Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

PEJUANG BANGSA

PEJUANG BANGSA


TUDIA ! WAHYU KETUM DARI UK DAPAT 10K LIKE MACAI PR , BELUM LAGI TURUN BANJIR ...

Posted: 30 Dec 2014 01:07 AM PST


WAHYU Anwar Ibrahim memang dinantikan macai2 PKR ... ayatnya memang power mahu semua pihak bertindak dalam satu pasukan .

Tapi pasukannya berada di Cathay Park UK  ...selepas beberapa hari berbasikan di New Zealand .

itu pun macai2 pakat  beri 10,043 LIKE ...hahaha ...sayang betul mereka ..


Kalau turun banjir tak tau la dapat LIKE banyak mana ..hahaha ,,

nama pun MACAI = Mempercayai Apa Cakap Anwar Ibrahim



MB TERENGGANU PRIHATIN , AMBIL ANAK PASANGAN GURU MATI LEMAS SEBAGAI ANAK ANGKAT #Pray4PantaiTimur

Posted: 29 Dec 2014 08:36 PM PST



Menteri  Besar, Dato' Ahmad Razif Abd Rahman melahirkan rasa simpati kepada enam anak pasangan Suhaimi Awang serta isteri, Nurhayati Sulong yang meninggal dunia akibat lemas selepas terjatuh dari bot yang dinaiki mereka, Rabu lalu.
Kejadian berlaku apabila Nurhayati, guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga dikatakan pulang ke rumah kerana ingin mengambil kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum selesai ditanda permarkahannya.
Ahmad Razif berkata, pengorbanan yang dilakukan oleh beliau amat ternilai sehingga menggadai nyawanya sendiri.
"Saya amat merasa tersentuh dengan apa yang berlaku kerana saya dapat maklumat Allahyarham Cikgu Nurhayati ini, dia pulang ke rumah semata-mata hanya untuk mengambil kertas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang masih belum selesai ditanda.
"Dia seorang guru yang hebat. Tanpa memikirkan keselamatan diri, beliau tetap nak balik mengambil kertas soalan SPM," katanya.
Beliau ditemui pemberita di Hospital Kemaman selepas menziarahi jenazah Suhaimi semalam.
Sebagai menghargai khidmat bakti pasangan itu, Ahmad Razif berkata pihaknya akan menjaga segala kebajikan dan pendidikan serta akan mengambil keenam-enam anak mangsa sebagai anak angkat Kerajaan Negeri Terengganu.
Mereka ialah Nor Syafiqah Syahira, 12; Nor Izah Insyirah, 11; Muhammad Ifran Irshad, 9; Nur Intisar Iedihar, 6; Muhammad Aqil Amsyar, 4; serta anak bongsu Nor Adifa Arissa, yang merupakan bayi berusia 4 bulan.
"Bantuan khas kepada anggota keluarga mangsa akan kita putuskan sebaik selesai urusan pengkebumian," ujarnya.

KERAJAAN DAP TAK SENSITIF , KONSERT AMBANG TAHUN BARU P.PINANG DITERUSKAN @dzainalabidin @Rrafizal @Khairykj

Posted: 29 Dec 2014 05:30 PM PST


Tak sensitif betul kerajaan DAP dengan mangsa banjir di Pantai Timur dan mereka tetap meneruskan juga konsert  .

Malah semalam pun beberapa kawasan di P.Pinang dah dibadai ribut kuat pun kerajaan DAP tak mahu stop lagi konsert ambang tahun baru ??

Apa nak diherankan maklum la kerajaan ditadbir DAP ..mana dia ada perasaan hormat dan sensitif tentang agama dan kemanusiaan . Negeri2 lain seperti Perak , Negeri Sembilan dan Selangor pun membatalkan sebarang penganjuran konsert countdown tahun baru kali  ini .

GPB nak bertanya  puak-puak PAS di negeri itu seperti Mat Sabu , Mujahid , Salleh Man ,Afnan Hamimi ..

Di ketika ostat2 anda berceramah setiap malam di kuliah masjid menghentam kerajaan Pusat  pasal bala banjir ini  ,  apa tanggungjawab anda di P.Pinang atau  melihat saja konsert di negeri ambang tahun baru  ini diadakan ?

Kalau setakat membantah konsert2 di luar P.Pinang  lain tapi negeri sendiri dipejamkan mata bermakna anda hipokrit dan bersikap double standard !!




KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN PEMUDA UMNO PULAU PINANG BERKAITAN PENGANJURAN KONSERT 'PG2015, THE 10TH PENANG GOLDEN NEW YEAR'S EVE COUNTDOWN CELEBRATION' DAN 'TRANCE MOVEMENT' OLEH KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG.

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menganjurkan konsert 'Pg2015, The 10th Penang Golden New Year's Eve Countdown Celebration' dan 'Trance Movement' yang dicadang untuk dilaksanakan pada malam tahun baru 2015.

Di saat negara berada dalam kedukaan berkaitan tragedi banjir besar yang melanda hampir seluruh negeri di Semenanjung saat ini, ketika sebahagian besar saudara kita terutamanya di negeri Pantai Timur bertarung dengan bencana alam, di saat saudara kita yang terlibat dengan bencana kehilangan tempat tinggal, kekurangan keperluan asas, tiada makan dan minum yang sewajarnya.

Ini ditambah pula dengan peristiwa terbaru kehilangan pesawat Air Asia QZ8501 yang menyebabkan seluruh dunia bersedih dengan kejadian ini. Kerajaan Negeri Pulau Pinang seharusnya sensitif dan menghormati mangsa-mangsa banjir besar ini dengan tidak menganjurkan konsert dan program yang berbentuk hiburan yang pastinya mengundang rasa tidak puas hati rakyat dengan konsert ini, seterusnya mengundang implikasi negatif terhadap moral khususnya pada golongan remaja di negeri ini.

Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang merasakan adalah tidak wajar sama sekali konsert sambutan tahun baru ini diadakan. Kerajaan Negeri Pulau Pinang seharusnya menyelami isi hati rakyat terutamanya mereka yang ditimpa bencana saat ini. Sekalipun tidak mahu membantu, janganlah menunjuk sikap tidak prihatin seolah-olah apa yang berlaku tidak memberi kesan pada naluri kemanusiaan kita yang tidak ditimpa bencana. Sekarang adalah waktu bencana, seharusnya program-program seperti ini dibatalkan.

Tidak salah kiranya kerajaan negeri membatalkan konsert ini seterusnya menyalurkan dana konsert ini untuk membeli keperluan asas kepada mangsa-mangsa banjir dan untuk belanja pasca banjir yang semestinya memerlukan suntikan dana yang besar bagi memulihkan kembali keadaan seperti sediakala.

Jangan hanya pandai bercakap seolah-olah tugas ini hanya perlu digalas oleh kerajaan persekutuan, seharusnya kerajaan negeri juga perlu mengambil inisiatif bersama dalam membantu memulihkan kembali negeri-negeri yang terjejas akibat banjir besar yang melanda negara. Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang kesal dengan sikap kerajaan negeri yang sambil lewa dalam hal ini serta asyik menunding jari kepada pihak lain apabila ditegur.

Akhir kalam, kerajaan negeri Pulau Pinang didesak sekeras-kerasnya untuk membatalkan konsert 'Pg2015, The 10th Penang Golden New Year's Eve Countdown Celebration' dan 'Trance Movement' ini, jagalah sensitiviti rakyat sekalipun anda tidak punya rasa sensitif terhadap apa yang berlaku. Sedangkan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri lain membatalkan semua perayaan dan program berbentuk hiburan di seluruh negara bagi menzahirkan rasa hormat kepada mangsa bencana, mengapa kerajaan Pulau Pinang tidak boleh melakukan perkara yang sama ?

RAFIZAL ABDUL RAHIM
Ketua Pergerakan
Pemuda UMNO Pulau Pinang

PENJELASAN POLIS TENTANG KEMATIAN & ORANG HILANG AKIBAT BANJIR #Pray4PantaiTimur

Posted: 29 Dec 2014 04:00 PM PST




Sejak dua tiga hari ini macam-macam cerita yang 'dikarang' oleh individu tidak bertanggungjawab kononnya puluhan mayat dijumpai akibat banjir di Kelantan. Lagi menarik siap ada gambar 'kain kafan' yang disebarkan melalui facebook dan whatapps...

 Persoalannya kerja siapakan ini... apakah gambar tersebut diambil dalam studio dan apakah tujuannya...

Juga soalan mana pihak berkuasa yang dipertanggungjawabkan memantau internet? Ini kerana menurut polis Kelantan sejak 17 Disember lalu 13 orang dilaporkan hilang akibat banjir di negeri itu.

 "Sembilan daripada mereka ditemui meninggal dunia, dengan tiga di Kota Baru, empat di Pasir Mas, dan dua di Tumpat, manakala empat lagi masih tidak ditemui," kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim.

Image may be NSFW.
Clik here to view.


 Menurut beliau, pihaknya masih mengesan mayat seorang berusia tiga tahun di Pasir Mas dan tiga di Kuala Krai," katanya pagi Isnin. Beliau berkata berdasarkan siasatan polis, semua sembilan mayat yang ditemui mati lemas.

 "Kami juga telah menubuhkan lapan pasukan untuk memantau aktiviti kecurian di seluruh negeri ini," katanya.

 Jelas cerita 'kain kafan dengan jumlah yang banyak diperlukan di Kuala Krai' adalah cubaan untuk menimbulkan situasi panik, marah dan benci kepada kerajaan.

 Satu tindakan subversif yang sepatutnya dipandang serius oleh SKMM.

 Sementara itu, keadaan banjir di Kelantan semakin buruk pagi Isnin dengan jumlah mangsa terus meningkat kepada 151,072 orang manakala keadaan di lima negeri tidak banyak berubah dengan Selangor kembali dilanda banjir kilat. Jumlah keseluruhan mangsa banjir di enam negeri terbabit kini ialah sebanyak 225,731 mangsa.



Di KELANTAN, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata mangsa banjir daripada 36,128 keluarga ditempatkan di 309 pusat pemindahan melibatkan lapan daerah. Bernama melaporkan di jajahan Kota Baharu masih mencatatkan angka tertinggi mangsa banjir iaitu 44,061 orang, Tumpat (30,569), Pasir Mas (23,568), Kuala Krai (23,500), Gua Musang (17,327), Machang (8,289), Tanah Merah (3,546) dan Pasir Puteh (192).

 Di PAHANG, jumlah mangsa terus meningkat kepada 33,225 orang berbanding 31,095 mangsa semalam. Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, setakat 9 pagi ini, Temerloh kekal menjadi daerah mangsa banjir paling ramai iaitu 12,012 orang yang ditempatkan di 71 pusat pemindahan.

 Enam daerah lain ialah Kuantan membabitkan 3,046 mangsa yang ditempatkan di 17 pusat pemindahan, Pekan (4,873 mangsa di 17 pusat pemindahan), Maran (3,479 mangsa di 33 pusat pemindahan), Jerantut (6,025 mangsa di 59 pusat pemindahan), Bera (1,491 mangsa di 14 pusat pemindahan) dan Lipis (2,299 mangsa di 31 pusat pemindahan). Sehingga kini Lebuhraya Pantai Timur (LPT) bagi laluan kedua-dua arah Kuantan-Kuala Lumpur dan jalan lama masih ditutup kepada lalu lintas. Orang ramai yang menuju ke Kuantan dari Kuala Lumpur diminta menggunakan jalan alternatif melalui Seremban-Kuala Pilah-Serting-Muadzam Shah-Kuantan dan sebaliknya.

 Di PERAK jumlah mangsa terus meingkat kepada 7,813 mangsa berbanding 7,539 mangsa malam tadi. Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak, kesemua mereka ditempatkan di 54 pusat pemindahan iaitu 22 di Kuala Kangsar, Perak Tengah (20), Hulu Perak (11) dan Kerian (satu). Di Perak Tengah, bilangan mangsa banjir setakat ini adalah sebanyak 4,220 orang. Kuala Kangsar yang merangkumi kawasan Sungai Siput mencatat jumlah mangsa banjir sebanyak 2,565 manakala di Hulu Perak sebanyak 738 dan Kerian (290) mangsa.

 Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir menurun kepada 33,260 orang berbanding 36,210 malam tadi. Di Kemaman masih tinggal 22,214 mangsa manakala hampir 3,000 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing apabila keadaan air beransur surut.

 Di Dungun masih terdapat 10,138 orang mangsa, Kuala Terengganu (759) orang dan Hulu Terengganu (149) mangsa. Jumlah pusat pemindahan di Terengganu juga menurun daripada 88 malam tadi kepada 79 pagi ini, iaitu Dungun 34, Hulu Terengganu (empat), Kemaman (35) dan Kuala Terengganu (enam).

 Sementara JOHOR mencatatkan sedikit penurunan mangsa banjir iaitu empat orang, dengan seramai 328 mangsa direkodkan pagi ini berbanding 332 mangsa malam tadi. Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor, sembilan pusat pemindahan menempatkan 85 keluarga masih dibuka iaitu di satu di Muar, Batu Pahat (dua) dan masing-masing tiga di Segamat dan Kluang. Jalan Kampung Asli Sedohok di Kahang, Kluang masih belum boleh dilalui, menurut pusat kawalan terbabit.

 Sementara di SELANGOR, hujan lebat berterusan pada Sabtu lepas menyebabkan beberapa buah kampung di Klang, antaranya Kampung Budiman, Meru dan Kampung Sementa, Kapar mengalami banjir kilat melibatkan 33 mangsa. Kesemua mangsa daripada sembilan keluarga itu ditempatkan di pusat penempatan sementara Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai.-29/12/2014 - agendadaily-

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>