Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Panglima Perang Cyber

$
0
0

Panglima Perang Cyber


Laluan Terkini Ke Pantai Timur @JKRMalaysia

Posted: 28 Dec 2014 10:52 PM PST

MB : Terengganu Ambil Anak Angkat Anak-Anak Guru Nurhayati Yang Lemas Selamat Kertas Peperiksaan

Posted: 28 Dec 2014 09:22 PM PST





Menteri Besar, Dato' Ahmad Razif Abd Rahman melahirkan rasa simpati kepada enam anak pasangan Suhaimi Awang serta isteri, Nurhayati Sulong yang meninggal dunia akibat lemas selepas terjatuh dari bot yang dinaiki mereka. 

Kejadian berlaku apabila Nurhayati, guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga dikatakan pulang ke rumah kerana ingin mengambil kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum selesai ditanda permarkahannya. 

Ahmad Razif berkata, pengorbanan yang dilakukan oleh beliau amat ternilai sehingga menggadai nyawanya sendiri

ATM nafi arah penduduk tinggalkan Pekan

Posted: 28 Dec 2014 09:16 PM PST



KUANTAN: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan mengeluarkan arahan menerusi aplikasi Whatsapp supaya penduduk di Pekan keluar dari daerah itu berikutan limpahan air yang naik mendadak dan akan menyebabkan banjir buruk dalam tempoh 24 jam.
Menurut kenyataan media Sel Perhubungan Raya Tentera Darat sebentar tadi, ATM tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian dan menjelaskan semua agensi terbabit terutama ATM sentiasa menggerakkan anggota serta asetnya ke lokasi terjejas akibat bencana banjir.
"Semua pihak dinasihatkan tidak menyebarkan kenyataan palsu itu yang boleh menimbulkan suasana gusar dan panik terutama penduduk di lokasi terbabit," menurut kenyataan itu.
Penafian itu dikeluarkan susulan penyebaran mesej palsu berikut:

"ATM keluarkan arahan untuk untuk warga Pekan agar keluar dari daerah Pekan. Limpahan air hulu melalui Temerloh sdg menuju ke Pekan...latest pics fm agusta at pekan...this morning by PMTD, GOC dan P5 4 Bgd Mek. Estimate time Pekan akan dilanda banjir besar dalam tempoh 24 jam lagi...dijgka Pekan akn dipenuhi air dan banjir yang amat buruk dlm 24 jam lg...sape2 yang ada saudara-mara, sahabat di Pekan mohon infokan kepada mereka agar keluar dari sana."

http://www.bharian.com.my/node/25861 

Mohon Elak Awan Komunikasi Terakhir AirAsia QZ8501 Sebelum Hilang

Posted: 28 Dec 2014 09:03 PM PST




KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 telah memohon kepada menara kawalan trafik udara (ATC) Indonesia untuk membelok ke kiri dari laluan asalnya bagi mengelak awan dalam cuaca buruk sebelum ia terputus hubungan.

Komunikasi terakhir pesawat itu dengan ATC Indonesia berlaku pada pukul 6.12 pagi (waktu Indonesia bahagian Barat) (7.12 waktu Malaysia).

Pesawat itu sedang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura.

Ketua Pengarah Perhubungan Udara Indonesia, Djoko Murjatmojo berkata laporan yang diterima daripada pesawat itu memohon untuk membelok ke kiri bagi mengelak awan ketika ia sedang terbang pada ketinggian 32,000 kaki.

Pada masa itu, katanya pesawat itu juga memohon untuk meningkatkan ketinggiannya kepada 38,000 kaki.

"Pada jam 6.17 pesawat putus hubungan dan pada jam 6.18 yang terlihat hanya flight plan atau rancangan penerbangan. Pesawat berada dalam keadaan baik, tetapi cuaca memang tidak baik pada waktu itu," katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung oleh Kompas TV.

Sidang media itu turut disiarkan stesen TV berbayar Astro Awani.

Djoko berkata kedudukan terakhir pesawat itu dikesan ialah di antara Tanjung Pandan, Belitung dan Pontianak.

Sementara itu, Ketua Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Bangka Belitung, Joni Superiadi berkata pasukan udara telah dihantar lokasi pesawat itu dilaporkan hilang.

Katanya lima buah kapal juga akan dihantar untuk menyertai operasi SAR itu.

Menurut laman Facebook dan Twitter rasmi AirAsia, pesawat Airbus A320-200 itu terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara pada 7.24 pagi waktu Indonesia bahagian Barat.

Pesawat jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu membawa 155 penumpang, dua juruterbang dan lima kru kabin.

-- BERNAMA



http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/newsindex.php?id=1096605

Terkini : Mangsa Banjir 6 Negeri Cecah 225,731 orang - @Bernama

Posted: 28 Dec 2014 08:42 PM PST


Laporan petang semalam :



Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>