Dialog Dewasa Kritik Berasa |
- MALAYSIAKINI DAN PENCACAI: ASAL MENIPU JER MESTI KANTOI...
- BILA TIN-TIN MILO DAN KARUNG-KARUNG BERJALAN-JALANAN...SIAPA YANG AKAN KENYANG SEBENARNYA?
- MENTERI YANG SUNGGUH MENAKJUBKAN
- PENCACAI PANAS BILA TPM LANCAR SUKARELAWAN PASCA BANJIR KE PANTAI TIMUR
MALAYSIAKINI DAN PENCACAI: ASAL MENIPU JER MESTI KANTOI... Posted: 05 Jan 2015 07:11 PM PST MENJAWAB FITNAH PESAWAT KERAJAAN MALAYSIA ENJOY KELILING DUNIA - BHGN 1 Tidak berpuashati dengan saman PM terhadap mereka, Malaysiakini terus memperhebatkan serangan mereka terhadap Datuk Najib berhubung isu pesawat rasmi Kerajaan Malaysia. Malaysiakini terus dgn ayat membunuh mereka 'jet PM keliling dunia'. Perkataan itu digunakan merujuk kepada jadual berlepas dan mendarat jet berkenan yang disiarkan oleh flight radar 24. Tetapi mereka tidak menyatakan berapa lama pesawat itu berhenti dan untuk tujuan apa ? Pesawat berkenaan jenis A319. Lbh kurang saiz pesawat yang digunakan oleh Air Asia (A320). Dimana ianya tidak boleh melakukan penerbangan berbelas2 jam sepertimana A380, B747 dan B777. Kerana kapasiti minyaknya tidak mencukupi. Cuba masuk web site air asia dan cek destinasi2 mereka yang menggunakan pesawat A320. Lihat destinasi yang dituju perjalanannya berapa jam ? Utk perjalan lbh jauh air asia menggunakan pesawat lebih besar yang dinamakan Air Asia X. Daripada Los Angeles utk pulang ke Malaysia pesawat berkenaan tidak menggunakan laluan Lautan Pasifik iaitu melalui Jepun kerana saiznya yang kecil tidak memungkinkan mereka menggunakan laluan itu kerana faktor cuaca dan keselamatan. Mereka terpaksa menggunakan laluan lautan atlantik. Dimana laluan itu memerlukan mereka merentasi benua Amerika, Eropah dan Timur Tengah. Selepas berlps dari Los Angeles, tempat pertama pesawat itu berhenti adalah di New York. Mendarat di New York jam 10.23 malam dan berlepas kembali jam 12.50tgh malam. Dimana tempoh berhentinya adalah 2 jam 27 minit . Sempat ke dlam tempoh 2 jam setengah itu penumpang pesawat itu nak turun membeli belah di New York ? Shopping mall mana yang buka tengah2 malam ? Nak lepas imigresen berapa lama ? perjalanan drp airport ke bandar berapa lama ? Drp bandar nak balik ke airport berapa lama ? Pakai akal sikitlah. Selepas New York perhentian seterusnya adalah London. Dimana tempoh penerbangan drp London ke New York memakan masa lbh kurang 7-8 jam. Pesawat itu terpaksa berhenti sekali lagi utk mengisi minyak. Pesawat itu mendarat di London jam 11.45 pagi dan berlepas kembali jam 1.04 tgh menuju ke Dubai. 1 jam 19 minit tempoh pesawat itu berhenti di London. Sempat ke penumpang nak turun membeli belah ? Pesawat itu berlps dari London jam 1.04 tgh dan mendarat di Dubai jam 12.16 tgh malam. Dimana tempoh penerbangan dri London ke Dubai memakan masa 7-8 jam. Nanti ada yang tanya pula kan dari jam 1.04tgh hingga 12 .16 tgh malam dah hampir 12 jam. Tolong ambil kira perbezaan waktu antara negara ya. Waktu yg dinyatakan adalah WAKTU TEMPATAN. Pesawat itu mendarat di Dubai jam 12.16tghmalam dan berlepas kembali jam 1.53pagi. Dimana tempoh ianya berhenti utk mengisi minyak 1 jam 37 minit . Sempat ke dalam tempoh itu penumpang nak turun shopping ? Dan shopping mall mana yang buka di tengah2 malam begitu ? Berlepas dari Dubai jam 1.53 pg dan pesawat itu mendarat di Bangkok jam 11.11pagi. Penerbangan dari dubai ke Bangkok memakan masa lbh kurang antara 6-7 jam. Di Bangkok pesawat itu berhenti 2 hari dan membawa pulang PM yang mengadakan pertemuan tidak rasmi dgn PM Thailand. Waktu peristiwa MH370 dulu bukan main hebat hingga melahirkan ribuan pakar penerbangan. Tapi semua pakar taik kucing. Nak kenal pasti jenis pesawat, kapasiti minyak dan laluan penerbangan pun tak pandai. Patutlah senang2 ditipu oleh bapak peliwat. Teringat kisah black out dan ratusan ribu pengundi bangla. Hingga penuh stadium Kelana Jaya dan jem habis segala highway di lembah klang. Akhirnya semua kena tipu dgn bapak peliwat negara. Sumber : facebook faisal bin rohban Sehebat-hebat media Dajjal ini menipu akhirnya kantoi jua... Mungkin pencacai mahu ketua-ketua negara kita naik pesawat biasa, guna duit sendiri, tiada layanan istimewa sebagai ketua negara... Kalau begitu lebih baik Najib jadi orang biasa. Manakala Anwar, Lim Kit Sial atau Haji Hadi pun perlu jadi rakyat biasa tak perlu berangan-angan nak jadi Presiden atau Perdana Menteri Malaysia... jadi orang biasa dah cukup. Selalunya orang yang dengki pada nikmat dan keistimewaan orang lain adalah di kalangan mereka yang banyak berangan, tinggi nafsunya, bebal, tak tahu bersyukur dan kufur nikmat... Ciri-ciri ini adalah selari dengan perangai para pencacai palatan yang juga pengikut Dajjal akhir zaman. Pesan kamilah...kami tahu ramai para pencacai ni yang bebal tapi simpan-simpanlah sedikit kebebalan kamu tu, jangan tunjuk sangat ...buat malu jer tabur fitnah akhirnya kantoi jua. Jangan fikir kamu pandai berbohong kerana ada orang yang lebih pandai membongkar pembohongan kamu... | ||
BILA TIN-TIN MILO DAN KARUNG-KARUNG BERJALAN-JALANAN...SIAPA YANG AKAN KENYANG SEBENARNYA? Posted: 05 Jan 2015 06:00 AM PST Asal ada bencana dan malapetaka mereka akan ambil kesempatan. Asal ada kesempatan disitu mereka berada dan disitu akan timbul bencana. Bukan nak pertikai keikhlasan mereka tetapi dah banyak kali rakyat kena tipu. Tabung Memali lesap Tabung Lahad Datu lenyap Tabung MH 370 songlap Tabung MH 17 senyap Tabung Jihad Palestin pun kena gelap Tabung untuk peneroka sawit kena rembat Tabung untuk penoreh getah kena kebas Tabung mangsa banjir 2013 dulu mana perginya? Semuanya ranap, rakyat dapat apa??? Sedar-sedar pemimpin dapat beli Vellfire, BMW dan Audi model terkini, dapat melancong sana sini, perut makin membuncit disorok dengan leretan jubah-jubah, dagu dan leher mula berlapis disorok dengan janggut kononnya sunnah...bini pun makin bertambah. Bagi pula amanah kepada mereka yang diketahui ada rekod silam yang tak bagus... Ntah apalah nasib duit rakyat nanti...jangan kita terpukau lagi dengan pelbagai hadis dan ayat-ayat suci dan kata-kata manis yang terbit dari mulut pemimpin-pemimpin PAS ini. Kutipan yang tidak pernah diaudit disalahguna untuk kepentingan parti atas nama jihad. Dulu banyak wang kutipan yang digunakan sebagai dana pilihanraya ke 13. Banyak juga digunakan untuk mencetuskan huru hara semasa perhimpunan Bersih, Turun, Tolak GST dan sebagainya. Tanya pada Bendahari PAS; Dr Hatta Ramli yang juga MP Kuala Krai tempat paling teruk ditimpa musibah tsunami banjir lumpur dan balak...kemanakah wang-wang kutipan selama ini pergi? Bukankah dia dulu yang bertanggungjawab menjadi Bendahari bersama mengumpul pelbagai dana untuk dibelanjakan bagi mencetuskan beberapa siri demonstrasi anti kerajaan selama ini? Bukankah dia juga bertanggungjawab mengupah para gedebe-gedebe seluruh negara, menyewa berpuluh-puluh bas dan kenderaan di seluruh negara termasuk paling besar peserta dari Kuala Krai, Kota Bharu, Tumpat dan Pasir Mas turun dijalanan merusuh, memaki hamun pihak berkuasa, merosakkan harta benda dengan begitu bongkak dan angkuh sekali di Kuala Lumpur suatu masa lalu? Seolah-olah negara tidak ada undang-undang dan seolah-olah Allah merestui kelakuan gedebe mereka! Kini mereka mahu kutip duit rakyat lagi...adakah kita masih mahu percaya lagi? Boleh la lepas ni bolehlah mintak kat tokey-tokey balak dan kroni-kroni mereka dari DAP itu...duit balak adalah duit rakyat. Wajar rakyat mendapat royalti balak itu. | ||
MENTERI YANG SUNGGUH MENAKJUBKAN Posted: 05 Jan 2015 04:43 AM PST
| ||
PENCACAI PANAS BILA TPM LANCAR SUKARELAWAN PASCA BANJIR KE PANTAI TIMUR Posted: 05 Jan 2015 12:43 AM PST Dalam minggu ini saja berpuluh-puluh bah beratus-ratus agensi Kerajaan Pusat dan Negeri, NGO's, syarikat swasta dan parti komponen Barisan Nasional (BN) menghantar beribu-ribu sekarelawan ke Kelantan, Pahang dan Terengganu. Itu belum masuk lagi sumbangan yang telah dijanjikan oleh YAB Perdana Menteri sebanyak RM550 juta semasa musibah banjir sedang memuncak. Kalau dicampur-campur segala bantuan yang diberikan sudah pasti mencecah lebih RM 1 bilion dan kebanyakkannya telah disumbangkan kepada negeri Kelantan yang terjejas teruk. Pasti ramai yang mula mempersoalkan kenapa asyik-asyik Kelantan...semua sukarelawan nak pergi Kelantan...bantuan semua ke Kelantan. Negeri-negeri lain apa cerita??? Hakikatnya tidak boleh dinafikan negeri tersebut adalah paling terjejas teruk akibat tsunami banjir lumpur dan kayu balak. Nak harapkan PAS Kelantan handle...mintak maap lah. Nasib baik MB baru ni ada hubungan baik dengan Najib dan kerajaan BN-UMNO lebih utamakan kebajikan rakyat. Kalau Najib dan BN nak balas dendam inilah masa yang terbaik, namun Islam tak ajar umatnya berdendam. Itu menunjukkan sikap Najib sebagai seorang negarawan pilihan rakyat. BN pun tak zalim...buktinya mereka tetap membantu Kelantan walaupun negeri itu diperintah PAS. Semuanya atas dasar kemanusiaan dan kesatuan ummah. Balak membawa bala Akibat aktiviti pembalakkan, banjir besar telah menghanyutkan kayu-kayu balak yang meluru laju seperti peluru berpandu menghantam rumah-rumah, jambatan dan segala bangunan di laluannya hingga hancur lebur. Kini banjir itu semakin kering meninggalkan kesan yang amat dahsyat. Selut lumpur hasil keladak tanah-tanah balak apabila kering akan mengeras dan meniupkan debu-debu kotor. Ketika inilah khidmat para sukarelawan pasca banjir diperlukan untuk membersih segala kekotoran, memberikan khidmat memasak, kaunseling, membaiki kerosakan, rawatan kesihatan dan sebagainya. Semuanya ada dalam Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang perlu dipatuhi oleh semua pihak. Tak tahulah kalau ada pihak pembangkang, ahli-ahli politik atau profesor kongkang yang dungu tak pernah tengok, kaji atau dengar Arahan tersebut. Sebabnya tak heran ada kalangan mereka sendiri yang tak tahu Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Negeri-Negeri. Kalau tak tahu undang-undang apa guna jadi warganegara Malaysia apatah lagi jadi pemimpin politik? Berbalik pada soal kesukarelawan rasanya dah begitu banyak kumpulan sukarelawan telah menabur bakti khidmat pada mangsa-mangsa banjir. Keadaan air banjir di Kelantan dan Terengganu sudah surut telah membolehkan sukarelawan pergi berkhidmat. Sedangkan di Pahang ada sesetengah tempat masih digenangi air lumpur dan belum kering sepenuhnya. Sukarelawan Jabatan Perdana Menteri Pagi tadi kumpulan pertama Sukarelawan Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri di bawah YAB PM telah dilancarkan dengan pendaftaran seramai 5,000 orang. Sukarelawan yang pergi terdiri lebih dari 400 orang sedangkan yang menunggu di perjalanan dan di negeri-negeri dicampur telah mencecah seramai 1,500 orang. 3,500 orang lagi sudah berada di pelbagai negeri lain. Kumpulan pertama ini dilancarkan oleh YAB TPM akan menabur khidmat bakti selama seminggu di Kelantan sebelum diganti dengan kumpulan kedua pada minggu berikutnya. Untuk fasa kedua dan seterusnya penghantaran sukarelawan ini akan berangkat ke Pahang, Perak, Johor dan lain-lain negeri yang terjejas banjir untuk melakukan kerja-kerja pemulihan pasca banjir. Kalau nak ikutkan anggaran kerugian akibat banjir kali ini melebihi RM1 bilion termasuk pelbagai kerugian infrastruktur-infrastruktur awam yang dialami di negeri-negeri pantai timur terutamanya Kelantan. Ini tak termasuk lagi taksiran bagi program pembinaan rumah-rumah baru atau penempatan-penempatan baru bagi rakyat. Dengan bajet yang terhad, Kerajaan Pusat masih mahu membantu rakyat demi kesejahteraan negara. Namun adakah puak-puak pencacai sedar tanggungjawab berat tersebut atau sekadar tunggu sambil-sambil mencaci cerca mana yang patut asalkan kerajaan dipandang lemah. Banyak rumah baru di penempatan baru perlu dibina. Namun jangan kebaikan kerajaan Pusat ini menyebabkan kerajaan negeri Kelantan ambil kesempatan lepas tangan tak membantu lepas tu mengaku pulak itu ini mereka yang lakukan. Pencacai mereka pula terus mencaci hina kononnya kerajaan Pusat tak membantu langsung. Tapi apa yang mereka buat untuk bantu rakyat??? Kutip derma yang tak pernah diaudit lepas tu hilang lesap entah ke mana... Tu pun masih ada juga puak-puak pakatan pengemis yang nak tuntut duit Royalti minyak RM3 bilion kononnya itu hak mereka. Masih tak insaf dengan bala bencana dan tak bersyukur walaupun masih ada pihak yang tak putus-putus bagi sumbangan. Kalau begitu apa kata segala sumbangan kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri Kelantan dikira setiap sen dan ringgit sejak tahun 1990 hingga sekarang dicampur dengan sumbangan banjir kemudian ditolak dengan nilai RM3 bilion yang dituntut itu. Jika berlebihan puak-puak pengemis royalti itu perlu membayar semula kepada kerajaan Pusat. Amacam boleh? Rakyat di negeri-negeri lain juga memerlukan rumah dan berdasarkan janji kerajaan akan membina rumah-rumah mampu milik seperti PR1MA untuk rakyat yang tiada rumah terutamanya golongan belia baru bekerja. Namun hakikatnya sudah ada gerakan menabur fitnah untuk mensabotaj gerakan kesukarelawan yang diusahakan kerajaan. Tu belum masuk lagi pelbagai program kerajaan yang telah dicaci hina oleh mereka yang masih bebal dan tak mahu bersyukur langsung. Bantuan tak sampai... Rakyat kelaparan tidak dipedulikan Najib... Kami nak nasi bukan nak Najib, Sukarelawan kerajaan makan angin perabis duit rakyat, Sukarelawan BN tak tutup aurat, gedik...selfie jer lebih Najib kena e-Coli sebab dosa abaikan rakyat... Kami nak rumah yang tinggi bebas banjir.... Semua ini adalah sebahagian dari caci fitnah yang mula didendangkan oleh pencacai-pencacai Palatan yang panas melihat kesungguhan kerajaan Pusat membantu rakyat sedangkan pemimpin mereka hanya duduk diam dan tahu mengutuk saja. Patutlah Nabi pernah berpesan sesungguhnya kefakiran dan kesusahan akan mendekatkan manusia kepada kekufuran. Inilah manusia... |
You are subscribed to email updates from MyMassa | Dialog Dewasa, Kritik Berasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |