PEJUANG BANGSA |
MALAPETAKA BESAR BANJIR BERPUNCA PEMBALAKAN DI HULU KELANTAN ? #Pray4PantaiTimur Posted: 30 Dec 2014 05:59 PM PST Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan banjir yang melanda negeri ini sebagai malapetaka besar dan bukan fenomena biasa. Pada masa yang sama, beliau mengumumkan kerajaan akan membina kediaman sementara dalam bentuk blok supaya mangsa banjir di negeri ini dapat menduduki kediaman tersebut untuk sementara waktu sehingga penempatan kekal dibina. Beliau berkata, pihaknya perlu berunding dengan Kerajaan Pas Kelantan terlebih dahulu sebelum penempatan kekal dapat dibina. ''Hari ini saya membuat tinjauan di daerah Gua Musang dan Kuala Krai, kedua-dua daerah ini merupakan kawasan yang paling berat atau teruk sekali. ''Saya juga melihat keadaan di jambatan antara Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru yang mana air di kawasan itu naik hampir ke paras tiang lampu, cuba bayangkan jambatan itu sudah tinggi tetapi air naik lebih tinggi sehingga mencecah lampu jambatan ini. ''Keadaan ini menggambarkan betapa dahsyat malapetaka menimpa negeri ini khususnya kawasan Kuala Krai sebab itu lawatan saya telah dapat kesimpulan, kita perlu melihat ini sebagai satu bencana atau malapetaka yang sangat berat dan bukan banjir biasa,'' katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengakhiri lawatan sehari meninjau mangsa banjir ke Gua Musang dan Kuala Krai di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini hari ini. Najib berkata, malapetaka tersebut berlaku disebabkan pembukaan tanah secara berleluasa terutama pembalakan yang berlebihan sehingga memberikan kesan kepada alam sekitar. ''Tidak ada keadaan semula jadi yang boleh menahan air daripada turun ke sungai dengan begitu pantas. Kedua, balak yang mengalir dalam sungai membawa kesan sebab balak itu menutup laluan jambatan yang menyebabkan air melimpah kiri dan kanan jambatan Manek Urai,'' katanya. Sementara itu, katanya, pembinaan rumah sementara itu tidak termasuk dalam peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta yang diumumkan untuk negeri-negeri yang ditimpa bencana alam itu. ''Ini semua kos tambahan yang saya dapat andaikan besar kali ini kalau kita hitungkan keperluan untuk seluruh negara, ini merupakan keperluan perbelanjaan yang cukup besar dan tidak dirancang tetapi perlu diperuntukkan oleh kerajaan. ''Saya tanya berapa rumah yang musnah di Kuala Krai mereka tidak dapat bagi tahu saya secara tepat tetapi beratus buah rumah yang telah musnah sama sekali. ''Yang tidak musnah pun mengalami kerosakan yang begitu berat sekali, saya berasa amat sedih dan apa yang saya lihat menyayat hati saya,'' katanya. |
BENCANA BANJIR LUAR BIASA & KEMUSNAHAN DASYAT - @NajibRazak Posted: 30 Dec 2014 05:01 PM PST Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri sebagai luar biasa dengan kemusnahan yang serius dan dahsyat. Najib berkata, kerugian yang besar bukan sahaja ditanggung pada peringkat individu tetapi juga pada peringkat kerajaan Persekutuan. "Saya diberitahu sampai tiga hari tak ada bekalan makanan sebab keadaan kali ini amat luar biasa. Air naik begitu mendadak dan arus amat deras. " Tentu sekali skala kerosakan dan kemusnahan pada kali ini sangat dahsyat dan serius. Kesan dari segi kerugian pada peringkat individu adalah besar," kata Najib pada sidang akhbar selepas melancarkan Skuad Cuci Banjir Wanita UMNO/BN di Menara Dato' Onn hari ini. Jelas Najib, kerajaan juga bakal berhadapan dengan perbelanjaan tambahan yang tidak terduga dengan jumlah amat besar terutama sekali bagi membaik pulih kemudahan asas seperti jalan raya, sekolah dan lain-lain. Menurut Najib, kerajaan telah mengambil tindakan fasa pertama iaitu untuk menyelamatkan mangsa-mangsa banjir telah dilakukan dengan berjaya. Mangsa-mangsa banjir telah ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir sementara dan memastikan bantuan-bantuan terutama makanan disampaikan kepada mereka. Ketika ini pihak kerajaan sedang membuat anggaran awal jumlah kos yang bakal ditanggung bagi kerja-kerja bantuan dan baik pulih. "Kita belum tahu lagi jumlah kerugian. Saya telah minta anggaran awal terutama bilangan keluarga yang rumah mereka musnah sam sekali. "Saya mahu tahu jumlah dahulu kemudian kita akan bina rumah sementera iaitu rumah panjang kemudian rumah tetap. Kerajaan akan buat keputusan selepas itu," kata Najib. Skuad Sayang Wanita UMNO/BN yang dilancar Najib berperanan membantu mangsa-mangsa banjir membersihkan rumah yang berlumpur dan membantu mengasingkan peralatan yang masih boleh digunakan. Kira-kira hampir 200,000 ahli Skuad Sayang Wanita UMNO/BN di seluruh negara telah digerakkan bagi tujuan tersebut. Selain itu ibu pejabat UMNO turut membuka bilik gerakan bantuan banjir dikendalikan oleh Pergerakan Wanita UMNO yang dibuka dari pukul 9 pagi hingga 12 malam. Orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan boleh menghubungi ibu pejabat UMNO dan agihan bantuan akan disalurkan melalui bahagian dan cawangan UMNO. Turut hadir pada majlis itu adalah Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil-UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from GENERASI PEJUANG BANGSA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |