PEJUANG BANGSA |
- TAUKE BALAK KELANTAN TEBANG MACAM TAK ADA UNDANG-UNDANG -MENTERI
- VIDEO: KERAJAAN DAP PILIH BULU BERI BANTUAN MANGSA RIBUT BALIK PULAU @dzainalabidin
- RIBUT : KERAJAAN PUSAT PERUNTUKKAN RM2 JUTA BAIKI RUMAH ROSAK @dzainalabidin @RRafizal @ReezalMerican
- Pemuda balun Mr Bean PAS bebal hina Umno idea kerajaan campuran
TAUKE BALAK KELANTAN TEBANG MACAM TAK ADA UNDANG-UNDANG -MENTERI Posted: 04 Jan 2015 07:59 AM PST |
VIDEO: KERAJAAN DAP PILIH BULU BERI BANTUAN MANGSA RIBUT BALIK PULAU @dzainalabidin Posted: 04 Jan 2015 06:24 AM PST Ketika perhatian seluruh negara bertumpu kepada bencana banjir besar di Pantai Timur,pada malam 30 Disember lalu lapan kampung di Balik Pulau dilanda ribut dan angin kencang. Kejadian antara jam 10.30 hingga 12 malam itu menyebabkan banyak rumah rosak teruk terutama bahagian bumbung yang diterbangkan angin. Antara kawasan yang terlibat di Jalan Tun Sardon, Jalan Sungai Pinang,Jalan Pondok Upeh,Jalan Titi Teras dan Jalan Sungai Pinang. Ekoran itu Ketua Bahagian UMNO Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya memberitahu sebanyak lebih RM2 juta diperlukan bagi kerja-kerja membaik pulih sejumlah 549 rumah termasuk masjid yang rosak. Balik Pulau ialah satu-satunya kawasan BN yakni UMNO di bahagian pulau di Pulau Pinang. Semua kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen dimenangi BN dalam pilihanraya umum ke 13 lalu. Isu ini mungkin nampak kecil tetapi jika betul seperti didakwa oleh Hilmi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan ia memberi gambaran tentang sikap kerajaan Pakatan pembangkang pimpinan DAP. Ketika kerajaan pusat dan seluruh jentera BN dan UMNO menghulurkan bantuan tanpa mengira mangsa itu penyokong parti mana di Balik Pulau pula lain ceritanya. Ahad, Dr Hilmi membidas tindakan kerajaan pimpinan DAP negeri yang kononnya memberikan bantuan secara selektif kepada mangsa ribut di Balik Pulau. Bercakap kepada wartawan sebelum membuat lawatan ke kawasan yang dilanda ribut,Dr Hilmi mendakwa beliau difahamkan kerajaan negeri hanya memberikan sumbangan wang tunai RM200 kepada setiap 200 mangsa yang terbabit dalam kejadian ribut itu. "Saya berasa kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang memilih mangsa untuk memberi bantuan kerana perkara ini akan mendatangkan masalah kerana perbuatan itu tidak adil kepada mangsa yang tidak mendapat bantuan tersebut," katanya. Katanya, bantuan harus diberikan kepada semua mangsa dan jangan ada yang tertinggal supaya ia akan dilihat sebagai bantuan yang adil. "UMNO tidak selektif dalam memberi bantuan malah rumah penyokong pembangkang juga kita baiki," katanya. Dr Hilmi berkata beliau telah mengenal pasti kos RM2.7 juta untuk membaiki rumah-rumah yang rosak. Katanya, kerja-kerja membaiki kerosakkan rumah telah dibahagikan kepada tiga tahap mengikut tahap kerosakan iaitu kritikal yang mendapat bantuan daripada RM5,001 kepada RM10,000, Sederhana (RM1,500-RM5, 000) dan Ringan (kurang RM1,499). "Kerja-kerja membaik pulih rumah telah diurus oleh JKKKP (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan) dan ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan) sebagai badan penilai menggunakan dana Parlimen Balik Pulau," katanya Katanya setakat hari ini, sebanyak 70 peratus rumah yang rosak dilanda ribut telah dibaik pulih di kawasan Balik Pulau dan kerja-kerja ini dijangka siap sebelum mulanya musim persekolahan Isnin minggu depan. ** Sebab kawasan ini dimenangi BN , itu kerajaan DAP hanya beri bantuan kepada rumah penyokong mereka sahaja dan orang UMNO tak bagi . |
Posted: 03 Jan 2015 08:21 PM PST Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi membaik pulih 549 rumah penduduk yang terjejas akibat ribut di sini Isnin lepas, kata anggota Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya. Beliau berkata 25 peratus daripada jumlah rumah terlibat telah selesai dibaiki secara bergotong-royong manakala baki dijangka siap sebelum sekolah dibuka pada 12 Januari ini. "Kerja membaik pulih diurus oleh JKKKP (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan) dan ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan) sebagai badan penilai menggunakan dana Parlimen Balik Pulau," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan kejadian hari ini. Beliau berkata peruntukan membaiki rumah yang rosak sama ada bumbung diterbangkan angin atau ditimpa pokok, diberi berdasarkan tiga tahap kerosakan, di samping bantuan kilat berupa wang tunai antara RM200 dan RM500. Dalam pada itu, Dr Hilmi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata, Firefly Airlines hari ini turut menyumbangkan 600 hamper bantuan untuk diagih kepada mangsa ribut. Dalam kejadian antara 8 malam dan tengah malam 29 Disember lepas, puluhan kedai makan, sekolah dan sebuah masjid terjejas akibat dipukul ribut melibatkan kira-kira 1,500 penduduk. Antara kawasan terlibat ialah 236 buah rumah di Kampung Sungai Rusa, Permatang Pasir (112), Kuala Sungai Pinang (39), Sungai Pinang (63), Pulau Betong (64), Jalan Bharu (21) serta Kuala Jalan Baru dan Pantai Acheh masing-masing tujuh buah. Jabatan Meteorologi sebelum ini dalam kenyataan berkata ribut berkenaan membawa angin Langkisau dengan kelajuan 50 kilometer sejam dan ia disifatkan yang terburuk sejak 1967. - Bernama |
Pemuda balun Mr Bean PAS bebal hina Umno idea kerajaan campuran Posted: 03 Jan 2015 07:02 PM PST MAHFUZ JANGAN HINA UMNO ! Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar tidak sepatutnya menghina Umno dengan melabelkan parti itu sebagai 3P kerana tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan campuran di Kelantan. Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhamad Rafii berkata, idea tersebut dikemukakan Penerbit Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub, bukan daripada pemimpin Umno atau BN. Mohd Razlan berkata, kenyataan Ahli Parlimen Pokok Sena itu ibarat orang lain yang makan nangka, orang lain pula yang terkena getah dan beliau perlu meminta maaf kepada Umno dan BN. "Menggelar Umno sebagai pendera, zalim dan pembuli adalah satu penghinaan. Sekalipun Mahfuz tidak setuju dengan idea itu, beliau tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata itu kepada Umno," katanya, semalam. Beliau mengulas kenyataan Mahfuz yang disiarkan dalam sebuah portal web bahawa "cadangan pembentukan kerajaan campuran Umno-Pas di Kelantan menunjukkan 'betapa jahat' parti lawannya itu." Mohd Razlan berkata, Pas sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan Pusat yang berusaha menghulurkan bantuan kepada kerajaan Kelantan bagi membantu mangsa banjir. "Kerajaan Kelantan tidak mempunyai dana yang cukup untuk memulihkan semula kemusnahan akibat banjir. Kita tidak nampak keikhlasan Pas atas bantuan yang diberikan Umno," katanya. Mohd Razlan berkata, kenyataan Mahfuz itu menunjukkan beliau seorang pemimpin yang tidak sensitif terhadap nasib yang menimpa rakyat di Kelantan. "Kemusnahan dan kehilangan harta benda tidak dirasai oleh beliau (Mahfuz), cuba turun padang dan rasai kesusahan yang ditanggung mangsa banjir. "Umno telah membuka tangan untuk bersatu dengan Pas selepas berpuluh tahun berpecah, cukup-cukuplah berpolitik demi kepentingan diri," katanya. Sementara itu, Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, pemimpin Pas itu sentiasa bersangka buruk terhadap pemimpin Umno dan berfikiran jumud terhadap idea kerajaan campuran. Nazir berkata, walaupun Mahfuz pemimpin Pas tetapi beliau adalah orang luar Kelantan yang tidak memahami masalah rakyat negeri itu yang menghadapi masalah selepas ditimpa musibah banjir. "Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin sendiri tidak menolak idea itu. Tindakan Mahfuz yang menghina Umno kerana tidak bersetuju dengan idea kerajaan campuran menunjukkan sikap tidak matangnya sebagai pemimpin," katanya. |
You are subscribed to email updates from GENERASI PEJUANG BANGSA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |