BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- Tak Dapat Balik Waktu Banjir Sebab Tak Ada Tiket – Anwar
- Kakak angkat ajar saya 'hisap'...
- Mengaku berbelas kali lakukan seks
- Konsert Ambang Tahun Baru DAP Pulau Pinang penuh aktiviti tak senonoh
- Banjir hapus 'sampah-sarap' politik
Tak Dapat Balik Waktu Banjir Sebab Tak Ada Tiket – Anwar Posted: 02 Jan 2015 07:52 AM PST Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak dapat pulang lebih awal dari percutiannya ketika banjir buruk melanda beberapa negeri di semenanjung kerana ketiadaan tiket penerbangan. Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut bagaimanapun mengingatkan semua pihak termasuk jentera partinya supaya tidak terlalu berpolitik dan lebih menumpukan kepada usaha membantu mangsa banjir. "Saya minta maaf lambat datang. Saya tiada keupayaan untuk balik segera kerana tidak ada penerbangan, tempahan tiket tak boleh ditukar. "Saya mohon supaya semua pihak beri tumpuan kepada kerjasama dan bagi ruang serta peluang kepada semua yang mahu membantu, jangan ada cengkaman politik mahupun diskriminasi. "Jangan lihat dari segi kepentingan politik, lihat kepada kepentingan rakyat." [WAJIB BACA INI: Anwar Kongsi Simpati Mangsa Banjir Dari UK Jerr!] Sebelum ini, Anwar menerima banyak kritikan daripada pelbagai pihak kerana tidak muncul untuk sama-sama menghulurkan bantuan ketika banjir melanda. Anwar dilaporkan berada di United Kingdom ketika tragedi tersebut. Semalam (Khamis), barulah beliau akhirnya didapati muncul di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan. – MYNEWSHUB.CC | ||
Kakak angkat ajar saya 'hisap'... Posted: 01 Jan 2015 11:01 PM PST
Remaja itu diberkas anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang melakukan operasi bersepadu sempena sambutan tahun baru 2015, awal pagi semalam. Pasangan itu yang diarahkan menjalani ujian air kencing didapati positif mengambil dadah syabu. Ketika ditahan, pelajar sebuah sekolah menengah di Sungai Buloh itu turut mengaku mengambil dadah bagi tujuan mendapatkan keseronokan. Menurutnya, dia bukanlah penagih dadah tegar, tetapi lebih kepada melayan sifat ingin tahu terhadap 'rasa' dadah. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/20880#sthash.C5N2kdcL.dpuf | ||
Mengaku berbelas kali lakukan seks Posted: 01 Jan 2015 07:05 PM PST ALOR SETAR - Perkenalan di aplikasi sosial WeChat membawa kepada pertemuan sulit sekumpulan remaja di sebuah hotel pada malam tahun baharu, semalam. Tujuh remaja berkenaan bagaimanapun dapat dicekup 33 penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) ketika Operasi Tahun Baharu bermula 12 tengah malam sehingga 5 pagi di sekitar bandaraya Alor Setar, dekat sini. Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, tujuh remaja berusia antara 16 hingga 18 tahun itu dipercayai menyewa sebuah bilik hotel sama. Difahamkan, mereka juga membawa tilam tambahan dipercayai untuk tujuan maksiat. Menurutnya, empat daripada mereka adalah lelaki manakala selebihnya wanita. "Hasil soal siasat mendapati sebilangan mereka memiliki rekod buruk. "Salah seorang daripada mereka merupakan bekas penghuni pusat pemulihan akhlak. Dia yang berusia 17 tahun mendakwa sudah bekerja di sebuah pusat snuker dan telah dibuang keluarga," katanya. Syeikh Mohd berkata, ada di antara mereka sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan dua daripada mereka didapati sudah tidak bersekolah. "Seorang remaja perempuan pula mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan lelaki bukan Islam. "Ada juga yang mengakui sudah melakukan hubungan seks sebanyak berbelas kali," katanya. Dalam kejadian berasingan, dua remaja perempuan turut ditahan bersama seorang remaja lelaki yang sedang tidur dalam serbuan di sebuah hotel. Ketika diserbu, seorang remaja perempuan mendakwa berkongsi bilik beramai-ramai dan tidak melakukan sebarang kesalahan. Kes disiasat mengikut Seksyen 9 (1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 1988, manakala remaja berkenaan dilepaskan dengan jaminan. | ||
Konsert Ambang Tahun Baru DAP Pulau Pinang penuh aktiviti tak senonoh Posted: 01 Jan 2015 05:01 PM PST PULAU PINANG 1 Jan. - Aksi sekumpulan penonton dipercayai mabuk mencemari Konsert Ambang Tahun Baharu yang berlangsung dengan kerjasama kerajaan DAP Pulau Pinang di Padang Kota Lama di sini malam tadi. Konsert yang diteruskan walaupun mendapat gesaan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya dibatalkan bagi menghormati mangsa banjir di pantai timur tersebut bermula kira-kira pukul 6.30 petang. Kelakuan tidak terkawal lebih 30 pengunjung dipercayai warga asing itu semakin membimbangkan apabila mereka bertindak agresif memanjat antara satu sama lain ketika artis tempatan membuat persembahan pada pukul 11.30 malam. Kumpulan berkenaan mengibarkan bendera dan lambang pertubuhan mereka sepanjang konsert berlangsung dan membuka baju, malah ada ketikanya hampir merempuh pagar keselamatan. Advertisement Keadaan menjadi tidak terkawal ketika persembahan artis tempatan kira-kira pukul 12.15 tengah malam berikutan seorang penonton wanita dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak memanjat pentas dan enggan turun. Sementara itu, seorang pengunjung tempatan, Norazlina Hamdan, 38, dari Butterworth berkata, dia terkejut melihat aksi agresif segelintir penonton yang hadir bagi sambutan ambang tahun baharu itu. Katanya, dia datang bersama suami dan anaknya sempena cuti umum termasuk untuk menderma kepada tabung mangsa banjir dilancarkan, namun berasa kecewa dengan sikap penonton yang tidak menghormati negara yang masih bersedih dengan bencana banjir besar di Pantai Timur. "Orang ramai ingin berhibur secara sihat tetapi mereka mencemarkan sambutan dengan perbuatan tidak senonoh," katanya kepada Utusan Malaysia. Seorang lagi pengunjung, Mohd. Roslan Shaari, 35, dari Bayan Lepas berkata, pengunjung harus lebih peka dengan perkembangan semasa terutama bencana banjir di Pantai Timur di sebalik sambutan tahun baharu itu. "Jika hendak berhibur sekalipun, biarlah berpada-pada. Saya harap pihak berkuasa dapat memantau supaya apa yang berlaku pada konsert ini tidak berulang," katanya. | ||
Banjir hapus 'sampah-sarap' politik Posted: 01 Jan 2015 04:18 PM PST SHAH ALAM – Banjir yang melanda Kelantan baru-baru ini bukan sahaja menghapuskan sampah-sarap dan kekotoran akibat bencana itu, tetapi membawa mesej atau iktibar agar segala 'sampah-sarap' dan pemikiran politik kotor dapat dihapuskan demi perpaduan rakyat khususnya orang Melayu dan Islam. Demikian pandangan Presiden Dewan Perdagangan Malaysia, Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang bersetuju dengan cadangan Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub agar Umno dan Pas Kelantan bergabung dalam satu kerajaan campuran bagi memudahkan usaha membaik pulih negeri itu selepas banjir. "Bagi orang Islam, biasanya apabila berlaku bencana alam seperti ini kita kena cari pengajaran dan hikmah yang mahu ditunjukkan ALLAH SWT. |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |