Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Isteri curang dipaksa 'susukan' kekasih dikhalayak umum

Posted: 03 Jan 2015 08:00 AM PST

INDIA: Akibat berlaku curang, seorang wanita yang sudah mempunyai suami dan dua orang anak dipukul dan dipaksa menyusukan kekasihnya di hadapan orang ramai kerana telah berlaku curang.

Selain itu, untuk memalukan lagi Wanita yang berusia 24 itu yang menetap di kampung Wardha di Mudhya Predesh turut dicukur kepala sebagai hukuman.

Menurut pihak polis, wanita tersebut telah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki yang berusia 20an yang dikenali sebagai Kamlesh.

Pasangan ini yang telah melarikan diri bagaimanapun berjaya dikesan oleh si suami dan membawa pasangan itu kepada ketua kampung.

Biarpun si suami tidak bersetuju dengan hukuman itu, namun orang kampung tetap mahukan hukuman itu dilaksanakan.

Bagaimanapun setelah kejadian itu, pasangan itu telah membuat laporan polis dan beberapa orang telah ditahan.

Nikah 'Skype'

Posted: 02 Jan 2015 10:37 PM PST

Kuala Lumpur: Dua suspek termasuk seorang wanita berusia 27 tahun ditahan polis Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor selepas dipercayai merancang untuk menyertai Kumpulan Militan Negara Islam (IS) di Syria.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, wanita terbabit yang juga bekas penuntut Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Lembah Klang ditahan pada 24 Disember lalu kerana terpengaruh untuk menyertai kumpulan IS selepas menonton video propaganda kumpulan itu di Youtube.

"Hasil siasatan dan risikan mendapati suspek turut berinteraksi dengan anggota kumpulan IS melalui Facebook yang dikenali wanita itu sejak pertengahan November lalu. Suspek turut berkahwin dengan lelaki berkenaan yang juga warga Maghribi pada pertengahan Disember lalu menerusi talian Skype," katanya dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Sementara itu, dalam tangkapan kedua seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan pada 28 Disember lalu selepas disyaki merancang ke Syria dan terbabit dalam serangan bunuh diri di negara itu.

Khalid berkata, kedua-dua suspek yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah bab VIA- Kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21043#sthash.C6nBJT8G.dpuf

Khalwat: Bangla sanggup sembah kaki

Posted: 02 Jan 2015 08:28 PM PST

ALOR SETAR - "Saya sanggup sembah kaki tuan. Tolonglah, lepaskan saya," demikian rayuan seorang warga Bangladesh bagi mengelakkan diri dicekup dalam operasi dijalankan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), kelmarin.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, lelaki berusia 27 tahun berkenaan ditahan bersama pasangannya seorang wanita Kadazan berusia 30.

"Lelaki Bangladesh itu memberitahu mereka merancang untuk berkahwin, malah teman wanitanya dalam proses mendalami Islam.

"Mereka antara 15 orang berusia antara 16 hingga 34 tahun yang ditahan dalam operasi di sekitar bandar raya ini," katanya.

Menurutnya, turut ditahan dalam operasi itu adalah duda anak dua bersama pasangannya berusia 30 tahun dalam hotel sama.

"Ketika serbuan, lelaki berusia 34 tahun itu cuba melarikan diri dengan terjun dari tingkat dua bilik hotel menggunakan selimut putih.

"Pasangannya pula memberikan alasan membeli peralatan persekolahan untuk anak pasangannya berusia 9 dan 14 tahun sebelum mengambil keputusan menyewa bilik hotel," katanya.

Dalam serbuan di hotel berlainan, seorang lelaki tidak berbaju dan hanya berseluar jeans pendek berusia 28 tahun cuba meloloskan diri melalui lubang siling tandas hotel.

Anggota Jaik bertindak mengetuk pintu tandas berulang kali namun lelaki berkenaan enggan keluar sebelum dipujuk pasangan wanitanya.

Syeikh Mohd berkata, wanita berusia 28 tahun berkenaan mendakwa mereka adalah sepupu yang datang dari Langkawi semata-mata mahu meraikan sambutan tahun baharu.

"Kesemua yang disyaki bersekedudukan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar sebelum dibawa ke Pejabat Jaik untuk disoal siasat," katanya.

Nafsu suami mabuk

Posted: 02 Jan 2015 04:01 PM PST

GEORGETOWN - Gara-gara menegur suami yang baharu pulang rumah dalam keadaan mabuk, seorang isteri terpaksa menerima 15 jahitan di kepala selepas dipukul dengan pinggan kaca di pangsapuri Krystal Heights, Gelugor di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa yang berusia 30 tahun dikatakan sedang tidur dan menyedari suaminya pulang dalam keadaan mabuk selepas menjerit dan membaling barang.

Menurut sumber, mangsa hanya membiarkan perbuatan suaminya itu namun selepas keadaan tenang, dia cuba menegur perbuatan itu.

"Sebaik keadaan reda, mangsa menegur perbuatan suaminya itu namun suspek yang masih gagal mengawal perasaan terus mengambil pinggan kaca lalu mengetuk kepala mangsa hingga berdarah.

"Mangsa yang bekerja sebagai kerani akaun kemudian terus mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan polis di tempat kejadian menemui sebahagian pinggan kaca yang pecah.

Mior Farid berkata, polis sedang mengesan suami mangsa yang berusia 33 tahun itu.

"Kita akan menjalankan tangkapan ke atas suspek secepat mungkin mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

"Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>