Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

PEJUANG BANGSA

PEJUANG BANGSA


KERAJAAN AKAN BANTU ANAK ALLAHYARHAM GURU MATI LEMAS - @Shaberyc #pray4PantaiTimur

Posted: 28 Dec 2014 09:30 AM PST



KEMAMAN :Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyarankan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya menambah beg tidur dan power bank dalam bekalan bantuan kepada mangsa banjir pada masa akan datang.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kedua-dua barangan itu perlu dimasukkan dalam penyediaan prosedur operasi standard (SOP) kerana ia sebahagian daripada pengurusan bencana alam seperti banjir.
"Ada dua perkara yang saya cuba di sini (Kemaman) ternyata berkesan, pertama beg tidur kerana ia lebih praktikal dan boleh menjadi tikar serta selimut dan memudahkan proses penghantaran menggunakan lori sehingga boleh memuatkan kira-kira 1,000 beg tidur dalam satu-satu masa.
Kalau kita hantar tilam sudah semestinya ia memakan ruang dan proses penghantaran juga menjadi terhad," katanya kepada pemberita selepas mengagihkan bantuan barangan keperluan asas kepada keluarga anggota polis yang menjadi mangsa banjir di kuarters polis, Bukit Mentok, di sini.
Ahmad Shabery berkata, power bank pula amat penting untuk mengecas bateri telefon bimbit ketika terputusnya bekalan elektrik atau berlaku bencana alam seperti banjir.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Shabery yang juga anggota Parlimen Kemaman turut melahirkan rasa sedih kepada enam anak pasangan Allahyarham Nur Hayati Sulong, 37, dan Suhaimi Awang, 37, yang ditemui mati lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik di Kampung Geliga Che Akob, Kemaman, di sini, Rabu lepas.
"Sekarang saya sedang berbincang dengan ahli keluarga mereka untuk apa jua bentuk bantuan yang akan diberi selain berbincang dengan kerajaan negeri.
"Selain itu, saya akan bawa perkara ini kepada kabinet tentang apa jua sokongan dan tanggungjawab yang boleh kita ambil bersama atas kemalangan yang menimpa ibu bapa mereka," katanya selepas menziarah enam anak arwah di Taman Geliga Intan hari ini.
Beliau berkata, kerajaan telah berusaha membuat persiapan yang begitu rapi untuk mengelak sebarang tragedi tetapi malangnya ia masih berlaku dan amat mendukacitakan. - BERNAMA

INDIVIDU TAK BERTANGGUNGJAWAB SEBAR BERITA PALSU BANJIR DIBURU SKMM

Posted: 28 Dec 2014 08:00 AM PST




CYBERJAYA, 28 Dis (Bernama) -- Beberapa individu diminta untuk tampil memberi keterangan tentang penyebaran berita palsu mengenai banjir yang sedang melanda beberapa negeri.

"Kami sedang menyiasat penyebaran berita palsu tentang keruntuhan Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai. Beberapa individu telah dikenal pasti dan mereka diminta untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan," kata Dato' Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Mereka ini diminta untuk tampil membantu siasatan:

1. Mohd Zulkifli bin Ismail (No MyKad: 821125-03-5687). Alamat terakhir: 474, Guchil 7, 18020 Kuala Krai, Kelantan
2. Roslina binti Hassan (No MyKad: 741228-03-6172). Alamat terakhir: 31, Lorong 8/SS6, Bandar Tasek Mutiara, 14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang
3. Tengku Roslina binti Tengku Hamid (No MyKad: 880306-03-5870). Alamat terakhir: Rpt Sungai Sok, Kuala Krai, 18000 Kelantan
4. Ahmad Wafiuddin bin Ahmad Supri (No MyKad: 940729-03-5129). Alamat terakhir: Kg Manek Urai Lama, Kuala Krai, 18000 Kelantan


Mereka diminta untuk menghubungi pegawai-pegawai penyiasat MCMC, Pn Mai Zairani Zainal Abidin (019-3385009) atau En Mohamad Syukri Jamaluddin (019-2869515) dengan segera. Kerjasama mereka amat dihargai.
Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang mereka di atas boleh juga menghubungi pegawai-pegawai penyiasat MCMC.

SEBARAN FITNAH MACAI LEMBU PR KING JASON KANTOI BOHONG ! #PRAY4PANTAITIMUR

Posted: 28 Dec 2014 06:54 AM PST





Akhirnya fitnah  facebooker pembangkang King JASON kantoi ... tagline MENENTANG DENGAN FAKTA  " patut ditukar menentang dengan bohong ...hahaha..

Post di page nya mengenai penemuan mayat kanak-kanak didawak di Kuala Krai sebenarnya adalah FITNAH dan ia sebenarnya berlaku di Indonesia . 

Apabila dah kantoi bohong dan dimaki oleh pengikut pagesnya , dia meroyan marah kepada yang print screen fitnahnya . 




Selain itu , terdapat juga lagi fitnah dilemparkan oleh FB macai PR iaitu  Silbi Natiays atau bila diterbalikkan ialah  SYAITAN IBLIS  yang memfitnah bantuan NGO iaitu PMIUM disekat oleh UMNO..
GPB yakin ini kerja buat RBA yang ingin memecahbelahkan penyatuan umat Islam bagi membantu mangsa banjir di Kelantan .  Menggunakan nama Persatuan Mahasiswa Islam UM jelas bagi membangkitkan kemarahan mahasiswa terhadap UMNO dan kerajaan . 

Malah PMIUM sendir menafikan tuduhan fitnah FB macai PR  .

Jadi , kepada rakyat Malaysia ,, jangan mudah terpedaya dengan berita -berita & gambar yang meragukan jika kita tidak tahu kesahihannya .  



MENTERI KABINET DIARAH PULANG SEGERA DARI CUTI LUAR NEGARA - @NajibRazak

Posted: 27 Dec 2014 09:10 PM PST


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan semua menteri yang sedang bercuti di luar negara supaya pulang ke tanah air untuk membantu menangani situasi banjir pada masa ini.
Beliau berkata, arahan itu dikeluarkan pagi tadi kepada semua menteri kabinet.

Najib berkata demikian kepada media selepas melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Tengku di sini, sebentar tadi.

*** Syabas  PM memberi yang mengeluarkan  arahan ini ....  Di mana YB KJ , DS Hishamuddin , DS Zahid Hamidi , DS Shafie Afdal ,  Datuk  Ahmad Maslan ketika banjir ?

TERKINI ! PESAWAT AIR ASIA QZ8501 BAWA 155 PENUMPANG HILANG

Posted: 27 Dec 2014 08:19 PM PST



Pesawat AirAsia dalam penerbangan antara Surabaya - Singapura terputus hubungan pagi Ahad 28 Desember 2014.
Perkara tersebut disahkan oleh Pengarah Keselamatan dan Standar AirNav Indonesia, Wisnu Darjono, kepada media Indonesia.
Wisnu menjelaskan, pesawat dijadulkan tiba di Singapura pada 07.20 pagi (08.20 pagi waktu Malaysia).
Namun, pesawat tersebut terputus hubungan di sempadan Indonesia dan Singapura. "Sampai saat ini belum ada komunikasi," ujarnya.
Pesawat jenis Airbus A320-200 ini membawa 155 penumpang, yang terdiri dari 138 penumpang dewasa, 16 kanak-kanak dan satu bayi, dua pilot, lima petugas kabin.
Pesawat diterbangkan oleh Kapten Irianto.
Pesawat berangkat dari Surabaya pada 06.36 waktu Indonesia. Perjalanan dari Singapura ke Surabaya mengambil masa 2 jam 20 menit.-28/12/2014

PEMUDA UMNO PP HANTAR BEKALAN BARANG BANTU MANGSA BANJIR PERAK @Rrafizal @azwanbro @dzainalabidin

Posted: 27 Dec 2014 05:05 PM PST


Kelmarin Pemuda UMNO P.Pinang telah   menghantar barang keperluan mangsa banjir di negeri Perak menerusi konvoi Misi Bantuan Kemanusiaan . Antara barangan yang dihantar ialah beras , gula , roti , air mineral , pampers , selimut & pakaian untuk keperluan mangsa banjir sekitar Kuala Kangsar . 


Ia disumbangkan   beberapa Ketua Umno Bahagian seperti Kepala Batas, Tanjung , Permatang Pauh , Bayan Baru , Jelutong  , Nashmir Holding serta melalui individu2 . 




GPB yakin usaha  Pemuda UMNO Negeri merupakan parti politik yang pertama dari negeri P.Pinang  mengambil inisiatif menghantar barang keperluan  bagi membantu  mangsa banjir .

Nak harapkan kepada kerajaan DAP ?   CM Penang pun masih lagi seronok bercuti di Paris walaupun negeri kini sedang menerima hujan lebat setiap hari sejak Ahad lepas. 

Kepada pakar komen untuk ajar cara menyelamat mangsa & sebar berita palsu kata ramai mati  , kalau boleh turun menjadi sukarelawan adalah lebih baik seperti ini . 







Pejabat YBU Perak : Lokasi pengumpulan barangan untuk mangsa banjir  









BERAS 300 KAMPIT SUMBANGAN KEMENTERIAN 
PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI 







Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>