Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Dialog Dewasa Kritik Berasa

$
0
0

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TENGKU ROSLINA SEDANG DICARI

Posted: 28 Dec 2014 07:23 PM PST


CANDID OF THE YEAR...DALAM BANJIR ADA KESEMPATAN

Posted: 28 Dec 2014 09:30 AM PST

 

Fikir-fikirlah...

SUMBANGAN RM1 JUTA SELANGOR UNTUK BELI HUDUD

Posted: 28 Dec 2014 05:44 AM PST

Sama ada Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali merancang atau tidak, namun pemberian dana sebanyak RM1 juta Kerajaan Selangor atas nama bantuan banjir kepada Kelantan menimbulkan pelbagai spekulasi.

Pada hari sama, Azmin turun padang ke Kelantan memberi replika check bernilai 1 juta kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, penyokong-penyokong PKR turut mengaitkan pemberian dana itu dengan nama penasihat Ekonomi Selangor, Anwar Ibrahim dan bekas exco kanan Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa.
Facebook pro ulama, El Haraki mengecam sikap pengikut Husam yang mendakwa pemberian dana itu disebabkan usaha bosnya itu.
"Azmin tak bagi pada Husam, tetapi kerajaan Selangor bagi RM1 juta pada kerajaan negeri. Ini urusan MB dan MB, hubungan G2G, bukan G2person.." kenyataan El haraki dipetik.
RM1 juta beli hudud
Sebelum itu, El Haraki juga turut mengecam penulis reformasi Mohd Sayuti Omar (MSO) yang cuba membawa persepektif politik di sebalik pemberian dana RM1 juta itu.
MSO sering dilihat sebagai penulis politik pro Azmin Ali.
"Kalaulah saya jadi TMB Kelantan, saya malu untuk menerima check RM1 juta daripada Azmin Ali. Kalau pun Kelantan inginkan wang itu biarlah orang lain yang menerimanya.
"Sebab masa krisis MB Selangor dahulu TMB inilah yang menyeru wakil rakyat Pas di Selangor agar menyokong Khalid Ibrahim.
"Tetapi jenis tak ada air muka, dia senyum sahaja terima chek RM1 juta. Selamba saja maca(m) kera berak atas dahan motan (rambutan),"kenyatan MSO dalam facebooknya semalam.
Malah MSO memuji melangit Azmin Ali, sebaliknya menjatuh maruah Mohd Amar, Timbalan Menteri Besar dan Datuk Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan, dua pemimpin kanan PAS Kelantan yang dikaitkan dengan hudud.
"Azmin cuba main politik dengan duit satu juta. Beri kredit untuk Husam Musa tapi duit diberi kepada Mohd Amar Timbalan Menteri Besar.
"Dengan duit satu juga, Azmin bawa mesej Anwar kepada PAS : Untuk Husam, ini pemimpin PAS harus angkat dalam Parti; Untuk Mohd Amar, nah satu juta, lain kali cerdik sikit main politik, kunci mulut daripada duduk ratip pasal hudud.
"Kesimpulannya, Azmin-Anwar guna duit satu juta untuk beli hudud kelantan,"komen Hassan MD dalam artikel MSO Tempelak TMB Kelantan Terima Satu Juta Duit Azmin 
MSO penulis upahan
El Haraki menganggap kritikan MSO terhadap pimpinan kanan PAS Kelantan itu sebagai kenyataan biadap daripada 'si tua bangka'
"Sepatutnya Mohd Sayuti Omar (MSO) perlu rasa ada sifat malu kerana kerana menuturkan "sapa tak nak duit? haram tak haram tu soal lain…" pada sesi bedah bukunya yang dianjurkan oleh PrimeCare Malaysia beberapa bulan lepas.
"Sudah sahaja kamu ini, MSO. Sepatutnya semakin tua, semakin banyak bertaubat pada Allah. Bukannya hampir mati semakin kuat berlaku jahat,"katanya.
Buku tulisan MSO yang dimaksudkan El Haraki itu adalah "Inside Story – Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah," yang dilihat berusaha untuk mencemar bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Daripada dua kecaman El Haraki, satu kepada pengikut Husam dan kedua kepada MSO yang kedua-duanya dipersatukan dengan satu NGO yang dinamakan PasMa (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia).
Dalang NGO PasMa pula dikaitkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang didakwa sengaja ditubuhkan untuk menyingkirkan Hadi sebagai Presiden PAS.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710