PEJUANG BANGSA |
MENGAPA SAMBUTAN MAULIDUL RASUL DI USM LEBIH RAMAI DARIPADA ANJURAN KERAJAAN DAP ? @dzainalabidin Posted: 05 Jan 2015 12:45 AM PST DIFAHAMKAN hanya 2,000 orang yang menyertai majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Pulau Pinang yang diadakan di Kepala Batas kelmarin. Jumlah itu mewakili kira-kira 40 kontinjen yang mengambil bahagian dalam perarakan yang bermula di Vision Park ke Masjid Abdullah Fahim. Bagi sebuah program yang berstatus 'peringkat negeri', jumlah penyertaan orang ramai ke program itu boleh dianggap mengecewakan. Ironinya di Universiti Sains Malaysia (USM) di bahagian pulau negeri ini, lebih 8,000 orang menghadiri acara sambutan sama yang dianjurkan Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNPP). Jumlah peserta itu mewakili sebanyak 177 buah kontinjen daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berarak sejauh tiga kilometer bermula di Padang Kawad, USM. Perarakan itu berakhir di Dewan Tunku Syed Putra USM untuk disusuli pula dengan acara ceramah perdana, qasidah dan nasyid. Sambutan lebih meriah umat Islam di negeri ini terhadap program Maulidur Rasul anjuran MTPNPP berbanding oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang adalah manifestasi rasa kecewa mereka terhadap kerajaan negeri. Kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat tidak bersungguh-sungguh untuk meraikan sambutan Maulidur Rasul. Tahun lalu, perarakan sama juga berlangsung dalam jarak singkat yang mana peserta hanya berjalan dari Padang Kota Lama ke Dewan Sri Pinang yang terletak bersebelahan dan tidak membawa sepanduk. Perubahan yang disifatkan sebagai 'penambahbaikan' oleh kerajaan negeri itu mengundang rasa kurang senang umat Islam di negeri ini apatah lagi secara tradisinya sejak 20 tahun lalu, Maulidur Rasul disambut cukup meriah di negeri ini. Apa yang menimbulkan persoalan adalah mengapa secara tiba-tiba Kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat tidak senang dengan perarakan sempena Maulidur Rasul. Sedangkan acara itu tidak mengganggu mana-mana pihak kerana diadakan jauh dari kawasan kediaman serta berlangsung pada hari cuti umum. Jika perayaan lain yang turut melibatkan perarakan boleh diberikan kebenaran, mengapa perarakan Maulidur Rasul yang mengambil masa hanya beberapa jam menjadi masalah besar kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang. Paling mengecewakan apabila wujud dakwaan Kerajaan DAP Pulau Pinang menolak permohonan MTPNPP untuk mengadakan sambutan Maulidur Rasul di Masjid Negeri. Sekiranya Kerajaan DAP Pulau Pinang benar-benar ikhlas untuk memeriahkan sambutan Maulidur Rasul di seluruh negeri ini, mereka akan membuka pintu dan memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk mengadakan acara tersebut. Adakah kerajaan negeri bimbang program yang dianjurkan pihak lain akan membayangi program anjuran mereka? Namun meskipun ditolak, program sambutan Maulidur Rasul anjuran MTPNPP itu tetap berlangsung meriah di USM berbanding program sama di peringkat negeri dan Kerajaan DAP Pulau Pinang sewajarnya berasa malu dengan hakikat itu. Tindakan itu sama seperti keputusan kerajaan negeri tahun lalu yang turut menggugurkan acara perarakan dalam sambutan tersebut dan peserta hanya berjalan dari Padang Kota Lama ke Dewan Sri Pinang di sini, yang terletak bersebelahan serta tidak membawa sepanduk. Keputusan itu menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Abul Kassim sebagai langkah 'penambahbaikan' oleh kerajaan negeri untuk kebaikan semua pihak. Keputusan kerajaan negeri itu mengundang rasa kurang senang masyarakat Islam di negeri ini memandangkan acara perarakan sambil berselawat ke atas Rasulullah merupakan acara tradisi dalam sambutan Maulidur Rasul di negeri ini sejak 20 tahun lalu. - |
You are subscribed to email updates from GENERASI PEJUANG BANGSA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |