Dialog Dewasa Kritik Berasa |
- LIHAT KERAKUSAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN, DEDAHKAN SYARIKAT BALAK CINA SINGAPURA!!!
- SAJAK MERUNTUN JIWA...KENAPA RUMAH KITA RUNTUH IBU, ABAH?
- TONY PUA, USAHLAH BERLAGAK PANDAI JIKA HERO DI DEPAN HANDPHONE SAHAJA!
- MAIN-MAIN AIR BANJIR ....EEEI GEDIKS...POYO PUN ADE !
LIHAT KERAKUSAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN, DEDAHKAN SYARIKAT BALAK CINA SINGAPURA!!! Posted: 30 Dec 2014 10:49 PM PST Gambar-gambar terbaharu dari udara yang diambil dari helikopter dan pengesahan gambar-gambar yang sama dari sumber google imej dan google map menunjukkan Rahsia besar kawasan pembalakan Lojing botak, rosak dan punah. Segala-galanya alam, hutan, ekosistem rosak terok dengan Kerakusan manusia yang gila Wang, kerana Wang untuk membeli pangkat dan jawatan. Tidak perlu berlapik lagi, Kerajaan PAS ketika Husam berkuasa mesti bertanggungjawab!!! Dedahkan siapakah Syarikat Balak dari Cina Singapura yang dibawa masuk oleh Husam! Ambil semula wang Balak itu untuk pulihkan Kelantan yang hancur gara-gara mereka. Kepada rakyat Kelantan, lihatlah dan saksikanlah Kerakusan Manusia merosakkan alam ciptaan Ilahi menyebabkan banjir luar biasa di negeri Kelantan. Ketika banjir besar memunjak Husam lari bersembunyi, Ahli Parlimen Kuala Krai lari bersembunyi, dan ramai lagi lari bersembunyi setelah mengaut keuntungan jutaan ringgit. Sebab itu mereka tidak perlu bekerja lagi... Bersambung... | ||||||||
SAJAK MERUNTUN JIWA...KENAPA RUMAH KITA RUNTUH IBU, ABAH? Posted: 30 Dec 2014 07:30 PM PST Ibu... Kenapa rumah kita dihanyut banjir? Abah...kenapa begitu dahsyat bencana ini? Adakah kita selama ini leka Hingga hukum Tuhan kita permain-mainkan Kalimah suciNya kita gadaikan Kita biarkan maksiat berleluasa, rasuah melata, alam kita yang membinasanya Ibu... Dulu kita begitu angkuh menghina Dulu kita sombong berfatwa Kita menjalar di jalan-jalanraya bangga terjerit-jerit melata, merata-rata... berbaju berwarna warni di kota-kota Seolah-olah kita begitu hebat berkuasa Peraturan kita langgar Suara kita gegar bagai tiada kuasa yang mampu halang arus kebangkitan kita Orang lain kita doa laknatkan Kita ego tak pedulikan larangan Kita hilang kejujuran Yang berniaga tak bertimbang rasa Mengaut untung selagi ada Memeras tak kira masa Jika untung banyak... dialah yang berkuasa Yang punya kuasa, berleluasa tutup mata dengan apa yang ada di sempadan sana Jenayah masuk dibiarkan saja Anak isteri diberi rezeki entah sumbernya apa? Abah... Mungkinkah ini petunjuk dari Tuhan Mahu kita muhasabah diri Mahu kita bersatu hati Tegakkan hukumNya dibumi ini Mahu kita memuji RasulNya sentiasa. Mahu terus mengesakanNya Tiada lagi bersahaja bersama mempersekutukanNya Ibu...Abah Terlalu perit penderitaan ini. Rumah kita musnah Kenderaan kita punah Bandar-bandar kita hancur digenangi lumpur Anak-anak kecil terus menangisi Ibu dan bapa terus mengeluh Air bah itu terlalu besar... Tuhan Mungkinkah ini balasan Mu Kerana kita terlalu angkuh berbicara Kita kufur pada nikmatNya Memekik meminta-minta pada yang bukan haknya Kita terus mengadu domba menabur fitnah tak kira apa caranya Menagih kuasa merebut dunia Mengumpul kekayaan khianat caranya... Sedangkan yang teraniaya jauh di mata merintih berdoa meminta ihsan Tuhannya tunjukkan kuasaMu...sesungguhnya kami teraniaya... Ibu...Abah Kini semua nikmat itu direntap sekelip mata Dengan air badai entah dari mana Namun disebalik musibah masih ada yang terus bersengketa... Syukur pada Tuhan kita masih hidup Untuk menginsafi apa yang selama ini kita lakukan ...pada manusia, pada alam dan juga pada Tuhan Syukur masih ada insan-insan sudi membantu melupakan apa yang dulu dia dihina dicerca oleh kita semua... Ibu, Abah Syukur... Tuhan masih sayang kita Masih lagi memberi nikmat hidup buat kita Walaupun semua sudah punah binasa Namun sinar baru tetap ada Kita mulakan hidup baru Pada nikmat dan rahmat yang akan terus menjelma Hikmah disebalik musibah ini. Selamat tinggal 2014... Selamat datang 2015 Semoga Allah memberkati hidup kita Di tahun baru nanti...Amin Olak Jeram, Kuala Krai 2014 | ||||||||
TONY PUA, USAHLAH BERLAGAK PANDAI JIKA HERO DI DEPAN HANDPHONE SAHAJA! Posted: 30 Dec 2014 06:06 PM PST
| ||||||||
MAIN-MAIN AIR BANJIR ....EEEI GEDIKS...POYO PUN ADE ! Posted: 30 Dec 2014 02:39 AM PST Kata orang kalau nak berselfie atau berfoto masa banjir tu berpada-padalah jangan sampai timbul cacian orang. Tau la awak tu celebriti namun paling penting awak tu adik kepada seorang Menteri Besar. Apa yang awak buat itu akan mencerminkan imej dan maruah keluarga awak. Ketika banjir inilah ramai yang nak tunjuk hero. Kuala Lumpur - Pengacara sensasi, Azwan Ali kembali dikritik hebat oleh pelbagai lapisan masyarakat kerana 'selfie' ketika banjir di Kuala Kangsar baru-baru ini. Azwan di dalam rakaman video berdurasi 0:15 saat itu berkata akhirnya dia dapat merasai pengalaman banjir. "Sebab kita tidak pernah merasa banjir di Kuala Lumpur. "Lihatlah orang-orang Perak" katanya melalui rakaman video tersebut. Rata-rata memberikan komen tidak bersetuju dengan tindakan tersebut yang dilihat hanya ingin mencari publisiti murahan berbanding membantu mangsa yang terlibat dengan banjir. Malah ada dikalangan mangsa banjir yang turut dikatakan kurang senang dengan komen yang diberikan Azwan itu. Azwan sebelum ini pernah dikritik hebat kerana tindakan 'selfie' ketika ribuan rakyat Malaysia sedang bertafakur bagi mengingati mangsa nahas MH17. Masyarakat merasakan tindakan Azwan itu sangat melampau dan tidak sensitif kerana tidak menghormati perasaan khusus kaum keluarga waris yang sedang bersedih. Selain Azwan pelakon dan usahawan Fizo Omar turut dikritik segelintir pengikut laman Instagram miliknya yang mengecam tindakan dia memuat naik gambar selfie ketika dalam perjalanan memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kuala Krai, Kelantan pada Ahad lalu. Nasibla, kekadang niat baik kena kritik, apatah lagi jika niat tak baik semata-mata cari publisiti pasti kena maki berguni-guni... Namun ia berbeza jika ada pemimpin rakyat dan tokoh masyarakat yang buat...pujian pasti pasti lebih hebat.
|
You are subscribed to email updates from MyMassa | Dialog Dewasa, Kritik Berasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |