Belantan |
- Terkini....!!! Tragedi nahas AirAsia #QZ8501 : Reda ketentuan takdir!
- Terkini...!!! AirAsia #QZ8501 : Gelongsor kecemasan, pintu pesawat dikesan?
- Pesawat QZ8501 mungkin di dasar laut?
Terkini....!!! Tragedi nahas AirAsia #QZ8501 : Reda ketentuan takdir! Posted: 30 Dec 2014 12:41 AM PST Suasana sedih menyelubungi Pusat Krisis Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda yang dipenuhi ratusan waris dan anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia selepas pihak DCA negara itu mengesahkan penemuan serpihan pesawat sebentar tadi. Suasana di pusat ini yang terletak kira-kira 40 kilometer dari Surabaya yang pada awalnya terkawal, bertukar ratapan dan suasana sedih. Ketua Badan Badan SAR Nasional (BASARNAS) di Surabaya, M Hernanto dilihat memberikan taklimat manakala pegawai penerbangan AirAsia Indonesia menenangkan para waris keluarga mangsa pesawat yang hilang itu. Antara yang kedengaran ialah 'sila bersabar' dan sebahagian mereka dilihat berupaya mengawal emosi dengan ketenangan terpancar di riak wajah waris keluarga sekalipun menonton visual serpihan yang disiarkan stesen televisyen tempatan secara langsung dari kawasan pencarian. Mereka melihat dan mendengar dakwaan Pembantu juruterbang Hercules C130 Indonesia yang mengaku melihat objek seperti mayat manusia terapung di Selat Karimata di mana objek lain seperti pelampung dan serpihan pesawat. "Pada awalnya saya lihat seperti manusia melambai-lambai, mungkin dia menyedari kehadiran pesawat. Tetapi selepas kami dekati, nampak ia sudah membengkak. Ia kelihatan melambai-lambai mungkin kerana dipukul ombak," kata Leftenan Satu Tri WibowoTri. Pesawat Airbus 320-200 bersama 162 orang penumpang dan anak kapal berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi Ahad dan dijadualkan tiba di Singapura pada 8.20 pagi tetapi hilang komunikasi dengan menara kawalan trafik udara Indonesia pada 7.24 pagi. Seramai 155 daripada mereka adalah warga Indonesia dan seorang dari Malaysia. Suara Politik Belantan |
Terkini...!!! AirAsia #QZ8501 : Gelongsor kecemasan, pintu pesawat dikesan? Posted: 30 Dec 2014 12:31 AM PST LAUT JAWA 30 DIS. 2014 - Gambar udara dari pesawat mencari dan menyelamat Indonesia menunjukkan objek terapung di kawasan pencarian pesawat AirAisa Indonesia yang hilang, QZ8501 di sini hari ini. Objek itu kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa Indonesia sama ada ia berkaitan dengan pesawat QZ8501 itu ataupun tidak. JAKARTA 30 Dis. – Sejumlah objek gelongsor kecemasan dan pintu dipercayai milik pesawat AirAsia QZ8501, dikesan ketika misi pencarian melalui udara dijalankan oleh pasukan penyelamat, lapor pihak berkuasa Indonesia hari ini. Pegawai Tentera Udara Indonesia, Agus Dwi Putranto dalam sidang akhbar berkata, pihaknya mengesan kira-kira 10 objek besar dan banyak lagi objek kecil berwarna putih di kawasan pencarian, kira-kira 10 kilometer dari lokasi terakhir pesawat yang membawa 162 penumpang itu dikesan radar. Beliau turut menunjukkan 10 objek yang merupakan pintu pesawat, gelongsor kecemasan dan objek berbentuk kotak. Seorang jurugambar AFP yang menyertai misi pencarian berkata, dia turut melihat sejumlah objek yang menyerupai rakit getah, jaket keselamatan dan tiub panjang berwarna jingga. - AFP Suara Politik Belantan |
Pesawat QZ8501 mungkin di dasar laut? Posted: 30 Dec 2014 12:17 AM PST JAKARTA - Pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang dalam penerbangan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura awal pagi semalam berkemungkinan berada di dasar laut selepas dikhuatiri terhempas di perairan Indonesia ketika beberapa negara sekitar Asia menghantar kapal dan pesawat untuk membantu operasi pencarian. Pesawat Airbus A320-200 yang membawa seramai 162 orang itu dilaporkan hilang selepas juruterbang gagal mendapat kebenaran daripada pusat kawalan trafik udara Lapangan Terbang Antarabangsa Sukarno-Hatta untuk menukar laluan bagi mengelakkan cuaca buruk. Pesawat QZ8501 itu juga dimaklumkan tidak mengeluarkan isyarat kecemasan dan hilang di perairan Laut Jawa lima minit selepas gagal mendapat kebenaran pertukaran laluan berikutan kesesakan trafik udara. Ketua agensi mencari dan menyelamat Indonesia, Soelistyo berkata, berdasarkan koordinasi mereka, pesawat itu dijangka berada di dasar laut. Sumber penerbangan awam Indonesia melaporkan kepada agensi Reuters, pihak berkuasa mempunyai data radar pesawat tersebut dan sedang menunggu pasukan mencari dan menyelamat menemui serpihan pesawat sebelum memulakan siasatan punca kemalangan. Seramai 155 penumpang Indonesia, tiga rakyat Korea Selatan, dan seorang penumpang dari Singapura, Malaysia dan Britain menaiki pesawat berkenaan. Jurucakap Tentera Udara Indonesia, Hadi Thahjanto berkata, dua pesawat C-130 digunakan untuk mencari pesawat QZ8501 di kawasan timur laut Pulau Bangka yang terletak di perairan Laut Jawa. Negara jiran seperti Australia, Malaysia, Singapura dan China turut menghantar kapal dan pesawat bagi membantu operasi pencarian. Sementara itu, Soelistyo berkata, Indonesia mungkin tidak memiliki teknologi canggih untuk mencari pesawat di dasar laut dan mereka menerima tawaran bantuan daripada Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis bagi melicinkan operasi. – REUTERS Suara Politik Belantan |
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |