan menghapuskan kedudukan Melayu tetapi mewujudkan kesaksamaan dan keadilan untuk semua rakyat," katanya. -UTUSAN - 

RUPANYA KHAIRUDDIN DAH BANGKRAP, TEMBELANG HERO 1MDB DAH TERBONGKAR ! @dzainalabidin @RRafizal @DrNovandri

Posted: 05 Jan 2015 11:13 PM PST




KUALA LUMPUR 5 Jan. – Pemuda UMNO Batu Kawan menyerahkan memorandum serta beberapa dokumen daripada Jabatan Insolvensi kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh bagi meminta siasatan dijalankan terhadap status Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan yang didakwa diisytihar muflis pada 24 Mei tahun lalu.
Ketuanya, Mohd. Hilmie Ibrahim berkata, sekiranya dakwaan tersebut benar, tindakan memecat Khairuddin perlu diambil oleh UMNO memandangkan Perlembagaan parti telah menetapkan setiap individu yang memegang jawatan tidak boleh diisytihar muflis.
"Kami harap ada siasatan dibuat ke atas perkara ini kerana kita tidak mahu seorang pemimpin yang dipilih sebenarnya sudah muflis tetapi masih memegang jawatan selain lantang mengkritik parti sendiri.
"Dokumen yang diserahkan termasuk salinan surat daripada Jabatan Insolvensi yang menunjukkan beliau muflis, maklumat mengenai 138 syarikat milik Khairuddin dan surat saman polis," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan dokumen tersebut kepada Ab. Rauf di Ibu Pejabat UMNO Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.


Sebelum ini, Khairuddin menimbulkan kontroversi apabila membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta anak syarikatnya kerana menjalankan perniagaan yang boleh dipersoalkan serta mahu siasatan terperinci dan komprehensif dilakukan bagi mengenal pasti punca masalah syarikat itu.
Berikutan tindakan itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah Sabtu lalu, bagi meminta siasatan dibuat terhadap Khairuddin kerana didakwa membuat laporan palsu berhubung 1MDB.
Tidak cukup dengan dakwaannya terhadap 1MDB, Khairuddin dilihat sengaja mencari populariti dengan menimbulkan persepsi negatif terhadap UMNO apabila beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang antara lain mendakwa pemimpin UMNO Pulau Pinang tidak melakukan kerja sebaliknya hanya 'tidur'.
Mengulas perkara itu, Mohd. Hilmie berkata, Khairuddin seolah-olah telah lupa siapa dirinya yang sebenar apabila cuba bertindak sebagai pemimpin yang hebat sedangkan beliau sendiri tidak pernah berkhidmat kepada rakyat di kawasan yang diwakilinya.
Sementara itu, Ab. Rauf berkata, beliau akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan itu termasuk mendapatkan pandangan daripada penasihat undang-undang sebelum menyerahkannya kepada UMNO Pusat untuk mengambil tindakan.
"Semua dokumen dan dakwaan ini perlu dirujuk kepada penasihat undang-undang terlebih dahulu sebelum dibawa kepada jawatankuasa pengurusan untuk tindakan lebih lanjut, apa pun saya akan siasat setiap perkara," katanya. UTUSAN 

JAWAPAN MENYANGGAH FITNAH MALAYSIAKINI DAKWA PESAWAT KERAJAAN KELILING DUNIA

Posted: 05 Jan 2015 05:11 PM PST



MENJAWAB FITNAH PESAWAT KERAJAAN MALAYSIA ENJOY KELILING DUNIA - BHGN 1

Tidak berpuashati dengan saman PM terhadap mereka, Malaysiakini terus memperhebatkan serangan mereka terhadap Datuk Najib berhubung isu pesawat rasmi Kerajaan Malaysia.

Malaysiakini terus dgn ayat membunuh mereka 'jet PM keliling dunia'. Perkataan itu digunakan merujuk kepada jadual berlepas dan mendarat jet berkenan yang disiarkan oleh flight radar 24. Tetapi mereka tidak menyatakan berapa lama pesawat itu berhenti dan untuk tujuan apa ?

Pesawat berkenaan jenis A319. Lbh kurang saiz pesawat yang digunakan oleh Air Asia (A320). Dimana ianya tidak boleh melakukan penerbangan berbelas2 jam sepertimana A380, B747 dan B777. Kerana kapasiti minyaknya tidak mencukupi. Cuba masuk web site air asia dan cek destinasi2 mereka yang menggunakan pesawat A320. Lihat destinasi yang dituju perjalanannya berapa jam ? Utk perjalan lbh jauh air asia menggunakan pesawat lebih besar yang dinamakan Air Asia X.

Daripada Los Angeles utk pulang ke Malaysia pesawat berkenaan tidak menggunakan laluan Lautan Pasifik iaitu melalui Jepun kerana saiznya yang kecil tidak memungkinkan mereka menggunakan laluan itu kerana faktor cuaca dan keselamatan. Mereka terpaksa menggunakan laluan lautan atlantik. Dimana laluan itu memerlukan mereka merentasi benua Amerika, Eropah dan Timur Tengah.

Selepas berlps dari Los Angeles, tempat pertama pesawat itu berhenti adalah di New York. Mendarat di New York jam 10.23 malam dan berlepas kembali jam 12.50tgh malam. Dimana tempoh berhentinya adalah 2 jam 27 minit . Sempat ke dlam tempoh 2 jam setengah itu penumpang pesawat itu nak turun membeli belah di New York ? Shopping mall mana yang buka tengah2 malam ? Nak lepas imigresen berapa lama ? perjalanan drp airport ke bandar berapa lama ? Drp bandar nak balik ke airport berapa lama ? Pakai akal sikitlah.

Selepas New York perhentian seterusnya adalah London. Dimana tempoh penerbangan drp London ke New York memakan masa lbh kurang 7-8 jam. Pesawat itu terpaksa berhenti sekali lagi utk mengisi minyak. Pesawat itu mendarat di London jam 11.45 pagi dan berlepas kembali jam 1.04 tgh menuju ke Dubai. 1 jam 19 minit tempoh pesawat itu berhenti di London. Sempat ke penumpang nak turun membeli belah ?

Pesawat itu berlps dari London jam 1.04 tgh dan mendarat di Dubai jam 12.16 tgh malam. Dimana tempoh penerbangan dri London ke Dubai memakan masa 7-8 jam. Nanti ada yang tanya pula kan dari jam 1.04tgh hingga 12 .16 tgh malam dah hampir 12 jam. Tolong ambil kira perbezaan waktu antara negara ya. Waktu yg dinyatakan adalah WAKTU TEMPATAN.

Pesawat itu mendarat di Dubai jam 12.16tghmalam dan berlepas kembali jam 1.53pagi. Dimana tempoh ianya berhenti utk mengisi minyak 1 jam 37 minit . Sempat ke dalam tempoh itu penumpang nak turun shopping ? Dan shopping mall mana yang buka di tengah2 malam begitu ?

Berlepas dari Dubai jam 1.53 pg dan pesawat itu mendarat di Bangkok jam 11.11pagi. Penerbangan dari dubai ke Bangkok memakan masa lbh kurang antara 6-7 jam. Di Bangkok pesawat itu berhenti 2 hari dan membawa pulang PM yang mengadakan pertemuan tidak rasmi dgn PM Thailand.

Waktu peristiwa MH370 dulu bukan main hebat hingga melahirkan ribuan pakar penerbangan. Tapi semua pakar taik kucing. Nak kenal pasti jenis pesawat, kapasiti minyak dan laluan penerbangan pun tak pandai. Patutlah senang2 ditipu oleh bapak peliwat. Teringat kisah black out dan ratusan ribu pengundi bangla. Hingga penuh stadium Kelana Jaya dan jem habis segala highway di lembah klang. Akhirnya semua kena tipu dgn bapak peliwat negara.

Sumber : facebook faisal bin rohban

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>