waadat |
Perumahan baru untuk mangsa banjir Posted: 03 Jan 2015 05:17 AM PST Demang menetap di Jengka Pahang sejak 1974 hingga 1996. Ertinya Demang tidak sempat banjir besar 1971. Biarpun sepanjang musim banjir 2014 ini Demang tidak berkesempatan untuk ke Jengka namun setiap detik kritikal tersebut menjerat hati Demang di sana. Media sosial menjadi wadah komunikasi bagi mengikuti perkembangan semasa. Demang insaf, betapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Hari ini kebanyakan tempat diberitakan sudah mula surut. Kerja pembersihan sedang rancak dan ternyata lebih sukar berbanding tugas memindahkan barang semasa banjir. Berapakah nilai kerosakan harta benda dan berapa banyakkah wang yang perlu disediakan bagi menggantikan perkakas yang musnah? Ini adalah bencana dan ia bukan suatu pilihan. Jika rumah kita tidak berada di kawasan terbabit itu bukan bermaksud kita tidak terlibat. Justeru yang ditimpa musibah secara langsung tidak sepatutnya menanggung kesan secara sendirian. Seluruh sumber dalam negara seharusnya ditumpukan pada kawasan terlibat. Barangkali ini kesempatan yg baik utk kerajaan menyusun semula perumahan negara. Bina pertempatan baru untuk mangsa banjir. Gunakan tanah rezab untuk bina rumah kos sederhana. Jangan sesekali bina flat atau rumah kos rendah. Jika rumah tersebut tidak mampu diberi percuma, permudahkan mangsa banjir membayar harga kos sahaja dan dibuat secara ansuran yang rendah. Ini bukan masanya mengira untung. Nasihat Demang, fikirkan hikmah besar di sebalik banjir 2014. Kerajaan tidak seharusnya melepaskan peluang ini jika masih mahu menguasai parlimen pada PRU akan datang. Ia bukan sekadar menghulur beras dan sardin. |
Posted: 02 Jan 2015 04:43 PM PST Sempena sambutan maulidurrasul hari ini Demang letakkan ringkasan latar belakang baginda yang Demang terima melalui media sosial. Demang percaya anda sudah faham konsep media sosial. Ia ibarat anda sedang berjalan kaki untuk ke kedai runcit dan seorang jiran menegur daripada tingkap rumahnya: "Tadi ada pengumuman kat surau, hj kasam meninggal". Anda mengangguk sambil terus berjalan. Sampai di kedai, anda dapat khabar rupa-rupanya isteri kasam yang meninggal. Nanti, jangan terus percaya berita itu sehinggalah anda sendiri menziarahi simati atau diberitahu oleh orang yang ada 'authority' seperti tok siak, imam dan sebagainya. Demang mohon maaf jika catatan di bawah kurang tepat. Sila buat rujukan tambahan dan dapatkan pengesahan daripada guru anda. Kita adalah ummat Muhammad saw. Ummat terbaik yang dijanjikan Allah taala. Nama: Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab Nama-nama lain : Nama-nama Gelaran : Bangsa : Agama : Tarikh Lahir : Bidan Nabi : Tempat Lahir : Bilangan Adik-beradik : Nama Ibu : Nama Ibu Susuan : Nama-nama Pengasuh : Nama-nama Isteri : Nama-nama Anak : Nama-nama Bapa Saudara : Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa : Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam : Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan : Nama-nama Hamba Lelaki : Nama Anak Angkat : Nama-nama Khadam : Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran : Setiausaha Sulit : Sifat Fizikal : Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang : Sifat-sifat Yang Mustahil: Sifat-sifat Yang Harus : Pendidikan : Pekerjaan : Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul Guru Pertama : Tugas Utama : Jawatan Yang Diamanahkan : Keistimewaan : Gelaran Dari Kalangan Nabi : Kenangan Manis : Kenangan Pahit : Pengalaman Pertama Menerima Wahyu Pengalaman Yang Paling Menakutkan : Hijrah ke Madinah Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam : Sahabat-sahabat Kanan : Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat : Berita Yang Mengembirakan : Berita Yang Menyedihkan : Peristiwa Yang Mengembirakan : Penglibatan Dalam Peperangan : Nama Tempat Yang Pernah Dilawati : Catat Rekod Dunia : Isteri Yang Paling Disayangi : Anak Yang Paling Disayangi : Cucu Yang Paling Disayangi : Sahabat Yang Paling Disayangi : Nasihat Nabi : Wasiat Nabi : Syafaat Nabi : Tarikh Wafat : Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas ) |
You are subscribed to email updates from waadat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |