Politik Harian |
- Khalid Tak Dapat Tanduk, Telinga Pula Kena Pulas...
- 100 Ahli PAS DUN Tahan Keluar Parti
- Najib Belasah Nik Aziz - Usah Hina Rakyat Jika Tidak Membantu
- Hadi Kata Rakyat Yang Menerima BR1M Adalah Bodoh
- 200 Penyokong PAS Desak Azizan Undur
- Bahang PRU 13 Semakin Panas: Kuli Disebut Ganti Anwar Sebagai Calon PM Pakatan
- Arahan Dari Pemimpin Atasan PAS, Haram Sebut Anwar Ibrahim Sebagai Bakal PM
- Apa Makna PAS Belum Putuskan Siapa Calon PM Pakatan?
- Masih Ada Peluang Mengundi, Daftarlah Sekarang...
- Rating Siaran ‘Soal Jawab’ TV3 Bersama Nasha, Pecah Rekod 4.3 Juta Penonton
Khalid Tak Dapat Tanduk, Telinga Pula Kena Pulas... Posted: 23 Feb 2013 02:00 AM PST Tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim arah semua kebenaran pembangunan berkaitan jalan raya dan prasarana persekutuan setelah Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang) kalah perbicaraan kes Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) betul-betul macam peribahasa, tak dapat tanduk, telinga dipulas. Menteri Besar itu sengaja nak tunjuk kuasa dengan arahan serta merta itu sekaligus menafikan hal rakyat Selangor untuk menikmati kemudahan awam khususnya jalan raya serta pengagkutan yang lebih baik. Sebelum ini pun, beliau ding dong pasal projek loji air Langat 2 dengan macam-macam cara termasuk untuk tidak membenarkan kelulusan merancang projek yang bakal menyelamatkan negeri itu dan sekitar Lembah Klang daripada krisis air tidak lama lagi. Khalid tidak sepatutnya bertindak demikian kerana kerajaan negeri mahupun PM Sepang masih boleh merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan AES dipasang di dua Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) dan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) di Dengkil. Itu haknya sebagai Menteri Besar dan MP Sepang mempertikai keputusan hakim mahkamah tersebut. Semalam, Hakim Datuk Zaleha Yusuf memutuskan MP Sepang tidak mempunyai kuasa ke atas Plus dan SKVE kerana kedua-duanya berada di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan. Khalid sudahpun mengarahkan Penasihat Undang-Undang Selangor dan Jabatan Undang-Undang MP Sepang membuat semakan nota kehakiman dan memfailkan rayuan berhubung perkara itu. Namun, tindakan memutuskan semua kebenaran pembangunan berkaitan jalan raya dan prasarana persekutuan yang telah diberikan digantung buat sementara waktu, adalah tindakan tidak wajar. "Pembangunan itu akan digantung sehingga proses rayuan selesai.Kerajaan negeri kesal dengan keputusan mahkamah hari ini (semalam) bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mempunyai kuasa terhadap struktur yang dibina di atas jalan persekutuan. "Ini kerana kerajaan negeri merasakan, jika kita tiada hak untuk mengawal struktur (jalan raya) di semua tanah di negeri ini, kita tidak akan mampu menguruskannya dengan baik," katanya. Jika pun Khalid tidak puashati dengan keputusan mahkamah, tidak perlu beliau mengarahkan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) menyediakan senarai cadangan pembangunan melibatkan lebuh raya atau prasarana Transit Aliran Ringan (LRT) untuk disemak semula mesyuarat Exco. Lebih malang, bukan sahaja projek persekutuan di kawasan MP Sepang sahaja malah beliau juga akan memanggil semua pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menyemak semua aktiviti berkaitan dengan penswastaan jalan antara kerajaan negeri dan persekutuan. Tindakan Menteri Besar itu menurut peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun sebagai keterlaluan kerana sebagai rakyat Selangor, beliau tidak nampak keputusan Mahkamah Tinggi itu menganggu urusan pentadbiran kerajaan negeri. Ketika dihubungi Agendadaily, beliau menegaskan, pemasangan AES dilakukan oleh kerajaan Persekutusan di atas jalan raya yang diselenggarakan Jabatan Kerja Raya (JKR) atau syarikat konsesi yang dilantik JKR. "Saya tidak nampak konflik perkara ini sehingga Khalid memutuskan arahan tersebut," katanya. Menjawab soalan sama ada Khalid menghina keputusan mahkamah, Hafarizam menjelaskan, Menteri Besar itu berhak menyatakan rasa tidak puas hati atau merayu kerana negara ini mengamalkan kebebasan bersuara dan undang-undang demokrasi. Malangnya, Khalid bukan mengamalkan demokrasi terhadap rakyat Selangor kerana banyak tindak tanduk beliau sebelum ini dalam banyak perkara menggambarkan sikapnya yang dendam dan iri hati dengan kerajaan BN. -Agendadaily |
100 Ahli PAS DUN Tahan Keluar Parti Posted: 23 Feb 2013 12:00 AM PST Jerantut - Seramai 100 ahli PAS dari beberapa buah cawangan sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Tahan di sini bertindak keluar parti itu semalam. Jurucakap kumpulan itu, Mohamad Rosdi Hussin berkata mereka mengambil tindakan sedemikian setelah mendapati perjuangan PAS kini jauh tersasar daripada perjuangan asal selain pemimpinnya gagal menunaikan janji sebagaimana yang dibuat ketika mereka dipelawa menyertai parti itu. "Tindakan kami keluar PAS bukan atas desakan sesiapa, tetapi atas kesedaran sendiri dan memikirkan bahawa PAS tidak memberi apa-apa pembelaan kepada kami," katanya. Menurutnya ada lagi di kalangan ahli PAS dijangka bertindak keluar daripada parti itu dalam masa terdekat. Mohamad Rosdi berkata kesemua mereka bagaimanapun tidak akan menyertai parti politik lain sebaliknya menjadi ahli Kelab Warisan Anak Tembeling (Kawat), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan kebajikan penduduk terutama di Hulu Tembeling. |
Najib Belasah Nik Aziz - Usah Hina Rakyat Jika Tidak Membantu Posted: 22 Feb 2013 09:57 PM PST Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan rakyat perlu sedar dan menolak parti pembangkang yang jelas menghina rakyat yang menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN). Perdana Menteri berkata apa yang sedang dan telah dilakukan kerajaan adalah satu tanggungjawab dan amanah bagi membela nasib rakyat. "Kalau (pembangkang) tak buat (membantu rakyat), tak apa, (tapi) jangan hina rakyat, ini nak kata rakyat dapat BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) macam ayam makan dedak, kalau tak tolong, tak apa, tak bela, tak apa, tapi jangan hina rakyat," katanya. Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Terengganu di sini, hari ini yang dihadiri lebih 20,000 rakyat pelbagai lapisan dan kaum. Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said. Perdana Menteri berkata sebagai sebuah kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab, kerajaan BN sedar bahawa pembelaan perlu diberikan kepada rakyat selaras dengan keperluan mereka. "Menerusi BR1M sebanyak RM500 (setiap isirumah) itu, kita telah kira dalam sebulan (purata sebanyak) RM41.60, dapat beli sekampit beras 10kg, minyak masak 5kg dan lain-lain. "Maknanya nak beli makanan untuk sekeluarga, cukup untuk 12 bulan," katanya. Katanya kerajaan bukan sahaja memberikan BR1M yang telah memberi manfaat kepada 4.3 juta termasuk golongan muda, malahan bantuan awal persekolahan RM100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah, baucar buku RM250 untuk setiap penuntut institusi pengajian tinggi dan pelbagai lagi jenis bantuan, tidak termasuk subsidi minyak, beras dan sebagainya. Beliau berkata kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai program selaras dengan slogan Janji Ditepati bagi membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat. Najib berkata berdasarkan maklumat balas yang diterimanya, rakyat mendambakan masa depan yang cerah di bawah kepimpinan kerajaan BN. "Kesimpulannya (kini), satu undi kepada PKR, adalah satu undi yang membawa kerosakan akidah kepada negara. "Satu undi Pas, membawa kepada perpecahan umat Islam dan satu undi DAP adalah satu undi yang membawa kepada penindasan umat Islam," katanya. Perdana menteri berkata, sebaliknya satu undi untuk BN adalah bagi mempertahankan umat Islam, keselamatan akidah Islam, perpaduan umat Islam, pembelaan bangsa Malaysia dan untuk mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. "Kerajaan yang ada hari ini mampu nak terus meningkatkan syiar Islam, bangunkan Islam. Bangunkan Islam ini tak boleh bercakap sahaja, tak boleh sekadar bersyarah sahaja tapi mesti mampu buat sesuatu, ambil tindakan, mampu lancar dan laksanakan seperti BN, " katanya. Sebaliknya, Najib berkata, Pas yang kononnya memperjuangkan Islam, sanggup berlutut kepada DAP yang jelas memperlekehkan Islam. "Kenapa (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pergi rumah dia (Pengerusi DAP Karpal Singh semasa sambutan hari jadi), mana letak prinsip, pergi ke rumah orang yang paling tidak bersetuju (menentang Islam)," katanya. - Bernama |
Hadi Kata Rakyat Yang Menerima BR1M Adalah Bodoh Posted: 22 Feb 2013 08:30 PM PST Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai 'bodoh'. Beliau berkata bantuan tunai oleh kerajaan itu tidak akan mendatangkan keuntungan kepada rakyat namun hanya sebagai alat untuk Barisan Nasional (BN) memancing undi menjelang pilihan raya. "Bantuan tunai itu adalah idea yang bodoh dan rakyat yang menerimanya sama bodoh," kata beliau pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dia Jalan Putra, malam tadi. Majlis itu dihadiri lebih kurang 200 orang dan turut disertai Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Kenyataan Hadi itu disifatkan sebagai senada dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini yang menganggap penerima BR1M sebagai 'lembu dan ayam'. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan berkata Nik Aziz telah menghina rakyat Malaysia. Pissstt Hadi lupa bahawa puak PAS pun berduyun- duyun beratur ambil duit BR1M.... Sebenarnya rakyat tak bodoh, Hadi yang bodoh! |
200 Penyokong PAS Desak Azizan Undur Posted: 22 Feb 2013 07:20 PM PST Kedah, Hampir dua ratus ahli dan penyokong Pas dalam Dewan Undangan Negeri, Kota Siputeh mengadakan protes pada Jumaat bagi mendesak peletakan jawatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri. Protes itu berlaku di bilik gerakan peti undi Pas Megat Dewa bagi menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap kepimpinan Azizan. Menurut mereka, Azizan dikatakan gagal menyelesaikan beberapa masalah rakyat di kawasan tersebut. Selain itu, azizan juga dilaporkan menidakkan kehendak dan pandangan ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi selain pandangan dari Dewan Ulama Pas Negeri. Dalam protes berkenaan, tiga lagi unit peti undi diisytiharkan tutup iaitu peti undi Megat Dewa, Kampung Sanglang dan Kampung Pering. Hadir sama ialah Ketua Unit Peti Undi Megat Dewa; Zakaria Sham, Mustafa Baharom dari Peti Undi Kampung Pering dan Shahrul Nizam Shafie dari Peti Undi Kampung Sanglang. Menurutnya, penutupan unit peti undi itu berkuatkuasa pada Jumaat sehingga ke satu tempoh yang belum dikenalpasti. Penutupan unit peti undi itu akan berterusan sehingga Pas pusat dapat menangani masalah berkenaan dengan kadar segera. |
Bahang PRU 13 Semakin Panas: Kuli Disebut Ganti Anwar Sebagai Calon PM Pakatan Posted: 22 Feb 2013 08:00 AM PST Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), calon Perdana Menteri pakatan pembangkang masih menjadi tanda tanya, malah portal berita tempatan melaporkan ada usaha menawarkan jawatan tersebut kepada pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sumber Pakatan Rakyat yang dipetik The Malaysian Insider mendakwa satu pertemuan telah diadakan antara pemimpin tertinggi PAS dengan Ahli Parlimen Gua Musang itu bagi menjemput beliau menjadi perdana menteri andai kata pembangkang mentadbir Putrajaya. Namun sumber itu mengegaskan bahawa pembangkang perlu konsisten dalam isu bakal perdana menteri agar memberi persepsi yang baik kepada rakyat. "Pakatan perlu ingat, mereka perlu konsisten dalam isu siapa bakal perdana menteri ini. Jangan nanti rakyat nampak kita Flip-Flop," kata sumber berkenaan. Turut dilaporkan satu mesyuarat tertutup antara PAS dan PKR telah diadakan Ahad lalu, mendakwa "pemimpin tertinggi PAS mengatakan 'haram' bagi Anwar untuk meminta jawatan perdana menteri", tambahnya. Pemimpin tertinggi PKR kemudian berkata Anwar tidak pernah meminta jawatan sebagai perdana menteri sebaliknya rakyat yang mengangkat beliau. "Ini sudah dipersetujui oleh PAS dan DAP semenjak pilihan raya umum 1999," jelasnya. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan sebelum itu berkata PAS tidak teragak-agak untuk keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya pengabungan itu tidak menguntungkan Melayu dan Islam. Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menyatakan sokongan konsisten terhadap Anwar sebagai calon perdana menteri, begitu juga dengan kepimpinan tertinggi DAP. Namun langkah-langkah untuk menolak Anwar telah dinyatakan secara terbuka oleh akar umbi PAS sejak muktamar parti itu di Kelantan November tahun lalu. Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini dilaporkan dalam sebuah perbincangan tertutup melibatkan beberapa anggota majlis tersebut menolak Anwar sebagai calon perdana menteri pembangkang dan berkemungkinan melantik calon dari luar bagi menggalas jawatan tersebut. AntaraPos |
Arahan Dari Pemimpin Atasan PAS, Haram Sebut Anwar Ibrahim Sebagai Bakal PM Posted: 22 Feb 2013 07:00 AM PST Pada 10 Februari 2013 lepas, Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa Majlis Syura Ulama yang dipengerusikannya tidak pernah membincangkan isu siapa yang layak dicalonkan sebagai Perdana Menteri selain daripada Anwar Ibrahim. Menteri Besar Kelantan itu juga menyifatkan spekulasi yang mengatakan Majlis Syura Ulama PAS telah menolak idea untuk menobatkan Ketua Umum PKR sebagai PM sekiranya pakatan pembangkang memenangi PRU 13 hanyalah dakwaan mengarut ciptaan UMNO. Penegasan oleh Nik Aziz itu tentunya melegakan Anwar dan pemimpin PKR serta DAP yang lain, sedikit sebanyak ia juga dapat mengendurkan perasaan gundah di kalangan penyokong PR yang kembali diselubungi misteri sama ada Anwar masih kekal sebagai calon utama PR sebagai PM atau sebaliknya. Namun perkembangan akhir-akhir ini kelihatannya seperti mengiakan spekulasi sebelum ini apabila suara-suara penolakan terhadap Anwar semakin hari semakin kuat kedengaran, dan ditimbulkan sendiri oleh beberapa pemimpin utama PAS yang tidak termasuk dalam golongan Anwarinas. Manakala maklumat terbaru yang diperolehi menyatakan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang telah pun mengeluarkan arahan mengharamkan semua media milik PAS termasuklah akhbar Harakah dan portal onlinenya daripada menyebut atau menulis ayat yang membawa maksud Anwar adalah bakal PM. Arahan pengharaman tersebut khabarnya sudah sampai ke pengetahuan Anwar menyebabkan Ketua Umum PKR itu menghamburkan kemarahannya semasa mesyuarat parti beberapa hari lepas. Bukan satu rahsia pun, sebahagian besar penulis dan barisan pentadbiran dalam Harakah diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Anwar, jadi tidaklah pelik bagaimana arahan sulit sedemikian mudah sampai ke pengetahuan Anwar. Tambah membara kemarahan Anwar lebih-lebih lagi arahan tersebut seperti mengesahkan lagi ura-ura PAS tika ini yang sedang berusaha menjarakkan diri dari PKR, satu tindakan yang dikira oleh Anwar sebagai satu pengkhianatan terhadap dirinya dan PR. Bagi khalayak yang rapat dengan Hadi, arahan sedemikian bukannya sesuatu yang menghairankan sementelah lagi sejak di zaman ABIM lagi Presiden PAS itu agak kurang berkenan dengan pembawaan Anwar yang mementingkan diri dan tidak serasi sebagai pejuang gerakan Islam. Malah ketika bekas Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Fadhil Noor memulakan usaha menjalinkan hubungan kerjasama dengan Anwar melalui penubuhan GERAK diikuti dengan Barisan Alternatif (BA) dulu pun, Hadi sudah beberapa kali menyuarakan keraguannya terhadap kejujuran Anwar. Selepas itu Hadi terpaksa memendamkan keraguannya sebagai menghormati teguran Allahyarham, bagaimana pun setelah selesai PRU 12 2008, tanpa menoleh ke belakang segera diaturkan perjumpaan dengan UMNO dalam usahanya untuk menjayakan kerjasama Kerajaan Perpaduan (UG). Sekalipun usaha itu mendapat mandat penuh dari Majlis Syura Ulama PAS, akan tetapi beberapa ketika kemudiannya menemui jalan buntu berikutan campurtangan PKR dan DAP serta tekanan yang datangnya dari pemimpin-pemimpin pro Anwar dalam PAS. Kini Hadi mengorak langkah lagi, sama ada ia memberi manfaat kepada PAS atau sebaliknya sukar ditentukan lebih-lebih lagi di saat sebahagian besar kepimpinan PAS tika ini berkiblatkan ideologi Anwarinas. Persoalannya sekarang, selama mana media-media PAS seperti Harakah dan HarakahDaily serta lain-lain medium maya yang pro PAS mampu mengikuti arahan pengharaman tersebut? Adakah Anwar dan lain-lain pemimpin PR termasuklah golongan Anwarinas dalam PAS akan berdiam diri? Jawapan kepada persoalan itu bergantung kepada tindakbalas Anwar dan pengikutnya terutama sekali selepas Parlimen dibubarkan diikuti dengan proses pencalonan nama bagi PRU 13 selesai dilaksanakan. Tunggu dan lihat, gerakan siapa yang lebih ke depan tika itu. Tapi tak mustahil, belum pun Parlimen dibubarkan, gabungan PR yang membabitkan kerjasama longgar antara PKR, DAP dan PAS pula yang dibubarkan terlebih dahulu. |
Apa Makna PAS Belum Putuskan Siapa Calon PM Pakatan? Posted: 22 Feb 2013 06:00 AM PST PAS masih belum membuat ketetapan sama ada mahu melantik Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang atau Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri jika menang pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) nanti. Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pengisian jawatan tersebut perlu dibuat dengan pengumuman bersama dan tidak hanya tertakluk kepada pengumuman satu-satu parti sahaja di dalam Pakatan Rakyat. "Dia sebenarnya kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat yang kita bincang tidak timbul siapa mahu jadi Perdana Menteri, tidak timbul satu pihak untuk membuat pengisytiharan, sebarang pengisytiharan perlulah bersama. "Maknanya kita akan bincang (siapa yang akan jadi PM) termasuklah kabinet bayangan ke apa ke dan perkara ini akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden dan Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat," katanya lagi. Justeru beliau menafikan dakwaan sumber dalaman PAS yang telah mempersoalkan pencalonan Anwar sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya kelak. "Tiada keputusan untuk menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim (jadi Perdana Menteri) tu tiada...," katanya ringkas yang menyangkal dakwaan laporan portal tempatan. Ditanya lebih lanjut pendirian PAS bersabit desakan akar umbi mahu parti itu melantik Presiden PAS sendiri sebagai perdana menteri, Ibrahim bagaimanapun menegaskan buat masa ini hanya perlu memberi tumpuan kepada gerak kerja jentera parti. "Sekarang ini kita tumpu pada gerak kerja kita, sebenarnya kita tidak timbul tolak Datuk Seri Anwar tu. "Yang penting gerak kerja menangkan (PRU13) dulu. Dalam konteks Pakatan Rakyat semua orang tahu bahawa calon Perdana Menteri adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan tidak timbul perkara itu," katanya. Untuk rekod, sumber tersebut memberitahu TMI persoalan tersebut timbul dalam satu mesyuarat tertutup antara PAS dan PKR pada Ahad selepas kenyataan Hadi Sabtu lalu parti Islam itu tidak teragak-agak meninggalkan pakatan pembangkang sekiranya gabungan itu merugikan orang-orang Melayu dan Islam. "Pemimpin tertinggi PAS itu mengatakan 'haram' bagi Anwar untuk meminta jawatan perdana menteri," kata satu sumber tersebut. Kita Tengok Sapa Yang Kena! |
Masih Ada Peluang Mengundi, Daftarlah Sekarang... Posted: 22 Feb 2013 05:00 AM PST Sesiapa yang belum mendaftar sebagai pengundi boleh berbuat demikian dengan segera sekarang dan mereka masih layak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof. "Paling lewat, Dewan Rakyat dibubarkan ialah 30 April. Maknanya paling lewat SPR akan mengumumkan tarikh PRU-13 dalam tempoh 2 bulan. Mungkin sampai ke akhir bulan Jun ataupun Julai," kata Aziz. SPR pada Jumaat mengumumkan jumlah pengundi berdaftar setakat ini ialah 13,229,385 orang. Jumlah itu berdasarkan kepada Daftar Pemilih suku keempat 2012 yang diwartakan pada hari ini. Menurut Aziz, dalam tempoh itu, 243,403 individu mendaftarkan diri sebagai pengundi. Sementara itu, Abdul Aziz memaklumkan SPR belum lagi menerima sebarang senarai nama pemantau luar negara untuk PRU-13. Pemantau luar negara yang dijangka terlibat ialah daripada kalangan negara anggota ASEAN. Nota: Undilah Barisan Nasional demi kesejahteraan rakyat..... |
Rating Siaran ‘Soal Jawab’ TV3 Bersama Nasha, Pecah Rekod 4.3 Juta Penonton Posted: 22 Feb 2013 04:00 AM PST Menurut sumber, rancangan 'Soal Jawab' TV3 yang menampilkan Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebagai tetamu undangan pada 6 Februari 2013 lalu telah melakarkan sejarah tersendiri apabila berjaya menarik 4.3 juta penonton menonton rancangan tersebut. Rancangan yang dibuat secara rakaman dari studio Media Prima, telah berjaya mewujudkan satu 'benchmark' tertinggi bagi rancangan berbentuk siri rancangan temubual bukan saja di TV3 tetapi untuk semua produksi siri rancangan temubual di Malaysia apabila berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 4.3 juta (25.9 TVR) atau 72.6% (sumber: A.C. Nielsen Audience Measurement). Secara kesimpulannya, kadar tontonan keseluruhan rancangan Soal Jawab pada 6 Februari lalu telah mencipta rekod baru iaitu hampir 'sebaris' dengan jumlah penonton Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 27 yang telah diadakan pada 6 Januari lalu. Video URL: http://youtu.be/Sht9PkyYerA -AIDC |
You are subscribed to email updates from POLITIK HARIAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |