Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Cucu Tok Selampit

$
0
0

Cucu Tok Selampit


Menjawab Fitnah Pesawat Kerajaan Malaysia Berpoya-poya Keliling Dunia - Bahagian I

Posted: 05 Jan 2015 07:44 AM PST


Tidak berpuashati dengan saman PM terhadap mereka, Malaysiakini terus memperhebatkan serangan mereka terhadap Datuk Seri Najib berhubung isu pesawat rasmi Kerajaan Malaysia. Malaysiakini terus dengan ayat membunuh mereka 'jet PM keliling dunia'. Perkataan itu digunakan merujuk kepada jadual berlepas dan mendarat jet berkenan yang disiarkan oleh 'Flight Radar 24'. Namun mereka tidak menyatakan berapa lama pesawat itu berhenti dan untuk tujuan apa?

Pesawat berkenaan jenis A319. Lebih kurang saiz pesawat yang digunakan oleh Air Asia (A320). Di mana ianya tidak boleh melakukan penerbangan berbelas-belas jam sepertimana A380, B747 dan B777. Kerana kapasiti minyaknya tidak mencukupi. Sila masuk laman web Air Asia dan semak destinasi-destinasi mereka yang menggunakan pesawat A320. Lihat destinasi yang dituju perjalanannya berapa jam? Untuk perjalan lebih jauh air asia menggunakan pesawat lebih besar yang dinamakan Air Asia X.

Daripada Los Angeles untuk pulang ke Malaysia pesawat berkenaan tidak menggunakan laluan Lautan Pasifik iaitu melalui Jepun kerana saiznya yang kecil tidak memungkinkan mereka menggunakan laluan itu kerana faktor cuaca dan keselamatan. Mereka terpaksa menggunakan laluan Lautan Atlantik. Dimana laluan itu memerlukan mereka merentasi benua Amerika, Eropah dan Timur Tengah.

Selepas berlepas dari Los Angeles, tempat pertama pesawat itu berhenti adalah di New York. Mendarat di New York jam 10.23 malam dan berlepas kembali jam 12.50 tengah malam. Di mana tempoh berhentinya adalah 2 jam 27 minit. Sempat ke dalam tempoh 2 jam setengah itu penumpang pesawat itu nak turun membeli belah di New York? 'Shopping mall' mana yang buka tengah-tengah malam? Nak lepas imigresen berapa lama? Perjalanan daripada lapangan terbang ke bandar berapa lama?  Daripada bandar nak balik ke lapangan terbang berapa lama? Pakai akal sikitlah.

Selepas New York perhentian seterusnya adalah London. Di mana tempoh penerbangan daripada London ke New York memakan masa lebih kurang 7-8 jam. Pesawat itu terpaksa berhenti sekali lagi untuk mengisi minyak. Pesawat itu mendarat di London jam 11.45 pagi dan berlepas kembali jam 1.04 tengahari menuju ke Dubai. 1 jam 19 minit tempoh pesawat itu berhenti di London. Sempat ke penumpang nak turun membeli belah?

Pesawat itu berlepas dari London jam 1.04 tengahari dan mendarat di Dubai jam 12.16 tengah malam. Di mana tempoh penerbangan dri London ke Dubai memakan masa 7-8 jam. Nanti ada yang tanya pula kan dari jam 1.04 tengah hari hingga 12.16 tengah malam dah hampir 12 jam. Tolong ambil kira perbezaan waktu antara negara ya. Waktu yang dinyatakan adalah WAKTU TEMPATAN.

Pesawat itu mendarat di Dubai jam 12.16 tengah malam dan berlepas kembali jam 1.53 pagi. Di mana tempoh ianya berhenti untuk mengisi minyak 1 jam 37 minit. Sempat ke dalam tempoh itu penumpang nak turun shopping? Dan 'shopping mall' mana yang buka di tengah-tengah malam begitu?

Berlepas dari Dubai jam 1.53 pg dan pesawat itu mendarat di Bangkok jam 11.11 pagi. Penerbangan dari Dubai ke Bangkok memakan masa lebih kurang antara 6-7 jam. Di Bangkok pesawat itu berhenti 2 hari dan membawa pulang Dato Seri Najib yang mengadakan pertemuan tidak rasmi dgn PM Thailand. 

Waktu peristiwa MH370 dulu bukan main hebat hingga melahirkan ribuan pakar penerbangan. Tapi semua pakar taik kucing. Nak kenal pasti jenis pesawat, kapasiti minyak dan laluan penerbangan pun tak pandai. Patutlah senang-senang ditipu oleh bapak peliwat. Teringat kisah black out dan ratusan ribu pengundi Bangla. Hingga penuh Stadium Kelana Jaya dan habis sesak segala lebuh raya di Lembah Klang. Akhirnya semua kena tipu dgn bapak peliwat negara.

Setiausaha Agong NUTP Bangang - Bagaimana Nak Tangguh Yuran Sekolah Kalau Sudah Dimansuh?

Posted: 04 Jan 2015 08:26 PM PST


Agak pelik membaca kenyataan Setiausaha Agong Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) yang mencadangkan agar yuran persekolahan bagi anak-anak mangsa banjir ditangguhkan sehingga pertengahan atau akhir tahun ini bagi meringankan beban mereka? Persoalan yang timbul adalah yuran apakah yang dimaksudkan oleh Setiausaha Agong NUTP ini? Bukankah Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran sudahpun memansuhkan yuran sekolah sejak pembentangan Bajet 2011? 

Yang tinggal hanyalah sumbangan PIBG. Itupun dipanggil sumbangan dan bukannya yuran. Tambahan pula, sumbangan PIBG ditentukan dan diputuskan di dalam mesyuarat PIBG. Tak pastilah bagi yang bersekolah swasta atau Sekolah Antrabangsa, itu lainlah. Kalau NUTP sendiri boleh keliru dan kacau bilau dalam bab yuran sekolah, apatah lagi ibu bapa kebanyakan dan masyarakat amnya. Lagilah kabur.

Khemah IM4U - Tak Bagi Bising, Diberipun Memekak

Posted: 04 Jan 2015 04:51 AM PST


Tahun lepas, disebabkan masing-masing rasa mereka telebih Islamik dan takut keislaman mereka terjejas kerana terpaksa bercampur secara darurat akibat banjir, mereka mempersoalkan mengapa Kerajaan dan agensi-agensi terbabit tidak menyediakan khemah kepada mangsa-mangsa banjir. Mereka menyalahkan pusat-pusat pemindahan yang mencampuradukkan lelaki perempuan, kanak-kanak dan orang tua tanpa sebarang sekatan. Konon-kononnya takutkan pergaulan bebas!

Kemudian sebuah NGO telah menyediakan khemah untuk mangsa-mangsa banjir di Dungun. Bergegas puak-puak kopiah putih berbaju hijau pergi 'selfie' dekat depan khemah-khemah tu dan kemudian mendakwa merekalah yang punya kerja sampai mangsa-mangsa banjir dapat khemah. Bila perkara sebenar didedahkan, mereka terus menyorok kepala dan buat-buat bodoh.

Mac 2014, IM4U mengambil inisiatif menyediakan khemah-khemah untuk mangsa-mangsa banjir. Korea, Jepun dan China menjadi pilihan untuk mendapatkan khemah serta 'sleeping-bag' bagi mangsa-mangsa banjir.


27 Disember 2014, 1M4U memperkenalkan khemah-khemah atau petak-petak untuk mangsa banjir lebih selesa berkumpul bersama-sama keluarga mereka di pusat pemindahan. Pusat pemidnaahan pertama yang diberikan khemah-khemah ini adalah pusat pemindahan Sekolah Menengah Pengkalan Chepa (1). Walaupun ia merupakan petak-petak standard yang turut digunakan di negara-negara maju, ada juga suara-suara sumbang yang mempertikaikan khemah-khemah tersebut kerana kononnya tidak berbumbung, orang boleh tengok perempuan tidur, tidak selesa untuk suami isteri tidur bersama dan sebagainya.

Bayangkan dalam keadaan bersesak-sesak di sebuah pusat pemindahan. Kita di negara tropika sekalipun musim hujan melanda. Haba badan mangsa-mangsa banjir selain haba di ruang dalam pusat pemindahan itu sendiri sudah cukup untuk membuatkan kanak-kanak kecil yang cukup ramai di pusat-pusat pemindahan rimas. Apatah lagi pusat-pusat pemindahan bukannya pusat-pusat pemindahan kekal.

Ada yang bertanya dengan penuh jahil apa yang 1M4U buat semasa banjir. Sama ada mereka baghal atau sebaliknya, hanya mereka yang lebih tahu memandangkan 1M4U kerap kali mempromosikan permintaan untuk mendapatkan lebih ramai sukarelawan. Terbaru, khemah-khemah yang dipertikaikan oleh 'keyboard warriors' tetapi amat dihargai oleh mangsa-mangsa banjir, telah dihantar ke penempatan sementara mangsa banjir Institut Kemahiran Mara (IKM) Pekan, Pahang.

Kalau jahil sangat tak tahu apa yang 1M4U buat, elok layari di sini.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>