BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- #QZ8501: Nahas Pesawat AirAsia, Lebih 40 Mayat Ditemui Di Lokasi
- #QZ8501: Anggota SAR temui mayat membengkak terapung
- Video lucah 'Fazura' viral menerusi email
- Wanita hamil, anak maut dalam tanah runtuh di Cameron Highlands
- Balik Pulau Dilanda Ribut, 10 Rumah Hampir Musnah
- #QZ8501: Bomoh tawar bantuan dalam misi pencarian
#QZ8501: Nahas Pesawat AirAsia, Lebih 40 Mayat Ditemui Di Lokasi Posted: 30 Dec 2014 05:34 AM PST Laporan media Indonesia mengatakan lebih 40 mayat telah ditemui di kawasan serpihan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dan kesemuanya akan dibawa balik ke Pangkalan Bun di Kalimantan Tengah. Mayat-mayat berkenaan telah dibawa naik ke atas Kapal Tentera Laut Republik Indonesia KRI Bung Tomo. Memetik kenyataan dari Kepala Dinas Penerangan (Kadispen) TNI AL Laksma Manahan Simorangkir, "Ada lebih dari 40 jenazah." Daripada pemerhatian, diyakini semua 162 orang penumpang termasuk tujuh anak kapal terkorban dalam nahas berkenaan selepas tiga hari pesawat yang dinaiki mereka hilang sejak Ahad lepas. Reaksi keluarga juga begitu menyayat hati khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya apabila mengetahui bahawa serpihan yang ditemui di permukaan laut disahkan pesawat berkenaan yang sudah terhempas. Pesawat QZ8501 itu hilang ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura sebelum dikatakan menghadapi cuaca buruk dan hilang serta terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Indonesia pada pukul 7.24 pagi Ahad lepas. - MYNEWSHUB.CC | ||
#QZ8501: Anggota SAR temui mayat membengkak terapung Posted: 30 Dec 2014 01:01 AM PST PANGKALAN BUN: Pembantu juruterbang Hercules C130 Indonesia mendakwa melihat objek seperti mayat manusia terapung di Selat Karimata di mana objek lain seperti pelampung dan serpihan pesawat. Leftenan Satu Tri Wibowo berkata, pada awalnya beliau melihat objek berkenaan seperti manusia yang sedang melambai-lambai ke arah pesawat, namun selepas didekati ia menyerupai jasad manusia yang sudah membengkak. "Pada awalnya saya lihat seperti manusia melambai-lambai, mungkin dia menyedari kehadiran pesawat. Tetapi selepas kami dekati, nampak ia sudah membengkak. Ia kelihatan melambai-lambai mungkin kerana dipukul ombak," kata Tri di sini, sebentar tadi. - Kompas.com | ||
Video lucah 'Fazura' viral menerusi email Posted: 29 Dec 2014 10:01 PM PST
Menurut laporan Harian Metro hari ini, Nur Fazura menafikan dirinya sebagai pelaku dalam sebuah video lucah yang disebarkan pihak tertentu menerusi e-mail sejak minggu lalu. "Saya tidak pernah terbabit dengan mana mana video lucah. Saya telah dapatkan nasihat undang undang dan tidak teragak agak untuk mengambil tindakan terhadap penyebar video berkenaan," ujarnya yang telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Video berdurasi seminit itu dihantar oleh seorang individu tidak dikenali kepada wartawan Harian Metro pada 23 Disember lalu dan ianya memaparkan aksi wanita yang wajahnya dikatakan mirip Fazura bersama seorang lelaki. (rtky/m) | ||
Wanita hamil, anak maut dalam tanah runtuh di Cameron Highlands Posted: 29 Dec 2014 06:06 PM PST CAMERON HIGHLANDS: Seorang wanita hamil dan anaknya yang berusia setahun terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di Tringkap di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 5.29 pagi itu, suami mangsa bagaimanapun selamat selepas berjaya dikeluarkan dari dalam kawasan runtuhan kira-kira jam 7.15 pagi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands berkata, mayat kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan kira-kira jam 8 pagi dn mayat ibunya kira-kira 30 minit kemudian. Setakat pagi ini, identiti semua mangsa masih belum diketahui. | ||
Balik Pulau Dilanda Ribut, 10 Rumah Hampir Musnah Posted: 29 Dec 2014 05:01 PM PST BALIK PULAU: Sekurang-kurangnya 10 buah rumah di sini hampir musnah setelah dilanda ribut dan angin kencang pada Isnin. Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Betong Muhammad Farid Saad berkata beliau mendapat laporan terdapat lebih 10 buah rumah di sini termasuk di Kampung Sungai Rusa, hampir musnah apabila bumbung rumah ditiup angin kencang. Beliau berkata angin kencang yang berlaku lebih kurang 8.30 malam mengakibatkan banyak pokok tumbang menghalang jalan. "Saya telah turun ke Jalan Sungai Pinang untuk membantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang mengambil masa lebih 45 minit untuk memotong pokok besar bagi membuka balik jalan kepada orang ramai," katanya. Sementara itu, menurut seorang jurucakap polis, terdapat lebih sembilan kejadian pokok tumbang di kawasan Balik Pulau dan satu kejadian kabel elektrik terputus dilaporkan. Katanya seorang pemandu dikejarkan ke Hospital Balik Pulau selepas keretanya dihempap pokok yang tumbang di Jalan Tun Sardon. Beliau berkata kecederaan lelaki masih belum dapat dipastikan tetapi keretanya rosak teruk. "Antara lokasi kejadian pokok tumbang termasuk Jalan Tun Sardon, Jalan Sungai Pinang, Jalan Pondok Upeh, Jalan Titi Teras, Lintang Pokok Upeh dan Jalan Sungai Pinang," katanya | ||
#QZ8501: Bomoh tawar bantuan dalam misi pencarian Posted: 29 Dec 2014 04:08 PM PST Belitung: Pengamal ilmu ghaib atau bomoh di sana bersedia untuk membabitkan diri didalam pencarian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang hubungan dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura pada pagi Ahad. Selain itu, mereka juga mendakwa sudah membuat pemantauan secara ghaib dan mendapati bangkai pesawat berada di perairan timur Pulau Nangka, Kabupaten Belitung Timur. Menurut laporan yang dipetik daripada Tempo.co, Ketua dukun dan Adat Belitung Mukhti Maarif masih menunggu permintaan rasmi daripada Kerajaan Indonesia. ""Perlu ada permintaan rasmi untuk menghindari persepsi negetif ke atas kami," katanya ketika dihubungi Tempo.co. Menurut Mukhti sehingga kini mereka belum dihubungi oleh mana-mana pihak untuk turut serta membantu proses pencarian dan menyelamat Airasia QZ8501. "Sampai saat ini, kami belum dibabitkan, sedangkan kami bersedia membantu,"katanya. Mukhti mengatakan pencarian secara ghaib mungkin belum dianggap sebagai penyelesaian yang tepat untuk membantu menemukan pesawat itu. "Hasil pemantauan kami adalah pesawat berada di perairan timur Pulau Nangka, Kabupaten Belitung Timur. "Pesawat itu terhempas kerana adanya kerosakan enjin,"dakwa Mukhti. Tambah Mukhti, upacara ritual khusus perlu diadakan. "Kita siap membantu bersama-sama dengan pihak yang menggunakan teknologi canggih. "Insya Allah posisi pesawat diketahui. Memang wilayah Belitung, baik darat, laut maupun udara, dipenuhi hal ghaib,"katanya. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19882#sthash.yqkH5mqd.dpuf |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |