BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- Wanita berkahwin paling mudah terjebak dengan seks siber
- Sembang seks jadi barah sosial...
- #QZ8501: Laporan Dakwa Temui Serpihan Pesawat Hilang
- #QZ8501: Optimis pesawat tidak alami kecelakaan
- #QZ8501: Mungkin mendarat di lokasi tidak diketahui
- #QZ8501: Kementerian Perhubungan Indonesia keluarkan senarai 155 penumpang
- #QZ8501: Sebuah pesawat dilaporkan terhempas di Laut Belitung Timur
- #QZ8501: Juruterbang AirAsia lapor elak awan tebal, komunikasi terakhir sebelum hilang
- #QZ8501: AirAsia sahkan pesawat hilang
- TNI kerah misi cari pesawat #QZ8501 yang hilang
- Pesawat AirAsia #QZ8501 dari Surabaya ke Singapura hilang
- Wanita jolok 'paip khayal' dalam kemaluan
- Konsert khayal di Batu Feringhi
Wanita berkahwin paling mudah terjebak dengan seks siber Posted: 28 Dec 2014 05:01 AM PST SEKS siber atau sex texting adalah perbuatan melakukan hubungan komunikasi dengan seorang yang lain, (sama jenis atau berlainan jenis), melalui perantara media internet, dengan menghantar mesej yang lucah, sama ada dalam bentuk ayat dan huruf, dan bersama atau tidak dengan foto yang memberikan makna lucah. Hubungan secara maya ini dilakukan bagi mendapat kepuasan seksual secara fantasi bagi satu pihak atau kedua-dua pihak. (Hahn, Harley; 1996). Seks siber atau sex texting berlaku apabila: Dilakukan di alam maya. Kalau dulu menggunakan komputer, tetapi sekarang boleh guna telefon bimbit. Komunikasi jarak jauh Menaip ayat lucah atau membawa makna lucah (selalunya ayat yang menggambarkan perlakuan aktiviti seks). Dilakukan bagi mendapat kepuasan seks secara fantasi Boleh diikuti dengan perbuatan onani Mesej yang diberikan boleh jadi disertakan dengan foto. Namun penggunaan ayat sudah cukup membangkitkan nafsu seksual Pelaku mengenali satu sama lain atau tidak mengenali individu pasangannya sama sekali dan hanya menggunakan nama samaran. Maknanya sebelum terjadinya seks siber, mereka telah mengenali antara satu sama lain. Atau mereka hanya menggunakan nama samaran sama ada untuk mendapatkan keseronokan fantasi seks atau bertujuan komersial apabila ada bayaran dilakukan. Seks siber boleh dilakukan dengan web camera. Beza seks siber dengan phonesex dan pornografi Ia berlainan dari phonesex, kerana perantaraan medianya adalah suara. Ia selalunya dilakukan oleh individu yang lebih dikenali dan mesra atau dilakukan oleh kumpulan yang menawarkan perkhidmatan phonesex, di mana bayaran dikenakan. Jarang dilakukan lagi berbanding dengan seks siber kerana ia boleh dilakukan dengan lebih mudah menggunakan telefon bimbit, dan kegiatannya sukar dikesan kerana tidak menggunakan suara (hanya susunan ayat atau gambar). Ini bermakna seseorang yang sedang bekerja dan berhadapan dengan pelanggan di tempat kerja, mampu melakukan seks siber ini tanpa diketahui oleh orang lain. Pornografi pula adalah kegiatan berseorangan yang melihat imej-imej lucah sama ada dalam bentuk gambar yang tidak bergerak atau video. Ia tidak melibatkan komunikasi dua hala yang interaktif. Mengesan pelaku seks siber Ia dilakukan oleh orang yang telah berkahwin atau yang masih bujang. Orang yang bujang ingin mencuba tetapi belum bersedia melakukan komitmen perkahwinan. Orang yang telah berkahwin pula melakukannya kerana ingin melakukan sesuatu yang baru, terlarang dan lebih teruja di luar perkahwinan mereka. Oleh itu, ada lelaki yang sudah berkahwin masih menyayangi isteri mereka, dan ada pula yang tidak ada rasa kenikmatan perkahwinan. Selalunya jika ia melibatkan orang ketiga, ia akan menjejaskan perkahwinan, sementara jika ia dilakukan dengan membayar perkhidmatan seks siber, selalunya lelaki itu masih menyayangi keluarga dan isteri mereka. Namun ada yang memberikan alasan "cuma suka-suka" namun kebanyakannya akan terjadi perjumpaan dan aktiviti seksual di alam nyata. Jika ada keserasian ia akan membawa kepada keretakan rumah tangga, dan jika tiada keserasian selalunya mereka akan mencari orang lain sebagai pasangan yang baru. Ciri-ciri orang disyaki melakukan kegiatan seks siber Suka bersendiri melayan komputer atau telefon bimbit. Tidak mahu mencampuri aktiviti keluarga. Tidak mahu membenarkan orang lain menggunakan komputer atau telefon bimbit mereka. Malah menjadi satu kemarahan bagi mereka. Apabila ia telah menjalinkan hubungan intim dengan seseorang:
Rawatan Tiada rawatan yang spesifik boleh diberikan, kecuali ada kesedaran untuk individu itu berubah dan bertaubat. Selalunya apabila isteri menegur, suami akan marah secara keterlaluan. Cara terbaik ialah si isteri lakukan aktiviti agama bersendirian, seperti solat dan membaca al-Quran, jika si suami tidak mahu melakukan bersama. Lama kelamaan si suami akan terfikir sendiri. Jika suami tidak berubah, kena faham bahawa kita tidak mampu mengubah hati seseorang melainkan ALLAH saja yang dapat mengubah si suami. Banyakkan doa agar ALLAH buka pintu hatinya. Leteran isteri tidak mampu mengubah hati suami malah boleh menyebabkan ketegangan dan akhirnya penceraian. Wanita boleh terjebak dalam seks siber Wanita jarang memulakan perbualan seks ini, kecuali dengan lelaki yang rapat dengan mereka. Rapat tidak bermaksud rapat dari segi fizikal tetapi rapat dari segi emosi. Ini bermakna jika wanita dan lelaki itu tidak pernah berjumpa tetapi ada emotional engagement maka mereka lebih terbuka untuk melayan perbualan seks. Wanita yang berkahwin ini pernah terdedah dengan aktiviti seks sama ada pernah melakukan hubungan seksual, melihat pornografi atau melakukan hubungan fizikal yang intim seperti bercium, meraba dan lain-lain. Oleh itu wanita yang pernah berkahwin lebih mudah terdedah dengan pujuk rayu lelaki. Wanita yang melayan perbualan seks ini biasanya wanita yang terabai dari segi emosi, apabila suami terlalu sibuk, atau tidak ada masa untuk melayannya. |
Sembang seks jadi barah sosial... Posted: 28 Dec 2014 04:01 AM PST GANGGUAN seksual dalam talian boleh dicegah jika wanita lebih berani. Berani membuat tindakan dan berani mengajukan laporan kepada saluran-saluran berkenaan. Jika dahulu hendak bergambar pun kita saling tersenyum malu malah seboleh-bolehnya menyembunyikan muka tetapi hari ini, teknologi merubah kejanggalan menjadi sesuatu keberanian. Dan keberanian itu seterusnya menjadikan amalan perkongsian gambar sebagai suatu habit yang diterima pakai. Bergambar dan berkongsi gambar bukan lagi suatu kepelikan malah manusia menjadi lebih berani untuk berkongsi gambar-gambar lucah dalam rangkaian sosial secara terbuka. Ia mencetuskan fenomena maya yang tidak terbendung. Kecanggihan teknologi hari ini dilihat bukan lagi sesuatu yang membawa kebaikan dan kemajuan. Sebaliknya disalahgunakan sehingga menjadi barah dan merosakkan sosialisasi manusia. Seks chatt, perkongsian gambar atau link lucah di laman sosial serta penggunaan perkataan yang tidak elok atau berunsurkan seks dalam aplikasi internet telah merebak meracuni minda sebahagian daripada masyarakat kita. Rendahnya akal dan fikiran mereka yang melakukan perbuatan memalukan ini sememangnya mempamerkan kemunduran akhlak dan psikologi. Undang-undang gangguan seksual Sedarkah anda penyebaran gambar lucah, perbualan dan gangguan ke arah kelucahan boleh mensabitkan anda kepada kesalahan di bawah Akta Multimedia dan Komunikasi 1998? Sekiranya individu yang menerima gangguang itu membuat laporan dan membawa kes ini ke mahkamah bersama bukti-bukti kukuh dan merasakan bahawa mereka amat terganggu dengan mesej dan gambar-gambar tersebut, anda boleh dikenakan hukuman penjara selama tidak lebih setahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya? Menurut peguam, Zuwita Kamaruzaman, Seksyen 211 (1) dan 233 (1) Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 memperuntukkan adalah satu kesalahan apabila seseorang individu menyiarkan atau menghantar kandungan yang dianggap sumbang, lucah, palsu atau mengancam dengan niat untuk menyakiti, mengganggu atau pun mengugut orang lain. Kandungan yang dihantar dalam bentuk teks atau melalui imej dan gambar yang bersifat lucah dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau pun mengganggu mana-mana orang adalah satu bentuk gangguan seksual. Hukuman kesalahan yang disifatkan sebagai gangguan seksual menerusi internet ini terkandung dalam Seksyen 211 (2) Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 iaitu seseorang yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan. Justeru, berhati-hatilah dalam menerajui rangkaian sosial. Jangan disalahgunakan kemudahan dan kecanggihan teknologi sedia ada. Fahami hak anda Perbuatan lucah menerusi chatting ini boleh dikaitkan dengan permasalahan dari sudut psikologi seseorang. Barangkali, manusia normal pun boleh cenderung menghadapi masalah sama jika setiap hari menerima mesej atau gambar tidak elok menerusi aplikasi whatsapp, hasil perkongsian di grup. Namun sejauh mana kesahihannya, tidaklah dapat dipastikan dalam entri ini. Tetapi tidak dinafikan bahawa kebarangkalian itu ada. Justeru, apa yang penting adalah kesedaran manusia. Di mana letaknya kesedaran dan sensitiviti anda sebagai manusia yang waras, yang mempunyai akal fikiran dan kebolehan mentafsir buruk dan baik sesuatu perbuatan. Tidak perlu berfikir jauh, cukup sekadar memahami bahawa rakan-rakan anda atau kenalan baru di Facebook anda itu adalah ketua keluarga atau seorang wanita yang mempunyai anak-anak. Bayangkan jika anak-anak membuka telefon bimbit tersebut? Dan kepada wanita yang menjadi mangsa gangguan seksual menerusi online ini, ketahui hak anda dan fahami saluran-saluran untuk anda membuat aduan. Sekiranya keadaan berlanjutan dan anda merasa tertekan serta terganggu dengan mesej-mesej dan gambar-gambar tersebut, segera bertindak! WOW kongsikan salurannya. |
#QZ8501: Laporan Dakwa Temui Serpihan Pesawat Hilang Posted: 28 Dec 2014 02:31 AM PST PETALING JAYA: Satu laporan yang belum disahkan mendakwa pasukan pencarian telah menemui serpihan pesawat QZ8501 yang terapung di perairan berhampiran Pulau Belitung. Portal berita Indonesia, Bangka Pos melaporkan, bagaimanapun tiada pengesahan dibuat mengenai penemuan serpihan itu setakat ini. Berita mengenai penemuan itu tersebar selepas Pengarah Pengangkutan Air Indonesia, Djoko Murjatmodjo mengadakan sidang media pada pagi Ahad. Dalam sidang media itu, Djoko memberitahu, kali terakhir pesawat tersebut dikesan ialah berhampiran Tanjung Pandan, Pulau Belitung di Kalimantan. Penerbangan yang membawa 162 penumpang itu terputus hubungan dengan menara kawalan selepas 42 minit berlepas dari lapangan terbang di Surabaya. |
#QZ8501: Optimis pesawat tidak alami kecelakaan Posted: 28 Dec 2014 12:31 AM PST Kuala Lumpur: Kementerian Perhubungan Republik Indonesia (KEMENHUB) masih optimis bahawa pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 yang hilang hubungan komunikasi dengan menara kawalan di Surabaya ketika dalam penerbangan ke Singapura tidak mengalami sebarang kecelakaan. Ketua Pengarah Perhubungan Udara KEMENHUB. Djoko Murjatmodjo berkata, jika kecelakaan ini berlaku sudah tentu transmiter pengesan kecemasan (ELT) pesawat itu dapat dikesan oleh agensi Badan Search and Rescue Nasional Indonesia (BASARNAS). "Namun sehingga kini, tiada sebarang isyarat dikesan dan kita mengharapkan kehilangan hubungan komunikasi pesawat ini tidak berlanjutan kepada perkara yang lain," katanya kepada pemberita di Bandara Soekarno-Hatta, Tangerang sebentar tadi. Djoko memberitahu bahawa sehingga kini BASARNAS sudah dimaklumkan mengenai kehilangan pesawat itu dan gerakan mencari dan menyelamat sudah dijalankan dengan segera ke sekitar perairan Laut Jawa di mana hubungan pesawat itu terputus. |
#QZ8501: Mungkin mendarat di lokasi tidak diketahui Posted: 28 Dec 2014 12:07 AM PST Kuala Lumpur: Terdapat kemungkinan bahawa pesawat AirAsia Indonesia yang hilang ketika penerbangan dari Surabaya ke Singapura mendarat di suatu tempat yang tidak diketahui. Menurut laporan Detik.com, Ketua Badan Search and Rescue Nasional (BASARNAS) DKI Jakarta, Sutrisno berkata, kemampuan pesawat itu untuk terbang selama empat jam membolehkan pesawat itu terus meluncur lebih jauh lagi dari lokasi kehilangannya. "Pesawat itu sudah terbang tidak sampai dua jam meskipun kemampuannnya itu membolehkan ianya terbang selama empat jam. Oleh hal demikian, pesawat itu mampu terbang lagi lebih jauh dari lokasi kehilangannya dan mungkin saja ianya mendarat di suatu tempat," katanya di Pejabat Bandara Wilayah II, Tangerang tengah hari tadi. Sehingga kini BASARNAS juga tidak dapat memastikan bahawa pesawat QZ8501 itu jatuh dan pencarian masih dilakukan di sekitar Pantai Tanjung Pandan dan Pontianak menggunakan tujuh buah kapal dan dua helikopter milik BASARNAS. Agensi itu juga turut mendapat bantuan daripada Kementerian Kelautan dan Perikanan serta Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL). "Kita berharap agar semua pihak dapat memberikan informasi keberadaan pesawat itu. Mudah-mudahan pesawat ini dapat mendarat di suatu tempat yang belum diketahui," kata Sutrisno. |
#QZ8501: Kementerian Perhubungan Indonesia keluarkan senarai 155 penumpang Posted: 27 Dec 2014 11:01 PM PST JAKARTA: Kementerian Perhubungan Indonesia mengeluarkan daftar penumpang pesawat AirAsia QZ8501 yang terputus hubungan pagi ini ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura. Dalam daftar itu, terdapat 155 penumpang dalam penerbangan pesawat itu namun 23 penumpang yang lain membatalkan perjalanannya. Senarai penuh seperti berikut: |
#QZ8501: Sebuah pesawat dilaporkan terhempas di Laut Belitung Timur Posted: 27 Dec 2014 10:01 PM PST KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat dilaporkan terhempas di perairan Belitung Timur (Beltim), Indonesia tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah penerbangan AirAsia Indonesia QZ 8501, menurut laporan Kompas.com. "Tadi Pak Danlanud menelefon Bapak (Basuri), memberi maklumat ada pesawat Airbus jatuh di sekitar perairan Beltim," kata Yuhinu, Ajudan Bupati Beltim, ketika menghubungi bangkapos.com. Sementara itu, Ketua Polis Marin Beltim, AKP Yanto berkata, maklumat itu masih disiasat. "Kita masih berhubung dengan direktorat dan mengumpulkan maklumat daripada nelayan mahupun kapal yang melintas perairan Beltim," kata AKP Yanto ketika dihubungi bangkapos.com. Pesawat AirAsia Indonesia QZ 8501 dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pagi ini. |
#QZ8501: Juruterbang AirAsia lapor elak awan tebal, komunikasi terakhir sebelum hilang Posted: 27 Dec 2014 09:55 PM PST JAKARTA: Pesawat AirAsia QZ 8501 yang hilang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura, awal pagi tadi dikatakan sebelumnya melaporkan akan menghindari awan tebal. Kompas.com sebentar tadi memetik Pegawai Perhubungan Udara Indonesia, Joko Murdjatmojo menyatakan juruterbang pesawat sempat melakukan komunikasi terakhir dengan Pengawal Trafik Udara (ATC) di Bandara Soekarno-Hatta pada jam 6.12 pagi waktu Indonesia. "Saat itu pesawat melaporkan akan menghindari awan dengan berbelok ke arah kiri. Saat itu pesawat terbang dengan ketinggian 32,000 kaki dengan arah 320 atau ke Barat Daya. "Pada jam 6.17 pagi , pesawat hilang hubungan dan pada jam 6.18 pagi yang terlihat hanya 'flight plan' atau rencana penerbangan," katanya, Pesawat berkenaan dikatakan membawa 138 penumpang dewasa, 16 anak-anak dan seorang bayi. - Kompas.com |
#QZ8501: AirAsia sahkan pesawat hilang Posted: 27 Dec 2014 09:50 PM PST KUALA LUMPUR: AirAsia dalam kenyataannya di Facebook mengesahkan kejadian itu dan meluahkan kekesalannya terhadap insiden menimpa pesawat QZ8501 itu. Menurut AirAsia, pesawat jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu hilang perhubungan dengan pusat kawalan trafik pada jam 7.24 pagi ini. "Operasi mencari dan menyelamat sedang sedang dijalankan dan AirAsia bekerjasama penuh membantu perkhidmatan menyelamat," menurut kenyataan itu. AirAsia juga menubuhkan pusat panggilan kecemasan untuk anggota keluarga dan rakan-rakan penumpang di talian 622129850801. Kemas kini berhubung perkara itu akan dimuat naik ke laman web www.airasia.com. Syarikat penerbangan itu juga sudah menukar logo kepada hitam putih. |
TNI kerah misi cari pesawat #QZ8501 yang hilang Posted: 27 Dec 2014 09:46 PM PST |
Pesawat AirAsia #QZ8501 dari Surabaya ke Singapura hilang Posted: 27 Dec 2014 08:01 PM PST KUALA LUMPUR: Pesawat AirAsia QZ8501 dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura yang membawa 155 penumpang terputus hubungan pagi ini, menurut media Indonesia. Menurut laporan Detik.com, pesawat itu yang berangkat pada 5.20 pagi Waktu Indonesia Barat, dilaporkan hilang di ruang angkasa Pulau Kalimantan. Kompas.com turut melaporkan insiden itu. Menurutnya, pesawat berkenaan sepatutnya tiba di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan. Pesawat AirAsia QZ 8501 dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura yang membawa 155 penumpang terputus hubungan pagi ini, menurut media Indonesia. |
Wanita jolok 'paip khayal' dalam kemaluan Posted: 27 Dec 2014 06:01 PM PST Florida: Seorang wanita yang ditahan atas tuduhan dadah mati seminggu selepas dibawa ke hospital untuk mengeluarkan paip menghisap dadah dari kemaluannya. April Rollison, 31, ditahan 16 Disember lalu bersama-sama tiga yang lain. Pegawai yang menjalankan pemeriksaan tubuh di Penjara Polk County mengesan paip kaca dan botol pil di dalam kemaluannya, menyebabkan dia dihantar ke Pusat Perubatan Bartow untuk mengeluarkan objek itu dari tubuhnya. Doktor di hospital itu percaya April mengeluarkan botol berisi dadah dan memakan dadah itu ketika dia seorang diri di dalam tandas. Seorang jururawat kemudian mengeluarkan paip kaca itu dari kemaluannya sebelum dia dihantar semula ke penjara. Bagaimanapun, ketika keterangannya diambil, wanita itu mengalami kekejangan dan dihantar semula ke hospital. Menurut laporan akhbar The Ledger of Lakeland, April berada dalam keadaan kritikal selama seminggu sehingga dia mati pagi Isnin lalu. Mayatnya akan dibedah siasat untuk menentukan punca kematian. Menurut akhbar itu, ujian yang dilakukan sebelum ini mendapati dia positif methamphetamine, amphetamine, kokain dan ganja. Anggota keluarganya memberitahu penyiasat, April menagih dadah sejak berusia 12 tahun dan mereka terputus hubungan dengannya sejak dua tahun lalu. Rekod penjara menunjukkan wanita itu berulang kali ditahan atas kesalahan dadah. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19519?m=1#sthash.Vys0F4Fz.dpuf |
Konsert khayal di Batu Feringhi Posted: 27 Dec 2014 04:47 PM PST BATU FERRINGHI - Ketika penduduk di bahagian Pantai Timur Semenanjung bertarung dengan bencana alam, khabar angin mendakwa sambutan tahun baharu di sepanjang pantai di sini, akan dipenuhi dengan sambutan tidak bermoral. Tinjauan Sinar Harian mendapati terdapat beberapa hotel dan penganjur yang mula mempromosikan konsert tahun baharu. Bagaimanapun, ia menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai berikutan negara masih dilanda musibah namun, ada yang langsung tidak prihatin dengan keadaan berkenaan. Beberapa penduduk di sini memberitahu risalah mengenai penganjuran sebuah konsert yang agak meragukan juga sedang giat dijalankan. Seorang peniaga di sini yang enggan namanya didedahkan berkata, antara sambutan tahun baharu berkenaan dinamakan sebagai Trance Movement. "Melalui risalah yang saya dapat, ia akan dibuat secara terbuka di pantai, sama seperti konsert syarikat arak beberapa tahun lalu dan kerana ini kami tidak sedap hati. "Sekarang ialah waktu bencana negara, kenapa perlu diraikan program sebegini di tempat kami. Pelbagai khabar angin mengenai konsert itu seperti penyalahgunaan dadah dan arak sudah sampai ke pengetahuan orang kampung," katanya kepada Sinar Harian. Menurut sumber, konsert Trance Festival sebelum ini dianjurkan di Indonesia dan trance membawa maksud keadaan kemasukan roh serta berada dalam keadaan yang tidak sedarkan diri. Tragiknya, konsert berkenaan akhirnya menyebabkan tiga orang mati di Jakarta pada Mac lalu. Bukan saja di negara luar, konsert itu kemudiannya dipercayai dibawa ke Stadium Bukit Jalil dengan nama yang berlainan pada awal tahun ini. Namun akibat penggunaan dadah dalam kalangan pengunjung konsert, enam pengunjung maut ketika konsert berlangsung. Kini penganjuran Trance Movement cuba pula dibawa ke negeri ini dan masih menjadi tanda tanya sama ada ia mendapat kelulusan daripada pihak bertanggungjawab ataupun tidak. Konsert ini pada asalnya dibawa dari Eropah yang mana dipenuhi dengan tarian elektronik dan kemudiannya mengikut peredaran zaman sehingga dicemari dengan penggunaan dadah. Konsert tidak bermoral Bagi Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Bukit Bendera, Saiful Lizan Yusof, beliau menganggap konsert yang bakal diadakan ini sebagai sesuatu yang tidak tahu malu. Menurutnya, ketika penduduk di negeri lain bertarung nyawa dengan malapetaka yang melanda, ada penganjur yang mengadakan konsert sambutan tahun baharu. "Setakat riadah mungkin tiada masalah tetapi jika ia berunsurkan perkara yang melalaikan sudah tentu ia adalah satu benda yang amat memalukan. "Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk mana-mana penganjur mengadakan konsert sedemikian rupa," katanya. JKKK minta henti Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Batu Ferringhi, Jamaludin Hashim meminta supaya mana-mana agensi tidak membenarkan penganjuran konsert berkenaan terus diadakan di sini. Menurutnya, ia tidak sepatutnya diadakan memandangkan masih ramai yang bersedih. "Kalau boleh henti, mari kita hentikan sama-sama dan terus membantah ia dari terus dibuat di tempat kita. "Walaupun tempat ini adalah lokasi pelancongan tetapi tidak perlu hiburan sebegini diadakan," katanya. MPPP masih belum lulus Sementara itu, Bahagian Perlesenan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengesahkan masih belum meluluskan konsert berkenaan. Jurucakapnya berkata, wakil penganjur sudah mengambil borang permohonan. "Tetapi setakat ini kami tidak lagi meluluskannya kerana tidak menerima sebarang surat sokongan daripada jabatan teknikal, polis atau bomba. "Jika ada surat sokongan barulah ia akan disalurkan ke bahagian perlesenan untuk diluluskan," katanya. Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid ketika dihubungi tidak mahu mengulas lanjut isu konsert berkenaan berikutan masih baru menerima permohonan daripada penganjur semalam. Katanya, polis mungkin tidak akan mengeluarkan permit sekiranya penganjurannya membawa kesan negatif. |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |