Apa Yang Tersirat |
- Airasia QZ8501- Disebalik Kehilangannya
- Airasia QZ8501- Masih Hilang
- Airasia QZ8501- Hanya Takdir Selamatkan Penumpang
- Airasia QZ8501- Besar Kemungkinan Terhempas?
- AIRASIA QZ8501- Masih Hilang
- Pesawat AirAsia QZ8501 Dengan 155 Penumpang Masih Gagal Dikesan
Airasia QZ8501- Disebalik Kehilangannya Posted: 28 Dec 2014 06:58 AM PST HUBUNGAN terakhir dengan pesawat itu pada 6.12 pagi, apabila juruterbang meminta mengubah laluan ke arah tanah besar Pulau Jawa, untuk mengelak awan tebal di laluan biasa. Laluan biasa hampir seluruhnya laut. Menara meminta juruterbang naik ke paras 38,000 kaki, 6,000 kaki di atas paras biasa. Pada keadaan menaik itu, kelajuan kapal dikesan hanya 353 knot, menggambarkan bahawa pesawat kesukaran untuk naik, 5 minit kemudian, pesawat hilang kontak dengan ATC Jakarta hingga kini. Pesawat Airasia QZ8501 yang membawa 162 penumpang dikhuatiri "terhempas" di perairan Indonesia, sementara pasukan pencari dan penyelamat akan menyambung esok hari, kerana faktor cuaca dan kegelapan. Pesawat malang itu berlepas daripada Surabaya pada pukul 5.20 pagi WIT dan di jadual mendarat di Changi, Singapura pada pukul 8.30 pagi waktu Singapura. Dipercayai pesawat itu dikesan 160km di timur Belitung, Sumatera, namun tiada yang kepastian berhubung dakwaan itu. Daripada 162 penumpang itu, 7 adalah kru. Komposisi penumpang adalah 138 dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi. Sementara kerakyatan penumpang 155 indonesia, seorang singapura, seorang Malaysia, seorang Peranis, seorang British, tiga orang Korea Selatan. Airasia QZ8501 sebuah pesawat Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC berumur 6 tahun. Mula beroperasi pada tahun 2008. Kehilangan pesawat QZ8501 itu mula disiarkan oleh AIRASIA melalui laman facebooknya pada pukul 7.24 pagi. Rekod Penerbangan Airasia QZ8501 Berlepas 5.35 pagi WIT, 6.12 pagi, Juruterbang meminta naik ke paras 38,000 kaki. 6.17 pagi, Putus hubungan dengan ATC Jakarta, 6.18 pesawat hilang daripada radar. 7.55 pagi pesawat dinyatakan hilang. Hubungan dengan pesawat, kali terakhir adalah pukul 6.12 pagi, apabila juruterbang memohon naik lebih tinggi kerana cuaca buruk. Teori yang mendekati kehilangan pesawat itu secara tiba-tiba, kemungkinan besar berlaku "kerosakan" luarbiasa termasuk "meledak" di udara, semasa menanjak naik. Tanpa panggilan kecemasan, dalam masa 5 minit, daripada kontak terakhir, menggambarkan satu kejadian buruk berlaku terhadap pesawat itu. (Apa-apapun, harap2 teori ini tidak benar, dan berharap pesawat itu selamat bersama seluruh penumpangnya, Kalau Tuhan berkehendakan semua penumpang selamat, maka demikianlah). Penerbangan laluan Surabaya Singapura memakan masa 2 jam 10 minit. Pesawat sedang terbang selama 42 minit semasa hilang daripada keseluruhan masa penerbangan semasa hilang. Pesawat malang itu hilang semasa berada di kawasan laut jawa antara Pulau Kalimantan dan Pulau Jawa. Juruterbang pesawat itu adalah Kapten Iriyanto yang mempunyai pengalaman 6,100 flying hours dan First Officer seorang rakyat Perancis Remi Emmanual Plesel dengan pengalaman 2,275 Flying Hours. Kehilangan QZ8501, menyerupai kehilangan MH370 pada 8 mac lalu, di mana pesawat itu hingga kini hilang misteri. AirAsia has established an Emergency Call Centre that is available for family or friends of those who may have been on board the aircraft. The number is: +622129850801. |
Posted: 28 Dec 2014 02:40 AM PST SUDAH 12 jam terputusnya hubungan antara Airasia QZ8501 laluan Surabaya Singapura yang membawa 162 penumpang termasuk kru dengan ATC Jakarta, hingga kini, belum diketahui keadaan pesawat malang itu. Airbus 320-200 yang berumur 6 tahun itu, diserahkan kepada Airasia pada tahun 2008. Kapaten Iryinto mempunyai lebih 6,000 jam penerbangan, dan mahir laluan Surabaya Singapura. Pesawat malang itu, dikatakan terputus dengan ATC Jakarta, 45 minit selepas terbang. Pilot dikatakan meminta mengubah laluan untuk mengelak awan tebal pada laluan asal. Malangnya, selepas mengubah laluan, terputus pula dengan menara kawalan. Sehingga artikel ditulis, belum diperoleh sebarang maklumat keadaan pesawat malang itu bersama-sama penumpangnya. |
Airasia QZ8501- Hanya Takdir Selamatkan Penumpang Posted: 27 Dec 2014 11:03 PM PST LEBIH 6 jam kehilangan pesawat Airasia QZ8501 bersama 155 penumpang dan7 Kru. Kebanyakan penumpang adalah rakyat Indonesia. Pesawat laluan Surabaya Singapura berlepas pada 6.20 pagi waktu Singapura dan sepatutnya mendarat di Changi pada 8.20. Pada pukul 7.24 pagi, pesawat hilang hubungan dengan ATC Jakarta. Hanya takdir boleh menyelamatkan peasawat itu. Jika pesawat itu mengalami nahas, untuk tahun ini sahaja, Malaysia kehilangan 3 pesawat yang bermula kehilangan misteri MH370, ditembak jatuhnya MH17. |
Airasia QZ8501- Besar Kemungkinan Terhempas? Posted: 27 Dec 2014 10:28 PM PST TELAH 5 jam, selepas QZ8501 bersama 155 peumpang termasuk 16 kanak-kanan dan seorang bayi dengan 7 kru hilang daripada radar kawalan ATC Jakarta, pada 7.24 pagi waktu Indonesia, hingga kini, belum diketahui keadaan pesawat itu. Sebelum hilang kontak, pesawat itu dikesan berada 100 nm di Timur Belitung, Sumatera. Pesawat itu dilencongkan pada laluan bukan biasa kerana faktor cuaca. Menurut saksi mata di Belutung Timur, pada masa-masa pesawat itu hilang kontak dengan ATC Jakarata, ada sebuah pesawat menjunam ke Laut, namun belum dipastikan, apa kah pesawat itu merupakan QZ8501. |
Posted: 27 Dec 2014 09:52 PM PST PESAWAT Airasia QZ8501 airbus 320-200 bersama 155 penumpang dengan 7 kru laluan Surabaya Singapura yang berlepas pada 6.20 pagi dan seharusnya mendarat pada 8.30 pagi di Changi Singapura, hingga kini gagal dikesan. Laporan menyebutkan, bahawa pesawat itu dikesan di Belitung Sumatera, sebelum hilang daripada radar Kawalan Udara Jakarta, Indonesia. |
Pesawat AirAsia QZ8501 Dengan 155 Penumpang Masih Gagal Dikesan Posted: 27 Dec 2014 08:40 PM PST PESAWAT AIRASIA AIRBUS 320-200 dengan nombor penerbangan QZ8501 bersama-sama 155 penumpang termasuk kru bertolak daripada Surabaya menunju Singapura pada 6,20 pagi waktu Indonesia Timur, sehingga kini gagal dihubungi atau dikesan. Komposisi penumpang 149 Indonesia, 3 Korea, 1 British dan 1 Singapura. |
You are subscribed to email updates from Apa Yang Tersirat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |