BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- Janda anak tiga lepas gian dengan kekasih dalam hotel
- Teman wanita mimpi lakukan hubungan seks dengan nenek
- Bonus kakitangan awam diawalkan
- PM terkena jangkitan E.Coli, disuruh berehat
- Penyampai radio wanita terlampau
Janda anak tiga lepas gian dengan kekasih dalam hotel Posted: 05 Jan 2015 03:15 PM PST
Perbuatan tidak bertanggungjawab wanita itu terbongkar selepas dia dicekup kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah bersama teman lelakinya dalam sebuah bilik hotel bajet di Jalan Bendahara di sini hari ini. Serbuan melalui operasi dinamakan 'Ops Hotel' itu dijalankan oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri yang diketuai Inspektor Shahibul Najib Kamaruddin. Sumber berkata, pihak polis bertindak menyerbu bilik hotel disewa oleh janda berusia 37 tahun itu bersama kekasihnya berusia 30 tahun selepas mendapat maklumat daripada orang awam yang mengadu premis terbabit dijadikan lokasi penagih melepaskan gian. "Rahsia janda itu terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah terbongkar hasil maklumat orang awam yang mengesan hotel tersebut dijadikan tempat melepaskan gian kerana sering dikunjungi oleh individu mencurigakan, disyaki penagih," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Sumber berkata, hasil pemeriksaan ke atas pasangan kekasih itu, polis menemukan dua peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu. Ujarnya, dalam serbuan di sebuah bilik berasingan di hotel sama, polis turut menahan seorang wanita berusia 24 tahun kerana didapati memiliki dadah jenis syabu. Hasil siasatan lanjut, katanya, polis turut menemukan satu keratan tiub straw berisi ketulan kristal disyaki syabu seberat 0.10 gram daripada wanita berkenaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Gan Tian Kee ketika dihubungi mengesahkan tangkapan ketiga-tiga suspek dan ujian saringan air kencing mendapati mereka positif mengambil dadah. Katanya, ketiga-tiga suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/janda-dicekup-bersama-kekasih-ketika-lepas-gian-di-bilik-hotel-1.44576#sthash.4ngjLLBB.dpuf | ||
Teman wanita mimpi lakukan hubungan seks dengan nenek Posted: 05 Jan 2015 01:01 AM PST Florida – Akibat marahkan teman wanitanya kerana bermimpi dia melakukan hubungan seks dengan neneknya yang telah meninggal dunia, seorang lelaki bertindak merosakkan kereta wanita tersebut. Casey Molter berbuat demikian kerana tidak sukakan mimpi berkenaan dan menyifatkan kekasihnya itu sebagai gila. Selepas mendengar bahawa wanita itu bermimpi bahawa neneknya bangkit dari kubur dan melakukan seks luar biasa dengannya, Molter mengamuk dengan menghempas telefon bimbit, menoreh tayar kereta Nissan Altima yang diberikannya kepada teman wanita dan mematahkan cermin sisi kereta tersebut sebelum mengencingkannya serta meletakan kondom terpakai pada objek tersebut. Molter memberitahu polis dia melakukannya kerana bengang dan marah disebabkan tidak dapat melupakan mimpi tersebut. Molter ditangkap selepas wanita berkenaan membuat laporan polis. – MYNEWSHUB.CC | ||
Bonus kakitangan awam diawalkan Posted: 04 Jan 2015 11:17 PM PST KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju pembayaran bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam dan bantuan khas RM250 kepada pesara kerajaan diawalkan iaitu pada 15 Januari ini. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, keputusan itu berikutan kerajaan prihatin dan memahami situasi semasa terutama sekali penjawat awam yang terlibat dalam bencana banjir. "Kerajaan berharap pemberian ini (pembayaran awal bonus) dapat meringankan beban penjawat awam akibat banjir serta membantu persediaan persekolahan anak-anak," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Banjir yang berlaku di beberapa negeri sejak pertengahan Disember lalu mengakibatkan ribuan penduduk terpaksa dipindahkan dengan angka semasa menunjukkan sejumlah 41,421 orang masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan. Dalam pembentangan Bajet 2015 pada Oktober tahun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian bonus itu yang sebelum ini dijadualkan dibayar kepada penjawat awam bersekali dengan gaji bulan Januari 2015. - Bernama | ||
PM terkena jangkitan E.Coli, disuruh berehat Posted: 04 Jan 2015 11:06 PM PST SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak difahamkan terkena jangkitan E.Coli semasa lawatan ke kawasan banjir. Perkara itu dimaklumkan menerusi Twitter rasmi Pejabat Perdana Menteri. "Doktor nasihat supaya berehat. Beliau akan kembali bertugas secepat mungkin," tulis kemaskini di laman mikro tersebut. Sementara itu, Najib menerusi Twitter beliau berkata akan terus memantau perkembangan perasi bantuan banjir dari rumah. Perdana Menteri baru-baru ini melawat beberapa kawasan yang dilanda banjir selepas pulang daripada bercuti. E.Coli atau Escherichia Coli ialah penyakit bawaan banjir, merupakan sejenis bakteria yang ditemui dalam usus organisma berdarah panas. Biarpun kebanyakan jenis E.Coli tidak berbahaya, ada juga yang boleh menyebabkan keracunan makanan yang serius kepada manusia, ia juga menyebabkan jangkitan cirit birit. | ||
Penyampai radio wanita terlampau Posted: 04 Jan 2015 06:23 PM PST Boleh jika nak mengada-ngada, tetapi kalau keterlaluan pun boleh buatkan orang rimas. Daripada mulanya orang suka, lama-lama boleh jadi menyampah. Inilah rata-rata komen yang SS dengar daripada kawan dan peminat wanita berkenaan penyampai cantik manis sebuah stesen radio popular yang mempunyai ramai pendengar ini. SS tidak menafikan kekuatan penyampai ini apabila ke udara sehinggakan berjaya terpilih untuk bekerja dengan barisan penyampai yang lebih senior. Awalnya dia disukai ramai kerana tarikan yang ada padanya. Namun lama kelamaan sikapnya bertukar agak 'menggelitis' membuatkan golongan hawa kurang menyenanginya. Setiap kali bersiaran, penyampai ini pasti akan menyanyi seolah-olah melepaskan ketagih nak berkaraoke. Cara ini mungkin boleh jadi tarikan untuk golongan adam dan ini mungkin strateginya untuk tarik peminat. SS faham ini cara penyampai itu untuk menarik pendengar serta mengekalkan rating program kendaliannya, tapi dia perlu juga fikirkan cara berkesan untuk jaga hati peminat. Dengan persaingan hebat industri radio sekarang, pastinya pendengar akan beralih arah ke stesen lain apabila meluat dengan sesebuah program yang disiarkan. SS harap perkara ini diambil positif oleh penyampai yang dimaksudkan serta penyampai lain. Carilah cara terbaik untuk hiburkan pendengar contohnya dengan memberikan informasi seperti keadaan cuaca, kesesakan jalan raya dan banyak lagi daripada asyik nak 'up' diri sendiri setiap masa. SS: Suka layan radio yang tenang dan penyampai tak berlumba-lumba untuk bercakap - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21498#sthash.AJdrX4EB.dpuf |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |